terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Monday, April 7, 2014

[DEKORASI PEJABAT] pantry

Assalamualaikum..




carta organisasi sudah. carta pergerakan sudah. kali ni nak update pasal pantry pulak. pantry kat unit saya ni bukanlah besar mana pun. masih dalam proses nak mencantikkan lagi. yang saya berkesempatan buat cuma melabel nama je. meh saya belanja gambar sat..


background untuk pegawai bertanggungjawab tu saya design sendiri. tapi, sumber dari internet jugaklah especially polka dot tu dengan frame. nak buat senang je. hiii.. korang buat mesti lagi cantik kan? :)


sanggup sangat kan singgah DAISO dengan opismate masa shopping barang opis semata-mata nak beli bekas tisu ni. rimaslah tengok tisu merata-rata. ni saya dah beli, kalau bersepah jugak tak tau nak kata ape. (--")


ni kedudukan sebelum. nampak messy sebab lapik bawah tu dah lama. angkut dari opis lama. pastu saya tukar guna pembalut hadiah. then saya tukar letak tempat pinggan mangkuk naik atas. kalau tak, bakul merah tu [tengok gambar selepas] letak kat bawah. rasa macam tak elok pulak kan pinggan letak bawah. sebab tu saya angkut letak atas. :)




ni gambar yang dah di ubah kedudukan tempat balang² tu. ohh tempat simpan balang yang macam tangga tu saya buat sendiri guna penutup kotak kertas A4. guna jelah ape yang boleh guna. daripada membazir. kan? asal boleh. kalau nak lagi cantik, beli je yang kat luar. tapi, ada ke? hm. belum carik. :p




satu je yang saya rasa cacat kat rak tu. bekas sudu garpu n pisau. saya rasa tak sesuai guna mug sebab nampak tak sesuai. maybe saya akan cari satu bekas kat DAISO lagi untuk bagi nampak kemas. tapi, lain kali je lah. sekarang tengah busy. hiii.. maybe akan ade perubahan lain untuk pantry ni. pape pun nanti saya update kat blog je lah.




okey, tu je nak cerita. tata. :)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...