terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Monday, October 13, 2014

emak

Assalamualaikum..





sorry sebab macam lama sangat tak update blog. maybe ramai yang tak tahu cerita ni. kalau saya cerita pun mesti ramai yang terkejut sebab berita yang saya nak sampaikan ni pun berita mengejut. kalau yang dah tau tu saya ucapkan terima kasih sebab bagi saya kekuatan untuk menempuh hari mendatang. ya, saya memang tak kuat. saya lemah. bila saya sorang2, saya akan menangis. saya rindu kat arwah mak. rindu sangat..





5 Oktober 2014, lebih kurang pukul 6.30 pagi mak dah bangun pagi pastu whatsapp kat group family. borak2 sampai nak masuk pukul 10 pagi, mak tanya saya, "alin tak balik sini ke? tak nak makan nasi impit?" saya reply, saya senggugut, taknak keluar rumah.. tunggu dah elok baru saya balik. cik abang pun ada ajak balik rumah mak lepas zohor. tapi sampai ke maghrib, kami masih kat rumah lagi. lepas maghrib baru saya ajak cik abang keluar. tu pun keluar pergi jalan2 kat shah alam. cadangnya nak pergi uptown shah alam tapi tengok macam semua kedai tutup je. maybe sebab raya kot. sepanjang perjalanan tu memang kat fikiran ni asyik ingat kat mak je. maybe sebab saya kata nak balik tapi saya tak balik. rasa macam saya ni jahat sangat. ya, saya memang jahat. emak ajak balik, tapi saya tak balik. lepas pergi uptown, saya ajak cik abang jalan2 tempat lain pulak. sudahnya, sampai ke Putrajaya kami pergi.





lepas jalan2 kat Putrajaya, kami terus balik. ya, kami balik rumah sebab dah pukul 12 tengah malam. niat hati nak balik rumah mak terpaksa ditunda sebab dah malam sangat. ingatkan nak balik esok pagi. sampai rumah, saya tak bukak tudung pun. terus duduk sofa, then bukak AF yang saya record. bila saya tengok part #ninaaf cakap "mak dah takde" tetibe saya jadi sebak. kenapa perasaan saya jadi lain macam pulak ni? dan2 tu jugak saya nangis. tak lama lepas tu adik saya, Tiha, call. suara dia lain. dia nangis2 suruh balik. "alin, baliklah.." saya tanya, "ha? kenapa.. kenapa..??" dalam hati saya sangka dia nak main2. tapi pelik jugak sebab dia tak pernah call saya. selalu dia sms atau whatsapp je. tapi malam tu dia call saya nangis2 suruh saya balik. dia cakap "baliklah.. mak sakit" masa tu saya dah tak fikir apa, rasa macam kaki tak pijak tanah. saya terkedu, saya cakap, "sakit?? sakit ape??" adik saya cakap "tak tau.. mak sesak nafas.." masa tu saya tak tau ape dalam fikiran saya. saya rasa badan saya kaku, saya terus cakap kat adik saya "okey okey aku balik sekarang" terus saya tutup tv, then naik atas kejutkan cik abang.





banyak kali saya kejutkan cik abang tapi dia tido mati. sampai menangis2 saya kejutkan dia, baru dia bangun dalam keadaan yang tercengang sebab tetibe saya menangis, "awakkkk bangunlahh.. bangunnn.. mak sakittt" cik abang pun kelam kabut bangun. pastu saya terus ambik beg dengan charger enpon (memang selalu bawak kalau keluar). masa tu tak fikir panjang, terus balik rumah mak. dalam fikiran cuma ingat mak. dalam hati saya doa sungguh2, "ya Allah, panjangkan umur emak" itu je lah ayat yang keluar dalam hati. kalau boleh taknak ape2 jadi kat mak. saya rasa belum masanya lagi untuk perkara yang tak diingini berlaku kat mak. kalau boleh taknak. memang taknak.





sampai2 je saya terus meluru masuk bilik mak. mak dah terlantar tak sedarkan diri. masa tu cuma Allah je yang tahu apa perasaan saya. takut. saya takut kehilangan mak. saya taknak mak sakit. saya taknak ape2 jadi kat mak. saya kejutkan mak, "mak..makk.. bangunlah.. janganlah camni mak.. bangunlah.." mak tak bagi respon. kakak saya dah urut2 badan mak sebab taknak bagi mak kejang. kakak cakap mak sesak nafas pastu kejang sampai keluar buih kat mulut. kakak cakap mak kena kancing gigi. bila mak tak sedarkan diri saya jadi bertambah risau.





saya panggil mak lagi. "mak.. bangun mak.." mak masih tak bagi respon. muka mak dah nampak lain. saya terus nangis. tak boleh tahan. kenapa mak tak bangun?? saya terus peluk mak. saya panggil lagi "mak.. mak.. makk.. bangun mak.. alin sayang mak.. alin mintak maaf sebab tak balik tengok mak.. bangunlah mak.." mak tetap tak bagi respon. tetibe mulut mak bergerak macam baru lepas nazak. ya Allah.. kenapa mak taknak bangun.. nak tunggu ambulans datang memang lambat sangat. setengah jam baru sampai. ambulans sampai je, paramedik terus masuk bilik mak, check tekanan darah, check nadi. saya dan kakak saya terus2an panggil mak dengan harapan mak dengar. lama jugak paramedik tekan dada mak. mak tetap tak bagi respon. tak lama lepas tu paramedik qiamkan tangan mak. saya dan kakak saya tanya, kenapa dengan mak?? paramedik tu gelengkan kepala, cakap mak dah takde. ya Allah.. masa tu airmata kami mencurah2 makin laju. rasa macam tak percaya..





6 Oktober 2014, lebih kurang 12.30 pagi mak pergi meninggalkan kami. memang tak percaya semudah tu je mak pergi. abah yang selama ni tak pernah nangis depan kami, gugur jugak airmatanya. sebak. sayu je tengok keadaan abah. abah cerita sebelum mak tak sedarkan diri, mak mengadu sesak nafas kat abah, "abah, kenapa rasa nak pitam je ni?" lepas tu mak terus sesak nafas, then terus pengsan. pastu terus tak sedarkan diri. sampailah mak disahkan meninggal dunia. abah cakap mak kena darah tinggi. masa check doktor, darah mak naik 200 lebih. memang tak sangka sangat emak yang selama ni jaga kesihatan, tetibe disahkan mengidap darah tinggi, dan pergi dulu meninggalkan kami.





dalam hati saya tetap rasa bersalah kat mak sebab tak balik jenguk mak. saya menyesal tak balik jumpa mak. Allah.. besarnya dugaan ni.. hari pertama mak meninggal, saya memang takde selera langsung nak makan. cuma linangan airmata je yang jadi teman saya. waktu mak dimandikan, dikafankan, saya tak menahan sebak. terus2an airmata ni mengalir. tapi, kalau saya menangis airmata darah sekalipun, mak tetap tak bangun semula.. waktu mandikan mak, saya dapat pegang mak walaupun bukan keseluruhannya. kalau boleh saya nak pegang mak buat kali yang terakhir. untuk kucupan terakhir, saya cuma dapat cakap "alin sayang mak"  dengan harapan mak dengar dan tahu yang saya betul2 sayangkan mak. selalu saya cium pipi mak yang hangat, tapi waktu tu saya cuma dapat cium dahi dan pipi mak yang dah sejuk dan kaku, dan saya takkan dapat cium lagi sampai bila2.. lepas ni kalau nak lepaskan rindu, saya cuma dapt cium gambar mak je. T_T





Alhamdulillah upacara pengkebumian mak berjalan dengan baik. cuaca pun redup je. malam waktu mak meninggal pun hujan turun. Allah memang sayangkan mak. sebab tu Allah ambik mak cepat2. insyaallah, saya akan jadi anak yang solehah untuk mak, yang tak lupa untuk sedekahkan doa untuk mak.





hari ni masuk hari yang ke lapan. pada waktu ni lah mak hembuskan nafasnya yang terakhir. wajah mak yang tenang tu sentiasa segar dalam fikiran saya. sentuhan dan belaian mak yang lembut masih terasa lagi sampai sekarang. semua tu memang takkan saya lupa. saya tak ingat langsung pun pasal mak marah saya. saya cuma ingat ape yang mak nasihatkan saya.





mak.. alin rindukan mak.. waktu alin taip entry ni pun alin tengah rindukan mak.. alin rindu belaian mak.. alin rindu nak borak2 ngan mak.. alin rindu nak gelak2 ngan mak.. alin rindu nak baring kat riba mak.. alin rindu nak peluk mak.. alin rindu nak cium pipi mak.. alin rindu bau mak.. semua pasal mak alin rindu.. alin menyesal mak, sebab alin tak balik masa mak suruh balik tu.. alin mintak maaf ye mak..




Allah.. airmata ni memang tak boleh berhenti dari mengalir. setiap kali teringat dan rindukan mak, mesti menangis. ya Allah.. berikanku kekuatan untuk menempuh hari yang mendatang ya Allah.. berikan aku kesabaran untuk menghadapi dugaan dan ujian dari Mu ya Allah..




mak, tunggu alin. insyaallah kita akan berjumpa lagi kat SANA. ya Allah.. ampunkan dosa mak.. ringankanlah siksaan mak di dalam kubur.. tempatkanlah mak ditempat2 orang yang beriman, iaitu tempat orang2 yang kau beri nikmat, ya ALLAH.. amin..


alin sayang mak.




:'(


1 comment:

Pu3 Bibah Cun Melecun said...

takziah ros..aku baca pun tersentuh... semoga roh arwah dicucuri rahmat.. al- fatihah untuk arwah.. tabahkan hati ye..