terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Showing posts with label geram. Show all posts
Showing posts with label geram. Show all posts

Monday, March 30, 2015

sakitnya tu di sini

Assalamualaikum..




hai. update belog untuk ke sekian kalinya. sebab tengah sakit hati. ya, sakit hati sangat sangat sangat sangat sampai tak boleh nak digambarkan camne perasaan tu. nak nyanyi lagu sakitnya tu di sini pun dah tak boleh dah sebab terlampau geram. nak maki kang nanti nampak sangat aku ni lemah. takpe aku tahankan je perasaan marah ni. jangan sampai jadi gila sudah lah.





kita dah buat baik dengan orang, tapi orang ambik kesempatan atas kebaikan kita. seriously aku paling menyampah dengan manusia camtu. takde hati perut. bila tak boleh nak buat sesuatu tu mula lah nak petik2 nama orang. ehh kemonlah.. boleh tak kalau tak petik nama orang?? biarlah orang tu yang carik sendiri sape yang layak buat. pastu bila kite dah taknak buat kau nak paksa2 pulak. kalau kau yang kena paksa kau buat ke tak?? memang rasa macam nak maki je tadi. tapi takpe, aku sabarkan je dulu.





kalau tu dah tanggungjawab kau, nape kau nak lepaskan tanggungjawab tu kat orang lain. alasan kau, ada benda lain nak buat. tapi sebenarnya kau bukan ade benda lain nak buat pun. kau MALAS kan?? perangai camtu pun ade ke? depan nampak baik. ayat2 semua macam baik je. realitinya?? jauh panggang dari api. kata2 tak melambangkan keperibadian. puihh!! rasa macam nak hempuk je orang camtu.





sebenarnya boleh je kalau aku nak story dari A to Z kat sini ape benda yang jadi. tapi malaslah nak cerita details. lagi menambahkan kesakitan kat hati aku ni je. kalau ikutkan buat ape nak jaga hati orang tu kalau orang tu sendiri taknak jaga hati kita kan?? betul tak?? buat penat je jaga hati orang. zaman sekarang ni semua nak selfish je. kalau kau boleh selfish, aku pun boleh selfish jugak. booo!!





lepas ni aku nak buat2 busy je lah. orang lain pun buat2 busy jugak. kenapalah aku selalu jumpa manusia yang camni? hipokrit. tak pasal2 jap lagi aku pulak yang jadi hipokrit. sebab bengang dengan manusia perangai yang noob sangat. kau boleh buat, takkan aku tak boleh buat, kan?? unfair lah kalau camtu. sebab aku rasa aku ada tanggungjawablah aku buat benda tu. tapi aku blah sebab aku ada benda urgent nak kena buat. bukan macam kau cuma pura2 busy je. padahal busy layan internet. pffftttt!!





eh, dah lah. kang berjela2 aku cerita kat sini kang nanti ayat yang ntah ape2 ntah yang keluar. better stop sini dulu je. nak update cerita lain pulak. malas aku nak ingat manusia takde hati perut tu. buat sakit hati aku je. lagipun kalau aku buat pape bukan aku yang dapat nama. semua kau je yang dapat. aku ni kan anak tiri. okey tata..

Wednesday, February 18, 2015

no title

Assalamualaikum..




hai. update entry untuk kesekian kalinya. hahaha.. tetibe terajin pulak nak update. update sempena nak raya. kihkih.. raya sangat kan.. mesti ramai yang balik kampung. nasib baik kampung saya dekat² je. takde nak tempuh jem sangat. minggu ni ade date ngan seseorang. ehem ehem.




em, selalu kalau saya update mesti ada something wrong. memang betul pun. bengang campur geram. nak kira marah, memang marah jugak lah. terkilan pun ada jugak. ini semua gara-gara ada orang curi hasil kerja saya. penat tau buat semua semua tu pastu orang lain ambik and then buat macam harta dia. pastu join competition, pastu menang. pastu langsung takde say thank you ke, bagi penghargaan ke kat saya. yang saya usaha macam² ni tak dapat pape ke?? makan hasil sorang² je nampakkk.. teruk betul perangai manusia macam orang tu. 





photographer ambik gambar daun je pun kena bayar tau. ini kan pulak gambar kawen, gambar kucing, gambar orang. ni contohhh.. yang kau nak terasa kenapeeeee.. penat tau saya buat semua tu.. kena guna banyak skill and idea.. kalau orang ambik untuk kepentingan diri sendiri memang melampaulah.. memang saya tak halalkan lah orang yang buat tu. dia ambik pun tak mintak permission saya. ini kan pulak nak bagi penghargaan kat saya. serius macam huhhh.. *tak mau mencarut kat sini*





saya tunggu jugak lah kata² dari dia sampai sekarang. tapi hampeh je. buang masa je nak mintak penghargaan dari manusia camtu. budak kecik pun pandai say thank you tau. takkan lah orang umur dah tua pun tak reti² lagi nak say thank you ke, minta izin ke, kan?? tau² je dah menang sebab guna hasil kerja saya. pfftttt.. tak malu.




saya tau orang yang saya maksudkan tu mesti ada baca entry ni. kalau dia betul² berhati perut, mesti dia akan contact saya. kalau tak, memang orang tu manusia yang takde hati perut n kejam. very rude! ego sangat kan?? okey fine.




dah lah. malas nak cerita panjang. bukan dapat penghargaan pun. it's okey. takpe. biarlah dia buat. selfish sangat kan. tak pe. tapi saya tetap akan ingat sampai mati n tak halalkan ape yang dia buat tu.




tata.


Friday, June 8, 2012

tak pernah jumpa manusia begitu selain "beliau"

kecik hati kan, bila kite buat pape,semua tak boleh, semua salah..tapi,ngan orang kesayangan dia, semua boleh je..buat salah pape pun boleh, semua kesalahan yang dibuat, just tutup mata je..




selalu terdetik kat dalam hati "hina sangat ke aku ni??teruk sangat ke??aku ni bukan manusia ke??aku ni takde hati dan perasaan ke??nape melampau sangat perbuatan dia tu??" memang sangat sangat melampau..




sebab dia lagi tua, so tak berani nak menjawab..just diam je. okey fine. takpe..terus sabar..maybe ada hikmah semua ni kan..




memang tak pernah jumpa manusia yang sebegitu hodoh perangainya selain "beliau"..memang tak pernah!!ya ALLAH..berilah kekuatan untuk menghadapi dugaan²-MU.. (--")




Cinderella terus berlalu pergi dengan hati yang remuk (T_T)


sekian




#notakecik : nape lambat sangat nak pukul 5 nih?? @_@

Monday, September 12, 2011

*^&$#^@&Q*#@&H&@#&^%#$














tak tahu nak update ape..















sebab tengah sakit hati..















sakit hati campur geram..
















kenapa??















baik jangan ditanya..















biar aku je yang tahu...














__________















-end-











# notakecik : @_@


Friday, January 14, 2011

boleh tak,kau jangan mengungkit?

manusia mana yang sempurna??aku pun tak sempurna..semua orang pernah buat silap..aku pun pernah..bila dah buat silap,mesti kita nak betulkan diri kita kan??aku cuba betulkan..aku cuba berubah..tapi bila aku nak berubah,mulalah ada kata2 yang meruntuhkan semangat aku..sampai aku rasa sakit sangat..ye..sepatutnye bagi la semangat kan??bukan semudah tu je nak memperlekehkan usaha yang aku buat..

aku tak suka bila aku buat pape,orang mengungkit dengan ape yang aku buat tu..means,aku tolong buat something,kau nak ungkit2..takkan tak faham maksud TOLONG??ye,macam lagu ana raffali tu..TOLONG INGATKAN AKU...lalalalala..*isyh,seriusla..oke sambung..ye,aku memang ikhlas nak tolong..aku memang tak harapkan balasan pape pun..terpulang la kalau kau rasa nak balas balik pe yang aku buat tu dengan cara ape sekalipun,yang penting,jangan mengungkit..aku memang tak suka..aku IKHLAS k..ikhlas..kau faham kan??

kenapa nak cakap semua tu budi??ape maksud kau??kalau kau tak suka aku tolong,terus terang je la..jangan mengungkit konon2 cakap aku ni dah banyak berbudi dengan kau..TAK!!aku tak pernah rasa langsung yang aku ni cuma nak harapkan balasan ke ape ke..aku ikhlas!!pastu kau cakap kau buat semua ni semata2 nak balas budi je..ape maksud budi kau tu??budi??aku BENCI perkataan BUDI!!

please..kalau tak suka dengan ape yang aku buat,just admit it..kalau aku tak tolong,nanti kau kata aku ni kedekut la..itu la..ini la..bila aku tolong,kau kata kau dah banyak susahkan aku,padahal,aku memang betul2 nak tolong..sorry,aku bukan nak mengungkit..tapi,kenapa kau masih tak faham ngan ape yang buat ni??adehh.. =_="

sekuat mana kau nampak perempuan tu,tapi belum tentu hatinya kuat..kalau hatinya tercalar,memang susah nak sembuh..dan akan ingat sampai bila2..even aku yang dari luaran nampak kasar..aku sama macam perempuan lain yang berjiwa sensitif..

"Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya..."

aku minta maaf sebab aku buat bodoh je dengan kau tadi..sebab hati aku masih sakit..ye,sakit sangat2!!tapi aku cuba tahan..dan tahan..dan tahan..sampailah tertulisnye entry ni..

dah,aku taknak bebel panjang2..cukup sampai sini dulu..bye!

*sape "kau" dalam entry ni??lu pikir la sendiri!!

-end- 

*notakecik : aku sorang je faham pe yang aku maksudkan kat entry ni..kalau kau orang faham,TERIMA KASIH..kalau tak faham,SORRY..thanks coz baca..[ini sekadar luahan hati..sorry kalau meluat,bye!]

Thursday, November 25, 2010

aritu RM1..sekarang RM1.50??mak oooooooooiiii....

sebelum aku teruskan membebel,aku nak wish tenkiu sangat sangat kat kau orang yang sangat concern ngan aku pasal entry NI..wuwuwu..terharu den..ni yang buat makin sayang ni..aicehh!!muah..muah..muah..hakhakhak..semboqq ayaq lioqqq...

hah!!!aku nak bagitahu ketidakpuasanhati aku ni..agak kebengangan la..ee..geram..geram..ape mende yang aku geramkan ni??hehh..nak tahu tak..ya..memang tak tahu..nak bagitahu lah ni..grrr..masa minggu lepas aku beli breakfast kat cafe,kena charge RM1 je..tak kisah ambik pape,tapi yang goreng-gorengla..macam mee ke..bihun ke..nasi ke..makcik tu akan charge RM1 je..sebab dah kenal..selalu borak-borak..ahh..lupakan..

tetiba harini aku beli..kena charge  RM1.50..huh!!bengang giler..aku nak aje sound makcik tu tapi tak terkeluar pulak ayat-ayat dari mulut aku ni..apakah??kenapakah??uwaaa...makcik..kenapa kau charge kat aku RM1.50..ahhh..aku tak peduli..nak bengang gak..mahal gak tu..


tak aci..tak aci..bukan banyak mane pun aku ambik..da la tak sedap..eee..ntah pape la..makcik ni tak sporting la..makcik ni pilih kasih..makcik tak sayang aku..menci..menci..uwaaa...terbang limaposen aku.. T_T [errr..limaposen je kot??] limaposen pun duit jugak..boleh buat bayar tol..

pasni malas la nak beli kat cafe..baik aku beli kat makcik-makcik tepi jalan..lagi masak sedap!!cehh!!cafe masak mende yang sama je hari-hari..muak aku..[blagak..konon je..esok lusa ada lagi muka aku kat cafe tu..] kalau ada pun,tu sebab da kebulur sangat.. T_T

aku tak faham la ngan orang cafe tu..letak harga sukahati dia je..sekarang aku dah tak beli makanan tengahari kat dia orang..cekik darah nak mamposss...tu yang aku jadi kurus je ni..sebab tak makan tengahari..balik rumah pun kompem aku terus layan tv..tak pun borak-borak ngan family..pastu terus bammm..krooihh..krooihh..

memang bengang sangat ni!!geram!!grrr..dah,ok bye!! 

*notakecik : tetiba rasa lapar pulak..balik nak makan banyak-banyak!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...