terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Wednesday, February 24, 2016

Nyawa di hujung tanduk.. :(

Assalamualaikum..




hai. update kejap sementara belum habis waktu rehat. pernah tak korang dapat peluang kedua. tak kisah lah peluang kedua untuk pape pun. aku rasa aku tak pernah dapat. selalu habis kat situ je. tak pernah pulak bila aku putus cinta ngan pakwe pastu sambung balik. memang takde. selalunya habis gitu je. tapi yang aku nak cerita ni bukan peluang kedua dalam percintaan pun. aku nak cerita peluang kedua pasal nyawa. yes. nyawa aku. dan aku betul² rasa aku memang diberi peluang untuk hargai nyawa sendiri. aku pun tak sure ni peluang kedua atau bukan. aku anggap ini peluang kedua even aku tak pernah rasa pitam, koma, atau mati. yang pasti apa yang jadi ni bagi kesan dalam diri aku.




ceritanya camni.. kan aku pernah jatuh bawah trailer kan.. yang tak pernah baca blog aku maybe tak tau cerita. dah lama dah benda tu jadi. ya, aku pernah eksiden, aku jatuh kat bawah trailer. sebab aku jatuh?? mungkin korang rasa kelakar bila aku cerita. aku pun rasa benda tu kelakar. tapi bila teringat pasal nyawa aku terus tersentak jugak. aku jatuh tu sebab aku terkejut kepala babi keluar dari lori babi. memang aku terkejut. pastu kebetulan memang masa tu ada eksiden kat NKVE so jalan jammed sepanjang²nya. aku terkejut, then bila aku pandang depan aku nampak moto depan dah berhenti. tak sure kenapa dia berhenti. masa tu kenderaan aku memang moto je. lesen kereta pun blom ade.





masa tu memang aku tak sempat brek. langgar bontot moto depan. then aku jatuh. ngam² kat bawah trailer. melintang ke dalam, bahagian badan dekat dengan tayar belakang. kalau driver trailer tak nampak aku jatuh, badan aku dah kena lenyek dengan tayar tu. sampai sekarang aku terbayang kalau aku kene lenyek ngan trailer. :'( Alhamdulillah aku masih ada peluang untuk bernafas sampai sekarang. kalau ajal aku sampai situ je, mesti aku mati dalam keadaan yang mengerikan. Nauzubillah. seriously aku takut. bila aku lalu sebelah trailer aku terbayang aku kat bawah tu. :(





terima kasih Allah sebab panjangkan umur aku. Alhamdulillah. syukur sangat². kalau aku dah mati, tak cukup amalan aku nak bawak ke SANA. sekarang pun aku rasa masih berdosa lagi. sebab aku banyak lupa ALLAH. kadang² aku sombong dengan ALLAH. sepatutnya aku sujud kat DIA tapi aku lebih pentingkan benda lain. padahal sujud kepadaNYA lah yang wajib diutamakan. ya, WAJIB. bila teringat balik mesti aku menangis. ajal dan maut ni tak kenal usia. bila² je ALLAH akan tarik nyawa kita. even kau tengah main muzik pun ALLAH boleh tarik nyawa. Nauzubillah. mintak dijauhkan dari mati sia².





kalau kita rasa yang kita ni bakal jadi jenazah esok, mesti hari ni kita akan berebut buat amalan. kadang² aku ada jugak ingatkan orang lain pasal solat tapi...................hmm. aku nak korang pun masuk syurga. aku taknak tengok korang kena seksa kat akhirat. please. jangan lah sampai kita sakit baru nak ingat kat ALLAH. kita berubah ke arah kebaikan sama² ye?? jangan sebab duniawi, kau lupa pasal ukhrawi. aku pernah update status kat FB, "jarang jumpa tempat gig yang ada tempat solat". memang jarang jumpa pun. kalau ada pun berapa kerat je. sudahnya, kena keluar cari masjid atau surau. tak kisah pun pasal tu. tapi, kalau ada kat tempat tu lagi memudahkan kan?? betul tak?? sepatutnya kalau owner tu Islam, dia boleh fikirkan benda ni. ataupun organizer, kena sediakan satu tempat khas. korang jugak yang dapat pahala. pastu bagi waktu rehat kejap untuk solat. bukan time maghrib pun nak terpekik terlolong. tak kisahlah kat mana² pun. bukan berkaitan ngan gig je. aku cerita pasal gig sebab aku selalu terlibat dengan gig. tu je. korang pun boleh fikir sendiri.





aku bukan nak tunjuk aku ni baik sangat ke, alim ke, tapi, aku pun mengingatkan diri sendiri jugak. kadang² pun aku leka jugak sebab terlalu khayal dengan apa yang ada kat dunia ni sedangkan semua yang ada kat dunia ni takde satu pun yang boleh dibawak ke mati kecuali amalan kite je. sebab tu aku nak ingatkan diri sendiri (korang pun sekalilah) pasal solat sebab solat tu kan tiang agama. kalau tiang tu roboh, maka robohlah semuanya. macam rumah, kalau rumah kau takde tiang, camne nak buat rumah?? sedangkan khemah pun kena guna tiang.





cuba bayangkan diri korang kat bawah trailer masa tu. tak sempat bangun dah kena lenyek. kalau umur panjang maybe boleh buat amalan lagi. kalau tak?? ape bekalan yang kau dah sediakan?? renungkan.





wassalam.
-aku bakal jenazah-


No comments: