terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Showing posts with label cermin belakang kereta myvi pecah. Show all posts
Showing posts with label cermin belakang kereta myvi pecah. Show all posts

Sunday, October 6, 2013

tukar cermin belakang

Assalamualaikum..




sementara nak tunggu lives kat Candy Crush, meh update blog sat. dah alang² tengah online ni kan, sekali jalan je lah. Jumaat lepas saya terrrrrrrrrpaksa amek cuti sebab senggugut teruk sampai tak boleh bangun uols. ingatkan nak pergi klinik tapi...............emmm.. tak tau nak cakap ape kat doktor. bhahaha.. seganlah kiteeee.. nanti doktor taknak bagi mc pulak. takpelah. tolak dari cuti tahun jelah. memang tiap² bulan camni. pernah je mintak mc kat doktor. tapi kali ni............ emm.. entah. padahal cik abang memang cuti, boleh je mintak dia bawak pergi klinik tapi tu lah. malas kot. hikhik.





dah lah tengah senggugut. boleh pulak risau lagi pasal kereta. sape yang tak risau kalau cermin kereta retak wei. lainlah kereta sorong, memang takde cermin langsung. ingatkan nak mintak cik abang je pergi Perodua mintak tanyakan pasal cermin tu. tapi saya takuttttt duduk rumah sorang². so cik abang pun angkutlah saya sekali berbekalkan minyak angin yang dah siap sapu kat perut. kuikuikui..





mula² tu kami tanya dulu kat Perodua Bukit Raja, takut pulak takde stok. haaa memang takde pun. kalau nak, kena order. eee malas betul nak tunggu². kite nak cepat. yelah bila lagi nak pergi tukar sebab nanti masing² dah start busy. pastu CS kat Perodua tu bagitau suruh try kat Perodua Subang USJ. kalau ikutkan, boleh je just call tanya ada stock ke tak. tapi, kalau tak tanya depan mata rasa macam tak puas hati pulak. then kami pun terus lah gerak ke sana. naik motor tau. bukan kereta. sebab takut nanti kalau takde stok dah kena patah balik.





sampai² je terus tanya kat CS. fuh. lega sangat. nasib baik ada. lepas solat Jumaat kami terus datang sana balik angkut sekali kereta. risau wei nak drive. kang terburai kat situ jugak, habis.. nasib baik lapik seat memang leather. so kalau ada serpihan² kaca yang jatuh takde risau sangat sebab tak melekat kat seat.

bungkus je lah camni. :p

seram nak drive bila keadaan cermin jadi camtu. T_T
sementara nak tunggu dorang siap tukar n pasang, kami lepak tengok tv. nasib baik tempat duduk banyak. syiokkk.. rasa macam kat rumah sendiri pulak. HAHAHA.. mulalah tu nak berangan ada rumah besar. :p




bosan wei tunggu lama². dahlah masih rasa senggugut. duduk situ menahan sakit. nak muntah banyak kali tapi tahan je. nasib baik ada gula². alahai. dah macam ape je sampai muntah² ni. T_T




siap semua dekat pukul 5.30. time orang balik kerja. memang nice kan?? jem giler wei. waduh waduh.. sabar je lah. takpe, cik abang yang drive. saya jadi penumpang je. kikikiki.. semua tu habis dalam RM400 jugaklah. terbang duit. kepak kepak kepakkk [bunyik duit terbang]


upah lagi mahal dari harga barang. (--")

dah siap.. :)

orang tu tak bagi bukak tape sebab takut gam belum kering. dia kata dalam 1 hari boleh bukak. semalam cik abang bukak, hari ni dah pakai kereta pergi merayap. so maknanya dah melekat habislah tu. okey lepas ni kena pasang tinted pulak. duit lagi. T_T




tata.

Thursday, October 3, 2013

retak

Assalamualaikum..




hari yang sangat stress. pagi² mood dah spoil. mula² je okey, bila dapat tau berita yang meremukkan hati, mood hilang. rasa nak nangis pun ada. dah la tengah ABC [tau??] T_T




arini banyak kerja nak kena buat. sekarang dah settle. tunggu je lah kerja lain pulak yang datang. pagi tadi hampir² nak pitam. bukan sebab preggy. kalau tengah ABC boleh ke [preggy]?? nak pitam sebab senggugut yang sangat sangat sangat sakit. jalan pergi toilet pun macam orang mabuk. sakit senggugut. sakit nak berry. campur. nasiblah sapa yang masuk toilet tu. dahlah memang time peserta kursus rehat. hameklah bau yang semerbak dari saya. -haha-


kesiannya kat my baby ni. mentang²lah dah lama tak mandi, boleh pulak nak pecah. T_T semua gara² orang yang potong rumput kat rumah tu. pelik. depan rumah saya takde rumput pun. najis kucing banyaklah. rumah depan ada rumput. jauhnye batu melompat?? terer. semua ni membuatkan hati jadi tak tenteram nak buat kerja. tapi cekalkan hati jugak.





pelik ke bila saya dapat tau cermin kereta pecah time badan kat tempat kerja?? ape nak pelik? cik abang kan cuti. dia yang bagitau. dia tau pun sebab orang yang pecahkan tu yang panggil. nasib baik dia jujur. katenye nanti kalau dah tukar boleh claim ngan dorang. boleh ke?? agak²?? tengah was² jugak ni. takpelah. tunggu je lah nanti. hmm..





dah. tak boleh nak kata ape dah. tunggu je lah nanti bila dah tukar cermin. oh, insurans?? insurans tak cover cermin. saya tak amek. tak sangka pulak menda ni nak jadi. lepas ni kena letak langsir kat pagar rumah. ke?? pelik pulak. malas dah nak pikir. main candy crush je lah.





tata.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...