terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Sunday, December 27, 2015

hantar adik tunang

Assalamualaikum..






hai. happy Sunday.. korang tak merayap ke hari ni.  aku pun duduk rumah je. malas pulak nak keluar. rumahku syurgaku katenyeee.. kihkih.. niii nak bagitau 22 November lepas adik aku dah tunang. ehh tu pun nak bagitau ek?? cerita sebulan lepas baru nak cerita. :p LOL!! aku rasa kena bagitau jugak ni.. kot la kan ade yang tak puas hati kenapa tak bagitau adik aku tunang, ni nak bagitau lah kenapa sebabnya.. hew hew..






bukan taknak ajak saudara-mara ramai2 untuk hantar sekali.. rasanya abah ada jemput kot. ke abah tak jemput?? entah. ktorang adik beradik pun tak tau abah dah jemput ke belum. sebab abah cakap dah jemput.. tapi dorang senyap je. huhu.. tu yang abah bagitau ktorang. cerita sebenar tak tau. pastu masa nak gerak tu abah bagitau cuma family je yang pergi. nak ramai2 tu nanti masa Adham kawen.. lagipun jauh. tapi kalau arwah mak ade, mesti dia ajak saudara-mara lain jugak. mak memang suka ramai2.. tapi, emak takde so ktorang just follow cakap abah je lah.. hmm..






Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar even ktorang pergi hari je. tak bermalam pun.. sebab adik kata dekat. kalau balik hari pun sempat. pergi Temerloh memang dekat je kot. hihi.. masa pergi memanglah rasa dekat sebab kereta tak banyak.. masa nak balik tu, haaa.. ni nak cerita ni. pastu korang mesti bersyukur sangat sebab tak follow. huhuuuuu..






ktorang pergi dua kereta je.. masa otw nak ke Temerloh tu memang semua berjalan lancar. gerak dari Meru dalam pukul 11 pagi camtu kot. tak ingat dah. hehe.. sampai dalam pukul 2 lebih tapi singgah surau kejap solat zohor, lepas tu baru gerak ke rumah pihak perempuan. terus bincang2 then amek2 gambar then makannnnnnnnnnnnnn.. yahuuu.. makan je yang di tunggu. kuih karipap sedap. hihi..



mak dah takde. so kakak lah yang kena jadi tukang sarungkan cincin sebab dia anak sulung. dia pun tak teringat yang dia kena sarungkan cincin. kihkih.. dia cakap "alaa kalau aku tau tadi aku dah pakai lawa2.." kekekekeke.. ala tu pun dah kira okey lah tu.. :p




dah selesai semua, salam2 terus gerak balik dalam pukul 4 lebih nak dekat Asar camtu lah lebih kurang. lepas tu singgah RnR sebab nak solat Asar.. aku ni kadang2 kalau dah jalan jauh tak buat pun solat jamak sebab rasa macam dah tak relevan pulak nak jamak2. RnR banyak.. stesen minyak pun ada surau.. tapi kadang2 risau jugak kalau terlepas waktu contohnya kalau ada jem yang ambik masa sampai berjam2.. hmm..





lepas solat Asar terus gerak balik. masa nak sampai Tol Bentong tu mak aihhhhhhhhhhhhhh jem gile wei. tau kan jem kat mana. kalau nak balik ke KL dari Pahang mane lagi kalau bukan jem kat Karak tu haaa.. yang ada tanah runtuh tu.. adududuuu.. kalau nak tunggu memang berejammm lah kan.. dah lah minyak tak berapa nak penuh. haihh.. sebelum sampai tol tu ktorang decide nak u-turn balik lalu jalan dalam. dah u-turn amek exit kiri ingatkan boleh lalu. sekali jalan kena tutup daaaa.. sebab takut ada tanah runtuh lagi.. aduhai leceh lah nak kena carik alternatif lain pulak.. jalan dah kena tutup nak lalu camne lagi kan?? terpaksa lah keluar dari situ then teruskan lah perjalanan ke Temerloh balik.. tapi masa tu dah dekat Maghrib.. ktorang pun solat dulu rehat kejap sebelum teruskan perjalanan.. masa tu memang dah lost gila tak tau nak lalu mana lagi.. kalau boleh taknak lalu tempat jem tu.







masa tu aku tanya lah kat fb kot2 ada yang tau jalan alternatif lain.. nasib baik ada yang tolong bagitau.. tapi kena lalu jalan jauh. uihhhh.. memang jauh pun. dah lah gelap. lori pun lalu jalan dalam. laju pulaknya. plus hujan lagi.. haihhh.. memang kalau ada yang follow ktorang hantar adik tunang pun mesti dah give up kot. sebab sakit pinggang oiii.. lama masa perjalanan.. stress pun ada sebab ktorang pun tertanya2 bila lah nak jumpa jalan ke KL ni. adehhh.. rasa macam nak tukarkan kereta tu jadi helikopter or kapal terbang. laju sikit nak balik. T_T






dah dekat pukul 1 pagi rasanya baru lah dapat masuk highway.. tu pun setelah beberapa jam drive kereta. lalu hutan mana ntah. pastu jalan bukit2.. adehh.. kalau korang tau camne ktorang hadapi perjalanan tu mesti korang bersyukur sangat sangat sangat sebab tak keluar lalu Karak that time. dan Alhamdulillah ktorang selamat jugak sampai rumah masing even badan rasa penat gila. nasib baik dah apply cuti siap2. kalau tak, kompem esoknya emergency leave. huii.. aku tak minat betul kalau nak amek EL ni melainkan kalau betul2 ada emergency. hewhew..






hope ape yang aku cerita ni, korang akan faham lah ek. rasa macam berterabur je ayat aku sebab sambil update entry sambil tengok tv. hihi.. and harap saudara-mara yang rajin baca blog ni dapat faham kenapa ktorang tak ajak sekali masa hantar adik bertunang tu.. nantilah masa Adham kawen baru sewa bas and gerak ramai2. nanti takdelah penat. hihi..


jangan kata kite tak payung. :p

okey tu je nak cerita. selamat berhujung minggu.. jangan lupa esok kerja hokkeeeyyyyyyyyyyyy.. tata..




Friday, December 25, 2015

CPUV NUFFNANG : U-MOBILE YEAR END PROMOTION

Assalamualaikum..





hai. dah alang2 tengah online ni kan, pastu internet pun laju gileeee, so marilah kita merajinkan update entry lagi. hew hew.. ni nak update pasal U-Mobile. korang yang suka online tu kan, cepat2 beli simkad POWER PREPAID tu haaa.. untung gile. hihi.. aku dah beli pastu guna untuk letak dalam modem M****.. hikhik.. sebenarnya quota internet M**** dah habisssssssssssss.. so tukar simkad U-Mobile ni haaa.. laju pulak internet nye. so, memang tak rugi lah beli simkad ni.. topup RM10 dapat free 1GB. tak ke murahhhh?? guna pulak kat kawasan yang coverage macam siput. memang berbaloi lerrr.. huhu..

memang #comfirmsure weiii..

korang tengokkk.. boleh dapat free je haaaaa..

cepat beli wei sementara masih sempat. sebab promo ni habis 31 Disember..




aku dah try. memang berbaloi. ape kata korang pulak yang try. hehe.. aku beli sebab line internet kat kawasan rumah aku ni memang sangat sangat sangat tak okey. bukanlah slow sangat. kalau laju pun kejap2 je. pastu slow balik. sakit ati jugak lah kalau tengah online asyik loadingggggggggggggggggg je.. aritu tanya kat TM konon nak pasang Streamyx pun dorang kata takde port and coverage kat kawasan Taman Sungai Kapar Indah tak okey. cuma kat taman bahagian depan je yang okey. yang kawasan rumah kos rendah belakang2 ni tak okey.. kesian kan?? hew hew.. so aku decide nak cuba dulu U-Mobile ni. so beli lah yang POWER PREPAID. uihhh laju wei. berbaloi2.. hehe.. tak rugi beli. :)





kalau korang nak tau lagi lanjut pasal U-Mobile ni korang bolehlah tengok kat website UMOBILE. manelah tau korang tergerak hati nak beli.. kan?? korang kan ada banyak enpon.. ngeh ngehhh.. beli tau!! hehe.. okey tu je. eh lagi satu, jangan lupa klik iklan Nuffnang kat blog ni ye. sayang korang.. terima kasih.. :)





tata.


Glitterati Nuffnang

Assalamualaikum..





hai. rajin tak aku update blog? :p hari ni je rajin. hari lain malas. hehee.. ni nak bagitau pasal Glitterati Nuffnang.. kan aku ada buat entry pasal aku punya Glitterati dah takde kannn.. memang dah takde pun sampai sekarang.. huhuu.. pastu aritu bagi message kat helpdesk Nuffnang, aku tanya kenapa aku punya dah takde Glitterati.. pastu dorang bagi jawapan ni..


nasib baik benefit yang lepas2 tak hilang.. kalau tak, rugi lerrr.. hihi.. papepun, aku still dapat CPUV dari Nuffnang lagi.. even tak banyak tapi ade lah jugak. okeylah tu dari takde. hew hew.. korang punye mesti lagi banyak kan?? korang kan pemes. pastu rajin update blog. kan kan?? aku ni pemalas. :p




okey tu je nak cerita. btw thank you Nuffnang sebab bagi feedback yang cepat untuk pertanyaan aku tu.. takde tunggu lama2 pun. and thanks again coz still bagi CPUV.. lebiu muah muah. hiii.. nanti bagi banyak sikit ye.. *kelipmatalajulaju  :)





eh. jangan lupa klik iklan Nuffnang kat blog ni. :) tata.

pengalaman interview Penolong Akauntan W27

Assalamualaikum...





hai. dah alang2 tengah cuti ni kan, takde benda nak buat, moh le kite update blog yang tak seberapa ni.. lagipun dah berzaman tak update blog banyak2 kali. malas. kihkih.. ni ada masa kat rumah boleh lah update. kalau tak memang kirim salam lerr.. kalau boleh berhabuk blog ni kompem siap ada labah2 membiak. LOL!! tapi sebenarnya laptop je yang berhabuk. tak rajin pun nak on laptop. selalu on pc je tu pun kalau ada benda nak print. hew hew..






okey, aku nak cerita pasal interview hari rabu lepas. Alhamdulillah lah aritu lulus exam online pastu tak lama tu terus dapat panggilan interview. eh lupa pulak nak bagitau. ni interview untuk jawatan Penolong Akauntan W27. preparation?? hmmmmmmmmmmmmmm sebenarnya aku tak buat persediaan sangat pun. interviewer pun perasan aku tak buat persediaan. mana taknya adeeeee je benda nak buat dan jadi. dah lah date tu nak dekat2 dengan date nak closing account. kena lah kejar bayaran claim. jenuh jugak nak kira balik claim perjalanan dorang. penguatkuasa punya claim bukan macam staff biasa. dorang banyak buat kerja luar guna kenderaan sendiri. kalau yang jenis faham buat claim takpe. ni yang jenis tak faham, tak boleh claim makan, dorang claim jugak. yang boleh claim, taknak claim pulak?? haihhh.. stress.. belum lagi yang tertinggal macam2. ada yang tak sign. ade yang tak kepilkan resit. adududu.. kite ni nak kejar deadline. banyak pulak yang nak kena kuiri. lagi bertambah stress. hmm..






okey lupakan pasal kerja. cuma orang yang buat claim je yang faham. huhuu.. lepas dah siap semua kerja tu aku siapkan resume ngan salinan sijil yang dorang nak. masa buat resume tu, aku edit balik resume sebab rasa macam dah lama sangat resume tu. lagipun nampak macam bersepah. kalau korang tengok pun rasa macam nak campak dalam longkang. yang baru ni agak kemas sikit la. huhu.. dah siap, tinggal nak print. masa dah siap print tu tengok kertas apesal kosong je?? lahhhhhhhhhhhhhhhhhhh catridge dah habissssssssssssss.. nak beli dah pukul 11 malam mane ade kedai bukak lagi.. T_T kalau boleh aku taknak guna barang opis. nak guna barang sendiri je. tapi keadaan terdesak sangat. so esoknya print kat opis.. tapi bawak kertas sendiri.. alahai.. pastu mintak sign pengesahan salinan sijil kat bos. sijil2 tu aku memang dah siap2 fotostat kat rumah. agaknya sebab tu kot catridge habis.. okey dah settle semua.. fuhh..






malam sebelum hari kejadian, aku check balik salinan yang aku fotostat. kenapa macam ada benda tertinggal. lahhhhhhhh.. boleh pulak lupa nak fotostat ic. T_T nak fotostat kat rumah memang tak bolehlah kan. sebab catridge dah habis lupa nak beli. kononnya semua dah settle sebab resume tu print kat opis.. aduuuhhhh.. memang malam tu tak boleh nak tido dok pikir camne nak buat. :( sampai termasuk dalam mimpi. @_@ pagi2 dah kena bangun awal kononnya nak sampai sana awal. tapi, tak sampai awal pun sebab aku decide nak fotostat kat opis. pukul 7 lebih dah sampai opis, fotostat ic then mintak pengesahan bos lain pulak. tapi dia gred 36. aku tak tau boleh ke tak kalau gred 36 sign pengesahan untuk interview. sebab setahu aku gred 41 ke atas je. tapi keadaan terdesak sangat aku belasah je lah mintak sign dia. gred 36 pun gred 36 la. asalkan ade pengesahan. nasib baik dia masuk awal. kalau tak, jenuh jugak nak tunggu sampai pukul 8. em.







pastu terus gerak pergi SPA putrajaya. nasib baik ade banyak parking. kalau penuh dah jadi satu masalah lagi nak kena carik parking. huuu.. aku tak reti nak parking kat dalam. so aku just parking kat luar je lah. takpelah kalau kena bayar. nak buat camne kan. lepas tu aku terus naik tingkat 6 kat bangunan SPA tu. ramai jugak orang luar yang naik. mak bapak pun ade yang temankan. aku ni dah lah lambat. pastu jadi orang last masuk interview. nak tunggu mesti lama lagi. pastu pergi makan dulu kat bangunan Perangkaan. ade pulak satu insiden terjadi.. masa nak amek air, air tumpah menitik kat bajuuu.. huwaaaaaaaaaaaaaaaaa.. apelah nasib ku ini.. dah lah baju plain.. nampak jugaklah corak2 air tu. tak tau nak rasa apa masa tu. nak nangis pun tak terkeluar airmata. aku makan pun dengan muka sedih je. :(






lepas makan terus naik atas balik. tunggu turn. sementara nak tunggu tu aku baca lah sikit2 pasal perakaunan akruan. yelah, kot2 nanti kena tanya pasal akruan kan. lagipun kebanyakan kawan2 yang kena interview, dorang kena tanya pasal akruan..haihhh.. jenuh jugak aku dok menghafal akruan tu ape. selagi belum sampai turn, menggigil2 je badan aku. nebesss bhai. tak boleh nak duduk diam. lameeeeeeeeeee tunggu. orang paling last katenye kan.






bila dah kena panggil, aku ketuklah pintu, bagi salam, then ada dua orang perempuan kat dalam bilik tu. tak sempat duduk lagi dah kena tanya asal dari mana. kalau ikut kebiasaan selalunya kena introduce diri sendiri tapi yang ni takde pun.. terus kena tanya. dah kena sergah camtu aku terus lah blurrr... jawab je lah ape yang dia tanya tu. takkanlah asal sendiri pun aku tak tau kan. pastu dia tanye dulu kerja kat mana, aku cakap la INTAN. boleh pulak dia tanya INTAN ada berapa cawangan. wei, aku tak tau kenapa aku boleh lupa berapa cawangan INTAN. T_T masa tu rasa macam nak menangis. aku belasah je lah. pastu kena tanya lagi sekarang kerja kat mana, aku cakap la JPJ Negeri Selangor. boleh pulaklah dorang tanye sape nama pengarah baru. huwaaaaaaaaaaaa.. mane aku ingatttttttt.. aku tak amek tau pun pasal semua tu.. aku pun tak tau kenapa aku boleh abaikan benda paling simple camtu. :'( terus terdiam aku. ade lah jawapan yang aku bagi tapi malas nak cerita. nanti aku nangis. :( pastu kena tanya pasal akaun pulak. ape yang aku faham pasal DOUBLE ENTRY?? huwaaaaaaaaaaaaaaaa.. tak dapat jawab jugakkkkkkkkkkkk.. padahal benda memang dah tau. semua soalan yang tak dijangka yang dorang tanya. kenapa mesti tanya soalan2 tu?? kenapa kenapa kenapaaaaaaaaaaa?? T_T







aku rasa otak aku dah tertinggal kat luar bilik interview. semua tak dapat jawab. dah lah tak dapat jawab, pastu kena sound pulak dengan orang yang interview tu, "awak ni tak buat persediaan ke??" pastu kutuk2 kewangan JPJ pulak "benda yang tak boleh bayar, dibayar jugak". dorang cakap "kewangan kat JPJ Selangor ni bermasalah. awak tak dengar cerita ke??" siap mention JPJ SELANGOR. teruk sangat ke JPJ SELANGOR ni?? aku ni bukan nak tau pun semua benda yang jadi kat tempat kerja. malas nak ambik tau. bagi aku, biarkanlah benda yang lepas. aku datang tempat kerja, sebab nak kerja. tu je lah. haihhh.. tapi tak tau lah kalau dorang cuma nak psycho aku je. masa dorang cakap camtu aku memang dah tawar hati. rasa macam nak keluar dari bilik tu je. sebab dah tau dah kompem memang tak dapat. hmm..






sedih wei. hampa. masa keluar dari bilik interview tu airmata aku dah bergenang. aku memang dah gagal pun untuk interview ni. :'( maybe ade sebab kenapa aku tak patut dapat jawatan tu. petanda pun memang dah ada. macam2 benda jadi masa hari sebelum interview. maybe aku memang tak layak pun untuk jadi Penolong Akauntan. takpelah. bila difikirkan balik. better aku jadi W17 je. kerja pun habis kat situ je. tak payah sibuk2 nak meeting. tak payah nak balik lambat. asalkan aku suka dengan kerja yang aku buat sudahlah. hm.






takpelah. rezeki ada kat mana2 kan. jadi pt kew pun boleh berjaya jugak. tak semestinya kena jadi Penolong Akauntan baru berjaya. asalkan aku happy dengan life sekarang. *pujuk diri sendiri. ape2 pun aku doakan semua yang interview tu berjaya dalam hidup.. aku pun tak mengharap sangat. ni pun aku rasa kebetulan je lulus exam online tu kot.. huhu.. lagipun first time aku amek interview untuk Penolong Akauntan. lepas ni malas lah aku nak amek2 lagi. kalau amek pun untuk saje2 je boleh tak?? :p






okeylah. tu je cerita pasal interview. apa yang penting sekarang ni family aku. aku taknaklah kejar kerja sangat. kalau asyik kerja je, gaji banyak tapi tak happy buat ape. kan?? *pujuk diri sendiri lagi. ape2 pun semoga pengalaman interview ni jadi pengajaran dan semoga kita semua happy2 selalu. insyaallah..






tata.





notakecik: semoga abah sihat2 selalu. sayang abah.



Thursday, December 24, 2015

abah dah discharge

Assalamualaikum..





hai. Salam Maulidur Rasul.. selawat dan salam atas junjungan nabi kita.. best ek arini cuti. huhu.. mesti ramai yang balik kampung. aku tak balik kampung pun. rehat kat rumah je. dok rumah diam² layan cerita kat tv je lah. abah dah discharge. discharge?? ya. discharge. korang yang tak follow fb or ig aku mesti tak tau kan abah aku kena tahan wad.





ceritanya camni.. khamis lepas tetibe je adik bagitau abah batuk² keluar darah. sebenarnya bukan batuk pun. nak bagi orang faham, sebab tu kata batuk. abah ni ada satu tabiat suka buang kahak. tak tau lah nape abah ada tabiat tu. abah cerita masa nak pergi kedai, tetibe je dia rasa semacam kat tekak dia. pastu dia pun ludahkanlah benda tu.. masa dia ludahkan tu, tetibe je ludah tu sekali dengan darah. mula² sikit je. pastu lama² jadi banyak. abah terus tak jadi masuk kedai, dia terus balik rumah. sebenarnya abah memang dah demam².. dah dua hari dah. pastu abah mengadu sakit tekak. tekak perit tak boleh telan makanan keras. aku tak sangka pulak boleh jadi seteruk ni. :'( aku rasa bersalah sangat sebab aku ada kat rumah abah bila abah ngadu sakit tekak. T_T






malam tu adik aku, nani, bawak abah pergi klinik. tak tau lah kenapa cuma bawak pergi klinik je. aku nak faham cerita dorang pun tak boleh sebab masa tu whatsapp aku tengah gila tak boleh nak appear whatsapp dari nani atau kakak aku. masa tu memang aku hangin jugak lah kenapa aku whatsapp takde sape yang jawab. rupanya dorang dah whatsapp cuma aku tak dapat tengok whatsapp dorang. padahal dorang tak block aku pun. gila ke ape adik beradik nak block. bukan ada masalah pape pun sampai nak block².. haihh..






esok paginya kakak aku pulak bawak abah pergi hospital klang. terus pergi kat emergency. dan² tu pulak terus kena tahan wad masuk zon kuning. masa tu hati sapa tak risau kalau bapak sendiri masuk wad, lagi² kalau kena kat zon² ni. masa dapat tau tu aku boleh tahan lagi. tak nangis pun. bila dah waktu balik kerja, aduhhhh masa tu memang aku dah nangis dah. nasib baik orang tak nampak sebab nangis dalam kereta je. biarlah aku sedih sorang² je. orang tak nampak. kalau happy, biar happy sama².. hm. hari jumaat memang tak dapat nak jenguk abah. entah kenapa badan ni rasa letihhhhh sangat nak keluar. aku dah tertidur dah. tak larat sangat. maybe penat kejar claim kot. huhu..






hari sabtu baru dapat jenguk abah. Alhamdulillah abah takde pape yang serius. doktor cakap kerongkong abah ada luka. pastu ada darah tinggi sebab tu kena tahan wad. tetibe teringat kat arwah mak. sebelum mak pergi pun mak ada darah tinggi jugak. :( abah ni kira bernasib baik sebab cepat² datang hospital. doktor cakap kalau lambat maybe cuma 50-50 je. korang faham kan maksud aku?? :'(






malamnya abah bagitau abah dah naik wad kat tingkat 8A. mak oii.. tingginye. tingkat paling atas tuuuu.. haiyooo.. ahad, aku datang jenguk abah. ingatkan boleh lawat tak kira masa pukul berapa pun. rupanya sama je waktu melawat. dah lah sampai 10 minit sebelum pukul 2. pastu nak carik parking punya susah. bila nak naik lift ramai pulak. sudahnya dengan rasa rendah diri naik tangga je. uihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh dia punya penat macam pusing taman 10 pusingan. lutut dah terketar². haihh nampak sangat dah takde stamina. dulu okey je kalau naik tangga. sekarang ni semputtttttttttttt.. tapi Alhamdulillah berjaya jugak sampai tingkat 8. :p






masa dah sampai kat katil abah tu ramai rupanya yang lawat abah. oh!! lupa pulak nak bagitau. masa dah sampai kat parking tu aku terserempak dengan makcik dan nenek aku. so ktorang pun beriringanlah sekali jalan. tapi, dorang semua naik lift lah. aku naik tangga. :p nasib baik berjaya jugak sampai atas. hihi.. kat atas tu ada abang sepupu dengan wife dia. siap anta gambar selfie dengan abah kat dalam group whatsapp. masa kami sampai tu memang ngam² pukul 2. alahai. sekejap je dapat borak dengan abah. em. sebenarnya tak dapat borak pun sebab abah borak dengan makcik ngan nenek lepas abang sepupu balik. hew hew.. takpelah. lain kali boleh datang jenguk lagi.






semalam aku ada interview. lepas interview tu aku pergi makan. lepas makan tu ingat nak terus balik. tapi, tetibe je tergerak hati nak pergi hospital jenguk abah. waktu melawat pukul 4.30 petang.. tengah borak² tu abah cakap dia kena tukar wad 7 pulak. dah kenapa pulak nak kena tukar wad.. pastu abah senyap je. call pun tak jawab. masa dah nak naik tu tetibe perut ni pulak memulasssssssss.. adehhh macam² halll lahhhh.. dah lah jamban duduk. tak puas nak berry. lama pulak tu. kahkah!! eh, dah kenapa tetibe cerita pasal berry?? LOL!!





masa tengah berry tu abah bagitau dah boleh keluar.. SEKARANG.. haaa tuddiaaa besaqq naa tulisan yang abah aku whatsapp.. tak sabo nak keluar la tu. aku pun kelam kabut naik konon nak tolong kemas². rupa²nya dah siap kemas dahhhh.. ambooiii.. pantas betul abah mengemas. hehe.. semua dia sumbat dalam beg je. tapi, belum boleh turun pun. kena tunggu nurse yang tolakkan pergi discharge suite. lama jugak lah nak menunggu.. sambil² tu borak² lah dengan abah.. dekat setengah jam jugak la tunggu nurse nak bawak abah turun kot.. aku layankan je lah.. sebab masa tu dorang memang tengah busy.






dah sampai discharge suite pun bukan boleh terus keluar. nak kena tunggu surat dari doktor pulak. alahai. lama lah jugak nak tunggu. berejam jam jam.. sementara tunggu surat dari doktor, nurse kat discharge suite tu suruh buat pembayaran bil dulu. nasib baik abah pesara kerajaan. so, tak payah bayar pape pun. lepas tu tunggu lagi dan lagi dan lagi dan lagi.. sampai nak dekat pukul 8.30 baru nurse bagitau kena amek sendiri surat dari doktor tu kat atas. napeeelahhh tak bagitau awal². buat penat je tunggu lama². dah lah abah mengadu lapar. kesian kat abah. hm. lepas dah keluar dari hospital tu lega betul. uihh belengas badan oiii.. bayangkan dari pukul 6.30 pagi sampai ke 9 malam pakai baju kurung je. rasa macam nak berendam kat dalam air sejuk. pehhh..






sebelum balik rumah singgah makan dulu sebab abah cakap lapar. kat rumah pun bukan ada pape untuk di makan.. nak masak sendiri pun dah penat sangat. sudahnya berhenti makan kat kedai. asalkan abah dapat makan, aku dah rasa lega sangat dah. Alhamdulillah.. syukur sangat² sebab abah dah discharge. harap lepas ni abah akan terus sihat. sape yang nak tengok orang tua kita sakit, kan?? semua nak dorang sihat. emm.. korang doakan abah kita sihat selalu ehh.. terima kasih korang..





okey tu je nak story. ingatkan nak story pasal interview. tapi, nanti² je lah. malas pulak nak cerita sekarang. hew hew.. eh okeylah. tata..