terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Tuesday, May 20, 2014

cara mengetahui lipstik yang sesuai dengan kita

Assalamualaikum





hai. semalam kata nak update pasal sekolah, ni cerita pasal lain pulak. tak menepati janji kan? jap, semalam takde janji pun. cuma kata je. kan kan kan?? okey, entry ni nak story pasal lipstik pulak. kadang² kalau kita pergi kedai or pasaraya or butik [amboiii] or kedai yang jual lipstiklah senang, mesti tak tau nak beli warna apa yang sesuai dengan warna kulit. kang main beli je, nampak pelik pulak. kadang² kita perasan warna lipstik tu nampak match je dengan kita tapi orang lain tengok macam tak kena je kan. meh saya bagitau camna nak tau warna lipstik apa yang sesuai dengan kita. :)





Kulit putih

untuk korang yang berkulit putih or cerah, korang boleh pilih lipstik yang berwarna plum reds, berry, wine reds, brown, light brown atau beige yang boleh kena dengan warna kulit korang. warna² yang macam ke pink² an [bahasa apa nihh??] pun sesuai jugak. tapi, korang kena pilih betul² kalau nak pilih warna pink ni. bukan semua pink sesuai. elakkan dari warna bright pink atau warna neon. takkan korang nak pakai lipstik yang terang gila tu kan, ko ingat bibir ko tu kertas lukisan?????  





Kulit kuning langsat

kulit kuning langsat sebenarnya salah satu kulit yang boleh dikatakan................ "untonglahhhhhhhhhhh orang yang kulit kuning langsat ni".. haaa.. lebih kurang gitu sebutannya. nak tau kenapa? sebabbbb dapat pilih warna banyak sikit yang boleh kena n match dengan warna kulit. contoh warna lipstik yang sesuai macam warna deep brown, deep red, dark berry shades. tapi, boleh je kalau nak pakai lipstik warna cerah, means, yang cantik n sesuai dengan baju yang dipakailah. takkanlah pakai baju hijau nak pakai lipstik warna kuning kannnn.. dah macam kumbang dah nanti orang tengok. jap, kumbang ada bibir ke? abaikan. tapi, make sure korang tak pilih warna oren n pink cerah sebab warna ni boleh buat kulit korang nampak gelap.





Kulit sawo matang

untuk korang yang berkulit sawo matang, korang boleh pilih warna deep pink, deep red, caramel, medium brown, creamy coffee dan semua brown palletes. Warna² ni dapat buat kulit korang nampak lebih bersinar n tegas. wahhh gituuu.. tapi, elakkan dari pilih warna shimmering sebab warna macam ni akan buat bibir korang nampak tebal n garanggg.. kalo nak pakai jugak ye pakai. bibir korang kan. manelah tau korang nak jadi macam lembu. kihkih.. [gurau kasar nampakkkkkkkk]





Kulit gelap

okey, untuk korang yang berkulit gelap, korang boleh try warna merah, mahogany, deep plums, wine reds, dark brown, coffee, dan warna gelap lain. hitam?? korang nak ke pakai lipstik warna hitam? dah macam kambing la pulak. mbekkk mbekkk.. bibir hitam. kahkah.. eh, jangan pakai warna oren tau!! sebab warna tu lagi menampakkan kulit muka korang lagi bertambah gelap. tapi kalau degil, nak pakai jugak, lantak koranglah.






lepas ni bolehlah riki² kat kedai, tarik² tangan cik abang soh belanja lipstik. kihkih.. okey, jom beli lipstik!! :)


2 comments:

cik hani said...

nice sharing..
kite kulit sawo matang or gelpa jer la..hihik..

alin said...

@cik hani sy belasah je pakai warna pape. hahahaha.. kompius dengan diri sendiri. :p