terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Wednesday, October 21, 2015

EXAM ONLINE SPA PENOLONG AKAUNTAN GRED W27

Assalamualaikum..




hai. sape kat sini yang amek exam online Penolong Akauntan W27?? ada yang dapat jawab semua ke?? ke ramai yang tak keluar soalan kat website?? kite punya soalan tak keluarrr.. bahagian B dengan bahagian C tak jawab.. ni tengah tension la ni. huwaaaaa.. *nangis laju laju





masa bahagian A syok je dapat jawab dengan laju. eh, betul ke salah tu tak tau la pulak kan. tapi dapatlah lepas semua soalan. cuma ada 1 soalan tak keluar pernyataan.. yang tu pun main jawab je. main pejam² mata pastu pilih. :p



dah lega dah jawab bahagian A. pastu nak tunggu Bahagian B keluar, berzamaaaaaaannnnnnnnnnnnnnnn.. keluar blank je. jenuh dah tunggu. dari start masa untuk bahagian B sampai lah masa dah tamat, gitu je lah ghope dieeerr.. haihh.. kalau dah bahagian B tak boleh, dah tentu² bahagian C pun tak boleh jugak. masa tu dah pasrah gila dah. ingatkan kite sorang je yang kena camni. nasib baik ramai lagi yang kena. maknanya memang problem kat server SPA la tu. hew hew..
 

nasib baik lepas ni boleh amek exam semula. tapi, buang masa je lah jawab bahagian A tadi. hmm.. harap sangat lepas ni tak jadi camni lagi.. kalau tak, memang dah malas nak amek exam online lagi. penat menunggu dan buang masa je.. haihh.. papepun wish me luck untuk exam nanti ye.. terima kasih.. :)


 

sekarang musim jerebu. jangan lupa pakai facemask tauuuu.. take care!! :)


No comments: