terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Sunday, December 27, 2015

hantar adik tunang

Assalamualaikum..






hai. happy Sunday.. korang tak merayap ke hari ni.  aku pun duduk rumah je. malas pulak nak keluar. rumahku syurgaku katenyeee.. kihkih.. niii nak bagitau 22 November lepas adik aku dah tunang. ehh tu pun nak bagitau ek?? cerita sebulan lepas baru nak cerita. :p LOL!! aku rasa kena bagitau jugak ni.. kot la kan ade yang tak puas hati kenapa tak bagitau adik aku tunang, ni nak bagitau lah kenapa sebabnya.. hew hew..






bukan taknak ajak saudara-mara ramai2 untuk hantar sekali.. rasanya abah ada jemput kot. ke abah tak jemput?? entah. ktorang adik beradik pun tak tau abah dah jemput ke belum. sebab abah cakap dah jemput.. tapi dorang senyap je. huhu.. tu yang abah bagitau ktorang. cerita sebenar tak tau. pastu masa nak gerak tu abah bagitau cuma family je yang pergi. nak ramai2 tu nanti masa Adham kawen.. lagipun jauh. tapi kalau arwah mak ade, mesti dia ajak saudara-mara lain jugak. mak memang suka ramai2.. tapi, emak takde so ktorang just follow cakap abah je lah.. hmm..






Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar even ktorang pergi hari je. tak bermalam pun.. sebab adik kata dekat. kalau balik hari pun sempat. pergi Temerloh memang dekat je kot. hihi.. masa pergi memanglah rasa dekat sebab kereta tak banyak.. masa nak balik tu, haaa.. ni nak cerita ni. pastu korang mesti bersyukur sangat sebab tak follow. huhuuuuu..






ktorang pergi dua kereta je.. masa otw nak ke Temerloh tu memang semua berjalan lancar. gerak dari Meru dalam pukul 11 pagi camtu kot. tak ingat dah. hehe.. sampai dalam pukul 2 lebih tapi singgah surau kejap solat zohor, lepas tu baru gerak ke rumah pihak perempuan. terus bincang2 then amek2 gambar then makannnnnnnnnnnnnn.. yahuuu.. makan je yang di tunggu. kuih karipap sedap. hihi..



mak dah takde. so kakak lah yang kena jadi tukang sarungkan cincin sebab dia anak sulung. dia pun tak teringat yang dia kena sarungkan cincin. kihkih.. dia cakap "alaa kalau aku tau tadi aku dah pakai lawa2.." kekekekeke.. ala tu pun dah kira okey lah tu.. :p




dah selesai semua, salam2 terus gerak balik dalam pukul 4 lebih nak dekat Asar camtu lah lebih kurang. lepas tu singgah RnR sebab nak solat Asar.. aku ni kadang2 kalau dah jalan jauh tak buat pun solat jamak sebab rasa macam dah tak relevan pulak nak jamak2. RnR banyak.. stesen minyak pun ada surau.. tapi kadang2 risau jugak kalau terlepas waktu contohnya kalau ada jem yang ambik masa sampai berjam2.. hmm..





lepas solat Asar terus gerak balik. masa nak sampai Tol Bentong tu mak aihhhhhhhhhhhhhh jem gile wei. tau kan jem kat mana. kalau nak balik ke KL dari Pahang mane lagi kalau bukan jem kat Karak tu haaa.. yang ada tanah runtuh tu.. adududuuu.. kalau nak tunggu memang berejammm lah kan.. dah lah minyak tak berapa nak penuh. haihh.. sebelum sampai tol tu ktorang decide nak u-turn balik lalu jalan dalam. dah u-turn amek exit kiri ingatkan boleh lalu. sekali jalan kena tutup daaaa.. sebab takut ada tanah runtuh lagi.. aduhai leceh lah nak kena carik alternatif lain pulak.. jalan dah kena tutup nak lalu camne lagi kan?? terpaksa lah keluar dari situ then teruskan lah perjalanan ke Temerloh balik.. tapi masa tu dah dekat Maghrib.. ktorang pun solat dulu rehat kejap sebelum teruskan perjalanan.. masa tu memang dah lost gila tak tau nak lalu mana lagi.. kalau boleh taknak lalu tempat jem tu.







masa tu aku tanya lah kat fb kot2 ada yang tau jalan alternatif lain.. nasib baik ada yang tolong bagitau.. tapi kena lalu jalan jauh. uihhhh.. memang jauh pun. dah lah gelap. lori pun lalu jalan dalam. laju pulaknya. plus hujan lagi.. haihhh.. memang kalau ada yang follow ktorang hantar adik tunang pun mesti dah give up kot. sebab sakit pinggang oiii.. lama masa perjalanan.. stress pun ada sebab ktorang pun tertanya2 bila lah nak jumpa jalan ke KL ni. adehhh.. rasa macam nak tukarkan kereta tu jadi helikopter or kapal terbang. laju sikit nak balik. T_T






dah dekat pukul 1 pagi rasanya baru lah dapat masuk highway.. tu pun setelah beberapa jam drive kereta. lalu hutan mana ntah. pastu jalan bukit2.. adehh.. kalau korang tau camne ktorang hadapi perjalanan tu mesti korang bersyukur sangat sangat sangat sebab tak keluar lalu Karak that time. dan Alhamdulillah ktorang selamat jugak sampai rumah masing even badan rasa penat gila. nasib baik dah apply cuti siap2. kalau tak, kompem esoknya emergency leave. huii.. aku tak minat betul kalau nak amek EL ni melainkan kalau betul2 ada emergency. hewhew..






hope ape yang aku cerita ni, korang akan faham lah ek. rasa macam berterabur je ayat aku sebab sambil update entry sambil tengok tv. hihi.. and harap saudara-mara yang rajin baca blog ni dapat faham kenapa ktorang tak ajak sekali masa hantar adik bertunang tu.. nantilah masa Adham kawen baru sewa bas and gerak ramai2. nanti takdelah penat. hihi..


jangan kata kite tak payung. :p

okey tu je nak cerita. selamat berhujung minggu.. jangan lupa esok kerja hokkeeeyyyyyyyyyyyy.. tata..




1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)