terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Monday, December 31, 2012

kunci kereta hilang!!

Assalamualaikum..



apa yang korang rasa bila kunci kereta yang korang sayang sangat² tu tetibe hilang?? kunci kereta tu penting jugak kan, selain dari kereta tu sendiri. nak² pulak korang beli dengan hasil titik peluh korang sendiri.




pengalaman saya sendiri. kunci kereta boleh hilang masa nak beli makanan time rehat. yup!! hilang.. tapi bagi saya kunci tu bukan hilang tau. tapi, kena curi. kenapa saya kata kena curi?? sebab,saya perasan ada orang ambik kunci tu. camne semua ni boleh jadi?? ha, nak cerita lah ni.





waktu tu, rehat. saya nak pergi bank kejap nak deposit duit kat sorang akak ni sebab saya beli barang dengan dia. saya ditemani opismate saya, fiza. ingatkan nak pergi bank in je kat bank tu. so, kami pergi je lah kat area² tempat kerja. malas nak pergi tempat jauh². so, Hartamaslah tempat yang dituju.



lepas bank in duit, kami terus keluar bank. masa tu kunci kereta saya masih ada lagi kat tangan. then, kami singgah beli buah. kebetulan pakcik yang selalu jual nasi tu tak berniaga. tapi, kami memang taknak beli nasi pun. :p so, just beli buah je lah. dan mase tu, kunci still kat tangan.




mase tu kami dah nak gerak pergi kereta. tapi entah kenapa, kami tergerak nak pergi beli makanan kat Burger King situ. mula² memang kami taknak. tapi syaitan jenis ape ntah hasut kami pergi Burger King jugak. even tak lapar sangat pun masa tu.




mula² kami pergi kat kaunter 1, nak order burger set. pastu kami tengah pilih² lagi nak makan set yang mana. mase tu cashier tu pun pergilah buat kerja lain. pastu, masa kami nak order, cashier kat kaunter 2 pulak ada, then kami pun order kat cashier kaunter 2 sebab cashier kaunter 1 macam busy je. tapi saya still berdiri kat kaunter 1. masa nak bayar tu, saya letak semua barang² yang saya pegang, saya letak atas kaunter, betul² depan saya.




masa saya berdiri kat kaunter 1, ada sorang customer nak order pulak. then, saya beralih lah ke kanan sikit, barang² saya pun saya alihkan jugak. dan, kunci kereta still atas kaunter. mase tu lah saya terfikir nak ambik kunci kereta saya, sebab saya nak masukkan dalam plastik yang ada buah, dan masa tu jugak saya dengar bunyik kunci.




waktu saya dengar bunyik kunci tu, saya nampak bayangan tangan orang ambik something atas kaunter. bila saya nak ambik kunci, saya tengok kunci dah takdeeeeeeeeeee.. waktu tu baru saya sedar kunci kereta saya sudah hilanggggggggggg!! uwaaaaaaaaaaaa.. T_T




betapa cuaknya saya masa tu. memang rasa nak nangis sangat². sampai ke luar Burger King saya carik tapi tak jumpa. dah tanya cashier, dia cakap tak nampak. saya yakin sangat² memang ada orang ambik kunci kereta saya. saya nak kejar orang yang saya syak tu pun, bila saya toleh belakang, orang tu dah takdeeeeeeeeeeee.. uwaaaa.. T_T




saya risau kereta saya akan hilang, kot² nanti orang yang curik kunci tu curik kereta saya pulak. waktu² genting camtu, sebarang kebarangkalian mungkin akan berlaku. pastu saya mintak tolong fiza tunggu kat kereta saya, sebab saya nak masuk dalam Burger King balik. saya pesan kat cashier, kalau ade sape² bagi kunci kat dorang, mintak dorang contact saya. 




saya terus bagitau cik abang, mintak dia bawakkan kunci spare yang kat rumah family saya. saya bagitau abah saya, kunci kereta hilang. bagitau bos, terpaksa masuk opis lambat. burger yang baru beli tu, terus takde selera nak ditelan. hilang nafsu makan. T_T




kesian dengan cik abang sebab terpaksa datang dari jauh semata² nak bagi kunci spare.. dah lah kena ambik kunci tu kat rumah family saya. nasib baik dekat je. kalau jauh tak tahu nak buat camne. bila cik abang dah sampai, saya bukak pintu tu terus bunyik alarm. woo woo.. ramai yang pandang. ingat saya nak curik kereta kot?? (--")



pastu try start kereta guna kunci spare dengan eksaiteddddnyeeeeeeeeee.. tapi tapi tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii tak boleh start jugakkkkkkkkkkkkkk!! T_T saya terus tanya abah saya, dia cakap kena tekan button bawah stering. saya dah pelik,button?? bawah stering?? mane adeeeeee.. wayar² yang tidak dikenali adelahhh.. hukhuk.. rasa begitu naifnya saya tentang kereta. saya mintak cik abang tunggu sampai kereta boleh start. nasib baik dia tak kisah. [touching]




ramai jugaklah yang saya tanya. tapi yang bagi respons cuma berapa kerat je. si Farid a.k.a Mofasad tu pun saya ada tanya jugak. dia pun cakap pasal button. waduh waduhhh.. manelah ade kokkkk.. pastu cik abang tanya adik dia, adik dia bagitau, button tu ada kat bawah tempat simpan barang, kat seat sebelah pemandu tu. button warna merah.. comel je button tu. then, cik abang try tekan button tu, dan dia mintak saya start kereta. dengan lafaz Bismillah, saya pun start.. yeaaahhhhhhhhhhh!! akhirnya!! nasib baik boleh..




masa tu memang lega sangat² sebab kereta dah boleh start. kalau tak, memang nangislah kat situ. nak panggil towing pun bukan ade duit banyak nak bayar. call Perodua PJ pun bukan membantu. langsung tak berangkat telefon tu. hampeh betul. teruk betul servis. dah lah tengah urgent!! grrr..




keesokan harinya, saya mintak cik abang temankan saya pergi Perodua Meru kejap sebab nak tanya pasal kunci + alarm. orang Perodua tu cakap, kunci tu boleh je kalau nak buat kat luar, alarm tu pun boleh. pastu saya tanya dia, kalau buat kat Perodua berapa kos semua?? dia cakap around RM800++. GULP!! gila mahaaaaaallll!! ish, takmo lah buat kunci. pastu saya tanya kalau reset alarm berapa?? dia cakap RM44.30 je. ha, okeylah tu kan. asalkan alarm yang lama dah tak boleh guna, takpe.


pastu saya fikir balik, kalau tak tukar kunci, kalau jadi camni lagi, camne?? lagilah tak boleh bukak terus kereta saya tu kang. pastu saya ajaklah cik abang try tanya kat kedai eksesori kereta pasal kunci kereta ni. then tauke kedai cakap, kalau 1 set, around RM300 je. kebetulan kunci pintu sebelah pemandu tu dah kena umpil. sape punye kerja ntah nak umpil² kunci. nasib baik takde benda hilang. (--") so, saya ON jelah tukar kunci tu. nak survey kat kedai lain dah malas. lagipun, dah biasa beli barang kat kedai tu.




ingatkan kejap je pasang kunci, rupanye lame. aduh!! baru ingat nak half day. tapi tak sempat, terpaksa ambik cuti. nasib baik cuti ngam² tinggal sehari. yang buat jadi lama tu sebab orang kedai tu pergi ambik stok kunci. jenuh kami tunggu kat kedai tu. bosan wei. nasib baik bawak tab. kalau tak, lagilah bosan. (--")




bila dah siap pasang, dapat kunci, alaaa.. tak best... kunci tak cantik.. T_T rindunye kat kunci tuuuuu.. nak buat camne kan, nak murah, dapatlah kunci cikai² je. kalau nak original, kenalah buat kat Perodua. sob sob..


ni lah dia kunci baru [yang tengah] kunci gear je saya still guna. huhuuu.. kunci baru takde lambang Perodua. tak syioooooookkkkkkkkkkkkkkkk.. T_T


selamat tinggal kunci lama.. i will miss you.. terima kasih sebab banyak berjasa dengan saya.. :') yang besar tu kunci starter, yang lagi 3 tu kunci bontot belakang, ngan 2 kunci pintu depan. kunci spare tinggal 1 je. nak duplicate, bahaya pulak. kot² lah kan kalau orang tu dapat carik kereta saya pastu dia bukak kereta, laaaaaaaaaaaaaagi bahaya. (--")





jahat kan sape yang ambik kunci kereta saya tu. eee.. menyusahkan orang lain je. mesti dia bajet saya tinggalkan kereta, pastu nanti saya call towinglah tu. sebab tetibe je ada lori towing merayap² kat situ. hmmm musykil gak ni.





ada sorang member saya mintak saya pergi Burger King tu balik, suruh mintak permission tengok cctv. tapi, nape ntah saya tak tergerak hati nak pergi. ahhh!! boikot Burger King. menyesal pergi sana. T_T



pape pun, benda dah jadi kan. saya redha je. anggap je lah tu dugaan buat saya. maybe ada hikmah benda tu jadi kat saya. kalau tak pergi Burger King tu pun, maybe kunci tu akan hilang dengan cara lain pulak. Allah dah tetapkan benda ni nak jadi, maka, jadilah dia.. Kun Fayakun. 




waaaaaaahhhh nape panjang sangat entry niiiiiiiiiiii.. kompem takde sape yang nak baca. bhahahaha.. dah lah cerita merepek² je yang banyak. (--") okeylah. jari jemari dah penat menaip. tahun depan jumpa lagi. hihihihi.. macam lame je bila sebut tahun depan. LOL!!




tata.




#notakecik : belum pukul 12.00 am dah dengar bunyik mercun. @_@

[DEKORASI] kerja terbantut 2012

Assalamualaikum..



hari ni je dah 31.12.2012. esok dah masuk 01.01.2013. lagi beberapa jam je ni. tapi still ada jugak kerja yang belum settle. i mean, kerja² kat rumah lah. bukan kat opis. kalau kat opis memang takkan settle. adeeeeeee je kerja yang datang. 




ni nak habaq mai kerja ape yang saya maksudkan.



mane nak sumbat semua barang ni?? sementara ni semua ni simpan dalam bilik no. 3 sebab situ cuma letak meja komputer je. alahai. nampaknye kena beli almari besar la ni buat simpan semua barang² ni. wuuuhuhuuu.. duit duit.. dimanakah kau duittt..



lagi satu, kat bilik tidur ni kami tak tau nak letak ape kat dinding belakang katil tu. emm, kalau ikut plan, saya nak letak frame, tapi, kalau letak rak yang cantum kat dinding tu pun okey jugak kan?? tengah kompius ni nak letak ape. kang tak pasal² kosong je kat situ. hehehe.. :p 




okey, saya nak selit² sikit gambar yang tak penting kat sini. jangan bosan tau!! kene tengokkkk!! tengok jeee!! ini paksaan!! hihi.. :p


penyangkut baju sangkut kat pintu. taknak tebuk² dinding. nanti dinding jadi tak cantik ada lobang². :p

suis lampu dan kipas, cik abang tukar semua suis kat rumah kami dengan suis ni. cantik sikit. bhahahaha.. beli kat DIY jerrrr..

suka sangat dengan jam ni. memandangkan kat bilik ni takde jam, so, beli je lah jam ni.

saya tak tau mana datang hanger banyak² ni. setahu saya  yang saya beli sikit je. maybe ni hasil koleksi hanger saya sejak saya study dulu kot sebab ada nama kat hanger tu. bhahahaha.. :p

mesti korang pelik kan ape menatang ni. hahaha.. ini adalah BELT!!. tak tau nak letak mane cik abang punye belt tu, so, letak jelah atas almari yang terlekat kat meja solek. [?] mintak² cik abang nampaklah dia punye belt tu.. :p

ni gambar paling tak penting. bhahahaha.. amekau, semuanya DUA. ni saya punya.

eh, cik abang pun ada dua jugaklah. tapi tak semuaaa.. hew hew.. :p

dah. tu je. saja nak bagi korang buang masa baca entry ni. hihihi..dah, nak sambung buat kerja ni. tata!!




#notakecik : sejuknye hari niiii.. @_@

Sunday, December 30, 2012

[DEKORASI] almari yang besar gedabak

Assalamualaikum..



hari ni dah hari Ahad, 30.12.2012.. kejapnyeeee dah nak habis tahun 2012. plan hari ni nak pergi Shah Alam beli barang sikit. sebab sekarang ni tengah jahit langsir. tapi ada barang yang tak cukup pulak. adoiii.. ingatkan cukup. terpaksalah keluar kejap beli barang tu. kalau tak, tak siaplah langsir tu nanti.. (--")




okey, actually, entry ni nak story pasal almari yang besar gedabak, yang saya beli masa nak kawen aritu. kenapa beli besar²?? sebab dah tau dah baju mesti banyaaaaaaaaaakkkkkkkkkkk.. kalau beli kecik² kompem tak muat!!




2 minggu lepas mintak tolong abah saya telefon kenalan abah saya a.k.a jiran dekat² rumah family, nak upah bawak lori, sebab nak angkut almari ngan katil. tinggal dua barang ni je yang belum di angkut bawak rumah kami. kebetulan masing² tengah free, so, take time yang free tu nak angkut semua barang tu.




sehari sebelum tu, saya ngan cik abang bersengkang mata wrap semua barang² tu. kenapa wrap?? sebab, semua tu warna putih. for safety, kena wrap jugak. kalau main letak je atas lori nanti kotor n rosak pulak. dah tak cantik kan..




lepas dah angkut semua barang, kami angkat barang yang kecik² dulu yang boleh bawak naik atas. macam meja solek, katil, tilam, side table n isi² dalam almari. tu je benda yang kecik. yang lain besar²..



mesti korang tak caye bila saya kata almari saya besar kan?? nak bukti?? bhahahaha.. nanti saya tunjuk bukti. sampai tak muat nak bawak naik atas tau.

tengok, nak naik tangga pun tak muat. acaneeee?? ada DUA pulak tuuu.. huhuhuhuuuu..
terpaksalah pejamkan mata buat² tak nampak ape yang dah jadi kat almari kuuuu.. KOPAK SEMUAAA..
tengok, ini adalah terpaksa okkeeyyyy.. T_T

okey, time ni dah bawak naik bilik.

yeayyy akhirnye siap jugak almari kuuuu.. :) almari sebesar ni pun still tak muat nak simpan baju. camne?? (--")

semua ni cik abang ngan adik lelaki saya yang tolong buatkan. ni memerlukan 2 orang, saya tolong ambik²kan barang je.. hihihi.. Alhamdulillah siap jugak almari ni even tak sempurna macam mula² pasang. bila dah kopak semua, nak pasang balik dah tak sama pulak. ukuran jadi tak sama n ade ruang² yang terhasil. means, almari jadi tak rapat.. huhuhuuu.. takpelah. asalkan almari ni tak roboh n boleh buat simpan semua baju yang banyak banyak banyak tuuuuuu.. :)




pengajaran buat bakal² pengantin, bila dah tau lepas kawen tu nak duduk kat rumah bertingkat², tak payahlah nak beli almari besar² sebelum kawen yeee.. nanti menyusahkan diri sendiri jugak. kalau rumah setingkat tu takpe. rumah yang kami duduk ni, problem kat tangga je. sempit kat situ. (--") tapi kalau korang nak beli almari lain, terpulanglah. saya angkut almari dari rumah family sebab saya bukan kaya sangat nak beli almari banyak². pengantin bajetttttttt.. bhahahaha..




takpelah. semua dah selesai pun. hehehe.. baju² pun dah selamat simpan dalam tu. Alhamdulillah.. happy sangat dapat angkut almari tu even dapat luka² dan lebam² yang banyak kat kaki. T_T [menangis kegembiraan]




okey, stop sini dululah. nak siap² pergi beli barang langsir ni. tata. :)




#notakecik : esok kerja. @_@

Saturday, December 29, 2012

teringin

Assalamualaikum..



salam Sabtu semua. saya baru lepas kemas rumah. sebelum nak masak untuk makan tengahari, nak update blog dulu. hihihi. boleh pulak ekkk?? :p takpe, cik abang tak kisah.. XD



pernah tak korang teringin nak buat something yang korang nak sangat buat pastu tak jadi nak buat. em, saya teringin nak tukar address blog ni. banyak kali dah nak tukar. tapi tak jadi nak tukar. mesti terus cancel. 




kenapa nak tukar blog address?? sebab taknak bagi certain orang baca blog ni. kenapa?? sebab nanti dia terasa dengan semua entry² saya. pastu bila pikir² balik, kenapa mereka nak terasa sedangkan saya tak mention nama dorang, means, dorang tak perlu nak malu ke, nak terase ke, or whatever. 

 

and then saya sedar, saya tak perlu lari bila saya tahu semua entry yang saya post ni adalah sejujur²nya tentang hati, perasaan n perbuatan saya. saya tak perlu nak pura² baik or nak mintak simpati dekat orang. readers just read the entry, bukan boleh tolong pun, kan?? so, what's the point they said that saya mintak simpati?? hmm.. 
 


certain people just saw me secara luaran, then dorang boleh kata saya yang buruk². eh, it's okeylah. anggap jelah mereka tak kenal saya secara dalaman. cuma yang kenal je yang tahu saya ni macamne. 



ada certain orang yang suka sangat kutuk, bahan, mengata orang, tapi bila dia pulak yang terkena, dia rasa bengang. tu sangat unfair, that's right?? kenapa dia buat orang boleh, tapi orang nak buat dia tak boleh?? pelik dengan manusia yang camni. 



haaa.. kalau saya, bila orang buat saya, saya balas balik. ya, saya suka buat balik ape yang orang buat kat saya. tapi, certain perkara je lah. kalau orang dah tuduh saya hack² account fb orang tu memang dah melampau lah kan. kalau saya ni hacker, dah lame saya hack fb semua kawan² saya. cakap tu jangan ikut sedap mulut je. fikir dulu sebelum cakap. 




saya dah taknak tukar blog address ni sebab ni satu²nya blog yang saya ada. malas nak buat blog banyak² sebab saya bukan jenis yang rajin nak update blog. hew hew hew. eh, saya boleh tau lah ada orang yang tengok blog saya. bhahahaha.. 





dah pukul 11, nak siap² pergi masak. tapi, nak masak ape ekkk?? hmm.. okey, ni je dulu. nanti sambung lagi. tata.




#notakecik : Sabtu yang membosankan

Monday, December 24, 2012

MIM COLLECTION @ FESTIVAL PENGANTIN MALAYSIA 2013

Assalamualaikum..



buat bakal-bakal pengantin semua, kat sini saya nak share something. untuk tahun 2013, satu Festival Pengantin Malaysia 2013 bakal diadakan di Setia City Convention Centre, pada 4 hingga 6 Januari 2013.

sumber : SINI

dengar cerita festival kali ni adalah festival terbesar tau. so, ape lagi?? korang yang nak kawen tu bolehlah pergi festival tu. saya tau pasal festival ni pun sebab akak andam (Mim Collection) mase saya kawen aritu yang bagitau kat FB dia. 


ni dari FB MIM Collection

Mim Collection pun join festival ni. kalau korang yang nak kawen tu tapi masih belum carik andam, bolehlah datang pastu carik booth Mim Collection. sebab.................................





ini!!



best betul lah Kak Ayu ni. siap bagi hadiah percuma, pastu bagi bunga telur pulak. eeee!! jeles!! :p  tetibe rasa rindu pulak nak buat preparation wedding. ngaahahaha..




so, tunggu ape lagi?? jomlah datang ramai² kat SCCC tu. tempat tu betul² kat sebelah Setia City Mall. lepas korang shopping² pastu tak tau nak buat ape, bolehlah datang SCCC cuci² mata pulak.. hihihi.. 




saya prefer Mim Collection sebab kak Ayu BESTTTTTTTTTTTT!!!!!!! betullah,kak Ayu memang best. korang boraklah dengan dia pasal ape pun, nanti dia layan. kalau korang nak tanya pendapat dia pun dia boleh bagi pendapat. hehehe.. pastu make up dia cantik.. baju pun banyak yang baru sekarang ni.. pelamin pun cantik. senang cerita semualah cantik!! saya pulak yang eksaited. hihi.


geram tengok baju ni. tapi baju ni ada lepas saya kawen, so tak dapat nak pakai.. T_T

korang datanglah tengok sendiri ye?? alami sendiri baru puas hati kan?? and sure korang tak rugi punyalah. hehehhh.. 




okey, nak sambung buat kerja. tata!! :)




#notakecik : lambatnye nak balik. (--")

Thursday, December 20, 2012

[DEKORASI] divider

Assalamualaikum,



hai semua.. okey, entry kali ni nak cerita pasal divider pulak. bukan divider kat highway tu tau. ni divider dalam rumah..




kalau ikut cadangan awal, ingat nak letak dinding je kat tengan² tu means letak batu je terus. tapi nanti ruang tamu nampak kecik pulak..




pastu tengok cerita Adam Hawa kat tv, dalam rumah Ain tu ada letak divider jugak. cantik.. pastu ajak cik abang carik kat ikea divider jenis camtu. memang ade pun, siap dah carik dah divider tu. tapi, tak beli pun sebab pikir² balik, lain kali jelah beli. 




pastu masa beli meja komputer tu, cik abang ada nampak divider kat kedai tu. actually, saya minat yang dalam tu ada lampu tapi MAHAL!! cik abang cadangkan divider yang warna putih tu. hm, tak kisahlah. asalkan ada. hewhew.. bila tengok lama² cantik pulak divider tu. :)







cenggitulah bentuk divider tu haaa.. berat tu memang berat.. kayu padu. kenapa pilih putih?? sebabnya habuk tak nampak sangat!! hihihi.. ramai yang sangka kalau warna putih ni habuk boleh nampak. sebenarnya, kalau beli warna gelap, habuk lagi nampak. saya dah bandingkan kabinet tv dengan divider tu.




kabinet tv tu saya kena buang habuk tiap² pagi. pastu petang tu mesti ada habuk lagi. divider tu saya tak buang habuk pun. sebab habuk tak nampak.. kat kabinet tv ketara sangat habuknya. 




sebab tu saya pilih putih. lagipun, saya nak bagi ruang tamu tu jadi nampak luas sikit. kalau warna hitam mesti nampak sempit sikit. :)



tapi terpulang korang nak design ruang tamu korang camne. depends kat keselesaan korang. ruang tamu setiap rumah lain² citarasa kan.. :)



okey, ni je kot nak share.. tata. :)



#notakecik : batuk² lagi.. T_T

juara The Voice 3

yeayyyy Cassedee Pope jadi juara untuk The Voice 3.. hehehehe..





tak sia²lah saya vote dia kat FB hari².. kuikuikui.. 




#notakecik : masih sakit tekaklah.. T_T

Wednesday, December 19, 2012

[DEKORASI] meja makan

Assalamualaikum,



kerja saya dah siap. muehehe.. nak update blog jap boleh?? :p entry ni nak cerita pasal meja makan pulak. kami pilih yang simple je sebab ruang makan kami bukan besar sangat pun. jadi, kami pilih meja makan 6 kerusi.




masa nak pilih tu susah jugaklah sebab banyak sangat pattern yang orang kedai tu tunjuk. orang kedai tu suggest tempat duduk yang ada kusyen. tapi saya taknak. kesan jangka panjang kena fikir jugak. nanti bila dah ada anak ke, kalau dorang main² kat kerusi tu, koyak pulak kusyen kat kerusi tu nanti. dah jadi tak cantik.





sebab tu pilih yang biasa je. kalau nak yang lagi cantik, nak yang ada ukir², duitnye pun kena cantik jugaklah kan.. kuikuikui..


heip!! jangan intai ape dalam tudung saji tu. muaahahaha.. makanan tak habis, kenelah tutup. takkan nak bukak je. :p




simple je kan meja makan kami??sebelum ni kena makan kat atas lantai je, sekarang makan kat meja. barulah selesa. asalkan selesa, saya tak kisah benda tu murah dan simple. yang penting puas hati.. :) meja ni pun saya beli kat kedai yang sama saya beli sofa. malas nak carik tempat lain. dah alang² kat kedai tu, better cari semua kat situ. beli banyak² boleh mintak murah sikit. hihihi..




okey, tu je cerita pasal meja makan. jumpa lagi nanti.. :)




#notakecik : mata kanan bawak gerak²lah.. @_@
 

[DEKORASI] sofa + meja kopi di ruang tamu

Assalamualaikum,



hai semua, hari ni tak larat lagi nak buat kerja yang kene berdiri lame², so kena buat kerja yang duduk je. smalam dah tolong opismate printkan baucer, arini tak tau nak buat ape pulak. hmm ape lagi nak buat kan, update je lah blog.




kebetulan pulak ada gambar baru kat dalam kamera. hehehe.. so, ape kate kite update pasal dekorasi rumah. actually, bukanlah dekorasi sangat, sebab memang belum complete.. saje nak share dengan u ollssss.. :)




untuk ke sekian kalinya, nak share dengan korang pasal sofa kat rumah. sofa ni kami beli kat kedai perabot biasa je. alah, yang ada bangla kerja tu. kuikuikui. sama tempat saya beli meja komputer dengan kerusi. :)




sebenarnye dah lame dah survey nak beli sofa camne. konon² datang kat kedai bangla tu nak survey je tapi bila pikir² balik, kalau asyik survey je, bila mase pulak nak belinye?? sementara ada duit ni, baik beli. nanti kalau dah habis, susah pulak. (--") kalau boleh taknak beli sofa yang jenis kulit tu. sofa jenis tu kalau rosak/koyak sikit, kena ganti SEMUA. dah membazir duit dah. kalau beli jenis yang kain, rosak sikit ganti satu bahagian je. :)



rasa macam makan ruang pulak sofa ni. mase tengok aritu macam kecik je. bila dah sampai besar pulak. kuikuikui.. tapi takpelah. puas duduk kerusi ni sebab selesa. kerusi jenis ni tahan lama sikit. tapi depends kat kitalah kan nak jaga camne.. :) eh, baru perasan corak yang kami pilih ni sama macam corak kusyen dalam cerita kat tv. memang tengah fesyen ke?? kuikuikui.. :p




kipas ni cik abang pasang sendiri. saya cuma bantu ambik² barang je. tauke kedai offer nak hantar pekerja untuk pasangkan. tapi cik abang ni rajin sangat nak pasang sendiri. kuikuikui.. sisebabkan rumah kami tak tinggi, jadi kami pilih kipas yang batang pendek je. kalau ambik yang panjang nanti kipas tu kene kepala pulak. bahaya.. :p



heip heip!! tengok sofa dengan meja kopi je tau!! jangan tengok lain.. HAHAHAHA.. dinding belum cat lagi sebab tak tau nak cat warna apa. hmm.. balik nanti nak bincang dengan cik abanglah. yang putih² kat dinding tu sebenarnya plaster. cik abang tampal lubang² yang ada kat dinding tu. 



eh, sila abaikan sampah² yang kat bawah tangga ye. tu barang² dari dapur. sekarang ni tengah renovate dapur, so barang² kat dapur kena letak kat tempat lain. kecuali dapur masak je yang masih ada kat dapur.. hehehhh..




meja kopi tu harga asing². tapi kat kedai perabot tu memang dia letak 1 set camni.. berat sangat meja ni weh!! aritu kat kedai takde nak angkat², mase sampai tu saya cuba tolong cik abang nak alihkan meja, tak larat nak angkattt. berat sangatttt!!




misi mencari perabot dah settle, lepas ni cari lain pulak. hehehehe.. :p




hmm rasenye tu je kot nak cerita pasal sofa ngan meja. nanti update lain pulak ye.. tata.




#notakecik : suara takde lagi hari ni.. T_T

Tuesday, December 18, 2012

penat

Assalamualaikum..




hai, lamenye saya tak update blog. bukan sebab busy tapi sebab tak sihat. aduhhh.. boleh pulak kena demam kan. maybe sebab cuaca tak menentu kot..




sampai hari ni masih tak sihat. datang kerja pun sebab taknak cuti lame². nanti kerja makin menimbun pulak. buat je lah ape yang mampu dulu. daripada tak buat langsung, kan??




penatlah keluar masuk toilet je. nape ntah tetibe tercerry berry. maybe sebab makan bubur malam tadi kot?? saya memang tak suka makan bubur nasik sebab tak sedap. tapi malam tadi ngengada nak makan, pastu pagi tadi keluar masuk toilet sampai masuk opis pun jadi lambat. 





perut kosong dari pagi tak makan pape. tadi rehat tidur je. nak keluar pegi mane² tak larat nak jalan. balik nanti tak taulah camne. mintak² takde lah jem petang karang. 





okey, hari ini adalah harinya. hew hew. den kayo.. den kayo.. Alhamdulillah.. :) 




tata. >.< Y




#notakecik : aritu ada, pastu sekarang dah takde. takpe, dah tau dah.. tak payah sorok pun. :p

Wednesday, December 12, 2012

[WORDLESS WEDNESDAY]


tersiksa diriku menunggumu. T_T




#notakecik : batuk². @_@

Tuesday, December 11, 2012

kena lempang dengan abah

tetibe teringat mase saya kecik² dulu saya pernah kena lempang dengan abah. marah?? tak marah pun. cuma merajuk je. nak tau kenapa kena lempang?? haaa nak ceritalah ni..




tak ingat mase tu umur berapa tahun tapi yang saya ingat saya dah pandai naik basikal. maybe darjah 2 atau 3, sebab masa tu adik saya yang bongsu tu dah wujud dan masih comel. sekarang tak comel. bhaahahaha..




waktu tu abah saya belum balik kerja. saya pun buat kerja gila, bawak adik saya yang kecik jalan² naik basikal. tapi letak dia kat tempat duduk depan, saya duduk kat belakang sambil pegang dia, tangan sebelah pegang handle. dapat bayangkan tak??




dulu² kat jalan kampung tu mane ada kereta sangat. orang kampung pun bawak kereta/motor slow je. tak macam orang sekarang ni. laju!! tinggal habuk terbang² je.mase tu macam syok je bawak adik jenjalan. batak ada adik kecik comel kan, so bawaklah pegi jenjalan. mase tu adik dah besar sikit dah.. tapi belum boleh jalan kot. tak ingat. takkanlah nak bawak dia jenjalan masa dia baby pulak kan. carik penyakit namanya tu.




mase tengah syok² naik basikal ngan adik tetibe terserempak dengan abah kat tengah jalan. dengan muka bengis, abah suruh balik. saya pun baliklah terhegeh² naik basikal, adik saya balik dengan abah naik moto vespa. vroom vroomm..




sampai je rumah, tak sempat pun saya masuk dalam rumah, abah dah tarik tangan saya pastu marah² saya "kalau jadi pape kat adik camne??" mase tu saya terus nangis tak hengat ape pastu PANGGGGG!!! 1 das lempangan hinggap kat pipi. terus rasa pening² kepala. pastu terus masuk bilik nangis². masuk bilik terus tutup muka dengan bantal, pastu nangis puas². sakit woooooo..




pastu rasa lemas pulak sebab tutup muka dengan bantal. so saya bukak bantal tu nak ambik udara kejap. lepas tu saya nampak darah kat bantal tu. saya pun tak tau dari mana datangnya darah tu. maybe dari hidung, atau mulut. malas nak amek peduli, terus sambung tutup muka dan nangis.




mase tu mak panggil ajak makan tengahari. tapi saya mogok. taknak makan. hakikatnya memang tengah kebulur gileeeee.. dalam hati ada terdetik nak lari dari rumah. gila tak?? gila tak?? gila takkkk?? hahaha.. emosi budak kecik, ikut perasaan je.




tak sedar nangis sampai pukul berapa, tau² dah malam. pastu terjaga, bangun tidur terus rasa lapar, pastu pergi dapur tengok ape yang ada, terus baham. ngap ngap ngap!!




pastu tak ingat ape dah jadi lepas tu. ehem ehem, sebenarnya kan, saya nangis bukan sebab kena lempang pun, cuma rasa malu dengan budak² lelaki yang datang main² kat depan rumah. HAHAHA.. dulu arwah sepupu saya rajin main² dengan budak² kampung kat situ. jatuh standard weh nangis depan budak lelaki. egolah kononnya. kihkihkih..




padahal sekarang lagi kuat nangis. LOL!! abah tu bukan garang sangat pun. cuma cara dia marah tu lain sikit. dia cuma tunjuk ekspresi muka je, kami dah tau dah abah marah. kalau nampak muka abah camtu, kami terus cepat² masuk bilik. dia takkan angkat tangan kalau kami tak degil. kalau kami nakal, ha amek kau memang kenalah kan. tapi, even abah marah camne pun, saya tetap sayang abah saya, kami sayang abah kami. :')




lapar pulak, nak beli makananlah. omg!! makannn?? takpelah. makan je lah. daripada kebulur nanti kang, nangis pulak. ehhh?? hahaha.. okey, tata. 




#notakecik : nape tangan kanan ni asyik gatal² je?? (--")

Saturday, December 8, 2012

[DEKORASI RUMAH] meja komputer + kerusi

hai, jumpa lagi. hehehe.. sorry kalau annoying, sebab asyik blog ni je yang terupdate. sekali sekala kan, bukan selalu pun. huwa huwa.. daripada baca blog gosip, baik baca blog saya ni ha. ade jugak faedahnye. #eh??



entry ni nak cerita pasal meja komputer yang baru sampai tadi. haaa amekau terus update kat blog tauuuuu... semangat nihhh!! [kembang kembang idong]. ade bau kedai tak??

 



tetibe ade bass cik abang kat tepi. spoil gambar je lah cik abang ni. hue hue. [toleh belakang] eh, cik abang dah turunlah. lalalalala.. tinggal saya sorang² kat atas. (--")




meja ni saya beli kat kedai biasa je. bukan beli kat Ikea, mahupun Harvey Norman. ececece.. nak nama yang gah je. cett!! better beli kat kedai biasa je even minat design kat Ikea. sebab beli kat kedai biasa?? harga lebih murah. kualiti pun bagus even tak sebagus Ikea. eh eh ni nape asyik sebut Ikea je ni?? (--")




ehem ehem sebenarnya, inilah yang saya tunggu² kan.. yang saya bagitau kat entry yang lepas tu lah.. :p  em, ade lagi yang saya tunggu, bukan ni je. tapi nanti²lah update ye?? dah malam ni. mataku sudah mengantukkkk.. 




okey, sampai sini dulu. tata. 



  #notakecik : mata lebam macam panda. @_@

sabun TAHARAH

Assalamualaikum..



salam Sabtu. eh?? jarang² update blog hari Sabtu sejak dah kawen ni tetibe hari ni nak update pulak. hikhik. almaklumlah dah dapat meja komputer dengan kerusi baruuu.. kuikuikui bau kedai. barulah ade semangat sikit nak online. kalau tak, kene duduk atas lantai je, sakit kaki.




okey, malam ni saya nak buat entry pasal sabun TAHARAH. maybe ada yang dah pernah dengar pasal sabun ni. tapi ada jugak yang belum pernah dengar atau tau kan?? actually sabun ni digunakan untuk menyamak najis Mughallazah (najis berat).





saya bukanlah pernah pegang najis² Mughallazah ni tapi kat tempat tinggal saya ni, kebanyakan jiran² kat sini bela anjing. selalu bawak anjing dorang jalan², pastu biar anjing tu berak kat depan rumah. kite dah jeling pun buat tak tahu je. eeee!! [geram]




sebab tu saya beli sabun ni. takut² taik anjing tu terkena kat tayar kereta, pastu terus parking kat dalam rumah, dah terbawak najis tu sekali. ade orang kate kalau camtu boleh dimaafkan sebab kita tak tau. tapi, kalau kita was², camne pulak kan?? 




sabun ni bukan untuk samak je. boleh guna untuk macam². untuk mandi, basuh sayur, hilangkan bau badan pun boleh. senang cerita, semua bolehlah. kalau nak tau info pasal sabun ni, bolehlah tengok kat SINI.




eh, sabun ni wangi tau!! heee.. saya sukeeeeeee.. kalau nak beli sabun ni, bolehlah pergi kat http://www.sabuntaharah.com/ . jangan tanya saya pasal proses pembelian/pembayaran pulak sebab bukan saya ownernya. hihi.. lagi satu, proses pengeposan pun cepat je. dan mereka beri respon yang cepat juga. tak payahlah kita nak remind mereka ke, nak tunggu² ke.. kita just tunggu abang posmen sampai je. :)




rasanya tu je kot nak cerita pasal sabun ni. nanti cerita lebih² kang tak terbaca pulak. okeyyyy.. sape² yang nak beli tu, selamat mencuba!! :)




tata.




#notakecik : berdentum² bunyik guruh tadi. serammmm.

Tuesday, December 4, 2012

Cassadee Pope The Voice 3

seriously, saya minat sangat dengan bakat yang Cassedee Pope ni ada. since tengok dia kat The Voice 3 tu terus minat. dari mula dia masuk audition, sampai sekarang ni. 




video bawah ni masa dia audition nak masuk The Voice 3, sekali empat² juri pusing tuuuu.. best suara dia. tiap kali dia nyanyi mesti meremang je bulu roma saya. :)



i like her!! :)



oh, dia ada band. Hey Monday. tapi dia kata dia nak nyanyi solo. bakat yang ada tu, takkanlah dia nak sia²kan, betul tak?? :)






tak sabar nak tau siapa yang jadi juara The Voice 3. :)



#notakecik : mendung pulak. 

[DEKORASI] cat bilik 2

Assalamualaikum semua.



lamenye tak update blog. hew hew. entry ni nak cerita pasal cat bilik. emm kat rumah saya ada 3 bilik. tapi ni nak cerita pasal bilik yang no. 2.. bilik utama tak boleh cerita sebab tengah BERSEPAH. HAHAHAHAHA.




okey, saya letak dulu gambar bilik sebelum dicat. :)

  

aduh, rasa macam malu pulak nak letak gambar ni. tapi sebab takde gambar lain dah. ni je yang ada. hihi. oh, tu semua barang hantaran masa kawen aritu tapi, kotak je yang tinggal. isinye benda lain. 




warna cat bilik ni asalnye memang krim. so, kami tak payah nak undercoat semula. lepas bincang² dengan cik abang, kami decide nak cat bilik ni dengan warna pink. entah nape tetibe nak pulak cat warna pink padahal bukan minat pink sangat pun. eh tapi ada je baju pink. eh macam geli pulak dengan warna pink. eh konpius dengan diri sendiri ni minat pink ke tak. (--")




kami decide beli cat Nippon je sebab murah dan warna catnye cantik². sebelum ni tak terpikir pun nak pakai cat Nippon tapi masa kawen aritu cat bilik guna Nippon rasa macam best pulak. :)



disebabkan saya ni agak cerewet, so cik abang serahkan semuanya kat saya. HAHAHA.. kejam tak?? jadi, bolehlah pilih warna ape yang saya suka. means, kombinasi dia, bukan warna pink tu. lagipun, kalau pergi kat Nippon, warna pink tu banyaakkkkkkkkkkk.. rambang mata tau. warna atas ni pun mintak pendapat cik abang dulu. dia kata okey, so, kami terus pilih. :)




saya taknak nampak bilik tu cuma nampak satu warna je so, saya ambik 1 bahagian untuk buat feature wall. that mean warna pink pekat tu jadi feature wall. mula² sekali kami cat warna pink cair dulu. bila dah kering, kami tampal masking tape kat tepi tu sebab taknak cat tu nampak cacat a.k.a comot. 




actually, kalau guna masking tape, menyusahkan jugak sebab, bila cabut masking tape tu kena hati². kalau main tarik je nanti cat yang kena masking tape tu pun terikut sekali. saya ni malas,sebab tu guna masking tape. sape rajin, guna je la berus. hihihi.




ni saya nak bagitau. kalau korang guna cat Nippon pastu bila dah kering jadi macam yang kat atas ni, means, warna cat tu macam tak rata, [memang akan ada bahagian yang tak rata tapi certain warna je], korang kena touch up. saya beli 1 liter punye pun ngam² je untuk feature wall. cuma kena pandai² gunalah. kena cat 1 lapis dulu. bila ada lebih, guna untuk touch up. ni saya guna Nippon, tak tau lah cat lain jadi camtu jugak ke tak. :)

 
okey, dinding dah siap cat. sampai bengkak² tangan saya ni sebab mengecat dari pagi sampai malam. untuk langsir pulak, saya padankan dengan warna pink lembut. saya taknak ikut warna yang pink pekat tu sebab nanti bilik nampak gelap sangat pulak. lagipun, bilik saya dah guna langsir gelap. HAHAHA.. eh eh kantoi pulak. :p 


ape beza gambar atas ni dengan gambar tadi?? emmm.. yup!! lantai!! hihi.. [tanya, jawab sendiri] saya taknak guna tikar getah sebab semut suka tinggal bawah tikar.. tile?? rasanya kat bilik tak sesuai letak tile sebab tak elok untuk kaki kita. rajin pulak saya ni nak pakai selipar kan?? bhaahahaha.. lagipun, saya nak lantai ni jadi tahan lama. oh, lupa nak bagitau. saya guna cat lantai. ni pun saya beli kat Nippon. just ask dekat orang kedai tu, nanti dia tau lah. tapi cat untuk lantai tau.. :)





kenapa pilih warna tu?? sebab, kalau pilih hitam, nanti gelap sangat pulak. nak pilih warna yang terang, nanti kalau ada kotor² nampak sangat pulak.. kene pikir masa akan datang jugak kan.. so, kami pilih warna "Brown Grey".





eh, langsir tu saya jahit sendiri tau!! rajin tak?? rajin tak?? rajin takkkk?? hihihi.. saya culik mesin jahit mak saya. daripada menganggur je kat rumah mak, baik saya pinjam kejap. kebetulan kakak saya duduk dengan mak sementara nak tunggu rumah dia siap, dia pun dah ada mesin jahit, so kat rumah mak guna mesin jahit kakak saya je. :)





jahit langsir bukan susah macam jahit baju. sebab tu lah boleh berlagak. cuba suruh jahit baju, kompem jadi ape ntah. kihkihkih. 




emm rasanya tu je kot nak share. nanti bila bilik lagi 1 dah siap, saya share lagi okey.. :)




tata.




#notakecik : selasa yang sejuk @_@