Assalamualaikum..
fuhhh.. lama sangat tak update blog ni. selepas 3 tahun baru nak update. dalam masa 3 tahun tu dah keluar lagi seketul budak kecik. kuikuii.. entah ye? dah tak rajin nak bukak n update blog. hari tu hampir² nak terlupa password. nasib baik dapat diselamatkan lagi. syukuuurrrr.. kalau tak dapat bukak mau meraunggg sis sepuluh tahun. tibehhh sepuluh tahun.
disebabkan tengah rehat panjang ni kan (hari Jumaat) so updatelah kejap. sebab bosan takde buat pape kat opis ni kan. marilah merajinkan jari ni untuk menaip bebelan benda merepek n merapu yang ntah pape ni.. tapi tu lah, masalahnya tak tahu nak cerita ape pulak. LOL! sekarang ni dah malas nak cerita pasal orang. malas nak ambik tau. kang cite pasal orang lain, ade pulak orang lain yang sentap. tu yang malas tu. kuikui.. takpelah kite cerita pasal family sendiri je lah. tu yang senang. sebab tadi kite cakap dah keluar seketul lagi kan? next time je lah cerita pasal orang.. nak jugekkkkk HAHAHAAA..
mommy of two TRS (Tengku Raisha Sofea & Tengku Raiqal Shafiy) |
ni haaaaa dak seketul yang kite bagitau tadi, Tengku Raiqal Shafiy nama diberi.. dah besooo dah dia ni haa. dah nak masuk 2 tahun (31 Ogos ni). ya ya yaaa baby merdekaaa.. nantilah kite cerita pasal Raiqal. maksud kite yang lebih lanjut lagilah.. sebelum ni mana ada cerita pasal dia.. pasal mengandungkan dia lagilah takde kan? pasal Raisha pun takde cerita sangat. senang cerita lepas kite beranakkk atau lebih tepat jadi mak budak ni dah malasssssssssssssssssssssss nak menaip panjang² expsecially kat blog. kalau bebel kat fb tu rajinlah. tapi tu pun dah kurang dah. ntah lerrrr.. dah malas malas malas malas malas hahahahaa.. :p
sekarang ni kalau kat rumah, phone kite jadi milik anak². alah biasalah kan jadi mak mak ni, comfirm phone jadi hakmilik anak. tapi kejap je lah.. sebab selalu bagi tengok tv je. orang kata tak elok kalau bagi budak² tengok phone lama² kan.. tapi kalau bukak tv pun bukannya nak tengok sangat.. tv tu terbiar je. maybe semut² kat rumah tu yang tengok kot. dia orang ni sibuk main kat bilik toys je. pastu sepahkan rumah. bila rumah bersepah maka mommy pun jadi singa dan nagaaaaaa.. takpelah, sepahkan je lah. tu tanda budak² ni tengah sihat. kalau tak, melepet je lah kat rumah. terasa jugak kalau dia orang ni senyap je. dah merasa masa Raisha n Raiqal kena Covid-19 awal tahun hari tu. ntah macam mana boleh terkena pun tak tahulah. maybe kite atau husband kite yang jadi pembawanya. yelah, dah elak² pun kalau Allah kata nak kena, kena jugak kan.. takpe, fikir positif je. Allah duga sebab Allah sayang. ♥
eh dah lah kot. nak cerita panjang² pun bukan ada orang nak baca. alah macam tak biasa pulak kan tengok kite syok sendiri kat blog sendiri. kat sini takde sape yang nak komplen. kalau rasa taknak atau tak suka baca panjang² ni bolehlah baca menegak hahahaha tibehhhh.. alahhh macam tak faham² pulakkk.. kalau tak suka tak payah ler baca.. tu pun nak kena bagitau. tapi tak boleh, kena baca jugak!! kikikiki. :p
kite tak paksa baca tau. kalau sudi, silalah baca.. kalau tak sudi pun kena baca jugak. [bunyinya macam paksa jugak kan ni?]. okeylah jumpa lagi next entry. tu pun kalau rajin. ntah² keluar lagi seketul budak wkwkwkwkwk tibehhhh..
kbai.
No comments:
Post a Comment