Assalamualaikum..
hai. actually post ni dah lama terperam. since tetibe aku jadi rajin bukak blog ni hari ni, so, why not aku teruskan je untuk habiskan satu entry. kan kan kan?? takpelah. dapat satu entry pun dah memadai kott.. lagipun tetibe je jadi rajin nak menaip panjang². tak tahu lah sebab ape. buang tebiat kot?? or maybe sebab dah lama tak bebel panjang² kot. [banyaknye kot] hehe.. hari tu memang ade jugaklah rasa rajin nak update blog. tapi bila terpaksa melangut depan laptop yang berat nak mampuih ni lama², terus momentum rajin tu pudar dan menghilang sedikit demi sedikit lalu rasa malas iteww terus muncul dalam diri inneww. hahaa.. alah. kalau dah malas tu, memang malas jugaklah kan?? tapi taknak mengaku. nak bagi alasan macam² plak ehh.. ingat orang percaya ke?? kuikuii..
kalau ikutkan, malas nak update cerita pasal ni. tapi bila mengenangkan yang diri ini terasa dihentam, daku gagahkan jugak untuk bercerita dalam blog ni. takpelah. at least aku dapat tahu jugaklah yang aku pernah kena hentam ngan seseorang, kan?? i mean, bukanlah semuanya yang dalam blog ni indah² belaka. hew hew.. yaahh.. betul ape kan?? kadang² kite cuma nak tunjuk yang elok² je kat kawan² n family kite. tak nak tunjuk or cerita ape yang dah jadi pada diri kite. sebenarnya elok jugak kalau simpan sorang². takdelah buat orang lain serabut dengan masalah kite, kan?? tapi kalau dah terlampau lama sangat simpan n pendam, kadang² time meletup, meletup jugak. ye dok?? kalau disimpan lama² kang tak pasal² jadi gila. :p
hm, nak mulakan pun tak tahu camne. haihh.. okey. ape perasaan korang bila kena hentam dengan orang yang korang tak kenal. entah kenapa tetibe dia yang meroyan sorang², pastu dok sebuuukkkk lah kate kite ni hashtag hati hitam, and hashtag loser or whateverlah.. sape yang friend ngan aku kat fb tu mesti tahu kot aku cerita pasal sape. aku nak cerita lebih² pun nanti mesti ade yang kecam aku. tau dahhh.. even kat fb pun ade je yang kecam. aku jarang nak update status marah². tapi kalau betul² dah meletup, memang panjang lebar lerrr status aku tu. dah serupa macam update blog. :p
memanglah tak elok pun kalau bukak aib orang. tapi, aku just cakap "orang tu" dah happy, n aku nak mintak hutang. tu je. takde pun aku cakap bukan² pasal dia. aku tak cerita pun keburukan dia kat socmed ni. takde pun aku cerita pasal kewangan dia, pasal.. pasal.. arghh!! pasal pape je lah. buat ape aku nak cerita?? dah takde guna pun. lagipun aku dah kawen. aku dah malas nak ingat cerita² lama ittewww.. aku taknak rosakkan kebahagiaan aku yang sekarang ni. you know what?? ade sorang bos tegur. dia cakap aku ni makin happy n ceria je sejak kawen dengan suami aku. aku sendiri pun tak perasaan yang aku ni happy. faham kan?? means, nampak sangat dulu aku tak happy. LOL!!
yang kecam aku tu maybe tak faham sebab takde kat tempat aku. aku pun taknak suruh korang berdiri tempat aku. sebab aku tengah duduk sekarang ni. :p gurau je. em, cuba bayangkan kalau ade orang berhutang dengan korang tapi tak bayar. ape perasaan korang?? korang nak diamkan je ke?? tu pun dah lama sangat sangat sangattttttttttttttttttttttt aku diam tau?? sampailah suami aku cakap,"biarkan dulu" then aku pun senyap. malas nak menagih hutang sendiri. aku dah bagi no akaun. pandai²lah kau nak bayar kat aku camne. tu pun aku takde mintak lebih². ishhhh.. kalaulah aku boleh taip semuanya kat sini!!! aku tahankan je jari aku ni dari taip semua yang "orang tu" buat kat aku. serius. dah lama sangat aku pendam ni. since 2012. aku biarkan biarkan biarkan. sampai dia lupa. patutlah tak berkat semuanya. memang dari mula² lagi aku jeee yang keluarkan duit. memang tak terkira. sebab aku pernah sayang dia, aku biarkan semuanya. takpe. aku halalkan. so, aku just tuntut mana yang aku rasa perlu. kang aku tuntut yang dulu² nanti dia kata aku ni mengungkit. haishhhh..
tu satu hal. satu hal lagi, yang aku tak faham, perempuan tu. eh. malas aku nak sebut nama dia. sebab aku tak tahu pun nama betul dia ape. kura² kot?? #papejelah . seingat aku, kat status yang aku update tu, sikit pun aku takde mention nama dia. sikit pun tidak. tetibe je dia meroyan sorang² dah kenapeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee?? cakap aku ni hati hitamlah, meroyanlah, gila talaklah.. dia kate aku gila talak?? wadehel?? kalau aku gila talak, aku tak kawen dengan suami aku yang hensem bergaya lagi baik hati tu.. eh eh eh.. suka hati dia je kate aku bukan². jangan jadi sakel boleh?? kalau tak tahu pape cerita, jangan nak mandai² masuk campur hal orang. okey?? entah ape lahhhh yang "orang tu" cerita kat perempuan tu, sampai dia boleh percaya ape yang "orang tu" cakap. jangan nanti dah kawen, dia pulak yang tanggung "orang tu" lagi sudah lerrr.. ehh??
ha, ade lagi. pasal band. tetibe kena tuduh bukak email. weii.. gila ke?? ingat aku hadap sangat ke ngan email yang takde kena mengena ngan aku?? kejadah hape aku nak bukak² email orang?? password pun aku tak tahu. email aku sendiri pun aku tak rajin nak baca, lagi nak baca email orang lain?? hahaa.. lawak ape ni?? siap buat satu post panjang untuk aku. tapi seingat aku, aku takde pun nak menyibuk hal orang lain even dia pernah keluar ngan perempuan lain ke.. or dating dengan perempuan lain ke.. or whateverlah. eleh. aku memang tau lah post tu untuk aku.. aku sikit pun tak heran. terima kasih.. rajinnye menaip. tapi bila depan² nape senyap je?? haihhh.. nak bogelkan aku kononnye. nak bogelkan ape?? nak bukak aib aku?? dah kenapa tetibe nak bukak aib aku?? aku ada carik pasal ngan kau ke?? takde kan?? nak guna bukti tu?? kau bagi bukti tu pun aku still taknak ngaku sebab aku tak buat. eeii.. buat malu je lah update guna account band. menjatuhkan air muka sendiri. menunjukkan yang korang semua tak matang. kalau personal account tu boleh terima lagi. tegur pasal solat pun aku jugak yang kena kate hati busuk. kalau dah dosa tu, tetap dosa. haram tetap haram. jangan nak kata tak solat tapi tak busuk hati. aduh. dah jadi bapak kok camtu perangainye. dah lah tetibe nak kaitkan ngan suami aku. kesiannya dengan attention seekers camni. hahaa.. dahlah suka² je nak cakap orang bodoh. aku memang bodoh pun. bodoh sebab tolong keluarkan duit untuk korang. kang jap lagi aku bagitahu ape aku dah buat, kate aku yang mengungkit pulak. #matakeatas . jangan suke hati je nak cakap orang lain bodoh. baik tengok diri sendiri tu camne baru boleh nak kate orang lain.. bersyukurlah sebab aku ada masa korang masih merangkak. hmm.. aku prefer korang pergi belajar agama banyak². kiamat pun nak dekat ni. :)
dah lah. malas nak cerita panjang². penatlah nak ingat pasal tu lagi. sebenarnya memang nak lupakan pun. tapi bila mengenangkan yang "orang tu" masih berhutang ngan aku, so, aku tak jadi lah nak lupakan. ehhh.. mane boleh lupa. kalau setakat seratus tu tak pelah aku halalkan je. tapi ni banyakkk!! mane boleh lupa. haihhh.. kesian abah aku. buat kerja free² je. tergamak sangat "orang tu" buat camtu. dahlah tak "pulangkan" elok². hm. banyak sangat kata² "orang tu" yang menyakitkan hati aku tapi aku diamkan je. nak cerita kat sini, tak boleh. takpelah. aku cerita kat suami aku je. nasib baik dia faham. dia je lah tempat aku mengadu. bersyukur sangat dapat suami macam Tengku Shaiful Fazuan. terima kasih ye wahai suami. love you so much!! ♥
hm. sorrylah eh kalau ade terlebih pedas kat entry ni. kalau dan terlampau geram, pelbagai jenis pedas memang akan keluar. aku pun tak tahu ape jenis² pedas tu. aku main taip je ni. :p okeylah. stop sini dulu. mata pun dah layu² dah ni. next time kalau rajin lagi, aku updatelah cerita pape. nak update kat opis dah tak boleh sebab blogger dah kena block. #nangissejutakali . doakanlah aku jadi rajin macam dulu².. kuikuii.. haa, jangan lupa, klik iklan Nuffnang tu. :)
selamat malam. bye.
XOXO
No comments:
Post a Comment