terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Tuesday, April 12, 2011

jom main kira-kira keserasian pasangan :)

hai guys..hihihi..sapa2 kat sini yang suka main kira2,meh ler main kira2 keserasian antara kau orang dengan pasangan kau orang..ngaaahahaha..

bunyi sebutan nama [dalam huruf jawi]..iaitu jika bunyi di :-

Depan  : Markah 9
Atas      : Markah 8
Bawah  : Markah 5


Contoh :

Nama Lelaki : Mohammad Firdaus
Sebutan : Mo + Ham + Mad + Fir + Da + Us
Markah : 9 + 8 + 8 + 5 + 8 + 9
Jumlah : 47

Nama Perempuan : Rosalina
Sebutan : Ro + Sa + Li + Na
Markah : 9 + 8 + 5 + 8
Jumlah : 30
 
Jumlah Keseluruhan : 47 + 30 = 77
 

Mencari baki :

Jumlah 77 dibahagi pula dengan nombor 9, 7, 5 dan 3.

Iaitu :
 
77 bahagi 9 = baki ialah 5
77 bahagi 7 = baki ialah 0
77 bahagi 5 = baki ialah 2
77 bahagi 3 = baki ialah 2 


kira dengan cara manual tau..bukan guna kalkulator..
baki yang aku dapat ialah 5, 0, 2 dan 2 [baca dari atas ke bawah]

 
Peringkat perjalanan usia perkahwinan [9, 7, 5, 3]

9 - Di masa muda [awal perkahwinan]

7 - Di masa memasuki pertengahan 

5 - Di masa menghadapi masa tua 

3 - Di masa tua [penghujung perkahwinan]

 
Jika baki :-

0 - Bulan Purnama
Di waktu ini rumah tangga sangat bahagia, hidup penuh dengan aman dan damai. Tidak berlaku kekecohan. Jika pasangan ini subur kemungkinan mendapat ramai anak.

1 - Biji Di Tasik
Di waktu ini pasangan hidup dengan keadaan kewangan yang hanya cukup makan. Tidak mewah (dengan kadar masing-masing) dengan kata lain tidak cukup duit atau susah sedikit untuk mendapatkan duit. Rezeki payah.

2 - Anak Raja Sekandang
Di waktu ini pasangan suami isteri romantis, rasa secocok, rasa sama padan dan saling memahami. Maka rumahtangga menjadi bahagia.

3 - Anak Raja Kepanasan
Di waktu ini sering berlaku pertengkaran, bergaduh, bermasam muka iaitu dengan kata lain perselisihan faham sering berlaku. Jika dibiarkan berlarutan rumahtangga akan hancur.

4 - Abu Atas Tunggul
Di waktu ini duit ada tapi tidak pernah cukup. Jika dapat wang pun hanya sekadar dapat lihat sahaja. Wang itu cepat habis digunakan. Ada-ada saja perkara yang hendak dibelanjakan. Senang datang senang habis. Poket sentiasa kosong.

5 - Telaga Di Bawah Bukit

Di waktu ini rezeki datang melimpah-limpah. Tidak menghadapi masalah kewangan. Hidup senang.

6 - Tanduk Seberkas
Di waktu ini pasangan menjadi romantis, penuh kemesraan dan penuh kasih sayang.

7 - Naga Seru
Di waktu ini pasangan tidak tenteram kerana masalah kuat cemburu. Selalu tidak percaya pada pasangan.

8 - [sama seperti nombor 0]

=

=

=

=

=

=

=

wei..wei..kau orang jangan percaya sangat dengan semua ni tau..ni sekadar untuk mengisi mase lapang kau orang je..daripada kau orang asyik korek2 idong kan,buat kira2 ni okey jugak pe..hahahaha..sekurang2nye dapat jugak challenge diri kau orang sama ada faham soalan or tak..kehkehkeh..

ape2 pun kau orang kena Percaya dengan Qada' dan Qadar k.. ^_^Y

okebai..

-end-

*notakecik : ape cik abang nak bagi untuk birthday aku nanti ye??kihkihkih.. ;p

14 comments:

Tasha said...

hehehehe..... menarik..... lagipun bnda ni banyak bg yang baik2 la....

cik said...

yeke?? nk la try jp..

Yaya Maisarah said...

77 bhagi 7 11 la kak oii.. ^.^

alin said...

yaya maisarah : sila baca btol2 ye..BAKI.. ^_^

Jantung Hati Si Meoww said...

x pham langsung la kak..xD

alin said...

@schen elona : ape yg awak xpaham yunk? :)

Azlynn said...

walaupun benda ni sekadar hiburan, tapi sangat menarik...
saya dah try pun taw...
:)

From Me to WE said...

sy pun tak paham.. cne nak kire die ea? huhu..

alin said...

buat ejaan nama dalam tulisan rumi, pastu sebutan berdasarkan sebutan dalam Jawi. kan jawi ada 3 jenis baris kan.. baris atas, baris bawah, baris depan. sila lihat contoh dan fahamkan.. hihihi.. good luck!! :)

Anonymous said...

Cm ne nk kira dari atas ke bwh? Bab tu sye x fhm

alin said...

@Anonymous tak faham? okey saya bagi contoh nama saya, kalau di eja dalam jawi, ROSALINA jadi Ro Wau + Sin Alif + Lam Ya + Nun Alif = Ro Sa Li Na. kalau ditambahkan baris, pada sebutan RO(Ro Wau) adalah baris depan, SA (Sin Alif) adalah baris atas, LI(Lam Ya) adalah baris bawah, dan NA(Nun Alif) adalah baris atas. semua ni dieja dalam sebutan JAWI tau. selamat mencuba..:)

Anonymous said...

Pemilik blog tak akan bagithau macammana kira 77 bahagi 9 jawapan nye baki 5.percayalah wahai shabat semua

alin said...
This comment has been removed by the author.
alin said...

@Anonymous kalau tahu kira matematik, tak perlu nak bagitahu camne.. darjah 1 dah belajar kan?? huhuu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...