Assalamualaikum..
hai. salam Isnin yang tak blues. ada kerja nak buat, memanglah tak blues. buat je lah kerja yang ada. kalau duduk melangut je tak buat kerja, memanglah blues memanjang. kan? eh, saya cite pasal saya. jangan nak perasan pulak. nanti kang kate saya kutuk uols pulak. heh [nyampah plak taip heh je]
sekarang ni tengah isu air. sampaikan kena extend catu sampai akhir bulan April. penat sebenarnya bila pk pasal air. bukan taknak bersyukur even ada air lepas dua hari tapi, untuk yang lagi dua hari tu camne? selalu sangat cuti masak. pastu, cuti basuh pinggan mangkuk cawan yang melambak atas meja sampai tikus lipas saudara mara bermaharajalela kat dapur.
angkut air dari bilik mandi? dah malas. malas tau tak? malas. sebab banyak kali dah nak tergelincir depan bilik mandi. T_T air kat tangki pun cukup² je untuk basuh kencing berak mandi amek wuduk. macam pagi tadi, tengah syok² sabun badan tetibe air kat shower slow. omaigod. terpaksa matikan air dulu sabun bagi habis then bilas badan. tapi................................. air tak naik kat shower. uwaaa.. terpaksalah korbankan tuala keluar bilik mandi amek air kat dalam baldi yang ada kat jamban. pastu curik air masak dalam jug sikit. kalau tak memang tak pergi kerja lah pagi ni. (--")
sekarang ni tengah musim hujan. boleh dikatakan kerap jugaklah hujan. harap sangatlah empangan tu penuh n sampai tahap yang dorang nak capai. kalau tak, penatlah nak ngadap camni hari². okey, tetibe rasa macam tak bersyukur pulak bila bagi tau camni kan. hm, takpelah. anggap je lah ni dugaan. hm. dugaan. kan? semoga kite akan terus bersabar.
ye. sabar.
tata.
#notakecik: nak simpan INI lah. untuk rujukan bersama.
No comments:
Post a Comment