terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Tuesday, May 27, 2014

cerita seram : jelmaan bos

Assalamualaikum..




sebenarnya dah lama nak buat entry ni. dah dekat sebulan kot benda ni jadi, sekarang baru ada kegagahan untuk menaip cerita ni. selama ni tak berani nak story sebab sorang² je kat opis bila petang² camni. arini ada opismate belum balik, so, saya ambil kesempatan ni nak story pasal satu cerita yang boleh dikategorikan seram jugaklah. tapi tak tau lah kalau korang rasa cerita ni tak seram. bagi saya seram sebab jadi kat diri sendiri.





setiap pagi, kalau rasa lapar, mesti beli breakfast kat en Os. hari tu memang rasa lapar betul. so, ajak kakak opis, kak Ekin, pergi beli nasik lemak. semantara nak tunggu kak ekin ambil duit n handphone, saya berdiri sambil pegang handphone dekat dengan kerusi kat tempat duduk kak ina, sebelah meja kak Ekin. tengah kusyuk tengok handphone, saya perasan ada orang masuk opis. ya, dari hujung mata saya, saya nampak itu bos, en Hamizam. bunyik tapak kaki pun dah kenal tu memang en. Hamizam. kak ekin pun nampak. saya siap toleh ke bilik en Hamizam sebab terdengar bunyik pintu ditutup dengan kuat. tanjat gegel tau. dalam hati terdetik "kuatnya en Zam tutup pintu. bad mood ke ape?" pastu kami terus keluar opis beli breakfast.





lepas beli breakfast, saya tengok bilik bos masih tertutup pintunya. pelik. saya fikir maybe dia tertidur kat dalam opis kot. tapi selalunya dia dah bukak dah kalau nak dekat pukul 8 pagi. okey, saya ignore je. just fikir positif.





pukul 10 pagi, lepas buat kerja sikit, saya toleh ke bilik bos lagi. pintu masih tertutup. eh? meeting lagi ke bos ni? semalam dia memang meeting, takkan dia meeting lagi kot? kerap pulak meetingnya? tak pe lah, maybe dia meeting kot, so pagi tu dia masuk opis kejap amek dokumen. maybe lah kan. tapi, rajin pulak dia nak patah balik opis then pergi meeting kat Putrajaya? mustahil je. okey, saya ignore lagi. positif.. positif..





lepas lunch, saya tengok pintu bilik bos masih tertutup. tetibe je mulut ni ringan nak tanya kat abang opis, abang Mi, kot² lah dia tau bos pergi mana. "abang Mi, en. Zam meeting ke?" pastu dia cakap "eh, meeting ke? tak tau lah.. cuba tanya kak Siti (CC) nanti".. pulak dahhhh.. ingatkan tahu. selalunya dia tahu je bos pergi mana. bila saya tanya kat CC, dia cakap bos cuti. ha? cuti? ye² je CC ni. betul ke bos cuti? saya ignore lagi. takpe, nanti saya tanya sendiri kat bos. tak puas hati. sebab, siapa yang saya nampak pagi tuuuuu.. (--") saya pun pelik dengan diri sendiri. selalu takde pun nak tanya² pasal bos tetibe hari tu nak tanya pulak.






esoknya nak tanya, setiap kali nak masuk bilik bos, mesti tak termasuk. esoknya lagi, saya cuba nak masuk bilik bos, tak dapat jugak. bila dia lalu nak keluar opis, mulut ni tak terbukak pulak untuk tanya soalan. asal nak tanya je ada je halangannya. at last, hari Jumaat, baru ada keberanian nak tanya. saya gagahkan diri ni jugak untuk tanya bos. "en. Zam, hari Selasa en. Zam ada datang opis tak?" pantas je bos saya jawab "tak lah, saya cuti" terkejut. serius saya terkejut campur cuak. saya tanya lagi kat bos, "betul ke en Zam takde datang opis? datang kejap pun takde?" sekeras-kerasnya bos saya cakap dia cuti. dia kata dia hantar mak dia pergi klinik. tergamam sekejap. saya tanya lagi kat dia, "betul ke takde? habis tu yang saya nampak tu............." saya diam. taknak habiskan. sebab bulu roma saya dah meremang. pastu bos tanya, "kenapa? awak nampak saya ke?" saya jawablah "a'ah, saya nampak en Zam masuk opis, bukak pintu bilik ni siap tutup pintu kuat. saya nampak en. Zam, serius saya nampak. kak Ekin pun ada nampak. betul ke en. Zam takde datang? kot² en. Zam datang kejap nak amek dokumen ke..?" saya tanya lagi sebab masih tak puas hati. dia tetap jawab takde datang. hari Selasa dia cuti.





"ish, betul ke en. Zam takde ni?" masa tu saya dah rasa macam nak menangis. dia mintak kak Ekin masuk sebab dia pun nak tau cerita yang saya sampaikan tu betul atau rekaan semata². then kak Ekin masuk, kak Ekin pun bagitau benda yang sama. pastu saya cakap, "eeee en. Zam, bulu roma saya dah meremang dah ni." pastu en Zam pun cakap "tu lah, saya pun sama". saya dah tak sanggup dah nak duduk situ lama² then saya terus keluar. seram.






sehari sebelum saya kena tu, saya balik lewat. dalam pukul 6.45 petang, saya masih tunggu kat opis sebab kerja tengah banyak masa tu so kenalah tunggu kat opis. kalau takde kerja, saya tunggu kat opis bawah. tumpang opis orang sebab driver ramai belum balik.. tengah kusyuk buat kerja, tetibe saya dengar bunyi plastik kat tempat abang opis saya, abang Firdaus. saya panjangkan leher tengok kat kawasan meja situ tapi takde orang pulak. sape pulak yang nak main plastik ni kan.. okey, ignore je. fokus je buat kerja. lepas tu bunyik kerusi bergerak pulak. Allah! dugaan apa ni wei.. dalam hati cuma mampu baca ayat Kursi je. harap sangat "dia" tak muncul depan mata. okey, saya teruskan buat kerja. lepas tu, bunyik printer on pulak.. alahaaaaaaiiiiiiiiii.. macam² bunyik dah ada ni memang nak suruh saya keluar ke camne? memang dah tak boleh tahan, saya terus kemas² meja then tutup suis lampu n aircond, terus kunci pintu. tak sanggup nak tunggu lama² dalam opis dah.





sampai sekarang masih ada lagi bunyik² tu kalau saya sorang² kat opis ni. jangan "dia" muncul depan mata sudahlah. saya ni bukan berani sangat. nampak je macam berani, tapi hati pink tau. :p sekarang ni kalau ada kerja ke, takde kerja ke, kalau saya sorang², paling limit duduk opis sampai pukul 6.30 petang je. pastu tunggu lah kat opis bawah. tak berani nak stay opis dah.





okey tu je ceritanya. pengalaman. selama ni tak pernah kena pun. hope sangat tu first n last. taknaklah jumpa lagi. nasib baik jumpa bentuk orang. kalau bukan orang? memang pengsan kat situ jugak. sebelum ni kakak opis yang selalu kena sebab dia selalu balik paling lambat. lepas dia pindah, saya pulak yang kena. staff² yang pernah kerja lama kat INTAN ni kata taman haruman kat depan opis ni memang selalu jadi tempat persinggahan "dia". nak² pulak opis unit kewangan ni baru lagi, sebelum ni memang jarang sangat orang masuk dalam ni. lepas tu unit kewangan dah pindah sini, haaa amekkk.. macam²lah ceritanya.





semalam tetibe cawan kakak opis jatuh dari atas meja. rasa²nya sapa yang tolak? korang rasa?





jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri..





tata.



Wednesday, May 21, 2014

CPUV Campaign : OREO BETTER TOGETHER

Assalamualaikum..





oreoooooooo.. wahhhh sedapnye oreooo.. time² puasa ni la tetibe teringin nak makan oreo kannn.. ngengada. :p okey, tetibe je kan nak cerita pasal oreo. ni semua gara² terbukak Nuffnang lah ni.





ehhhh ada on going CPUV lahhh.. tenkiu Nuffnang.. kehkeh.. lebiu banyak². baru je lepas ngumpat Nuffnang aritu, terus dapat CPUV. hiii.. thank you again.. :)


nak tak join Oreo punya game? kalau nak join, boleh pergi kat Facebook Oreo. kalau malas nak carik, klik kat SINI je haaa senang saya dah bagi link. :) saya tengok macam best je sebab boleh menang tv wei.. Xbox pun boleh dapat.. kalau korang nak join, join lah. hihi.. meh meh. :p





okey, lepas ni busy. ya, busy sangat. ada kerja baru masuk ni ha. nak tidur pun tak menyempat. dah dah. stop dulu. dah pukul 2 ni rehat dah habis [rehat dah habis, memanglah tak boleh tido. ceh!!]. nanti bos pandang² pulak kang. hew hew..





tata.

Tuesday, May 20, 2014

cara mengetahui lipstik yang sesuai dengan kita

Assalamualaikum





hai. semalam kata nak update pasal sekolah, ni cerita pasal lain pulak. tak menepati janji kan? jap, semalam takde janji pun. cuma kata je. kan kan kan?? okey, entry ni nak story pasal lipstik pulak. kadang² kalau kita pergi kedai or pasaraya or butik [amboiii] or kedai yang jual lipstiklah senang, mesti tak tau nak beli warna apa yang sesuai dengan warna kulit. kang main beli je, nampak pelik pulak. kadang² kita perasan warna lipstik tu nampak match je dengan kita tapi orang lain tengok macam tak kena je kan. meh saya bagitau camna nak tau warna lipstik apa yang sesuai dengan kita. :)





Kulit putih

untuk korang yang berkulit putih or cerah, korang boleh pilih lipstik yang berwarna plum reds, berry, wine reds, brown, light brown atau beige yang boleh kena dengan warna kulit korang. warna² yang macam ke pink² an [bahasa apa nihh??] pun sesuai jugak. tapi, korang kena pilih betul² kalau nak pilih warna pink ni. bukan semua pink sesuai. elakkan dari warna bright pink atau warna neon. takkan korang nak pakai lipstik yang terang gila tu kan, ko ingat bibir ko tu kertas lukisan?????  





Kulit kuning langsat

kulit kuning langsat sebenarnya salah satu kulit yang boleh dikatakan................ "untonglahhhhhhhhhhh orang yang kulit kuning langsat ni".. haaa.. lebih kurang gitu sebutannya. nak tau kenapa? sebabbbb dapat pilih warna banyak sikit yang boleh kena n match dengan warna kulit. contoh warna lipstik yang sesuai macam warna deep brown, deep red, dark berry shades. tapi, boleh je kalau nak pakai lipstik warna cerah, means, yang cantik n sesuai dengan baju yang dipakailah. takkanlah pakai baju hijau nak pakai lipstik warna kuning kannnn.. dah macam kumbang dah nanti orang tengok. jap, kumbang ada bibir ke? abaikan. tapi, make sure korang tak pilih warna oren n pink cerah sebab warna ni boleh buat kulit korang nampak gelap.





Kulit sawo matang

untuk korang yang berkulit sawo matang, korang boleh pilih warna deep pink, deep red, caramel, medium brown, creamy coffee dan semua brown palletes. Warna² ni dapat buat kulit korang nampak lebih bersinar n tegas. wahhh gituuu.. tapi, elakkan dari pilih warna shimmering sebab warna macam ni akan buat bibir korang nampak tebal n garanggg.. kalo nak pakai jugak ye pakai. bibir korang kan. manelah tau korang nak jadi macam lembu. kihkih.. [gurau kasar nampakkkkkkkk]





Kulit gelap

okey, untuk korang yang berkulit gelap, korang boleh try warna merah, mahogany, deep plums, wine reds, dark brown, coffee, dan warna gelap lain. hitam?? korang nak ke pakai lipstik warna hitam? dah macam kambing la pulak. mbekkk mbekkk.. bibir hitam. kahkah.. eh, jangan pakai warna oren tau!! sebab warna tu lagi menampakkan kulit muka korang lagi bertambah gelap. tapi kalau degil, nak pakai jugak, lantak koranglah.





okey, jom beli lipstik!! :)

Thursday, May 8, 2014

cara mengetahui warna baju/tudung yang sesuai dengan kita

Assalamualaikum





hai. entry kali ni nak buat tips pulak. almaklumlah kan dah nak dekat raya ni, mesti ramai yang nak beli baju raya. wahhhh awal gitu kan beli baju raya. puasa pun belum dah cerita pasal raya. ehhh tailor pun dah ada yang tutup tempahan raya tau. so, rasa-rasanya saya yang cepat ke, uols yang cepat? hehe..





kalau rasa-rasa nak nampak lebih menyerlah masa raya nanti, atau bila-bila lah kan, kenalah baca entry ni sampai habis. [perlu ke mention camni?] sebenarnya, warna baju pun memainkan peranan jugak tau. bukan semua warna je boleh dibelasah pakai. ada certain orang yang boleh masuk bila pakai baju warna apa-apa pun. tapi, ada certain orang bila pakai baju putih, lagi menampakkan diri dia bertambah kusam. camne nak tau?? haaaaaaaaa!! that's why lah kena baca entry ni sampai habis. nampak tak permainannya? [kena mention banyak kali ke? LOL!!]





okey, uols pun tau kan, kita ni bukan ada warna kulit yang sama. kadang² uols punya kulit cerah, tapi adik uols kulit gelap. bila dia guna camera 360 je baru nampak cerah. eh eh eh.. japppp.. ni contohhh.. haha. jangan sentap pulak.. :p jadi, warna kulit jugak ada memainkan peranan dalam pemilihan warna baju/tudung ni.. kulit kita ni terdiri kepada COOL n WARM. nak tau ape COOL n WARM ni? sila baca lagi sampai habissssssssssssss.. [mention lagi?]





COOL undertone

ciri-ciri:


:: mempunyai kulit yang berwarna pink/rosy atau "blueish" undertone. 

:: biasanya berkulit cerah atau gelap(seperti african american) dan kulit tidak mudah gelap walaupun berada di bawah cahaya matahari.


::mata berwarna hitam atau coklat gelap.


:: warna urat nadi berwarna biru.


:: sesuai memakai barang kemas berwarna "silver".





jadi, warna yang sesuai untuk orang yang kulit camni adalah seperti warna² pastel, biru gelap, merah, hot pink, biru pastel, merah jambu, plum atau ungu lavendar.

contoh warna yang perlu dielakkan adalah warna² tanah, hitam, krim, orange dan warna emas sebab warna-warna ini akan membuatkan kulit anda nampak kusam.






WARM undertone


ciri-ciri:


:: mempunyai kulit yang berwarna kuning atau "golden" undertone.

:: biasanya berkulit cerah(kuning langsat) atau gelap(hitam manis) dan kulit mudah gelap ketika berada di bawah cahaya matahari. 


:: warna urat nadi berwarna hijau.

:: sesuai memakai barang kemas berwarna emas.



Warna yang sesuai untuk orang berkulit warm adalah warna² tanah, ivory, hijau, merah cili api, turquoise, krim, oren, warna emas, peach, coklat gelap atau warna kelabu.

Warna yang perlu dielakkan adalah warna² pastel atau putih.




kat sini saya share palet warna yang sesuai untuk uols pilih..

COOL sebelah kiri--------------------------------------------------WARM sebelah kanan



haaaa ape lagiii?? sebelum beli baju/tudung, pilih dulu warna yang sesuai. barulah naik seri muka tu. kalau main belasah je beli, pastu tak kena dengan warna kulit kita, menyesal pulak nanti. tak pasal² kena tegur, "ehhh kenapa nampak makin gelap??" tak ke haruuu?? habis lah mood nak beraya nanti. kikikiki..





saya dah tau kot saya punya dalam kategori mana. kot lah.. hihi. sebelum ni main beli je baju ape-ape. asal nampak cantik semua nak beli. :p lepas ni kena tengok sesuai dengan warna kulit ke tak, baru boleh beli. kalau tak, nanti tak nampak cantik. hikhik.. hope entry ni dapat dijadikan panduan untuk uols nanti. sebenarnya, panduan untuk diri saya tapi nak share kat sini jugak. sharing is caring katenyeeeeeee.. kihkih..




tata.




p/s: boleh klik SINI juga. :)


KITA HAMBA by RAIHAN

Assalamualaikum..




cuba dengar lagu ni. hayati liriknya. maksudnya sangat mendalam. bila saya dengar, tetibe terasa macam terkena kat diri sendiri je. Ya Allah... ampunkan dosa kami yang lemah lagi hina ini.. T_T





Kita adalah insan yang dihidupkan buat sementara...
Kita adalah insan yang hakikatnya adalah hamba...
Tapi mengapa sering kita tangguhkan perintah waktu untuk menyembahNya
Tapi mengapa kita selalu leka dengan kewajiban sebagai hamba



Kita adalah insan yang dihidupkan buat sementara...
Kita adalah insan yang hakikatnya adalah hamba...
Tapi mengapa kita selalu leka dengan kewajiban sebagai hamba



Sedang Tuhan tak pernah lupa
Untuk mencurahkan segala nikmatNya
Bahkan Tuhan Maha Pengampun
Di atas segala dosa yang dilakukan



Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat 


Kita adalah insan yang dihidupkan buat sementara...
Kita adalah insan yang hakikatnya adalah hamba...
Tapi mengapa sering kita tangguhkan perintah waktu untuk menyembahNya
Tapi mengapa kita selalu leka dengan kewajiban sebagai hamba
 


Sedang Tuhan tak pernah lupa
Untuk mencurahkan segala nikmatNya
Bahkan Tuhan Maha Pengampun
Di atas segala dosa yang dilakukan



Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat
Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat


Bangunlah di tengah malam..
untuk menunaikan...
merintih kepadaNya
pohonlah kasih sayangNya
agar selamat dunia dan akhirat
 



Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat
Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat
Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat...... 

**********


dah lama tak dengar lagu yang macam ni. sekarang banyak lagu duniawi je.




#sebak T_T

Wednesday, May 7, 2014

Nuffnang (CPUV Campaign)

Assalamualaikum..




wei, ape penda Nuffnang ni? CPUV Campaign tu ape pulak?? saya dah ada account Nuffnang dah lama dah. tapi langsung tak pernah tau pasal menda ni. hahahahaha.. so yesterday dan sedih betul. kate dah lama berblog, tapi baru dapat empat ringgit. kahkah. orang lain dah berpuluh² kali cash out duit tu, saya masih tak cukup lagi. nampak tak yang saya ni seorang yang malas?





kalau ikutkan, blogger Ben Ashaari yang pemes tu pun start blogging tahun yang sama dengan saya. kalau tak silap lah.. kalau saya silap tu sorry lah ye. kihkih. tapi dia dah banyak kali kot cash out kan hasil Nuffnang tu. hakhak. jangan marah ye abam ben. kalau saya silap harap diampunkan. hiiii.. :p





okey, perenggan atas ni macam tetibe. :p


******************


Kempen CPUV (Cost-per-unique-visit)
These are earnings from banner ad campaigns according to the number of unique visits the advertiser bought from your blog at the end of the campaign period.

Tips untuk Kempen CPUV
Pihak pengiklan yang memilih blog untuk kempen CPUV berdasarkan beberapa kriteria seperti sasaran audiens blog, genre blog dan pengaruh kuat. Misalnya, syarikat kosmetik akan cenderung memilih untuk mengiklan di blog yang kandungannya lebih kepada fesyen dan kecantikan dengan pembaca wanita.


Blogger dengan status Glitterati juga akan diberi keutamaan dalam pemilihan.


Pastikan iklan-iklan anda diletakkan secara optimum, mengemaskinikan profil blogger dan survei akan meningkatkan peluang pihak pengiklan memberi perhatian kepada blog anda lalu meningkatkan peluang blog anda dipilih untuk Kempen CPUV.


******************


bila lah saya punya duit Nuffnang nak bertambah ni ek? uols la ni, taknak klik. sedih tau. lepas singgah, klik lah dekat Nuffnang tu. hahaha.. paksa² lah pulak kannnnnnnnn.. yelah, ingatkan kalau dah banyak baru berangan nak renovate rumah. ni dapat pat hengget je nak renovate pe kejadahnya? renovate dalam mimpi je lah.. koh koh koh..





kalau uols rajin, sila²lah klik ye. terima kasih. sayang uols. muah muah. lebiu.. :)





tata.

Saturday, May 3, 2014

sabtu

Assalamualaikum..




hai, bosan di hari Sabtu. Sabtu hari tanpa plastik. tak tau nak pegi jalan kat mana. bosan bosan bosan.. nak pegi jalan jauh² road tax kereta dah mampoih. blom renew lagi.






okey tu je nak bagitau. nampak tak kebosanannya?







kbai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...