terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Friday, November 21, 2014

backdrop birthday party tema FROZEN n SMURF

Assalamualaikum..




hai. cakk!! update blog lagi. sebenarnya nak update minggu lepas tapi sebab ada hal, terus tak jadi nak update. hal ape? hal yang membuatkan hati iols sakit gila lah uoolllllssssssssssss.. tapi sekarang ni dah malas nak pk sebab hari² ngadap muka orang tu je kat 'sini' a.k.a bukan di rumah. jadinya dah tak terkesan sangat dah. lantak dia lah nak buat ape. yang penting iols takde kacau orang lain pun. i'm a happy person. :p





meh nak habaq mai cite pasal birthday party anak kepada ex opismate. cadangnya nak buat tema Frozen n SMURF tapi macam tak banyak pulak Frozen n Smurf nye. yang ada cuma warna je, biru putih. boleh lah kan daripada takde langsung. kihkih. kalau nak masukkan dua² watak pun macam susah je. takut tak kena dua² watak tu sebab tu takde letak sangat kat backdrop. kenapa dua watak?? sebab yang celebrate tu 2 orang.. eh bukan, 3 orang. tapi dua orang tu yang budak kecik tu, yang lagi sorang dah besar. nak buat sekali katenye.. hihi..





oh, lupe nak bagitau. backdrop tu iols yang buatkan. cantik ke tak? nak kate tak cantiklah tuuuu.. mesti tak percaya kan kalau iols kate iols yang buat backdrop tu. lalalala.. tapi, percaya je lah ye.. ape ingat iols tak berseni?? tengok mata lahhh.. eh eh tetibe. :p bangun pukul 3 pagi semata² nak siapkan semuanya. nak siapkan awal.




tak kisahlah bangun awal ke tak. asalkan benda ni siap dah puas hati. kuikui. dah dah jom tengok gambar. yiihaaa..

yang celebrate birthday tu budak kecik yang tengah tu. di apit oleh princess Elsa. :p

dia nyanyi lagu happy birthday.. tu yang moncong² je mulut dia. hihi..

yang pompuan tema FROZEN, yang budak kecik lelaki tu tema SMURF.


candy buffet ni bukan iols yang buat. dorang yang buat sendiri. cantik kan?? :) iols cuma design props tu je.







eh tetibe ada gambar belon pulak. :p

okey tu je lah nak share. malas nak taip banyak². sebarang pertanyaan sila komen kat bawah ye. waaahahahaha macamlah ade yang nak komen. okebai.




.




.




.




.





jaga-jaga, ada Princess Elsa yang memerhati. hikhik.. :p



tata.

blog ini bakal ditutup??

Assalamualaikum..




hai hai hai lamenye tak update blog ni. disebabkan sekarang tengah takde kerja, mari kita update blog. lantaklah depa nak kate ape. iols bukan curik tulang k. kerja iols dah siap. selebihnya tak boleh nak proses sebab peruntukan tidak cukuppp.. *nangis sebab bosan tak buat kerja. rasa macam tak berkat pulak gaji iols bila tak buat kerja ni. haih..




eh eh blog ni bakap ditutup? seriously? adakah benar? atau propa semata? kau gila nak tutup blog ni? sayang gila naw naw kot. kalau tutup nanti iols nak bebel kat mane? nanti uols nak baca bebelan iols camne pulak? khennnn.. eh eh ade ke yang baca bebelan iols yang macam monyet dapat bunga ni? eh? takde kena mengena. tetibe pulak kan nak kaitkan dengan monyet. dapat bunga pulak tu.




iols kompius nape iols boleh keluarkan kata-kata sebegitu. monyet dapat bunga? pape ntah. *DUSH!! adakah kerana iols baru melepaskan hajat di bilik kecik? omg! kahkah. kantoi disitu. eleh macamlah uols tak buang hajat jugak. kan kan. weh, pesal entry ni macam ntah pape je ni?




nak tau nape tetibe iols boleh nak update blog arini? sebabbbb bateri enpon iols dah nak mampoih. lupa nak bawak charger. tetibe arini lupa nak bawak. aduhai. k tu je..





tata.


Tuesday, November 4, 2014

selamat tinggal INTAN, hai JPJ Shah Alam

Assalamualaikum..





hai. rindu update yang panjang lebar dari saya tak? klise sangat soalan ni kan? kahkah.. :p padahal baru je lepas update pasal Nuffnang. eh tu entry pasal lain. ni pasal lain pulak. actually entry ni sepatutnya nak update bulan lepas, tapi banyak pulak halnye. sebenarnya malas nak menaip. haaaaaaaaaaaaa.. yang tu barulah alasan yang betul.. kihkih..





okey.. okey.. taknak buang masa. saya cuma nak bagitau, sekarang ni saya dah selamat pun bertukar ke jabatan lain.. dah tak kerja kat INTAN dah.. uwaaa.. will miss you guys. sayang nak tinggalkan INTAN tapi atas sebab2 tertentu saya terpaksa bertukar jugak. memang ini yang saya nak pun dari dulu. akhirnya Alhamdulillah, tertunai jugak hajat ni.. saya apply tukar ni sejak dari tahun 2011 lagi. lame sangat tunggu tau. nasib baik dapat tukar jugak. meh saya nak cite sikit kronologi masa dapat tukar tu. maybe bagi uols benda ni tak penting, tapi bagi saya ini penting sebab ini boleh jadi kalender saya. kalau lupa bila saya dapat tukar, saya boleh refer entry ni balik. hikhik..






mula2 dapat call dari JPA tu masa 19 September 2014. orang tu tanye, "masih berminat nak tukar tak??" gila kalau kate tak minat. mestilah minat kan?? lame tu nak tunggu tukar. saya pun jawablah "ya, masih berminat lagi" pastu dia tanye balik, "puan mohon bertukar ke Klang dan Shah Alam kan?" saya pun jawab lah "ya saya.." pastu saya tanya dia balik, "saya dapat tukar ke?" dia jawab, "tunggu je dulu, sebab sekarang tengah nak susun" susun ape ntah saya pun tak tau. saya pun ye kan je lah. lepas dari hari tu, saya asyik tertanya2 je, dapat tukar ke tak ni?? opismate suruh call JPA balik tapi saya malas. hahahahaha.. saya memang malas pun nak call2 orang ni. tak reti nak cakap directly. hikhik..






22 September 2014, JPA call saya lagi. dia cakap, dia call saya tapi saya tak jawab pun. padahal takde pun missed call dari JPA. pelik jugak tu. lantaklah sane. dia salah orang agaknye. sebab time tu dia call guna telefon opis. saya tanya dia, "saya dapat tukar ke??" dia cakap "tunggu je surat, kalau jadi, lapor diri 9 Oktober2014" saya cuma mampu cakap, "okey.. okey.. terima kasih.." pastu saya terus letak. lupe pulak nak tanye surat pertukaran dah keluar atau belum. LOL!! tu lah terlampau eksaited lah kot sebab tu semua lupa. hahaha.. nak call balik dah malas. so, tunggu je lah JPA call balik.. tunggu2 punya tunggu, takde pun call. sedihlah jugak hati ni kan, sebab saya tertunggu2 dan terus tertanya2, saya ni betul2 dapat tukar ke tak?? sebab tunggu sampai seminggu takde pun surat pertukaran sampai kat opis.. pastu cc saya call kan JPA, sebab yang arrangekan pertukaran tu pun kawan cc saya.. rupanya surat pertukaran memang dah siap, tapi belum sign lagi.. sebab tu la lambat pos. haihh sabar je lah.. pastu cc saya tanyakan saya dapat tukar mana, orang tu cakap, "Shah Alam, Bomba kot?" bomba? hihi.. beriye saya ingat dapat bomba. tapi, dalam hati saya tak rasa pun yang saya dapat Bomba tu.. so, tunggu je lah dapat surat.






2 Oktober 2014, dapat call dari JPA lagi.. dia tanye, "nak ambik surat by hand ke atau nak pos?" saya jawab "ambik by hand lah, cepat sikit" dia tanye lagi, "ambik hari ni ke esok?" boleh pulak lah saya cakap nak ambik esoknya. alahai.. pastu saya bagitau cc saya, saya dapat tukar, surat tu saya ambik esok.. pastu cc saya tanya, kenapa taknak ambik hari ni? senang, nanti tak de tertunggu2.. terus saya ubah fikiran then follow akak opis pergi Putrajaya sebab masa tu memang turn dia jadi despatch. hehe.. perasaan masa nak pergi ambik surat tu memang berdebar2. macam nak dapat ape je. sebab saya tak tahu dapat tukar mane. dah dapat surat baru tahu.




Alhamdulillah saya dapat juga bertukar.. sebenarnya kat page belakang tu ada bagitau saya dapat tukar mane tapi saya tak snap gambar. lupa. hahahahahaha.. nape saya asyik lupa je ni?? LOL!! kat page belakang tu bagitau saya dicadangkan ditukarkan ke Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor, means, yang kat Padang Jawa tu. haaa.. memang dekat sangat la dengan rumah. bersyukur sangat2.. hikhik.. :p tapi, saya kena lapor diri kat Kementerian Pengangkutan Malaysia dulu sebelum pergi lapor diri kat Jabatan Pengangkutan Jalan.. banyak jugak proses nak bertukar ni. penat iols..





9 Oktober 2014, saya pergi lapor diri kat Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT). mula2 saya ingatkan MOT tu kat Kompleks D, rupanya MOT tu dah pindah bangunan baru.. nasib baik ada akak senior masa sekolah dulu pun dapat tukar under MOT jugak so, dia lah yang bagitau. kalau tak, memang ulang alik lah nak pergi carik tempat tu. nasib baik jumpa bangunan baru tu. takdelah susah nak carik pun sebab guna waze. kihkih.. kat MOT je pun kena tunggu lama semata2 nak tunggu surat. bayangkan sampai sana dalam pukul 10 lebih, pastu dapat surat pukul 4.15 petang. lemau tunggu lama2. dah lah lepastu saya kena pergi JPJ Putrajaya pulak sebab saya nak tangguh 2 minggu. so, kena bagi surat tangguh kat situ. nasib baik cuma bagi surat je. tak payah nak tunggu lama2.




27 Oktober 2014, lepas habis tangguh tu, saya lapor diri kat JPJ Putrajaya. nak carik parking dia ya ampunnnnnnnnnnnnnnnnnnnn memang bercinta. berapa kali ntah saya tawaf kat bulatan Putrajaya tu. at last saya mintak tolong kat Fiza, nasib baik dia kerja kat MOF. dan nasib baik dia nak tolong. kalau tak, camne lah saya nak parking kereta. nak parking kat luar kompleks nanti kena saman pulak. ishh taknaklah cacatkan rekod. hew hew.. pastu bila dah sampai, ingatkan tak payah tunggu dah. rupanya kena tunggu jugak. aduhaii.. kena tunggu lagi. lemau.. lemau.. so, terpaksalah tunggu dalam library. Fiza?? kesian dia kena tunggu lama kat dalam kereta sebab memang takde parking pun. dia tunggu kat luar kompleks D. sampai pukul 12 tak dapat surat lagi. malaslah saya nak tunggu lama2 lepas tu saya terus keluar ajak Fiza makan. sampai pukul 2.30 lepas makan n solat baru pergi JPJ Putrajaya semula. nasib baik sampai2 terus dapat surat. kalau kena tunggu jugak, tak tau nak kate ape. terima kasih Fiza sebab sanggup sangat tolong aku, dah lah kena tunggu lama pulak tu. sorry n thank you very much!! sayang ko sangat2!! muah muah lebiu.. :)




nak tunggu surat ni siap pun lama. sabar jelah ye. yang penting dapat tukar. mihmihmih.. ingatkan saya nak terus je pergi JPJ Shah Alam tu tapi sampai Setia Alam pun nak dekat pukul 5, memang terus baliklah kan?? kalau pergi sana pun kompem orang dah siap2 nak balik rumah.





28 Oktober 2014, barulah saya lapor diri kat JPJ Shah Alam, dan ditempatkan di Unit Kewangan.. di sinilah rutin saya selepas ni dan sampai bila tu saya tak tahu.. semua ni perancangan Allah.. memang plan dah taknak tukar, tapi, masa akan datang kita tak tahu kan?? :) ramai yang cakap "nanti bolehlah nak settlekan saman", "nanti bolehlah hello2 ko kalau ade pape", "nanti senanglah nak renew rotek", macam2 pesanan ada. tapi terus terang saya cakap ye, saya bukan taknak tolong tapi, kerja saya lebih kurang banyak jugak kat unit tu. takde masa kot nak layan pesanan penaja uols. sorry eh. saya minta maaf awal2. jangan ingat saya sombong pulak. better settlekan sendiri je lah. lagipun saya masih baru. tak tau prosedur kat situ lagi. so, please, jangan mintak macam2 kat saya. hew hew..







okey tu je update untuk hari ni. sebenarnya saya ada hutang entry lagi ni. tapi bila ntah nak buat. hahaha.. dah lah. dah malam ni. mahu zzz zzz dulu. esok kerja.. hihi. tata..




























eh jap..

























nak belanja gambar INTAN besar ni.. saya dah keluar dari INTAN baru siap.. sedih tau tak dapat tengok depan mata. sedih ke?? sedihlah sangat kan.. poyo je lebih. kihkih.. cantik tak?? :p






okey tata..


terima kasih Nuffnang

Assalamualaikum..





terima kasih En Nuffnang.. sorry lame sangat tak update pasal En Nuffnang. jangan merajuk nak bagi iklan kat saya lagi tau. saya bukan lupakan awak, cuma macam2 benda jadi akhir2 ni.. hew hew.. :p


okey, mulakan bulan November ni dengan pujuk En Nuffnang. hihihih.. papepun thanks again sebab tak lupakan saya. lebiu muah muah. pasni bagi iklan lagi banyak banyak banyak banyak banyakkkkk.. hihi..  :)




jangan lupa klik iklan ye. terima kasih.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...