terima kasih sudi singgah..♥

✿cayang2 rosalina✿

Showing posts with label FOMO. Show all posts
Showing posts with label FOMO. Show all posts

Tuesday, September 15, 2026

I'M BACK.

Assalamualaikum.


haaaaaiiiii. yuuhuuuuuu.. i'm baaaaack... 



cewahhh.. kejadah hapeee nak back back bagai. hahaaa.. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa lamanya tak menaip kat blog. ni bukan setakat sawang. aku rasa dah macam rumah pusaka hampir runtuh dah ni. wkwkwkwk.. tetibe rasa rindu nak bukak blog sendiri. pastu tetibe rasa rindu nak bebel bebel kat sini walaupun takde idea nak bebel ape. maka terjadilah bebelan yan takde arah tuju yinnihhh.. yan? kenapa typo jadi yan? rindu kak yan kot? LOL!



sebenarnya nak testing laptop baru. eh, aku takde niat nak show off tau. kikikiii.. eeiii tak biashhewww lah taip guna LAPTOP BARU ni. ehh tercapslock. kahkah!! tibehhhh.. laptop lama dah rosak.. huhuu.. beli pun tahun 2011 memang rosaklah citer diaaa.. habissss semua memories dalam tu. dah takde dah kenangan lama lama doluuu.. huhuu.. yang ada FOMO ni je. lahhh tibehhhh.. padahal gambar ni bukan kat laptop lama pun. sebenarnya nak cite gambar ni macam gambar lama. laptop tu je yang lama. eh? perlu ke aku explain? kalau orang tak faham tu biar je lah ekkk?? hahahaa bukan ada orang baca blog pun. kahkah!


eh, mestilah kena FOMO jugak. mana boleh ketinggalan. sis kan up to date. kahkah. yang chatgpt ni pun, nak menipu pun agak agak lerrr.. lain benooo muka. dah nama pchatgpt ekkk.. ikut dan dia je. aritu tanya kenapa muka lain? dia cakap, sebab guna penjanaan semula wajah. kalau nak muka asal kena mention situ "kekalkan wajah asal" haaaa githewwww.. tapi yang original lagi cantik kan? lahhh tibehhh.. 



pastu edit gambar ni. tetibe ada bangunan jpj. hahahahahahahaa.. mentang²lah ayah dorang keje jpj. eh, lupa. mommy pun jpj tapi mommy tak saman orang. mommy jaga duit gomen. ahhh kauuu cite nak gebang je. kihkih.. btw, masyaAllah cantik²nya anak mommy ni.. moga sentiasa dilindungi Allah..moga terhindar dari penyakit ain.. aamiinnnn.. 



kan aku dah cakap [taip] entry ni takde arah tuju. pastu ntah pape yang aku taip. hahahahaa.. nak cite pasal "i'm back" tapi terselit FOMO gambar 80an. haa memang betul² back years dah ni.. dah lah. tetibe perut lapar plakkk time² ni.. hadoiii camnelah tak gomokkk?? ahh lantak. makan je lah. orang cantik mana boleh lapar. kalau aku sakit bukan kau yang jaga. tibehhh..



dah. tu je. okebai.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...