terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Friday, September 20, 2013

kaki melecet??

Assalamualaikum..





fuh fuh fuhhhh.. okey nasib baik takde banyak habuk. lama tak update. last update 15 hb. ehhhhhhhhhhhh tak lame pun. hihihi.. rasa macam lama je. orang yang selalu update blog, kalau tak update sehari pun rasa macam lama. :p





korang suka pakai heels tak?? means kasut bertumit tinggi. saya tak suka pakai sebab kaki cepat melecet. sakit wei. hari tu terpaksa pakai sebab kena pergi Jabatan Perdana Menteri. dah lah kena menapak jauh sebab parking kat luar. tak pasti pulak kereta boleh bawak masuk ke tak. kawan saya takut kena clamping, tu yang parking kat luar. dah lah kena bayar. nasib baik kena RM1 je. jauhhhhh kena jalannnn.. bayangkan dari parking luar JPM tu sampai B7. kaki melecet dapat, ketiak berlecak pun dapat. (--")





kelmarin ada Perhimpunan Bulanan JPA, so INTAN kena jadi tuan rumah. maknanya kena pakai baju ala² korporat. so, kena pakai heels laaagggiiiii.. kalau dekat takpe, ni kena menapak ke bangunan lain. mau melecet lagi kaki saya kang. pastu saya teringat adik saya pernah pakai heel protector untuk kasut dia. jadi, saya tanya adik saya mana dia beli benda tu.. rupanya ada je kat Guardian. kat pasaraya pun melambak jugak. cuma saya je yang tak perasan. hahahaha.. cari punya carik akhirnya jumpa jugak kat Guardian.. nasib baik.



dalam 1 pek tu ada 2pcs. takkanlah dia nak bagi 1 je kan?? kaki kan ada 2. kalau dalamnya ada 1 mau kena maki la orang yang buat product tu. hahahaha.. harga?? alamak, saya tak ingat berapa pulak harganya. heee..





selesa pakai benda tu. even rasa ketat sikit tapi takdelah melecet, sebab benda tu macam gel. nak jalan jauh pun best je. cuma jari je lah yang melecet tapi takde lah seteruk yang kat belakang. pasni nak kena carik untuk kat jari pulak. ade ke agak²?? tu lah jari gebu sangat kan dah melecet. hikhik.




kalau korang jenis kaki cepat melecet, try lah pakai heel protector ni. best tau!! cara nak pasang pun senang je sebab ada gam kat blakang. tapi nak pakai tu kena hati²lah. kang nanti main masuk je kaki habis tercabut benda tu. hehe.. okey selamat mencuba!!




tata.

Sunday, September 15, 2013

kisah cintan cinton yang tak menjadi dan entry ini sangat panjang dan membosankan!!

Assalamualaikum..




bosan malam ni. nak tengok tv pun dah muak. update blog je lah gamaknye. hehehe.. dari dulu saya tertanya², kenapa kalau budak sekolah yang bercinton² tu dipanggil cinta monyet. adakah perangai menyerupai monyet?? oh myyyyy... eh korang pernah rasa cinta monyet tak?? mesti ada kan??




saya?? takde kot.. sapelah nak kat saya yang comot ni. dulu kan saya ni selekeh. takde sape nak pandang. dah lah selekeh, hitam pulak tu. mane tak hitam?? pergi sekolah naik basikal uolls.. haaa jangan tak tau.. masa tu rasa jeles jugak ngan kawan² yang datang sekolah mak bapak yang hantar. saya pulak kena naik basikal. kalau tayar pancit, kena jalan kaki. fuhhh.. sampai hitam jadinya. sobs. T_T




kalau dah takde sape nak pandang, takdelah nak jadi cinta monyet. kan?? tengok budak lain siap dapat surat dari budak lelaki konon² minat ngan dia, saya ni cuma ngadap buku je. pastu dengar cerita kawan. tu je. sedihnya cerita zaman kanak² saya ni. hahahaha saya minat orang?? huuuuuuuuiiiiiiiiiii ramaaaiiiii.. tak terkira. hari ni minat budak lain, esok lusa minat budak lain pulak. alah, minat biasa² je.. pastu ngan budak nakal sekolah pun saya nak minat jugak. gila tak?? :p




oh saya baru teringat. masa darjah 4 ke 5, not sure. masa tu kat sekolah kebangsaan. sementara tunggu cikgu nak datang kelas, saya borak² ngan budak meja belakang. siap tongkat² kerusi. nasib baik tak jatuh. kat atas meja saya memang ada buku. standby untuk next class kononnya. tunjuk rajin. padahal.... hehehehe.. pastu masa cikgu dah datang tu kan, saya tengok buku saya dah terbukak, then saya nampak ada tulisan "I LOVE YOU ROSALINA".




ya ampunnnn rasa macam nak pitam. pitam sebab tak suka okeyyy.. maghah ni maghah.. sape punye kerjalah yang rajin sangat tulis camtu. jenuhlah saya tanya budak lelaki yang duduk depan saya, tapi dia still taknak mengaku. jadinya, benda tu jadi tanda tanya sampai sekarang. sapelah hamba ALLAH yang ngengada conteng² buku orang tu. saya pun padam.. padam.. padamm.. cikgu nampak kang nanti kena marah. masa tu saya manalah ada perasaan nak bercinton² ni. nak lebiu lebiu ngan saya pulak dahhh.. memang tak layannnn.. hahahaha.. :p




dulu saya ni kan lasak. time orang sembahyang tarawih saya pergi lepak kat rumah kawan. pastu kantoi sebab orang dah habis sembahyang tarawih tapi saya tak balik² lagi. sampai kena panggil ngan abang saya suruh balik. hahahaha.. pastu abang saya ngan kawan² dia pegi mandi parit pun saya join jugak. tapi ada jugaklah member sekampung yang join sekali. bukan saya sorang je perempuan.. dah nama pun budak kampung, ape nak kisah?? :p




eh tadi saya nak cerita pasal cinta monyet, tetibe masuk cerita lain pulak. hihi.. tu baru cerita pasal cinta monyet kat sekolah rendah, belum lagi kat sekolah menengah. dulu saya masuk sekolah asrama, mane ada nak bercinta² monyet ni.. adik angkat, kakak angkat ade lah. hahahaha.. yang lain tu semua kawan je. kalau minat orang pun minat biasa² je.. takdelah sampai minat gila sampai meroyan.. kuikuikui.. fokus.. fokus.. :p




lepas SPM je saya baru start bercinta. tu pun masa kerja kilang. bosan duduk rumah, ye kerja. dapat sikit income. daripada buang masa menghabiskan beras, baik saya kerja. oh, pakwe saya masa tu nama dia Zaid. saya pun pelik camne saya boleh couple ngan Zaid tu. tak ingat dah. hahaha.. tapi orang kat kilang tu cakap muka saya sama ngan dia. maybe tang mata. dua² mata besar. sampaikan ada orang ingat tu abang saya. dia rajin belikan saya makanan kalau saya kerja shift malam. menggemokkan badan je. pastu saya sambung study kat UiTM pulak. masa dah masuk U saya putus ngan Zaid. saya lah yang gatal sangat mintak putus. tapi, saya pun rasa tak sedap hati bila couple ngan dia tu. dia macam ada makwe lain je. kikiki.. maybe memang betul kot. kalau takde mesti dia taknak putus, kan?? sekarang ni mane ntah si Zaid tu. dengar cerita dah kawen ngan orang Meru jugak. wallahua'lam. eh masa sebelum kawen saya ada terserempak ngan dia masa nak amek BR1M. saya dah tak cam dia. saya pelik kenapa ada orang lelaki senyum² kat saya. masa nak balik baru saya teringat yang dia tu Zaid. KAHKAHKAH..




lepas putus ngan Zaid tu saya takde couple ngan sape² pun. kawan lelaki memang ramai. tapi yang betul² pakwe memang takde. haaaaaaaa abang angkat ada. comel.. tapi dah lost contact dah. saya ni mulut jahat, maybe dia bengang ngan saya tu yang dia malas nak layan dah. kihkihkih.. :p pastu saya ada minat kat kawan abang angkat saya tu tapi dia pun macam nak taknak je layan. hahahaha.. ade je saya keluar ngan dia tapi just keluar time balik sama² je la. dia cakap, dia taknak lebih² sebab dia dah ada makwe. tapi tak kisah pun. minat sebab nak ada orang yang bagi semangat untuk belajar. tu je. :)




pastu kan suwe ape ntah tetibe saya boleh pulak couple ngan ex saya nama Eddy. yaksss.. nak taip nama dia pun saya jijik. cerita pasal dia tu saya malas nak cerita sebab menyakitkan hati. dah lah menipu. konon nak pinjam duit untuk deposit kereta. siap janji nak bagi saya jadi orang first yang naik. puiii.. penipu!! tau² kantoi ngan kawan² saya dia keluar ngan perempuan lain. terbakar hati saya masa tu tau noks. rasa macam nak bakar dia je. lelaki ni lah yang banyak menyusahkan saya. saya pulak ikut je cakap dia. dia nak pinjam duit saya bagi bagi dan bagi je. last² dia lesap. haih malaslah nak cerita pasal dia lagi. kang meletup pulak keyboard ni.




pastu saya couple ngan budak dari perlis. yang ni saya kompius sikit. sebab saya pun tak tau saya couple ke tak ngan dia. hahahaha sebab dia jauh. malaslah. pastu lost contact camtu je. saya senyap. sebab ada member dia bagi sms kat saya bagitau yang dia dah ada makwe. tapi bila saya keluar ngan kawan saya, lelaki, tau pulak dia nak carik balik. pelik. masa tu saya dah tawar hati dah, memang tak layan dah. padan muka.




pastu tak lama tu kan saya dapat sms dari perempuan, dia maki² saya kata saya perampas. perempuan mane pulaklah yang nak sms saya malam² kan. rupanya makwe kepada kawan saya yang lelaki tu. hahahaha.. gila. saya ngan kawan saya tu memang kawan je kot. takde nak feeling² bagai. dia yang ajak keluar. lagipun saya tengah stress masa tu. tu pun nak kata saya perampas. pelik betul.




pastu saya couple pulak ngan........ nama dia?? eh, taknaklah mention. nanti dia baca. hahahaha.. yang ni pun sama jugak. kerjanya ngikis duit saya. bila saya mintak balik sikit² kata takde duit. padahal gaji banyak. cehh!! entah² habiskan duit kat perempuan lain. masa saya nak putus ngan dia tu memang saya dah fikir panjang. daripada duit habis kat dia baik putus je. kuikuikui..




nape ntah kebanyakan lelaki yang saya kenal mesti suka mintak duit perempuan. pastu tak reti nak pulangkan. tak malu betul. dan kebanyakannya saya yang mintak putus. HAHAHAHA.. dah tak suka, buat ape nak teruskan?? ye dak??




semua yang saya ceritakan tu pengalaman hidup. setiap orang ada pengalaman hidup masing².. kan?? ape yang penting sekarang saya pun dah kawen. dah ada suami yang pandai masak, pandai kemas rumah, pandai serba serbi. untunglahhhhhhhhhhhhh.. Alhamdulillah.. dapat suami yang bukan berperangai sama macam manusia² yang saya cerita kat atas tu.. harap berterusan sampai bila².. :)




lain kali nak cerita pasal cik abang pulak. yang ni macam rumit sikit. tapi, next timelah. sebab entry ni dah panjang. hahahahaha.. tata.


Thursday, September 12, 2013

sekali sekala

Assalamualaikum..





sebelum saya mula, saya nak minta maaf awal² andaikata ada yang terasa dengan entry ni. ini sekadar luahan hati saya yang kecil, luahan dari diri saya yang hina ini. mungkin bukan saya sorang yang rasa. dan saya tau ada jugak yang rasa macam apa yang saya rasa.





pernah tak korang buat pape, punyalah bertungkus-lumus buat sampai berlecak ketiak tapi takde pun yang nampak ape yang korang buat tu. kawan² sekeliling memang nampak tapi "orang lain"?? hope korang faham apa maksud "orang lain" tu. "orang lain" tu suruh buat macam², means mengharapkan kita sentiasa. kalau kita takde, dia susah. bila kita dah buat semua tapi tiada penghargaan ape pun. agak² korang terkilan tak??





"orang lain" tu cuma nampak kita sekecil zarah. macam kita ni hina sangat. macam kita ni tak wujud. pandang pun taknak. tapi bila sesuatu terjadi, "orang lain" tu akan mencari kita. nak ikutkan kejam, memang langsung taknak buat, memang langsung taknak tolong ape yang "orang lain" tu mintak. tapi diri ini bukanlah sekejam itu. takpelah, anggap je lah ia pertolongan. kita tolong, kita yang untung. kita dapat pahala. penghargaan?? hmm.. takde. takpelah. penghargaan dari manusia takde, tapi penghargaan dari ALLAH mungkin ada. InsyaALLAH.





bila kita buat sesuatu, dia anggap kita tak buat apa². yang selonggok tu pun dia tak nampak. yang dia nampak cuma sampah. yang dia nampak semua salah. habis tu yang bertungkus-lumus selama ni SIAPA?? nak bersuara, tapi rasa diri kita tak layak bersuara. yelah. kita ni cuma kuman. mungkin bila tiba masa kita dah takde, baru "orang lain" tu rasa kewujudan kita. takpe, SABAR.





ucap TERIMA KASIH tak susah kan?? belanja makan ke.. pun tak salah kan?? sekali sekala. bukan selalu. memang tak mengharap. tapi, apa salahnya?? SEKALI SEKALA. tak rugi pun.




takpelah. ALLAH ada. ALLAH faham situasi kita. hope kita akan terus bersabar.




-nukilan petang-

Tuesday, September 10, 2013

stop following blog uols

Assalamualaikum..





cucuk-cucuk bintangggg [ayat kak ain. miss you sis :')].. bos takdeeee.. yahuuuuuuuuu.. bukan bos tak datang tapi dorang semua kursus. hikhik. okey inilah masanya saya nak update blog. curik masa sikit sebab kerja tengah takde ni. bulan depan kompem menimbun. T_T




mula² sekali saya nak minta maaf andaikata saya unfollow blog uols yang tengah baca blog ni. bukan taknak follow tapi.............. banyak sebab. antaranya:

blog berat

blog dah cantik, tapi lambat nak bukak. kalau pergi berak pun sempat. iyeee.. kalau blog berat sangat pun tak boleh. nanti follower lari. tajuk dah best tapi nak baca kena bercinta dulu. salah satu sebab blog jadi berat, banyak sangat widget. kalau boleh kan tak payahlah letak banyak² widget, buat semak mata je sebenarnya. blog simple je pun okey ape. :) lagi satu file image besar sangat. sekarang dah banyak cara nak kecikkan file gambar. Google je.





lagu kuat sangat

ada certain blogger suka letak lagu. dulu saya pun suka letak jugak. bajet syok sendiri kan. konon orang pun suka lagu tu. HAHAHAHAHA.. tapi saya dah buang dah sebab saya dah terkena kat blog orang lain. dah lah blog berat pastu nak tunggu lama. sementara nak tunggu, saya bukak blog orang lain pulak. tengah khusyuk baca blog orang tetibe keluar lagu kuat. kalau lagu sedap takpe ni lagu K-Pop. alahaaaaaaaaaaaaiiii.. nak gugur jantung. terkejut woi. kalau time tu saya tengah minum memang dah tersembur air. tak payahlah letak lagu. senang. dahlah saya jenis suka dengar radio online. bila baca blog orang yang jenis ada lagu tu saya jadi pening sebab tak tau nak dengar lagu mana. daripada syok nak baca terus jadi stress. (--")





permission denied

yang ni paling menyampah. kalau nak private blog, baik bagitau awal². takdelah beriye orang lain nak baca. bila saya bukak blog, dan² tu keluar camni:


memang saya terus unfollow blog camni. melainkan dia adalah orang yang saya kenal, saya akan tanya kenapa dia private. kalau untuk sementara je saya takdelah unfollow. yelah, maybe dia ada masalah peribadi sampai kena private blog. kaaaannnn?? saya pun pernah private kejap. tapi macam rugi pulak kalau private. nanti pageview menurun. HAAAAAHAHAHAHA..





tak update langsung

saya tau memang tak semua ada masa update blog. saya pun kadang² tak update. malas punya pasal. tapi kalau yang sampai 2-3 tahun tak update tu ape cerita?? alamak.. ke memang dah taknak update?? kalau memang tak update, saya unfollow. sorry. saya buat camtu sebab saya suka baca blog. kalau baca blog tapi tahun 2011 punya tak bestlah camtu kan.. mestilah setiap orang ada cerita baru even dia sakit perut nak pergi berak pun boleh dibuat cerita kat blog. eh?? hahaha pun bolehhhhhhhhhh.. :p





senang cerita update je lah blog korang tu wei.. saya tak suka baca blog sendiri. sebab tu kalau ada typo saya biar je. lantaklah situ. faham² sendiri je lah. okey, selamat mengupdate blog. tata. :)

Monday, September 9, 2013

[DEKORASI] susun atur dalam laci

Assalamualaikum..




hai. macam dah lama tak update blog. hehe.. saya nak update pasal susun atur dalam laci. saya tengok laci kat rumah tu ya ampun takde selera nak tengok. HAHAHA.. bersepahhhhhhhh.. eh bukanlah bersepah ape pun cuma barang dah bercampur² so macam susah nak cari² barang. lagi² laci kat meja solek tu. saya ni dah la suka main campak² je brooch lepas guna. pastu cik abang jadi mangsa kena marah padahal saya yang salah letak. kikikiki.. :p





sebenarnya dah lama saya nak buat tapi baru semalam saya keluar shopping dengan cik abang. tu pun bukan shopping ape. cik abang je yang nak beli racun cik titi yang membiak kat dapur tu. pastu dah alang² keluar belilah partition untuk laci sekali.


partition ni saya beli kat Daiso je. melambak kat situ. malas nak cari kat kedai lain. HAHAHA.. nak untung ambik yang isi ada 2. jangan ambik yang isi dia 1 je. rugi.. rugi.. hihi..



gambar atas ni adalah gambar sebelum. bersepah sangat kan?? hahahaha.. segala harta mak nenek ada dalam tu. malas nak kemas punya pasal. main sumbat je ikut suka hati. nak carik jarum pun susah. :p agak² laci kat rumah korang mesti lagi kemas kan??






okey jom tengok camne nak letak dalam laci. :)


 1. ukur setakat mana nak potong. kalau boleh biar longgar sikit. kalau ngam² nanti sempit sangat n nanti dia jadi melengkung.




2. potong pada tempat yang dah ditanda tadi. saya tak tanda sebab saya dah teror. kakakaka.. sebenarnya malas. okey?? saya malasssssssss.. same je. kalau salah pun saya punya sendiri. hihihi..


3. tengok kan memang betul salah. sepatutnya kena ambik kira sekali ukuran kayu bawah tu.. tulah, malas lagi. takpe, yang tu potong je. takde masalah pun. heeeeee.. :p




4. masukkan. dah muattttttt.. kan senang.


5. ulang langkah 1-4  untuk bahagian yang lagi satu untuk buat macam gambar bawah ni.


okey dah siap dah. lepas ni bolehlah susun ikut kesukaan korang. kan nampak kemas sikit.. hihihi.. beza tak dengan gambar yang sebelum tadi?? :)



saya buat untuk meja komputer jugak. laci tu lagilah bersepah dengan barang² yang entah ape². 




jap, saya letak gambar sebelum dan selepas.




lepas letak partition baru nampak kemas. selain dari tu, dengan adanya partition ni akan membuatkan laci kita ada ruang. jadi, takdelah terjadinya barang bercampur².. :) kalau nak letak kat laci baju pun boleh. saya buat juga tapi takkanlah saya nak upload pulak kannnnnnnnnn.. sensored uolls. hikhik. okey selamat mencuba. :)

Tuesday, September 3, 2013

rasa macam nak sepak orang

Assalamualaikum..




okey, bosan sebab rehat tapi tak keluar pergi mana². tapi nak keluar pun malas. camne?? hikhik. asyik malas je lah saya ni kan. malas malas malas. member opis dah ajak keluar tadi tapi malas nak follow. hehe. kat luar hujan pulak. kalau tidur ni syok jugak. tapi nak tidur pun malas jugak. camne?? HAHAHA..




gila ke ape semua malas. nasib baik buat kerja tak malas. eh saya rajin tau. kalau saya malas buat kerja mesti ada kerja yang tak buat. semua dah buat dah. nak bukti?? nahhhhhhhhhhhhhhh..


bersih dan kemas je meja saya kan?? eh eh jangan nak tengok sampai bawah² meja. lempang kang. wayar tu memang serabut. kalau kat rumah je saya rajin kemas. kat opis?? MALASSSSSSSSSSS!! :p




sebenarnya saya tengah sakit gusi ni. sakit sampai rasa macam nak sepak orang. sape nak kena sepak meh sini!! gigi bongsu baru nak tumbuh, sebab tu sakit. menderita sekejap. sobs. ade ke patut abang opis suruh tumbuk² tempat yang sakit tu. nanti orang ingat kena dera. :p takpelah. bukan selalu pun dapat sakit camni. jap lagi gigi dah tumbuh semua baru okey la kan?? tu pun entah bila nak okeynye. T_T





eh dah pukul 2 ni. nanti bos menjelingggggggggg je tengok saya bukak blog. kikiki.. ampun bos. :p dahlah. lain kali sambung.

ni muka tengah menahan sakit gusi. rasa macam nak lempang tak?? :p

tata.

Sunday, September 1, 2013

selamat pengantin baru Baya & Anis

Assalamualaikum.




dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada sahabat² saya yang menyambut hari bersejarah dalam hidup mereka pada hari ini. selamat menempuh alam perkahwinan. minta maaf sebab tak dapat nak hadir berikutan masalah kesihatan. senggugut woi!! tak boleh bangun. lunch pun tak masak sebab tidur. kesian cik abang. (--")





memang hajat di hati nak pergi wedding kawan² yang kawen hari ni. Baya & Anis [kawan sekolah] tapi, dan² tu jugaklah senggugut datang. berguling² terus atas katil. ubatnya, tidur. saya tak berani makan panadol or ubat lain. taknak biasakan diri dengan ubat²an. biarlah sakit tu reda sendiri. Alhamdulillah sekarang dah okey. dari pukul 2.00 tidur, pukul 6.00 petang baru bangun. dasyat tak?? wakakaka.. habislah malam ni tak boleh tidur. T_T




semalam pun ada jemputan rumah terbuka. tapi saya tak datang. minta maaf jugak ye sebab tak dapat nak datang. dah lah air tengah takde. dapat bayangkan tak apa perasaan saya dikala ini?? rasa nak nangis sampai hentak² kaki. risau wei. sapa yang period je rasa apa yang saya rasa. susah kalau takde air. nasib baik cik abang baik hati tolong tadahkan air. sayang bini katenye. hihi.. :p terima kasih..




dah. taknak buat entry meleret. nanti bosan. main point entry ni pun just nak wish

Selamat Pengantin Baru untuk Baya & Anis.

semoga bahagia hingga ke anak cucu. semoga tabah menghadapi dugaan di alam perkahwinan & welcome to the club. saya doakan semoga cepat² dikurniakan zuriat yang soleh & solehah, dan comel macam saya. eh?? :p




tata.

[DEKORASI] storage

Assalamualaikum..




disebabkan hari ni hari Ahad, makanya saya nak update blog. ada kena mengena ke?? kikiki.. okey, memang takde kena mengena. update sebab dah tak tahu nak buat apa. nak pergi wedding kawan pun kejap lagilah pergi. InsyaAALAH..




sebenarnya dah lama nak buat entry pasal ni tapi asyik tak terbuat je sebab gambar semua kat pc rumah. nak transfer² kat pendrive pun malas. hahahaha.. semualah malas. bila ntah nak rajin. :p




disebabkan ruang dalam bilik warna biru tu macam kosong je n takde tempat nak menyimpan barang, so kami decide nak letak rak dalam bilik ni. ecewah macam banyak je barangnya. hihi. sekurang-kurangnya kalau ada rak ni nampaklah kemas sikit. takdelah bersepah je barang² tu semua. takkan semua nak sumbat dalam laci?? nak cari lagi payah.




jadinya, kami pergilah ke IKEA sebab nak cari rak. dah situ je yang murah. kan?? hikhik.. murah n berkualiti. yeke berkualiti?? saya pun tak tahu. kekekeke.. ingatkan nak beli rak yang warna coklat tu. alah yang ada corak kayu tu..


tapi nampak macam biasa sangat then kami pun jalan jalan jalan lagi sampailah kami nampak rak yang macamni. harga pun lagi murah.


nasib baik ada so terus decide ambik yang camni. yang ni brand BESEBO. tapi rasanya dah tak jual sebab saya search balik kat website IKEA dah takde dah. patutlah masa kami beli tu dorang letak harga murah. memang rezeki kamilah kot.



barang² tu saya main letak je. nak beli box tak beli² lagi. nantilah ada masa pergi IKEA lagi, kami nak beli box pulak sebab rak ni terbuka sangat. :p


bakul ni saya beli kat AEON je. konon² nak letak majalah kat ruang tamu. tapi bila dah letak kat ruang tamu jadi perangkap habuk pulak. stress wei. hari² kemas pun still ada habuk. maybe sebab lubang bawah pintu tu besar sangat kot. nampak sangat suruh saya kemas rumah hari²(--") eh, abaikan barang² yang bersepah dalam bakul tu. HAHAHAHAHAHA..




disebabkan saya ni kadang² menjahit,  so saya carik tempat untuk simpan semua barang² jahitan tu. nasib baik ada kat DAISO. jenuh jugak nak mencari bekas camtu. nasib baik jumpa. tu pun dah 3 DAISO saya pergi. rupanya ada kat Setia City Mall je. nasib baik dekat. berbaloilah jugak pergi SCM tu. :p




oh, barang² jahitan tu pun saya main letak je situ. saya cadang nak letak dalam box jugak. hm. tengoklah nanti camne. :)


bekas stationary tu saya beli kat DIY je. daripada letak pen bersepah², baik letak dalam bekas camni. senang nak cari pen. sebelum ni nak carik pen pun susah. sampai cari² dalam laci pun tak jumpa jugak. dah ada bekas ni senanglah sebab dah tau mana nak cari pen, gam, pisau, gunting semua. :)




saya suka main game puzzle. sebab tu sanggup beli. yang lama² punya mane ntah. dah banyak hilang kot. ni je yang selamat simpan sebab angkut sekali masa pindah sini. :p



cadangnya kami beli rak ni pun sebab nak simpan Al-Quran. sebelum ni saya simpan dalam wardrobe je. disebabkan baju semakin banyak, dah takde space nak simpan. that's why kami beli rak. dalam masa yang sama bilik ni pun jadi tempat untuk solat, lagi senanglah saya nak capai Al-Quran tu. :)




magazine box tu saya beli kat IKEA jugak. brand KASSET. em, saya tak sempat nak kemas. tengoklah tu ntah pape yang saya sumbat kat dalam tu. wakakaka.. -jangan tiru aksi ini- saya beli pun bersebab jugak tau. bukan saje² je nak beli. kan saya selalu pergi kursus, n setiap kali pergi kursus mesti dapat note. so, saya ingat nak sumbat note² saya dalam magazine box tapi saya tengok macam banyaklah pulak notes saya tu. alahai.


okey gambar yang ni takde motif. saja nak letak jugak. kikikiki.. baru perasan jam tu senget. :p




okey tu je yang saya nak share pasal storage. setakat ni lah. nanti kalau ada perubahan pape saya share. btw, terima kasih sebab baca blog saya. tata. :)