terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Showing posts with label JPJ Selangor. Show all posts
Showing posts with label JPJ Selangor. Show all posts

Saturday, January 23, 2016

orang dalam

Assalamualaikum.





hai. selamat hari Sabtu. kat luar macam mahu kehujanan. jadi, marilah kita ramai² update blog. kalau malas update, meh baca blog ni. kahkah!! cerita merapu je banyak. nak bagi amaran awal² ni. kalau rasa taknak sentap ngan entry ni, baik jangan baca. kang jap lagi ko sentap ngan aku, ko doakan macam² pulak kat aku.





ni aku nak cerita pasal orang dalam. macamlah ko tak biasa tuduh² orang lain "ni mesti guna orang dalam niii" kan kan kannnnnnnnnnnn?? selalu ade kannnnnnnnnnnnnn?? eleh taknak ngaku. mesti ade punya. even sikit mesti ada jugak. jangan tipulah. tak baik tipu. tipu dosa, nanti mati kena seksa. nak??






macam yang ko tau lah kan, aku ni sekarang kerja kat JPJ. masalahnya, aku bukan kerja bahagian kaunter, cek saman, cek roadtax, cek lesen kejadah semua tu aku TAK BUAT. aku ni kerja kat unit kewangan je, bahagian admin. bayar claim² dorang tu je haaaaaaaa.. yang ko beriye² tanya macam² kat aku tu pasal ape weiii.. aku bukan tau sangat pun.. okey fine, kalau korang tanya, aku jawab lah mana yang aku tau. ni siap nak mintak aku tolong buatkan macam² ko ingat aku takde kerja sendiri yang nak kena buat??





malas beratur panjang?? ape masalah ko kalau nak kena beratur panjang²?? dah ko datang lambat, beratur je lah.. alahai. kalau nak cepat datang awal pagi sebelum pukul 8 tu haaa.. aku ni memang malas nak buat kerja orang lain yang bukan kerja aku. aku cuma tau buat kerja kat unit aku je. kerja kat kaunter tu memang aku tak tau wei. ko tanya aku lebih² pun buang masa ko je sebab aku tak tau. :p





nak kata aku sombonglah tu. wei, ni aku nak bagitau ni. andai kata lah kan aku tolong buat macam², pastu ada orang nampak, pastu orang yang nampak tu kata aku ni amek rasuahlah, buat kerja lain lah, nanti yang kena sape?? aku ke ko?? mesti aku kan?? nama aku busuk, nama unit busuk, nama jabatan pun busuk jugak wei. lagipun dah ada orang yang jaga bahagian tu, ko sabar je lah sikit kalau kena tunggu lama pun.. yang kerja tu pun manusia jugak. kerja pulak guna sistem. kadang² dorang kerja cepat tapi sistem buat problem, memanglah lambat..





tak payahlah nak harap sangat aku boleh tolong buat itu ini. memang aku malas nak layan. ko nak buat, pergi buat sendiri. tak pun ko pergi carik orang lain yang boleh tolong. aku renew lesen pun kat pejabat pos, ni ko nak suruh aku buat macam², ek eleh APAHAL?? aku dah taknak, ko nak paksa² plak, APAHAL??





tak pernah tegur, tak pernah tanya khabar, tetibe contact aku tanya "sihat ke tak". ko ingat aku tak tau ko nak ape?? memang takkkkkkkkkkk ler aku nak tolong wei. kalau ko nak, ko buat sendiri. balasan setimpal?? ko doakan aku kena balasan setimpal sebab tak tolong ko?? ko nak kata kat aku, "nanti ko susah takde yang tolong". jap, selama ni aku susah, aku ada mintak tolong ko ke?? oh, okey fine. kalau aku ada hutang ngan ko, bagitau aku ye?? nanti aku bayar balik hutang tu. tu pun kalau ada lah. nak cerita kat orang lain pasal aku, terpulang. aku cuma jaga nama aku je. aku taknak disebabkan ko, aku plak yang kena. orang kata buat baik berpada² kan?? haaaa..





family aku pun takde mintak tolong camtu, ko yang orang luar nak paksa² aku buatkan untuk ko. amboi. lebih nampak.. dah lah kutuk² JPJ pastu tak malu nak mintak tolong kat aku. ek eleh. APAHAL?? sebab orang macam ko ni lah aku jadi tawar hati nak tolong. sedap² mengutuk, pastu time susah carik² aku nak mintak tolong itu ini. APAHAL?? APAHAL?? APAHAL?? nampak tak aku tengah marah ni?? lol.






okey. abaikan semua di atas. pointnya kat sini cuma nak bagitau, aku kerja kat unit kewangan, bukan kaunter dan aku tak tau pasal kerja kat kaunter. FULL STOP. kbai.





sentap ke tak?? lol.

Monday, March 23, 2015

[MENTERNAK LEMAK] BOAT NOODLE

Assalamualaikum..




hai. eh lame betul saya tak update entry ek? dah nampak habuk dah ni. [ayat cliche] LOL!! malas la nak taip banyak2 ni. kat opis memang lagilah takde masa. busy busy busy. wakakaka.. busy sangat. tapi memang busy betul lah. nak berak pun sampai kena tahan. sebab tu sembelit. DANG! alasan je semua tu. tapi bab sembelit tu memang betul. kahkah.





malam ni tetibe je terajin nak update blog memandangkan rasa macam lama gila tak update. boleh ek jadi rajin. padahal tak boleh tidur sebab siang tadi dah bantai tidur. sambil2 tengok cerita Majlis kat Astro Maya ni kan, so, jom kite update blog!! yiihaaa..





*hilang fokus nak taip apa sebab tengok tokti kat tv. OMG! cantiknya dia!!





okey sambung menaip.





ni haaa.. nak cerita pasal menternak lemak Jumaat lepas dengan kakak opis. Jumaat kan rehat lama, so, boleh lah rehat lama sikit.  nak shopping2 pun boleh. tapi yang shopping tu kakak opis lah. saya jadi tukang tengok je. bajet takdeee.. banyak berkenan kat baju seluar beg kasut aaaaaaaaaaaaaaaaaa semua berkenan tapi duit cukup2 sampai gaji. *nangis tengok wallet sendiri. takpelah lain kali je lah beli untuk diri sendiri.





kakak2 opis tu ajak makan kat Boat Noodle Klang Parade Klang.. dah situ je yang ada.. nasib baik dekat je ngan opis.. sebenarnya ni first time saya masuk dan makan kat Boat Noodle. sebelum ni tak pernah masuk pun. selalu tengok kawan2 post kat ig je pasal Boat Noodle ni. so, saje jelah nak try. ngengada kan nak makan jugak. eh jom lah tengok gambar dulu. banyak bunyik kang korang malas pulak nak baca. penat je memerah otak nak taip macam2 ni. kesian otak saya. eh, saya upload gambar bersepah tau. malas nak susun. :p



pekat sangat air ni. minum pun tak habis.

sedap jugak yang ni. rasa macam nak makan lagi. :p

ini pun sedaaappppp!!

benda ni pedas. tak boleh nak makan banyak. (--")

ini pun sedap. hikhik.

cube teka ni tangan sape? orang lain dah habis makan, dia belum habis lagi. hahahahaha.. :p

mangkuk bertingkek tingkek..





ayunya saya makan. kahkah. tak macam yang sebelah tu. kalau boleh nak angkat lagi tinggi. kikiki.. gurau je kak..

ni kak Az, khusyuk betul dia kocak air tu. pastu bebel sorang2. hihi




-




-




-




-




-




-




-




-



-




-




-



-




-




-



-




-




-



-




-




-



-




-




-



-




-




-




eh gambar dah habis. penat je scroll sampai bawah. tu je gambar yang ada. tak amek gambar banyak pun sebab tengah lapar. hihi.. bagi saya boleh tahan jugak lah makan kat Boat Noodle ni. sedap lah jugak. untuk yang suka makan pedas boleh lah makan kat sini. saya ni tak tahan pedas. perut jenis tak tahan. lepas makan memang mencarik bilik kecik tu. hahahaha membazir je makan.





lepas makan, ktorang pun pergi lah shopping. eh bukan. yang shopping tu kak Az ngan kak Erin je. saya cuci mata. hihi. tengah dok belek2 baju seluar kasut tu perut saya dah meragam. nasib baiklah dalam Parkson Klang Parade tu ada toilet. saya teruslah masuk dalam toilet. biarlah dorang shopping2 dulu. ingatkan dah settle dah sakit perut tu. bila dorang tengah shopping lagi perut saya makin sakit pulak. memulas2 beb. erghhh memang tak tahan. dah lah masa tu memang dah nak balik sebab waktu rehat nak dekat habis dah. tapi disebabkan perut memulas, terpaksalah pergi toilet dulu. sebab tak tahan sangat. masa jalan nak pergi toilet tu dah cakap dengan perut sendiri sabar sabar sabar sambil jalan cepat2. adoiii.. lama gila kot saya melepas. kahkah.. kesian kakak2 tu kena tunggu. hew hew.. sudahnya, masuk opis pun lambat. kali ni memang salah saya pun. uwaaa.. T_T nasib baik bos tak marah. :p






so sekarang ni tak tau nak menyesal makan ke camne. sebab rasa makanan kat Boat Noodle tu semua sedap2. hahahahahahahaha..





korang pulak camne? hihi. okey dah tu je nak story. malas dah nak taip panjang2. nak tido. jumpe lagi next time okey! tu pun kalau rajin update. hihi.. tata. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...