terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Saturday, January 23, 2016

orang dalam

Assalamualaikum.





hai. selamat hari Sabtu. kat luar macam mahu kehujanan. jadi, marilah kita ramai² update blog. kalau malas update, meh baca blog ni. kahkah!! cerita merapu je banyak. nak bagi amaran awal² ni. kalau rasa taknak sentap ngan entry ni, baik jangan baca. kang jap lagi ko sentap ngan aku, ko doakan macam² pulak kat aku.





ni aku nak cerita pasal orang dalam. macamlah ko tak biasa tuduh² orang lain "ni mesti guna orang dalam niii" kan kan kannnnnnnnnnnn?? selalu ade kannnnnnnnnnnnnn?? eleh taknak ngaku. mesti ade punya. even sikit mesti ada jugak. jangan tipulah. tak baik tipu. tipu dosa, nanti mati kena seksa. nak??






macam yang ko tau lah kan, aku ni sekarang kerja kat JPJ. masalahnya, aku bukan kerja bahagian kaunter, cek saman, cek roadtax, cek lesen kejadah semua tu aku TAK BUAT. aku ni kerja kat unit kewangan je, bahagian admin. bayar claim² dorang tu je haaaaaaaa.. yang ko beriye² tanya macam² kat aku tu pasal ape weiii.. aku bukan tau sangat pun.. okey fine, kalau korang tanya, aku jawab lah mana yang aku tau. ni siap nak mintak aku tolong buatkan macam² ko ingat aku takde kerja sendiri yang nak kena buat??





malas beratur panjang?? ape masalah ko kalau nak kena beratur panjang²?? dah ko datang lambat, beratur je lah.. alahai. kalau nak cepat datang awal pagi sebelum pukul 8 tu haaa.. aku ni memang malas nak buat kerja orang lain yang bukan kerja aku. aku cuma tau buat kerja kat unit aku je. kerja kat kaunter tu memang aku tak tau wei. ko tanya aku lebih² pun buang masa ko je sebab aku tak tau. :p





nak kata aku sombonglah tu. wei, ni aku nak bagitau ni. andai kata lah kan aku tolong buat macam², pastu ada orang nampak, pastu orang yang nampak tu kata aku ni amek rasuahlah, buat kerja lain lah, nanti yang kena sape?? aku ke ko?? mesti aku kan?? nama aku busuk, nama unit busuk, nama jabatan pun busuk jugak wei. lagipun dah ada orang yang jaga bahagian tu, ko sabar je lah sikit kalau kena tunggu lama pun.. yang kerja tu pun manusia jugak. kerja pulak guna sistem. kadang² dorang kerja cepat tapi sistem buat problem, memanglah lambat..





tak payahlah nak harap sangat aku boleh tolong buat itu ini. memang aku malas nak layan. ko nak buat, pergi buat sendiri. tak pun ko pergi carik orang lain yang boleh tolong. aku renew lesen pun kat pejabat pos, ni ko nak suruh aku buat macam², ek eleh APAHAL?? aku dah taknak, ko nak paksa² plak, APAHAL??





tak pernah tegur, tak pernah tanya khabar, tetibe contact aku tanya "sihat ke tak". ko ingat aku tak tau ko nak ape?? memang takkkkkkkkkkk ler aku nak tolong wei. kalau ko nak, ko buat sendiri. balasan setimpal?? ko doakan aku kena balasan setimpal sebab tak tolong ko?? ko nak kata kat aku, "nanti ko susah takde yang tolong". jap, selama ni aku susah, aku ada mintak tolong ko ke?? oh, okey fine. kalau aku ada hutang ngan ko, bagitau aku ye?? nanti aku bayar balik hutang tu. tu pun kalau ada lah. nak cerita kat orang lain pasal aku, terpulang. aku cuma jaga nama aku je. aku taknak disebabkan ko, aku plak yang kena. orang kata buat baik berpada² kan?? haaaa..





family aku pun takde mintak tolong camtu, ko yang orang luar nak paksa² aku buatkan untuk ko. amboi. lebih nampak.. dah lah kutuk² JPJ pastu tak malu nak mintak tolong kat aku. ek eleh. APAHAL?? sebab orang macam ko ni lah aku jadi tawar hati nak tolong. sedap² mengutuk, pastu time susah carik² aku nak mintak tolong itu ini. APAHAL?? APAHAL?? APAHAL?? nampak tak aku tengah marah ni?? lol.






okey. abaikan semua di atas. pointnya kat sini cuma nak bagitau, aku kerja kat unit kewangan, bukan kaunter dan aku tak tau pasal kerja kat kaunter. FULL STOP. kbai.





sentap ke tak?? lol.

Tuesday, February 25, 2014

terkejut

Assalamualaikum..




dah tak tahu nak kate camne lagi. selama ni aku diam je. takde pun kacau orang. tapi ade jugak suara² sumbang yang kat belakang tu mengata aku bukan². pleaselah. berhenti mengata aku. aku memang tak tau sape yang mengata tu tapi ade lah yang tukang sampai kat aku. ape salah aku kat kau? ade ke aku kacau suami kau? ade ke aku kacau periuk nasi kau? ade ke aku kacau rumah tangga kau?






aku diamkan je ni. aku malas nak kecoh². aku nak tunggu dan tengok ape yang aku nak cakap kat blog ni sampai kat orang yang mengata aku tu ke tak. kalau ada tu maknanya memang ade lah antara orang² tu yang baca blog aku ni.





kenapa nak busuk hati sangat dengan aku? aku buat kerja elok je, takde pun kacau² orang. tapi ade jugak yang kate aku ni tak buat kerja. habis tu yang selama ni aku buat tu bukan kerja ke? ke orang tu cuma nampak aku tengah main teng teng kat opis? aku buat kerja takde pun nak berkira dengan orang. memang aku tak suka buat kerja orang lain tapi aku tetap buat jugak sebab aku ada perasaan bertanggungjawab even tak ikhlas! bukan aku bersenang lenang mengadap internet je. masa aku buat kerja, aku buat semua sampai habis. aku takde pun berlengah². pelik. sape yang buat cerita aku takde kerja sangat tu??





aku taknak tuduh sape². aku pun tak tau orang tu orang dalaman ke atau orang dari luar opis aku. tak kisahlah sape² pun tapi, berhentilah dari tuduh aku bukan². betullah orang kate. kebaikan yang selama ni kite buat, orang langsung tak nampak. tapi keburukan kite, nampak je. aku kecewa betul dengan orang camni.





memang kalau ade sape² datang tempat aku akan rasa yang aku ni tengah takde kerja. ehh memangggggggggggg.. kan aku memang suka makan gaji buta. kannnnn? so what? dah memang itu tanggapan orang, aku nak kate ape lagi? padahal orang bukan tau aku buat kerja awal pagi. sampai opis terus buat kerja. ade orang nampak? memang tak nampak pun. sape pulak yang nak datang opis aku masa pukul 7.30 pagi?





sape yang ngate aku tu, ingat sikitlah ye. jangan suka² je nak tuduh orang. tapi diri sendiri pun lebih kurang sama. memang tak sedar diri betul manusia camni. shame on you!! pfffttttttttttttt!!





dah lah. tata.


Wednesday, February 12, 2014

sama

Assalamualaikum..




hai. sorry lama tak update. takde ape yang baru pun. camni je lah. sama. ohh.. ade yang baru. tukar kerja. em. sekarang ni kena buat claim OT pulak. sebelum ni buat claim penceramah senang sikit. buat claim OT ni pun senang jugak tapi tulah.. masih baru kan.. so rase mencabar jugaklah. fuhh..





hope yang claim tu puas hatilah dengan tempoh masa uols dapat claim tu ye.. saya dah usaha untuk cepatkan proses. lagipun saya tak suka meja saya berselerak or penuh. semak mata. lantaklah orang nak kata saya takde kerja. padahal kerja dah siap. heee.. kerja dah siap, lega.





sekarang ni dah tak tau nak update ape kat blog. tapi orang asyik tanye je "tak update blog ke?" ade jugak yang baca blog ni ek?? sebenarnya................. malulah bila orang tegur camtu. sebab kat blog ni bukan ade apeyang menarik pun. hikhik. [kembang idong] tapi bila orang tanye² camtu, baru saya tau sebenarnya ade jugak yang baca blog ni even orang tu takde lah kenal rapat mana pun. yelah, kira macam orang yang tak pernah tegur uols pun tetibe dia tanye pasal ape yang uols buat. mestilah uols akan berkata sendirian "ehhhhhhhhhhhhhh dia baca blog akuuuuuuuuu??":p





saya nak cerita seram kat sini tapi bila teringat yang saya ni kadang² keseorangan kat sini so tak jadilah nak cerita. kang saya takutkan diri sendiri pulak. baik tak payah carik penyakit. huhu..





tetibe rindu kat mak ngan abah.





tata.


Tuesday, December 31, 2013

busy

Assalamualaikum




hai hai hai uolls. lamenye kite tak bebel kat sini kan?? busy kebabom lah. orang kat kewangan memang busy nak² lagi bile dah akhir tahun ni. semua nak kena kejar. bayar itu. bayar ini. yang menghantar pun suka hantar last minit. tunggu dimintak baru bagi. (--")




hari ni tenang sikit. sebab tutup akaun. semalam pun balik pukul 8.30 malam. esok cuti tahun baru. lusa kena start busy balik sebab nak kena bayar ape yang tak terbayar untuk 2013. mesti tak sempat nak berak lagi. em.




alamak. alamak. cuaca kat luar macam nak hujan je. tadi elok je panas. alahai. takpelah. dah biasa. hari² kena hujan. redha. okey nak balik. tata.


Wednesday, November 13, 2013

ambil kesempatan atas kesenangan orang lain

Assalamualaikum..




hai. ape nak update ni?? serius tak tau nak update pasal ape. kang nanti bebel² bukan ada yang baca. mustahillah ada yang nak baca kalau nampak tulisan banyak². lagi² cerita yang takde point. pastu takde gambar. haaaa lagilah terus taknak bukak kan?? kekekeke.. takpelah. saya redha je. kalau taknak baca blog saya lagi, it's okey. tak boleh nak paksa² orang baca blog ni nak² plak bukan blog artis pun. wakakaka..





nak main candy crush, tapi nanti mata bos membesar pulak dengan jayanya melihat tetikus komputer saya berlari² memecahkan jelly dan coklat. wahhhahaha ayat mak nenek dah keluar. tengah bosan ni haaa.. kenalah main game bagi release bosan tu. kerja saya awal² dah siap. eh macam lambat pulak nak pukul 5 kan?? [tetibe]





baru perasan hari ni dah Rabu. ya ampunnn.. bleh buat Wordless Wednesday dah ni tapi gambar pun takde tang mane pulak nak wordless wordless?? ni bukan wordless dah ni. memang bukan pun. eh memang bukanlah. eh eh bukan. eh degil. [PANG!!]





mesti rasa macam nak cubit saya laju laju kan sebab tajuk entry lain bebeno dengan isi entry. kihkihkih.. statement kat tajuk entry tu korang pikirlah sendiri ye. saya malas nak cerita sebab nanti ada yang sakit jiwa pulak. toink toink. eh dah azan. apa lagi tunggu?? moh le pegi solat yeeee..




sekian saja bebelan dar saya yang macam comel je macam cantik je macam gemok je eh eh eh kbai.

Wednesday, October 30, 2013

WORDLESS WEDNESDAY

Assalamualaikum..



nampak bersih. sebenarnya berhabuk. (--")



Thursday, September 12, 2013

sekali sekala

Assalamualaikum..





sebelum saya mula, saya nak minta maaf awal² andaikata ada yang terasa dengan entry ni. ini sekadar luahan hati saya yang kecil, luahan dari diri saya yang hina ini. mungkin bukan saya sorang yang rasa. dan saya tau ada jugak yang rasa macam apa yang saya rasa.





pernah tak korang buat pape, punyalah bertungkus-lumus buat sampai berlecak ketiak tapi takde pun yang nampak ape yang korang buat tu. kawan² sekeliling memang nampak tapi "orang lain"?? hope korang faham apa maksud "orang lain" tu. "orang lain" tu suruh buat macam², means mengharapkan kita sentiasa. kalau kita takde, dia susah. bila kita dah buat semua tapi tiada penghargaan ape pun. agak² korang terkilan tak??





"orang lain" tu cuma nampak kita sekecil zarah. macam kita ni hina sangat. macam kita ni tak wujud. pandang pun taknak. tapi bila sesuatu terjadi, "orang lain" tu akan mencari kita. nak ikutkan kejam, memang langsung taknak buat, memang langsung taknak tolong ape yang "orang lain" tu mintak. tapi diri ini bukanlah sekejam itu. takpelah, anggap je lah ia pertolongan. kita tolong, kita yang untung. kita dapat pahala. penghargaan?? hmm.. takde. takpelah. penghargaan dari manusia takde, tapi penghargaan dari ALLAH mungkin ada. InsyaALLAH.





bila kita buat sesuatu, dia anggap kita tak buat apa². yang selonggok tu pun dia tak nampak. yang dia nampak cuma sampah. yang dia nampak semua salah. habis tu yang bertungkus-lumus selama ni SIAPA?? nak bersuara, tapi rasa diri kita tak layak bersuara. yelah. kita ni cuma kuman. mungkin bila tiba masa kita dah takde, baru "orang lain" tu rasa kewujudan kita. takpe, SABAR.





ucap TERIMA KASIH tak susah kan?? belanja makan ke.. pun tak salah kan?? sekali sekala. bukan selalu. memang tak mengharap. tapi, apa salahnya?? SEKALI SEKALA. tak rugi pun.




takpelah. ALLAH ada. ALLAH faham situasi kita. hope kita akan terus bersabar.




-nukilan petang-

Thursday, August 15, 2013

kebosanan melampau

Assalamualaikum..





seriously sangat bosan hari ni. jadinya, saya buang masa dengan main game. tetibe rasa bersalah sebab main game waktu kerja. nak buat camne?? memang dah takde kerja. kerja datang, terus buat. so, semua dah siap. bosan wei!! T_T


nak tunggu live banyak pun siksa jugak woi!! lagi bertambah stress. dah. nak pergi kacau orang pulak. kbai.




#notakecik : kenyang banget ni!!

Wednesday, February 13, 2013

monday blues

Assalamualaikum..




hai, salam Isnin. mesti arini ramai yang malaaaassss je nak bangun pagi untuk pergi kerja kan?? tu kalau yang kerja. kalau yang cuti, mesti sambung tidur. ish ish ish. tak semenggah. please, jangan tidur balik. pergilah kemas² rumah tu ke.. basuh baju ke.. sapu lantai ke.. cepat cepat!! hahaha.. ayat orang dengki kena kerja.




yeee.. saya tauuu.. hari ni bukan Isnin. saje je buat Isnin sebab rasa macam hari ni hari Isnin. malas dia sama macam Isnin. bhahahaha.. kan kan kannnn?? eleh, kalau dah malas tu ngaku je lah. nak salahkan Isnin pulak. kesian Isnin. kikiki.. :p




bos kat atas ni cuti panjang. yeayyy cucuk cucuk bintang. nak joget gangnam pun bolehhh.. keh keh.. tapi susah jugak kalau bos cuti. takde bos nak peraku baucer. alamatnye kena turun bawah, mintak bos bawah yang buat. malasnyehhh.. (--")




putih putih melati.. merah merah delima.. eh eh tetibe nak nyanyi lagu tu. ahh nampak sangat tengah bosan. dah lah. nak buat kerja sikit. bosan jugak ngadap mende ni je. hihihi.. 




tata.




#notakecik : nasib baik kerja 3 hari je. yiiiihaaa.. :p

Friday, November 16, 2012

macam tak jadi je

Assalamualaikum..




hai guyss!! yeahh.. update entry untuk ke sekian kalinya.. macam dah lame pulak tak update blog. mane taknye, berokbeng kat rumah tak bayo.. HAHAHA.. kalau tak, laju je update. *poyo*




sebelum ni kan saya ada apply nak tukar tempat kerja sebab saya fikir jauh Klang - Damansara.. dengan jalan jammednye lagi tu ha.. tapi lama² macam malas pulak nak tukar. kalau dapat tu memang rezeki lah kan, kalau tak dapat, duduk je lah kat INTAN ni. best jugak ape.. dan memang tak sabar untuk tahun depan!! yessss.. tahun depan lagi seronok kot?? kihkih..




kalau ikut kos belanja, memang banyak guna duit. tol, minyak, servis kereta, makan, etc. tu pun nasib baik kereta takde kena bayar bulan². kalau ade, semput den. motor pun dah habis bayar. fuhhh.. eh, tapi still kena guna duit jugak tau.




beruntung sangat duduk dekat Klang dan kerja kat Damansara yang sipi² je kat Selangor. hew hew.. tak payahlah nak bangun kul 5 pagi sebab nak elak jammed. ni bangun paling lewat pun 6.30 pagi sebab dah duduk rumah sendiri, so lagilah senang sebab tak payah nak rebut² bilik mandi.





eh eh macam dah lame je tak buat entry pasal diri sendiri. HAHAHA.. takpe.. takpe.. tau dahhhhh.. mesti meluatnyeee..  :p




okey, ini adalah entry paling buang masa. dah, jangan baca lagi. saya pun malas nak taip lagi. tata. :)




#notakecik : Ya ALLAH, Please save GAZA.. :'(

Tuesday, October 9, 2012

alahai budak kecik

kakak saya ada 3 orang anak, tapi saya nak cerita pasal anak dia yang no 2 tu. eh jap, kakak, jangan marah ek sebab cerita pasal Alia. hikhik.



badan dia tu kecik je tapi suara dia kuat. kalau dia bercakap, riuh satu rumah. tapi saya geram tengok pipi dia sebab pipi dia bulat. haha. rasa macam nak gigit² je pipi dia tu.



ada satu hari tu, abah saya mintak dia buat ape ntah. kemas mainan dia kot, ke keluarkan kucing dari rumah. tak ingatlah sebab banyak kali abah saya mintak pertolongan budak kecik ni. 



tiap kali abah saya atau mak saya mintak dia buat pape kan, mesti dia suruh adik dia [Azhar] yang buat. mula² saya tak perasan perangai dia tu. saya tau pun sebab cik abang yang bagitau. sebab aritu Alia suruh Azhar cubit cik abang padahal dia yang nak cubit. "Ja'a..Ja'a.. pergi cubit acik daus..cepat,cepat!!" wahhh pandai pulak budak kecik ni. kecik² dah pandai main pass². :p



cik abang ni jenis melayan je budak² ni. sampaikan setiap kali balik rumah Meru, mesti kena kerumun. (--") kesian pulak. hikhik. takpe, cik abang suka budak². eh eh suka ke?? :p

Aina & Alia

budak kecik nak main pass² takpe kot.. dah nama pun budak kecik. diaorang tau ape.. tapi kalau orang besar yang suka pass² camne pulak?? tak kisahlah pass ape² pun asalkan namanya pass. LOL!!



kalau orang dah besar main pass² tu namanya lari dari tanggungjawablah kan?? sebab tak nak buat benda yang sepatutnya dia buat. dah dia yang kena buat, suruh orang lain buat pulak. tak ke macam menyusahkan orang lain?? sudahnye, jadilah camtu sampai tua. kihkihkih.




lebih baik belajar sesuatu yang kita memang tak tahu dan perlu tahu, daripada taknak belajar langsung, nanti merugikan diri sendiri. jangan jadi bodoh sombong. dah bodoh, sombong pulak. :)



tata~



#notakecik : kenyang makan biskut je. :)

Monday, October 8, 2012

baju lapuk

pergi kerja pakai baju kurung. eh memang pakai baju kurung je bila pergi kerja. so baju memang recycle recycle recycle. itu je lah baju yang selalu pakai. sameeeeeeeee je tiap² bulan. (--")




baru perasan baju banyak dah lusuh dan lapuk. mana tak nye, recycle dari zaman study dulu. mula study 2005, habis study 2008. ce kira berapa lama dah. baju dah banyak berjasa.




malam tadi ada kerajinan untuk mengemas almari baju. belek belek belek. kemas kemas kemas.. pastu ada kerajinan menggosok baju untuk pergi kerja.





dan.....................................................





jadi camni.

 
rajin sangat sampai muncul 1 lobang kat kain. nasib baik kain. kalau baju?? (--") nak salahkan sape?? nak salahkan kain yang memang dah lapuk, atau seterika?? atau nak salahkan diri sendiri sebab cuai?? sebelum ni takde pun lobang² malam tadi boleh pulak muncul lobang. T_T [tetap taknak salahkan diri sendiri]




time rajin boleh pulak jadi camni. time malas takde pulak. lepas ni kena jadi malaslah. kalau rajin, habis semua baju lobang² nanti. (--")




sebenarnya, ini motif untuk bodek cik abang belikan baju baru. :p




tata.





#notakecik : kurangkan makan. bukan tak makan terus. itu tips DIET!! :)


Monday, August 27, 2012

selamat kembali bertugas :)

Assalamualaikum dan selamat hari ISNIN!!



ada yang tak suka dengan Isnin..kesian Isnin kan??hikhik. aku tak suka kalau keje melambak bila masuk hari Isnin tapi aku suka kalau keje takde bila hari Isnin..sebab tak payah serabut kepala. :p



hari ni memang takde kerja sangat..nak proceed pun kena tunggu akak opis balik opis dulu baru boleh buat..kalau tak, acane nak buat kerja..?? :p



nasib baik pagi tadi keluar rumah awal kalau tak, maybe sekarang ni aku masih kat tengah² kesesakan lalulintas kot??almaklumlah hujan di pagi hari..patutlah malam tadi rasa panas a.k.a bahang je rupanya nak hujan pagi² ni.. :)




nak bagitau ni, ada orang tak boleh terima dengan apa yang aku dah buat kat dia, TAPI, dia tak pernah terpikir ke??ape yang dia buat kat aku tu LAGIlah aku tak boleh terima. nanti²lah aku story. sekarang tengah malas. hmm.




eh tetibe aku rasa ayat aku kat entry ni ntah pape..macam pelik² je. macam skema pun ada. yekk..geli pulak dengan ayat sendiri..bhaaahahaha..dah dah!!nak buat kerja jap..papai~




#notakecik : ada mata memerhati.. XD

Friday, December 30, 2011

tu pun nak terase ke..haihhh..

baru cakap sikit nak terasa..kalau aku tak cakap,nanti aku pulak yang makan hati..dah tu, nak aku je yang jaga hati orang..hati aku, sape pulak nak jaga??kucing??


kalau sekali sekala buat takpe, ni SELALU..kadang² aku jadi bengang..bengang sangat²!!sampai rasa nak tumbuk² je muka orang tu..


kadang² dah tegur banyak kali,tapi perangai tetap sama..lama² malas aku nak cakap..pandai² sendiri lah..ko yang nak hidup..ko sendiri tahu halal ngan haram kan..eh??ni pe jadah masuk bab HALALHARAM ni??okey,takde kaitan..


pastu,jangan nak jadi batu api boleh tak??cerita bukan² kat orang lain..kalau cerita mende baik² takpe..ni cerita yang tak baik..weeeiiii..kalau ko buat camtu kat orang lain,nanti bila ko pulak yang terkena tau pulak mengadu..puiii!!


jangan nak cakap diri ko tu bagus sangat..tapi hakikatnye ko tu sama je macam orang yang ko selalu buruk²kan..apadaaa..sila berpijak di bumi yang nyata plissssssssssssss..


selagi aku tak mention nama sapa² kat mana² entry aku,tak payahlah nak terasa..nampak sangatlah tu diri ko kaaaannnn..eh??sedar diri pulak ko ni??


erk!!jap..ni pehal tetibe nak emo² plak ni??hew hew hew..sebenarnye takde motif ape pun aku buat entry ni..tapi kalau ada yang terasa jugak tak tahu lah..bak kata orang, "SIAPA MAKAN CILI, DIA YANG TERASA PEDASNYA.."


---------->sambung buat kerja,papai..


# notakecik : tak payah nak wayang sangat..huhhhh.. :p

Thursday, December 22, 2011

pertanyaan,atau memang nak menguji??

kalau ada orang tanya pasal movie kat tempat kerja,maknanya ape??maybe dia memang betul² nak tanye kot..tapi aku rasa dia macam nak menguji je..macam nak tahu sape yang tengok movie kat opis..hew hew hew..


kat tempat kerja,aku memang jarang tengok movie..kalau aku betul² tengah takde kerja baru aku tengok..tapi biasanya memang jaaaaaaarang sangat!!so,kalau orang tanye aku pasal tengok² movie ni aku memang tak tahu..hahahahaha..


rasa macam bosan je tengok movie kat pc..aku selalu download,pastu tengok kat rumah je..lagi syok takde orang kacau..nak tengok kt opis macam pelik je..kihkihkih..


ehhh tipu lah kalau aku tak pernah tengok kat opis..pernah je..tapi,aku rasa macam tak syok la tengok kat opis..rasa tak best,rasa tak sedap hati..nanti orang nampak,ingat aku tak buat kerja pulak..hew hew hew..


cehh..konon macam nak tunjuk baik je kaaannnn..hikhikhik..menyampah kat diri sendiri..tapi memang betul pun aku buat camtu..takut jugak tak berkat duit gaji aku..hmm..maybe sebab tu lah aku rasa duit gaji aku tak cukup..ni mesti sebab aku asyik online blog je ek??kihkihkih..padan muka kat diri sendiri..


kalau blog,memang aku tak pernah miss..kalau tak bukak blog rasa macammmmmmmm ishhhh ketagih!!hahahahaha..bengong..tapi bukan setiap masa aku bukak..bila ada masa free je..takkanlah asyik nak mengadap blog je manjang kan..macam lah aku takde kerja lain..


okey,masa rehat dah habis..*ting ting ting* so,better aku berhenti mengadap menatang ni..kang tak terbuat pulak kerja aku tu..


dah,taknak bebel banyak²..aku nak sambung buat kerja..lain kali update blog lagi..heee..tata titi tutu~


#notakecik : hujan kat luar..sejuuuuukkkkkkkkkkk.. 

Tuesday, December 20, 2011

hari Selasa = Mengantukkkkkkk!!

kenapa hari ni aku rasa mengantuk??padahal malam tadi aku dah tido awal..eh??awal ke??entah,aku pun tak ingat aku tido pukul berapa..sedar² dah pagi..kikikikiki..


keje aku dah siap..huhhh..sekarang memang tengah rasa free..tapi kejap lagi kompem busy balik..tu kawan aku dah warning² aku dah tu..maknanye adelah tu baucer yang nak bagi aku tuuuuuuuuuu..haishhh..bagilah aku masa bersenang lenang kejap wey..hukhukhuk..


nasib baik cuma key in je..tapi kalau banyak sangat tu yang lemah tu..hew hew hew..malassnyeeeeee..eh,cop cop..bukan aku malas buat keje k..tapi aku malas nak sepah²kan meja aku yang sudah sedia kemas ni..eh??kemas ke??hikhik..


takpelah,dah nama pun kerja kan..buat je la selagi kita ni masih bernafas di bumi yang nyata ini..waaahhhhh gitu..eh,aku tak kisah pun..kalau takde keje lagi lah bosan..baik ade kerja daripada takde..yang penting tiap² bulan masyuuuuuuukkkkkk..


okey,sementara nak tunggu kawan aku bagi aku baucer tu,aku nak layan movie jap..weee..jangan jeles yawww..meh join aku meh..lalalalala~


dah..dah..korang pergi buat kerja..bagi aku rileks plak..kihkihkih..tata..


-end-


#notakecik : sejuknyeee dalam opis ni..trrr..trrr..


Friday, November 18, 2011

tak tahu nak kate camne dah!!

ada orang cakap kat aku, "orang tak faham dengan keadaan aku.." atau "asyik aku je yang faham keadaan kau,kau pernah faham ke keadaan aku??"


begitulah alkisahnye bila kita ada rasa bengang or sakit hati dengan someone..mesti ayat camni keluar..kan??betul tak??hmm..


nak suruh faham camne kalau dia sendiri tak bagitau apa masalah dia..bila dah kena perli² baru nak bagitau??baru nak mengadu??hmmm..fikir sendirilah!!


aku memang suka gurau kasar..ohhh!!makan dalam ekkk??hmm tahu pulak nak terasa..selama ni aku diam..ya,aku diam sebab nak bagi kau fikir sendiri apa salah yang kau dah buat..makan dalam kat aku gak aku rasa..


aku malas nak kata,"kau tak faham keadaan aku.." sebab mende tu terlalu subjektif..ia melibatkan banyak maksud..kau faham ke ape yang aku maksudkan??tak faham kan??aku pun tak faham..okey,diam.


boleh ke kate kerja tak penting,tapi kesihatan penting..hmm kalau camtu aku pun nak kata camtu jugaklah..sebab hari² aku kena hujan,so aku taknak demam,aku nak jaga kesihatan aku,then aku nak MC..boleh tak??


kalau dah tak keje,camne nak beli ubat wei??kalau cakap tak fikir dulu memang camnilah jadinye.. "masuk tempat orang bawak otak,bukan pisau"


ada ke orang yang nak tanggung kerja aku ni??TIADA..sebab,orang tak reti sangat ngan kerja aku..aku pun kadang² pening dengan kerja aku sendiri..lagipun,masing² ada kerja sendiri..lagi banyak kot dorang punya kerja..


tapi kes yang ni,kerja dia aku buat,n kerja aku sendiri tertangguh..camne tu yeee??so,sape yang tak faham sape ni??jawapan aku?? "fikir sendiri"


aku tau orang yang aku maksudkan ni ada baca blog aku..tapi,dia ambik peduli ke ape yang aku cerita ni??hmm orang pentingkan diri sendiri memang camtu kot??haihhhhh.. *mengeluh panjanggggg~


oppsss!!aku dah tuduh bukan² pulak kat orang tu..nanti ada yang terasa lagi..sorry..


aku dah penatlah dengan manusia camni..aku tegur untuk kebaikan dia, tapi dia nak marah aku balik..kalau camtu,aku dah taknak bagitau ape² lagilah..n buatlah hal sendiri..


nak harapkan kebajikan diri sendiri terjamin,tapi kebajikan orang lain diabaikan..beb!!dunia ni sementara..kalau susah,cari member jugak..tapi ape yang ko dah buat??


muhasabah diri sendiri lagi bagus..


#notakecik : "mak,mak tak keje ke arini??" "malaslah!!mak MC arini..tapi bukan saje² je MC" lu pikirlah sendiri~
 

Thursday, November 17, 2011

kembali bekerja!!yeahhh!!

setelah 6hari meninggalkan opis,termasuk Sabtu Ahad,arini aku kembali bekerja..konon dengan semangat baru..wakakaka..menyampah!!


yelah,dah takde sakit² badan dah..kalau tak,lepas kursus tu aku jalan macam robot..kihkihkih..semalam dah buat cuti tambahan..arini dah sihat,so boleh lah kerja macam biasa..


jap lagi aku kena pergi JPA Putrajaya..kena amek ape ntah..arini turn aku plakkkkkkkkkk..weehuuuu..ehem² ni aku curi masa kejap nak update blog..hahahaha jahat tak??


okey,aku nak gerak dah ni..papai..


-end-


#notakecik : mengantuk plak lepas makan nasi lemak.. @_@

Wednesday, November 16, 2011

kenapa nak terase??

yee..memang..memanggg..aku mengaku aku begitu kejam sebab dah buat orang terasa dengan entry² kat dalam blog aku ni..tapi kan,kenapa nak terasa kalau ko rasa tak buat pun mende yang aku cerita tu..haihh..


wahhhh nampaknye keperlian aku begitu pedasssss sekali ekkk??dah takde cara lain aku nak tegur orang..aku memang tak reti nak marah orang or tegur depan²..that's why aku buat blogggg..


aku pelik gak..KALAUlah ade yang terase ngan entry² aku kat blog ni kan,mesti dia pernah buat mende yang aku cite tu kan??ngaaaahahahaha..


alahhh..kalau aku perli pun,tapi perangai tetap same je buat ape??memang jenis tak makan saman kan..nak tunggu kene maki depan² baru berubah agaknye..wakakaka..ehh ehh tak baik maki² ni..mak abah aku tak ajar maki orang.. :)


tadi aku mengadu kat abah aku pasal something ni..abah aku nasihatkan aku suruh tegas sikit..tapi...........................hmmm..tengoklah nanti camne..


pape pun,sorrylah ye kalau ada yang terasa..memang sengaja aku nak buat camtu..kikikiki..setakat terase je memang takde hal kot..tapi hati aku yang sakit dengan sesetengah pihak tu camne pulak ekkk??dorang takde plak nak mintak maaf kat aku..haihhh..


esok kembali bekerja setelah 3hari bercuti..best gak cuti lame² ni..lagi best kalau takde gangguan pasal kerja..wakakaka..oppsss!!


dah,tu je nak bebel..papai..


-end-


#notakecik : "mak borek anak rintik"


Tuesday, November 8, 2011

status : MALAS

on facebook je mesti nampak status malas..nape ek??aku pun terikut jadi malas..kihkihkih..


ce buat status "waaahhhh aku sangat rajin arini!!" agak² jadi rajin tak??hahahaha..kalo rajin pun kompem rajin kat mulut je..dalam hati tetap rasa malas..betul tak??betul tak???


agaknye kan,setiap kali hari pertama nak masuk waktu kerja or study memang malas kot..tengoklah,hari ni hari Selasa tapi still ade yang malas² jugak..kaaaaaaaannnnnnnnnnnnnn??


aku tak taulah hari ni aku rajin ke malas..tengah² kot..kihkihkih..untung² aku tak MC arini macam sesetengah orang tu,nak sambung cuti,tapi tak apply cuti pun tapi ganti ngan amek MC..puiii!!


malas nak layan..okey,nak tido..dah masuk waktu rehat..papai..


-end-


#notakecik : sakit kepala..adooooiiii.. @_@

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...