terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Showing posts with label suami. Show all posts
Showing posts with label suami. Show all posts

Wednesday, May 10, 2017

RESTART

Assalamualaikum..





hai. macam lama sangat tak update blog. sebenarnya ada je bukak blog ni. sorry kat sape² yang ada komen kat blog ni tapi i tak reply. nanti i reply k. sekarang ni i tengah buat proses pembersihan. nak buang mana yang tak patut ada kat blog ni.. takkan lah nak simpan kat sini kan?? kalau boleh rasa macam nak delete je blog ni tapi sayang pulak. yelah, lama gileee kot buat blog niii.. ada yang tak patut buang. so, at last, i simpan je lah blog ni. cuma buang entry yang tak berkenaan je. u knoww.. kaannn?? kena lah jaga hati orang yang kita saiyanggg.. kannnn kannnnn kannnnn?? :p





my life?? Alhamdulillah.. semua masih dalam kawalan. terima kasih Allah sebab temukan dengan insan yang sangat memahami. insyaallah.. doakan yang baik² ye.. salah faham sikit² tu memang akan ada dalam rumahtangga. biasalah tu. lagipun masih dalam proses mengenal hati budi masing². dah nama pun baru nak bercinta. kihkih.. sanggatttt.. [mata ke atas].  tapi memang betul pun.. kami kenal sekejap je pastu terus suami ajak i nikah, sampailahhhhh sekarang ni haaa. banyak jugak perancangan suami. macam² dia nak buat. i doakan semoga suami i dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, dan semoga dipermudahkan segala urusan.. aminn..





okey, i nak cerita sikit pasal wedding i. boleh ke?? rasa², ade yang nak baca tak?? hew hew.. err ade kottt.. ke takde?? HAHA!! tak kisahlah. sebab i pun tengah ada mood nak update blog. kalau tak, memang kirim salam lah nak taip banyak² camni kannn.. tak kuaseee makkkkk.. kihkih.. :p uols pun layankan je lah ye. pastu tulislah komen sikit. janganlah baca je. HAHA.. :p yelah, malu i tau. rasa macam syok sendiri je even i tahu ada beratus yang view. beratuslah sangattt.. padahal puluh je.. KAH!!





percaya tak?? kami cuma ada masa lebih kurang sebulan je untuk buat preparation wedding. SEBULAN je weii.. memang kalut jugak lahh.. mula² tempah bridal dulu sebab kalau tak tempah nanti full. tapi, kami nikah hari biasa. so, takde berebut dengan orang lain. so yang tu dah lega sangat. hehe.. yup! kami nikah hari biasa, means hari bekerja. 21.03.2016, SELASA. pelik ekk?? hehe.. kenapa buat wedding hari bekerja?? sebab mak mentua jaga tender kantin, so susah sikit nak cuti. masa yang ada cuma cuti sekolah je. 21 hb tu kan cuti sekolah. so, kami pilih tarikh tu.





nak buat hari minggu tak boleh. sebab adik lelaki i kawen hari sabtu n ahad (18 n 19.03.2016). so, tak boleh nak buat majlis i, sebab majlis adik i tu kat Temerloh. nak buat 25/26 hb pun tak boleh sebab family in law dah kena balik Kelantan n cuti sekolah dah nak habis.. sooooo.. that's why lah kena buat hari biasa. but don't worry. ada je yang datang even buat wedding hari bekerja.. i buat siang sahaja. tapi kalau uols nak buat majlis macam i, kalau taknak buat siang, buatlah majlis tu malam.. :) lagipun i memang jemput kawan kerja ngan yang terdekat je. tu pun dah meriah. mana taknye. dorang semua datang naik kereta JPJ. habis beratur kereta JPJ depan rumah. jiran² pun sampai pelik tengok kereta banyak sangat. pastu, pakcik yang baca tahlil ingat ada rush kat rumah. HAHA!! kami pun takde lah nak beriye sangat buat majlis besar². majlis simple je. yang penting semua selamat. :)





BRIDAL

kami tempah bridal ngan MiM Collection. ni memang bridal terbaik kat Meru. i suke sangat sangat sangatttt dengan kerja Kak Ayu. hehee.. memang tip toppppp!! nak² pulak kalau Kak Ayu sendiri yang mekapkan. memang puas hati sangatlah kannn.. rasa macammm happy sangatttt.. untung gile weiii.. Kak Ayu yang mekapkan sendiri. hikhik.. terima kasih Kak Ayu. terima kasih sangat sangattt.. tetibe rasa macam diri i ni seorang Barbie Doll. kahkah!! #silajanganmuntah


shawl beli kat Butik Nurhannah :) | baju nikah beli kat Plaza Alam Sentral je :p | veil pun beli kat Plaza Alam Sentral :p

#selfie guna handphone Kak Ayu. haha..

pelamin dari MiM Collection

BORANG NIKAH

pastu kami settlekan borang. orang lain 3 bulan sebelum, tapi kami sebulan sebelum baru nak isi borang online. Alhamdulillah semua dipermudahkan. sekali isi je dah settle semua. bila dah settle borang memang lega sangat. sebab tu yang paling wajib. kalau tak isi borang camne nak nikah, kan?? :p




mula² kena settlekan borang lelaki dulu. bila dah siap semua baru settlekan yang i punya. nasib baik senang je suami i settlekan borang dia tu. semua dia uruskan sendiri. Alhamdulillah.. dapat suami yang pandai berdikari. hehe.. lebiuu .. #muahciked . kahkah!! bila part i pun semua senang. kiranya semua memang dipermudahkanlah. syukur sangat². tak payahlah i cerita cara² nak isi borang tu eh.. sebab kalau google pun memang dah melambak dah cara² nak isi borang nikah online tu. :p tapi jangan lupa. lepas dah isi online, bukan biar camtu je. kena print semua tau. then mintak sign pendaftar nikah. kalau nak tahu siapa pendaftar nikah, kena tanya kat masjid masing². lepas dah sign, baru hantar kat pejabat agama.






KAD JEMPUTAN & CATERING

kad jemputan ni i yang mintak owner kedai buat camni. buat comel². macam i. kahkah!! tapi memang comel kan?? even ada silap sikit, kira halal je lah. nak mintak tukar pun dah tak sempat. kad siap 2 minggu sebelum majlis. bayangkan kami nak edar kad lagi, memang tak sempat. tu pun ada yang tak terjemput. part ni memang kalut. sebab kami bajet jemputan cuma 300 orang je. tapi nak jemput ramai orang. terpaksalah tapis tapis dan tapis, tak dapat nak jemput ramai².. hew heww.. kad ni tempah kat Meru je. dekat Jalan Limau nak menghala ke Meru, sebelum traffic light simpang empat Jalan Limau tu haaa.. kan ada kedai fotostat 4 sen tu kannn.. haaa.. kat situlah.. :)




untuk catering, kami amek catering kat orang kampung je.. dekat je dengan rumah i. Jalan Belimbing jugak. kalau kenal ngan Haji Mohti, mesti tahulah siapa dia tu. hihi.. sedap sangat makanan yang dimasak hari tu. semua puji makanan masa kenduri. Alhamdulillah.. lega sangat sebab makanan pun semua cukup. eh ehh ehhh tetibe terasa kat tekak. nasib baik belum pregnant. tak pasal² mengidam nanti. HAHA.. tapi memang sedap pun. puas hati sangat². thumbs up untuk pakcik. :)


BARANG HANTARAN

okey. nak cerita pasal hantaran pulak. barang hantaran ni i yang gubah sendiri hokehhhh.. sila percaya. dengan segala kudrat yang ada, idea pun datang secara tetibe, maka siaplah semua gubahan untuk hantaran. ade lah jugak cari² idea kat google. tapi still tak tahu nak buat camne. then i pun pergi kat kedai bunga, terus dapat idea. daripada tempah kat orang, baik buat sendiri. i pun kreatif jugak hapeeeeee.. KAH!! #perasan . :p





barang² hantaran tu belilah apa yang uols nak bagi. i bagi mana yang i mampu je. i tak sempat nak simpan duit banyak². HAHA.. i dah tanya kat suami i. takpe ke bagi yang ni je. dia cakap takpe. fuhh lega. hehe.. takpelah nanti² i bagi hadiah lain puleee..


bakul kosong tu untuk isi buah. dulang yang lagi satu tu untuk isi kek. :)
 
abaikan yang bersepah² tu. :D

bunga duit. ni mas kahwin. i tolong gubah jeee.. cantik tak??


HENNA


untuk henna pulak, i hire #hennabyaz . tu pun i cari kat ig last minit. kalau tak, i nak hire anak kepada kenalan kakak i tapi macam jauh sangat sebab dia kat Dengkil. so i try carik yang kat Meru. Alhamdulillah jumpa jugak akhirnya. even ada kekeliruan pasal masa untuk pakai henna tu. nasib baik dia sanggup datang rumah jugak. hehe.. thank you adik manis.. jasamu dikenang. cantik sangat henna yang dia buat ni. nampak kemas. tetibe rasa macam nak pakai lagi. :p








*****


err bosan ke baca blog ni?? sebab cerita macam syok sendiri je kan?? hikhik.. takpelah.. bagi chance lah i nak story pasal diri i.. dah lama tak ber story mory ni. hew hew.. ehh ni ada lagi sikit gambar yang kena ditatap. silalah tatap tanpa rasa jemu ye.. HAHA..














tetibe ada gambar kaki. :p




dah dekat 2 bulan baru nak update pasal kawen. tapi gambar² ni semua yang amek sendiri je. sebab tu ada gambar entah pape. selfie je yang ada. gambar kaki pun boleh terselit. :p sebabnya, gambar dari photographer belum ada lagi.. takpelah. maybe banyak sangat gambar nak edit kot tu yang amek masa lama. hehe.. tak sabar jugak ni nak dapat gambar dari photographer. takpe, kami akan tunggu. :)








terima kasih Tengku Shaiful Fazuan sebab terima diri i seadaanya. sebelum ni i takde perasaan sayang pun kat u. tapi bila u ajak i kahwin, i cuba untuk terima u. then lepas i sah jadi isteri u, baru i rasa yakin dengan u and i jadi makin bertambah sayang kat u. maafkan i kalau i ada terkurang pada mata u. i memang bukan seorang yang sempurna tapi i akan cuba jadi yang sempurna untuk u. love u hubby.






sekarang i dah jadi Surihati Mr. JPJ. HAHAHAHAHAHAHAHAA.. gewdiixxxxx angatttttt.. :p rasanya tu je kot nak update. just doakan yang baik² yee.. okeylah. stop sini dulu. lain kali update cerita lain pulak. bye.




XOXO



Wednesday, September 5, 2012

tanggungjawab isteri terhadap suami

1. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud " Sesiapa sahaja isteri yang meninggal dunia sedang suaminya redha terhadap pemergiannya maka ia akan masuk syurga".

2.  Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud " Apabila seorang isteri telah mendirikan solat 5 waktu dan berpuasa di bulan ramadhan dan memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya maka diucapkan kepadanya masuklah syurga dari mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki".

3. Seorang perempuan datang ke hadapan Nabi s.a.w. lalu berkata " Wahai Rasulullah s.a.w., saya adalah wakil kaum wanita untuk menghadap tuan. Berperang itu diwajibkan oleh Allah swt hanya atas kaum lelaki, jika mereka terluka maka mendapat pahala dan kalau terbunuh maka mereka adalah tetap hidup di sisi Allah swt, dan dicukupkan rezeki (dengan buah-buahan syurga). Dan kami kaum wanita selalu melakukan kewajipan terhadap mereka (iaitu melayani mereka dan membantu keperluan mereka) maka apakah kami boleh ikut memperolehi pahala berperang itu?"  

Maka Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud " Sampaikanlah kepada wanita-wanita yang kamu jumpa bahawa taat kepada suami dengan penuh kesedaran maka pahalanya seimbang dengan pahala perang membela agama Allah swt, tetapi sedikit sekali daripada kamu sekalian yang menjalankannya"

4.   Wajib bagi seorang isteri :
    1. Merendahkan pandangannya di hadapan suaminya.
    2. Tidak khianat terhadap suaminya ketika ketiadaannya termasuk juga hartanya.
    3. Menunaikan hajat suami bila diajak oleh suaminya biarpun sewaktu sibuk atau susah ( Rasulullah mentamsilkan walau berada di punggung unta sekalipun)
    4. Meminta izin suami untuk keluar dari rumahnya.

5. Diceritakan dari Rasulullah s.a.w. bahawa baginda bersabda maksudnya: "Sesungguhnya semua burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit meminta ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya dan sentiasa dalam keredhaan suaminya. Dan sesiapa sahaja di kalangan isteri yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari Allah swt dan malaikat serta semua manusia".

6.  Sesiapa sahaja di kalangan isteri yang bermasam muka di hadapan suaminya maka ia dalam kemurkaan Allah swt sehingga ia dapat membuat suasana yang menggembirakan suaminya dan mohon kerelaannya.

7. A'isya r.a. berkata: "Wahai kaum wanita, seandainya kamu mengerti kewajipan dirimu terhadap suamimu tentu seorang isteri akan menyapu debu dari kedua telapak kaki suaminya dengan mukanya."

8. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya "Jika seorang isteri berkata kepada suaminya 'tidak pernah aku melihat kebajikanmu sama sekali' maka hancur leburlah pahala amal kebajikannya."

9. Nabi s.a.w. bersabda " Sesiapa isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab-sebab yang sangat diperlukan maka haramlah bau syurga ke atasnya."

10. Hadith Nabi s.a.w. "Sesungguhnya Allah swt tidak melihat kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya."

11. Nabi s.a.w. bersabda maksudnya "Urusan pertama yang ditanyakan kepada isteri pada hari qiamat nanti ialah mengenai solatnya dan mengenai urusan suaminya (apakah menjalankan kewajipannya terhadap suaminya atau tidak)"

12. Nabi s.a.w. bersabda bermaksud: " 4 perempuan yang berada di neraka ialah
    1. Perempuan yang kotor mulutnya terhadap suaminya; suaminya tiada di rumah dia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya bersamanya ia mengherdiknya.
    2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang di luar kemampuan si suami.
    3. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur dan ia enggan berbakti kepada Allah swt dan enggan berbakti kepada sumainya ( seorang isteri yang bersifat begini akan dilaknati Allah swt kecuali bertaubat)
    4. Wanita yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar rumah dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihakan kecantikannya (untuk menarik kaum lelaki).

13. Al-Hakim bercerita bahawa seorang perempuan berkata kepada Nabi s.a.w. "Sesungguhnya putera bapa saudaraku melamarku, oleh itu berilah peringatan kepadaku tentang kewajipan seorang isteri terhadap suaminya, kalau kebajikan itu sesuatu yang mampu aku jalankan, maka aku bersedia dikahwinkan."  

Maka baginda bersabda: " Andainya mengalir darah dan nanah dari kedua lubang hidung suaminya lalu dia (isteri) menjilatnya maka itupun belum dianggap menjalankan kewajipannya terhadap suaminya. Sekiranya diperbolehkan untuk manusia bersujud kepada manusia lain, nescaya daku perintahkan para isteri sujud di kaki suami mereka". 

Berkatalah perempuan itu, " Demi Tuhan yang mengutuskan tuan, aku tidak akan berkahwin selama dunia ini masih ada."

14. Seorang isteri hendaklah menyedari bahwa seorang suami bagi isteri adalah bagaikan ayah bagi seorang anak kerana taatnya seorang anak kepada ayahnya dan memohon keredhaannya adalah wajib. Seorang suami pula tidak wajib mentaati isteri.

15. Menjadi pendorong serta penasihat dalam hal-hal agama serta kebajikan.

16. Memahami hal-hal yang digemari dan yang dibenci oleh suami.

17. Segala tingkah laku dan perbuatannya hendaklah menyenangkan hati suami.

18. Sentiasa menambahkan ilmu agamanya serta amalannya dengan apa cara sekalipun seperti dengan membaca serta mengikut majlis-majlis agama.

19. Demi cinta terhadap suaminya, seorang isteri akan melakukan khidmat dan bakti kepada suaminya dari sebesar-besar perkara sehinggalah kepada yang sekecil-kecilnya seperti mengerat kuku, memotong misai dan meminyakkan rambut suami

20. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Siti Fatimah r.a.: " Ya Fatimah, apabila seorang wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya maka Allah swt akan memberinya minum dari air syurga yang mengalir di sungai-sungainya dan dijadikan kuburnya menjadi sebuah taman yang indah dari taman-taman syurga."

21. Sentiasa menyediakan air di sisi suami. Selama ia berbuat demikian, selama itulah ia didoakan keampunan oleh para malaikat. Dikatakan sekiranya isteri membawakan air kepada suaminya dengan senyuman maka ia mendapat pahala amalan puasa sunat satu tahun.

22. Memasak mengikut kesukaan atau selera suami.

23. Menampal baju atau pakaian suami yang koyak.

24. Siapkan barang-barang keperluannya seperti sikat, celak, miswak, cermin dan minyak wangi di dalam satu bekas (sunnah).

25. Ikut kemahuan suami dalam masa bergurau senda, memicit, mengipas dan sebagainya


sumber : SINI     
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...