terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Friday, December 25, 2015

pengalaman interview Penolong Akauntan W27

Assalamualaikum...





hai. dah alang2 tengah cuti ni kan, takde benda nak buat, moh le kite update blog yang tak seberapa ni.. lagipun dah berzaman tak update blog banyak2 kali. malas. kihkih.. ni ada masa kat rumah boleh lah update. kalau tak memang kirim salam lerr.. kalau boleh berhabuk blog ni kompem siap ada labah2 membiak. LOL!! tapi sebenarnya laptop je yang berhabuk. tak rajin pun nak on laptop. selalu on pc je tu pun kalau ada benda nak print or cik abang nak dengar lagu sambil main PS. hew hew..






okey, aku nak cerita pasal interview hari rabu lepas. Alhamdulillah lah aritu lulus exam online pastu tak lama tu terus dapat panggilan interview. eh lupa pulak nak bagitau. ni interview untuk jawatan Penolong Akauntan W27. preparation?? hmmmmmmmmmmmmmm sebenarnya aku tak buat persediaan sangat pun. interviewer pun perasan aku tak buat persediaan. mana taknya adeeeee je benda nak buat dan jadi. dah lah date tu nak dekat2 dengan date nak closing account. kena lah kejar bayaran claim. jenuh jugak nak kira balik claim perjalanan dorang. penguatkuasa punya claim bukan macam staff biasa. dorang banyak buat kerja luar guna kenderaan sendiri. kalau yang jenis faham buat claim takpe. ni yang jenis tak faham, tak boleh claim makan, dorang claim jugak. yang boleh claim, taknak claim pulak?? haihhh.. stress.. belum lagi yang tertinggal macam2. ada yang tak sign. ade yang tak kepilkan resit. adududu.. kite ni nak kejar deadline. banyak pulak yang nak kena kuiri. lagi bertambah stress. hmm..






okey lupakan pasal kerja. cuma orang yang buat claim je yang faham. huhuu.. lepas dah siap semua kerja tu aku siapkan resume ngan salinan sijil yang dorang nak. masa buat resume tu, aku edit balik resume sebab rasa macam dah lama sangat resume tu. lagipun nampak macam bersepah. kalau korang tengok pun rasa macam nak campak dalam longkang. yang baru ni agak kemas sikit la. huhu.. dah siap, tinggal nak print. masa dah siap print tu tengok kertas apesal kosong je?? lahhhhhhhhhhhhhhhhhhh catridge dah habissssssssssssss.. nak beli dah pukul 11 malam mane ade kedai bukak lagi.. T_T kalau boleh aku taknak guna barang opis. nak guna barang sendiri je. tapi keadaan terdesak sangat. so esoknya print kat opis.. tapi bawak kertas sendiri.. alahai.. pastu mintak sign pengesahan salinan sijil kat bos. sijil2 tu aku memang dah siap2 fotostat kat rumah. agaknya sebab tu kot catridge habis.. okey dah settle semua.. fuhh..






malam sebelum hari kejadian, aku check balik salinan yang aku fotostat. kenapa macam ada benda tertinggal. lahhhhhhhh.. boleh pulak lupa nak fotostat ic. T_T nak fotostat kat rumah memang tak bolehlah kan. sebab catridge dah habis lupa nak beli. kononnya semua dah settle sebab resume tu print kat opis.. aduuuhhhh.. memang malam tu tak boleh nak tido dok pikir camne nak buat. :( sampai termasuk dalam mimpi. @_@ pagi2 dah kena bangun awal kononnya nak sampai sana awal. tapi, tak sampai awal pun sebab aku decide nak fotostat kat opis. pukul 7 lebih dah sampai opis, fotostat ic then mintak pengesahan bos lain pulak. tapi dia gred 36. aku tak tau boleh ke tak kalau gred 36 sign pengesahan untuk interview. sebab setahu aku gred 41 ke atas je. tapi keadaan terdesak sangat aku belasah je lah mintak sign dia. gred 36 pun gred 36 la. asalkan ade pengesahan. nasib baik dia masuk awal. kalau tak, jenuh jugak nak tunggu sampai pukul 8. em.







pastu terus gerak pergi SPA putrajaya. hari tu cik abang cuti. so mintak cik abang temankan sekali. nasib baik ade banyak parking. kalau penuh dah jadi satu masalah lagi nak kena carik parking. huuu.. aku tak reti nak parking kat dalam. so aku cakap ngan cik abang just parking kat luar je lah. takpelah kalau kena bayar. nak buat camne kan. lepas tu aku terus naik tingkat 6 kat bangunan SPA tu. ingatkan cik abang tak boleh naik. rupanya boleh je.. ramai jugak orang luar yang naik. mak bapak pun ade yang temankan. aku ni dah lah lambat. pastu jadi orang last masuk interview. nak tunggu mesti lama lagi. pastu pergi makan dulu ngan cik abang kat bangunan Perangkaan. ade pulak satu insiden terjadi.. masa nak amek air, air tumpah menitik kat bajuuu.. huwaaaaaaaaaaaaaaaaa.. apelah nasib ku ini.. dah lah baju plain.. nampak jugaklah corak2 air tu. tak tau nak rasa apa masa tu. nak nangis pun tak terkeluar airmata. aku makan pun dengan muka sedih je. :(






lepas makan terus naik atas balik. tunggu turn. sementara nak tunggu tu aku baca lah sikit2 pasal perakaunan akruan. yelah, kot2 nanti kena tanya pasal akruan kan. lagipun kebanyakan kawan2 yang kena interview, dorang kena tanya pasal akruan..haihhh.. jenuh jugak aku dok menghafal akruan tu ape. selagi belum sampai turn, menggigil2 je badan aku. nebesss bhai. tak boleh nak duduk diam. lameeeeeeeeeee tunggu. orang paling last katenye kan.






bila dah kena panggil, aku ketuklah pintu, bagi salam, then ada dua orang perempuan kat dalam bilik tu. tak sempat duduk lagi dah kena tanya asal dari mana. kalau ikut kebiasaan selalunya kena introduce diri sendiri tapi yang ni takde pun.. terus kena tanya. dah kena sergah camtu aku terus lah blurrr... jawab je lah ape yang dia tanya tu. takkanlah asal sendiri pun aku tak tau kan. pastu dia tanye dulu kerja kat mana, aku cakap la INTAN. boleh pulak dia tanya INTAN ada berapa cawangan. wei, aku tak tau kenapa aku boleh lupa berapa cawangan INTAN. T_T masa tu rasa macam nak menangis. aku belasah je lah. pastu kena tanya lagi sekarang kerja kat mana, aku cakap la JPJ Negeri Selangor. boleh pulaklah dorang tanye sape nama pengarah baru. huwaaaaaaaaaaaa.. mane aku ingatttttttt.. aku tak amek tau pun pasal semua tu.. aku pun tak tau kenapa aku boleh abaikan benda paling simple camtu. :'( terus terdiam aku. ade lah jawapan yang aku bagi tapi malas nak cerita. nanti aku nangis. :( pastu kena tanya pasal akaun pulak. ape yang aku faham pasal DOUBLE ENTRY?? huwaaaaaaaaaaaaaaaa.. tak dapat jawab jugakkkkkkkkkkkk.. padahal benda memang dah tau. semua soalan yang tak dijangka yang dorang tanya. kenapa mesti tanya soalan2 tu?? kenapa kenapa kenapaaaaaaaaaaa?? T_T







aku rasa otak aku dah tertinggal kat luar bilik interview. semua tak dapat jawab. dah lah tak dapat jawab, pastu kena sound pulak dengan orang yang interview tu, "awak ni tak buat persediaan ke??" pastu kutuk2 kewangan JPJ pulak "benda yang tak boleh bayar, dibayar jugak". dorang cakap "kewangan kat JPJ Selangor ni bermasalah. awak tak dengar cerita ke??" siap mention JPJ SELANGOR. teruk sangat ke JPJ SELANGOR ni?? aku ni bukan nak tau pun semua benda yang jadi kat tempat kerja. malas nak ambik tau. bagi aku, biarkanlah benda yang lepas. aku datang tempat kerja, sebab nak kerja. tu je lah. haihhh.. tapi tak tau lah kalau dorang cuma nak psycho aku je. masa dorang cakap camtu aku memang dah tawar hati. rasa macam nak keluar dari bilik tu je. sebab dah tau dah kompem memang tak dapat. hmm..






sedih wei. hampa. masa keluar dari bilik interview tu airmata aku dah bergenang. aku nampak cik abang terus aku geleng2 kepala. aku memang dah gagal pun untuk interview ni. :'( maybe ade sebab kenapa aku tak patut dapat jawatan tu. petanda pun memang dah ada. macam2 benda jadi masa hari sebelum interview. maybe aku memang tak layak pun untuk jadi Penolong Akauntan. takpelah. bila difikirkan balik. better aku jadi W17 je. kerja pun habis kat situ je. tak payah sibuk2 nak meeting. tak payah nak balik lambat. asalkan aku suka dengan kerja yang aku buat sudahlah. hm.






takpelah. rezeki ada kat mana2 kan. jadi pt kew pun boleh berjaya jugak. tak semestinya kena jadi Penolong Akauntan baru berjaya. asalkan aku happy dengan life sekarang. *pujuk diri sendiri. ape2 pun aku doakan semua yang interview tu berjaya dalam hidup.. aku pun tak mengharap sangat. ni pun aku rasa kebetulan je lulus exam online tu kot.. huhu.. lagipun first time aku amek interview untuk Penolong Akauntan. lepas ni malas lah aku nak amek2 lagi. kalau amek pun untuk saje2 je boleh tak?? :p






okeylah. tu je cerita pasal interview. apa yang penting sekarang ni family aku. aku taknaklah kejar kerja sangat. kalau asyik kerja je, gaji banyak tapi tak happy buat ape. kan?? *pujuk diri sendiri lagi. ape2 pun semoga pengalaman interview ni jadi pengajaran dan semoga kita semua happy2 selalu. insyaallah..






tata.





notakecik: semoga abah sihat2 selalu. sayang abah.



2 comments:

Aja Zulkifli said...

Sabar ye Cik kak.. takde rezeki.. InshaAllah ada rezeki lain tu. *pujuk ��

alin said...

@Aja Zulkifli huhuuu mekasihhh.. insyaallah..