terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Monday, November 16, 2015

NAMA UNTUK WARNA


Assalamualaikum..




hai. saja nak share nama warna yang selalu buat kita confuse. orang kata biru dia kata hijau. orang kate pink dia kate purple. orang kata kuning dia kate coklat. kaaaaaannnnnn?? selalu jadi camni tak?? ade kan?? selalu kannn?? kecelaruan warna namanya. kihkih.. sebenarnya saya pun selalu confuse jugak.. okey, memang nak kata diri sendiri pun. hikhikkk.. :p




kat bawah ni senarai nama bagi warna² yang jarang kita tahu. harap lepas ni dapat bantu korang semua kenal nama untuk warna² yang ada kat dunia ni. hehehhh..




emm sebenarnya tujuan entry ni nak bagitau warna apa yang sesuai untuk di "match" kan dengan warna baju, especially dress. sebabnya ramai sangat yang tanya "warna apa yang sesuai dengan baju warna **** " sampaikan dah pernah komen pun ada jugak yang tanya lagi sekali. hihi.. boleh tengok SINI .. saya bagitau dulu lah nama warna ni untuk panduan semua. next time saya buat entry pasal warna yang sesuai tu ye?? hihi..


















link berkaitan : cara mengetahui warna baju/tudung yang sesuai dengan kita





okey. tu je. jumpa lagi next entry.. :)



Saturday, November 14, 2015

Duduk rumah

Assalamualaikum 




Hai. Lama tak mencarut kat sini. Eh, bukan mencarut. Mengarut lah. Kihkih. Btw, update blog sebab bosan. Tu je. Memang tengah bosan pun. Nak keluar pun keadaan kewangan tak mengizinkan. Bukan kewangan je. Cuaca pun tak mengizinkan. Sudahnya duduk je lah rumah senyap2. Melayan period pain ni. Sakit gila. #nangis





Ape yang terbaru? Entah. Nothing. Yup. Macam takde benda je. Tapi kalau ikutkan banyak sangat benda nak story. Tapi macam malas pulak nak story. Biarkan je lah semua tu lepas. Huhu.. 





Semalam balik rumah mak mentua kejap. Sebab macam dah lame sangat tak balik. Em, memang lama pun. Sejak cik abang kerja kat TUDM tu terus jadi penjaga kat rumah ni. Memang tak kemana pun. Ye lah, mane2 pun dengan cik abang je. Kalau dia kerja je camne nak keluar. Hihi.. Tapi, it's okey. Tak kisah pun.. Even terasa lah jugak kebosanannya, layankan je lah.. Tengok tv je lah tak bosan. Tu pun kadang2 bosan jugak. Kahkah!! Bosan dengan diriku berpisah tiada. 





Oh, cerita pasal mak mentua. Dia banyak lah jugak meluahkan perasaan dia tu. Pasal ape tu tak payah tau lah ye. Too personal. Hihi.. Tu baru ade menantu sorang. Tu pun jarang balik. Aku harap adik2 cik abang cepat jumpa jodoh and isteri2 dorang dapatlah temankan mak mentua tu. Yelah. Bukan aku taknak temankan. Tapi kesianlah dia macam takde teman je kat rumah tu. Aku ni pulak bukan selalu dapat balik sana. Hmm.. Kalau boleh nak duduk sekali je ngan dia tapi, adik beradik cik abang tu semua lelaki. Segan aaiihhhh.. 






Em. Tetibe blur tak tau nak taip ape dah. Kahkah. Pape pun. Hari ni memang bosan. Okebai. 





Tata.