terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Monday, May 29, 2017

GET A LIFE

Assalamualaikum..




hai. takde nak update ape sangat. cuma nak melepaskan geram. sorry, i tahu ni bulan Ramadhan. tapi, disebabkan terlampau menyampah dengan manusia yang bermuka² ni, so, nahhhhh.. i dah bagitahu jangan jentik atau jangan nak usik hidup i. tapi manusia² ni degil. especially yang jadi tukang sampai tu. memang tak serik² ehh?? btw, good job for you. perangai mengalahkan minah kepoh. lelaki pun ada jugak yang perangai camni ekk?? blerrgghhh.. for this entry, i terpaksa guna aku kau. maybe itu yang paling sesuai. nak sentap?? terpulang.
sebenarnya malas nak ambik tahu. kalau boleh memang malas nak cerita benda² yang takde faedah. ya. semua tu dah takde faedah pun untuk aku. tapi kalau aku nak cerita pape pun rasanya tak perlu lah kau nak perli² aku. hak aku nak cerita pape pun sebab semuanya pun takde kena mengena dengan hidup kau dan sesiapa yang berkenaan dengan hidup kau. bagi aku, buang masa aku je nak cerita benda yang tak sepatutnya ada. tapi kau jangan lupa. kau masih BERHUTANG dengan aku. ingat tu.





aku bukan nak kata apa, tapi ade orang tu, mulut dia memang boleh tahan busuknya. depan² tak berani pulak nak sound aku. bila dah jadi camni, mulalah nak perli². konon nak cakap aku cerita semua kat media sosial. aku cerita ape?? sekadar share dari link² yang ada kat fb?? tu pun tak boleh ke?? ade aku cerita pasal kau?? ade aku mention kau?? haaa.. ni aku tak mention. tapi kalau kau rasa aku cerita pasal kau, baguslah. means kau dah berjaya baca entry ni!! nampak sangat kau memang selalu stalk aku. HAHA.. sedarlah diri tu. tak payah nak sebok² hal aku. jaga je lah diri kau dengan bini kau tu. jap lagi aku cakap, nanti sentap pulak. kang terkenan pulak kat anak kau tu. btw, tahniah. pasni ajar lah anak kau tu solat. jangan jadi macam kau. opsss!! #pedastak





ingatlah sikit.. dulu aku jugak yang tolong bangunkan korang. promote sana sini. tu lah guna nya aktif kat media sosial. jangan lah jadi badigol sangat. kalau aku takde, followers pun tak ramai macam sekarang. biasalah. orang cepat lupa diri memang camtu. selama ni effort aku pun memang sia² je. lagipun aku memang suka buat kerja free. bukan setakat free. aku pun kena sekali bayar duit kelab. ntah pape. nasib baik sekejap je duit tu kena collect. kalau still kena collect sampai aku stop jadi orang berkenaan, memang aku tak halalkan. daripada suka nak ikut terus jadi menyampah.






dah lah. daripada aku nak bercerita pasal kau kau kau kau dan kau kau kau yang takde masa depan tu, baik aku terus membahagiakan diri sendiri. aku pun dah malas nak tambahkan dosa lagi. malas aku nak mengungkit benda² yang aku rasa macam dah tak penting. tapi, memang dah tak penting pun. korang tak pernah nak tahu ape yang ada dalam hati aku, ape yang aku rasa, senang² kau judge aku macam aku yang bersalah. dah. jangan nak semakkan hidup aku lagi. aku ada hidup aku sendiri. aku cuma dapat doakan korang semua bahagia. tu je. aku tak nak kacau hidup orang yang takde kena mengena dengan hidup aku lagi.






GET A LIFE!! SILA MOVE ON!!






💩





bye.

Friday, May 19, 2017

unfriend

Assalamualaikum..




hai. i nak bagitahu ni.. i terpaksa unfriend beberapa orang kat fb sebab i taknak ada yang jadi penyampai. sorry. even uols janji or cakap takkan bagitahu kat orang tu, tapi i still tak percaya. daripada i sakit hati, baik i buat camtu. bukan nak putus kawan. tapi i rasa ni keputusan yang baik. please, harap faham situasi i.




i taknak lah ada yang masam² muka, pastu dok kata i yang bukan². i need privacy. okey?? i pun takde nak sibuk² ngan hal orang. i takde nak buat cerita yang buruk² pasal orang lain. so, harap uols janganlah nak buat cerita bukan². apa yang i bagitahu kat fb or ig, itulah yang sepatutnya tahu. jangan nak pusing² buat cerita lain.




okey. tu je nak cerita. jap. nape serius sangat ni?? HAHAHAHAHA.. hmm.. hari ni i nak pergi Cameron ngan kawan² kat JPJ ni under Puspanita. so semua perempuan.. yihaaaa.. saja nak jalan². lagipun i dah mintak permission dari suami i. hehe.. nasib baik dia bagi. dah lama tak pergi sana since 2014 kot kalau tak silaplah. ntah. malas nak scroll gambar. :p




k lah. i nak kemas² n siap². next time i update story lain. bye.




XOXO

Wednesday, May 10, 2017

RESTART

Assalamualaikum..





hai. macam lama sangat tak update blog. sebenarnya ada je bukak blog ni. sorry kat sape² yang ada komen kat blog ni tapi i tak reply. nanti i reply k. sekarang ni i tengah buat proses pembersihan. nak buang mana yang tak patut ada kat blog ni.. takkan lah nak simpan kat sini kan?? kalau boleh rasa macam nak delete je blog ni tapi sayang pulak. yelah, lama gileee kot buat blog niii.. ada yang tak patut buang. so, at last, i simpan je lah blog ni. cuma buang entry yang tak berkenaan je. u knoww.. kaannn?? kena lah jaga hati orang yang kita saiyanggg.. kannnn kannnnn kannnnn?? :p





my life?? Alhamdulillah.. semua masih dalam kawalan. terima kasih Allah sebab temukan dengan insan yang sangat memahami. insyaallah.. doakan yang baik² ye.. salah faham sikit² tu memang akan ada dalam rumahtangga. biasalah tu. lagipun masih dalam proses mengenal hati budi masing². dah nama pun baru nak bercinta. kihkih.. sanggatttt.. [mata ke atas].  tapi memang betul pun.. kami kenal sekejap je pastu terus suami ajak i nikah, sampailahhhhh sekarang ni haaa. banyak jugak perancangan suami. macam² dia nak buat. i doakan semoga suami i dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, dan semoga dipermudahkan segala urusan.. aminn..





okey, i nak cerita sikit pasal wedding i. boleh ke?? rasa², ade yang nak baca tak?? hew hew.. err ade kottt.. ke takde?? HAHA!! tak kisahlah. sebab i pun tengah ada mood nak update blog. kalau tak, memang kirim salam lah nak taip banyak² camni kannn.. tak kuaseee makkkkk.. kihkih.. :p uols pun layankan je lah ye. pastu tulislah komen sikit. janganlah baca je. HAHA.. :p yelah, malu i tau. rasa macam syok sendiri je even i tahu ada beratus yang view. beratuslah sangattt.. padahal puluh je.. KAH!!





percaya tak?? kami cuma ada masa lebih kurang sebulan je untuk buat preparation wedding. SEBULAN je weii.. memang kalut jugak lahh.. mula² tempah bridal dulu sebab kalau tak tempah nanti full. tapi, kami nikah hari biasa. so, takde berebut dengan orang lain. so yang tu dah lega sangat. hehe.. yup! kami nikah hari biasa, means hari bekerja. 21.03.2016, SELASA. pelik ekk?? hehe.. kenapa buat wedding hari bekerja?? sebab mak mentua jaga tender kantin, so susah sikit nak cuti. masa yang ada cuma cuti sekolah je. 21 hb tu kan cuti sekolah. so, kami pilih tarikh tu.





nak buat hari minggu tak boleh. sebab adik lelaki i kawen hari sabtu n ahad (18 n 19.03.2016). so, tak boleh nak buat majlis i, sebab majlis adik i tu kat Temerloh. nak buat 25/26 hb pun tak boleh sebab family in law dah kena balik Kelantan n cuti sekolah dah nak habis.. sooooo.. that's why lah kena buat hari biasa. but don't worry. ada je yang datang even buat wedding hari bekerja.. i buat siang sahaja. tapi kalau uols nak buat majlis macam i, kalau taknak buat siang, buatlah majlis tu malam.. :) lagipun i memang jemput kawan kerja ngan yang terdekat je. tu pun dah meriah. mana taknye. dorang semua datang naik kereta JPJ. habis beratur kereta JPJ depan rumah. jiran² pun sampai pelik tengok kereta banyak sangat. pastu, pakcik yang baca tahlil ingat ada rush kat rumah. HAHA!! kami pun takde lah nak beriye sangat buat majlis besar². majlis simple je. yang penting semua selamat. :)





BRIDAL

kami tempah bridal ngan MiM Collection. ni memang bridal terbaik kat Meru. i suke sangat sangat sangatttt dengan kerja Kak Ayu. hehee.. memang tip toppppp!! nak² pulak kalau Kak Ayu sendiri yang mekapkan. memang puas hati sangatlah kannn.. rasa macammm happy sangatttt.. untung gile weiii.. Kak Ayu yang mekapkan sendiri. hikhik.. terima kasih Kak Ayu. terima kasih sangat sangattt.. tetibe rasa macam diri i ni seorang Barbie Doll. kahkah!! #silajanganmuntah


shawl beli kat Butik Nurhannah :) | baju nikah beli kat Plaza Alam Sentral je :p | veil pun beli kat Plaza Alam Sentral :p

#selfie guna handphone Kak Ayu. haha..

pelamin dari MiM Collection

BORANG NIKAH

pastu kami settlekan borang. orang lain 3 bulan sebelum, tapi kami sebulan sebelum baru nak isi borang online. Alhamdulillah semua dipermudahkan. sekali isi je dah settle semua. bila dah settle borang memang lega sangat. sebab tu yang paling wajib. kalau tak isi borang camne nak nikah, kan?? :p




mula² kena settlekan borang lelaki dulu. bila dah siap semua baru settlekan yang i punya. nasib baik senang je suami i settlekan borang dia tu. semua dia uruskan sendiri. Alhamdulillah.. dapat suami yang pandai berdikari. hehe.. lebiuu .. #muahciked . kahkah!! bila part i pun semua senang. kiranya semua memang dipermudahkanlah. syukur sangat². tak payahlah i cerita cara² nak isi borang tu eh.. sebab kalau google pun memang dah melambak dah cara² nak isi borang nikah online tu. :p tapi jangan lupa. lepas dah isi online, bukan biar camtu je. kena print semua tau. then mintak sign pendaftar nikah. kalau nak tahu siapa pendaftar nikah, kena tanya kat masjid masing². lepas dah sign, baru hantar kat pejabat agama.






KAD JEMPUTAN & CATERING

kad jemputan ni i yang mintak owner kedai buat camni. buat comel². macam i. kahkah!! tapi memang comel kan?? even ada silap sikit, kira halal je lah. nak mintak tukar pun dah tak sempat. kad siap 2 minggu sebelum majlis. bayangkan kami nak edar kad lagi, memang tak sempat. tu pun ada yang tak terjemput. part ni memang kalut. sebab kami bajet jemputan cuma 300 orang je. tapi nak jemput ramai orang. terpaksalah tapis tapis dan tapis, tak dapat nak jemput ramai².. hew heww.. kad ni tempah kat Meru je. dekat Jalan Limau nak menghala ke Meru, sebelum traffic light simpang empat Jalan Limau tu haaa.. kan ada kedai fotostat 4 sen tu kannn.. haaa.. kat situlah.. :)




untuk catering, kami amek catering kat orang kampung je.. dekat je dengan rumah i. Jalan Belimbing jugak. kalau kenal ngan Haji Mohti, mesti tahulah siapa dia tu. hihi.. sedap sangat makanan yang dimasak hari tu. semua puji makanan masa kenduri. Alhamdulillah.. lega sangat sebab makanan pun semua cukup. eh ehh ehhh tetibe terasa kat tekak. nasib baik belum pregnant. tak pasal² mengidam nanti. HAHA.. tapi memang sedap pun. puas hati sangat². thumbs up untuk pakcik. :)


BARANG HANTARAN

okey. nak cerita pasal hantaran pulak. barang hantaran ni i yang gubah sendiri hokehhhh.. sila percaya. dengan segala kudrat yang ada, idea pun datang secara tetibe, maka siaplah semua gubahan untuk hantaran. ade lah jugak cari² idea kat google. tapi still tak tahu nak buat camne. then i pun pergi kat kedai bunga, terus dapat idea. daripada tempah kat orang, baik buat sendiri. i pun kreatif jugak hapeeeeee.. KAH!! #perasan . :p





barang² hantaran tu belilah apa yang uols nak bagi. i bagi mana yang i mampu je. i tak sempat nak simpan duit banyak². HAHA.. i dah tanya kat suami i. takpe ke bagi yang ni je. dia cakap takpe. fuhh lega. hehe.. takpelah nanti² i bagi hadiah lain puleee..


bakul kosong tu untuk isi buah. dulang yang lagi satu tu untuk isi kek. :)
 
abaikan yang bersepah² tu. :D

bunga duit. ni mas kahwin. i tolong gubah jeee.. cantik tak??


HENNA


untuk henna pulak, i hire #hennabyaz . tu pun i cari kat ig last minit. kalau tak, i nak hire anak kepada kenalan kakak i tapi macam jauh sangat sebab dia kat Dengkil. so i try carik yang kat Meru. Alhamdulillah jumpa jugak akhirnya. even ada kekeliruan pasal masa untuk pakai henna tu. nasib baik dia sanggup datang rumah jugak. hehe.. thank you adik manis.. jasamu dikenang. cantik sangat henna yang dia buat ni. nampak kemas. tetibe rasa macam nak pakai lagi. :p








*****


err bosan ke baca blog ni?? sebab cerita macam syok sendiri je kan?? hikhik.. takpelah.. bagi chance lah i nak story pasal diri i.. dah lama tak ber story mory ni. hew hew.. ehh ni ada lagi sikit gambar yang kena ditatap. silalah tatap tanpa rasa jemu ye.. HAHA..














tetibe ada gambar kaki. :p




dah dekat 2 bulan baru nak update pasal kawen. tapi gambar² ni semua yang amek sendiri je. sebab tu ada gambar entah pape. selfie je yang ada. gambar kaki pun boleh terselit. :p sebabnya, gambar dari photographer belum ada lagi.. takpelah. maybe banyak sangat gambar nak edit kot tu yang amek masa lama. hehe.. tak sabar jugak ni nak dapat gambar dari photographer. takpe, kami akan tunggu. :)








terima kasih Tengku Shaiful Fazuan sebab terima diri i seadaanya. sebelum ni i takde perasaan sayang pun kat u. tapi bila u ajak i kahwin, i cuba untuk terima u. then lepas i sah jadi isteri u, baru i rasa yakin dengan u and i jadi makin bertambah sayang kat u. maafkan i kalau i ada terkurang pada mata u. i memang bukan seorang yang sempurna tapi i akan cuba jadi yang sempurna untuk u. love u hubby.






sekarang i dah jadi Surihati Mr. JPJ. HAHAHAHAHAHAHAHAA.. gewdiixxxxx angatttttt.. :p rasanya tu je kot nak update. just doakan yang baik² yee.. okeylah. stop sini dulu. lain kali update cerita lain pulak. bye.




XOXO



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...