terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Monday, March 30, 2015

sakitnya tu di sini

Assalamualaikum..




hai. update belog untuk ke sekian kalinya. sebab tengah sakit hati. ya, sakit hati sangat sangat sangat sangat sampai tak boleh nak digambarkan camne perasaan tu. nak nyanyi lagu sakitnya tu di sini pun dah tak boleh dah sebab terlampau geram. nak maki kang nanti nampak sangat aku ni lemah. takpe aku tahankan je perasaan marah ni. jangan sampai jadi gila sudah lah.





kita dah buat baik dengan orang, tapi orang ambik kesempatan atas kebaikan kita. seriously aku paling menyampah dengan manusia camtu. takde hati perut. bila tak boleh nak buat sesuatu tu mula lah nak petik2 nama orang. ehh kemonlah.. boleh tak kalau tak petik nama orang?? biarlah orang tu yang carik sendiri sape yang layak buat. pastu bila kite dah taknak buat kau nak paksa2 pulak. kalau kau yang kena paksa kau buat ke tak?? memang rasa macam nak maki je tadi. tapi takpe, aku sabarkan je dulu.





kalau tu dah tanggungjawab kau, nape kau nak lepaskan tanggungjawab tu kat orang lain. alasan kau, ada benda lain nak buat. tapi sebenarnya kau bukan ade benda lain nak buat pun. kau MALAS kan?? perangai camtu pun ade ke? depan nampak baik. ayat2 semua macam baik je. realitinya?? jauh panggang dari api. kata2 tak melambangkan keperibadian. puihh!! rasa macam nak hempuk je orang camtu.





sebenarnya boleh je kalau aku nak story dari A to Z kat sini ape benda yang jadi. tapi malaslah nak cerita details. lagi menambahkan kesakitan kat hati aku ni je. kalau ikutkan buat ape nak jaga hati orang tu kalau orang tu sendiri taknak jaga hati kita kan?? betul tak?? buat penat je jaga hati orang. zaman sekarang ni semua nak selfish je. kalau kau boleh selfish, aku pun boleh selfish jugak. booo!!





lepas ni aku nak buat2 busy je lah. orang lain pun buat2 busy jugak. kenapalah aku selalu jumpa manusia yang camni? hipokrit. tak pasal2 jap lagi aku pulak yang jadi hipokrit. sebab bengang dengan manusia perangai yang noob sangat. kau boleh buat, takkan aku tak boleh buat, kan?? unfair lah kalau camtu. sebab aku rasa aku ada tanggungjawablah aku buat benda tu. tapi aku blah sebab aku ada benda urgent nak kena buat. bukan macam kau cuma pura2 busy je. padahal busy layan internet. pffftttt!!





eh, dah lah. kang berjela2 aku cerita kat sini kang nanti ayat yang ntah ape2 ntah yang keluar. better stop sini dulu je. nak update cerita lain pulak. malas aku nak ingat manusia takde hati perut tu. buat sakit hati aku je. lagipun kalau aku buat pape bukan aku yang dapat nama. semua kau je yang dapat. aku ni kan anak tiri. okey tata..

No comments: