terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Showing posts with label exam. Show all posts
Showing posts with label exam. Show all posts

Friday, October 30, 2015

RESEAT EXAM ONLINE SPA PENOLONG AKAUNTAN GRED W27

Assalamualaikum..




Hai. sape yang reseat semula exam online SPA untuk Penolong Akauntan Gred W27 semalam?? boleh jawab ke?? iols tak dapat nak jawab semua sangat la. aduii.. bahagian A je dah jawab main hentam. sebabnya nak kejar masa jawab 200 soalan. alahai.. memang masa cukup tapi tu la jawab kelam kabut.. orang kate kalau nak lulus jawapan kena jawab sama je kalau jumpa soalan yang lebih kurang sama. maksudnya soalan berulang. tak boleh nak tipu.. hmm.. memang pasrah je lah dengan jawapan tu. sebab memang tak ingat pun jawab ape. sebab tu main hentam je..


lepas jawab bahagian A, terus siap² solat maghrib.. lepas solat maghrib terus standby untuk jawab bahagian B pulak.. memang tak bukak pun telekong tu. jawab sambil pakai telekung. kalau korang tengok mesti terkejut tetibe ada lembaga putih duduk depan laptop. :p dah alang² kan, lepas jawab terus solat isyak. huhu.. bahagian B susahhhhhhhhh.. uwaaa.. #nangislajulaju ada yang tak dapat jawab sebab memang tak tau. hmm.. sedih iols.. bahagian B ni soalan dia ada yang sama masa exam yang mula² tu (bahagian A). tapi tak semua. siap ada ubah soalan pasal Bajet 2016. aduiii.. da lah tak baca langsung pasal Bajet 2016 tu. hahahahaha.. pastu pasal GST.. memang banyak lah yang tak tau. haihhh.. :(





lepas siap jawab bahagian B, terus solat isyak. pastu standby terus depan laptop. masa dah nak start tu tetibe connection takde plakkkkk.. stress mak jemah. lepas refresh baru boleh. nasib baik. tu pun dah rugi 2 minitttt.. benci ah camtu.


bahagian C memang kena perah otak jawab calculation. otak dah berkarat dah nak buat kira² pasal math. alahai. laaaaagiiii stress. dah la tak dapat jawab semua sebab ada skip soalan konon nak jawab nanti². mane tak nye, tak dapat jawapan. memang rasa macam nak nangis je lah. bila dah last minit baru terhegeh² nak mengira. memang takkkkkkk lahhh kannn.. tak sempat oi.. terpaksalah pejam² mata main jawab je. T_T





memang mencabar jugaklah soalan² exam ni. padahal benda basic je kot. orang tak baca buku memang tak dapat jawab lah kan. haa memang tujukan kat diri sendiri. haihh.. takpelah. lagipun ini first time kena jawab exam online untuk jawatan ni. sekurang²nya dah usaha jawab sendiri.. sekarang ni berserah je la kat ALLAH.. harap²lah lulus. insyaallah.. aamiinnn.. uols doakan iolss ekk.. terima kasih..





okey tu je nak cite. jumpe lagi next entry. tata..

Wednesday, October 21, 2015

EXAM ONLINE SPA PENOLONG AKAUNTAN GRED W27

Assalamualaikum..




hai. sape kat sini yang amek exam online Penolong Akauntan W27?? ada yang dapat jawab semua ke?? ke ramai yang tak keluar soalan kat website?? kite punya soalan tak keluarrr.. bahagian B dengan bahagian C tak jawab.. ni tengah tension la ni. huwaaaaa.. *nangis laju laju





masa bahagian A syok je dapat jawab dengan laju. eh, betul ke salah tu tak tau la pulak kan. tapi dapatlah lepas semua soalan. cuma ada 1 soalan tak keluar pernyataan.. yang tu pun main jawab je. main pejam² mata pastu pilih. :p



dah lega dah jawab bahagian A. pastu nak tunggu Bahagian B keluar, berzamaaaaaaannnnnnnnnnnnnnnn.. keluar blank je. jenuh dah tunggu. dari start masa untuk bahagian B sampai lah masa dah tamat, gitu je lah ghope dieeerr.. haihh.. kalau dah bahagian B tak boleh, dah tentu² bahagian C pun tak boleh jugak. masa tu dah pasrah gila dah. ingatkan kite sorang je yang kena camni. nasib baik ramai lagi yang kena. maknanya memang problem kat server SPA la tu. hew hew..
 

nasib baik lepas ni boleh amek exam semula. tapi, buang masa je lah jawab bahagian A tadi. hmm.. harap sangat lepas ni tak jadi camni lagi.. kalau tak, memang dah malas nak amek exam online lagi. penat menunggu dan buang masa je.. haihh.. papepun wish me luck untuk exam nanti ye.. terima kasih.. :)


 

sekarang musim jerebu. jangan lupa pakai facemask tauuuu.. take care!! :)


Friday, June 7, 2013

haaaarapannnnnnnnn.. harapan menjadi laaaaaaaaayuuuuu.. T_T

Assalamualaikum..




Jumaat sudahhhhh.. ingatkan hari ni hari Sabtu. sebab jalan lengang habisss.. hew hew. seronok pulak drive pagi tadi. ramai yang cuti kot?? cuti sekali ngan anak². kan?? pandai tak saya teka?? kehkehkeh..dah memang time cuti sekolah, mak bapaknye pun nak ikut cuti jugak.. tu biasa.. :)





selesai sudah saya punya dua perkara yang saya bagitau aritu. lega. memang sangat² lega. rasa macam baru lepas berak. eh ni nape mesti kena kaitkan dengan berak?? LOL!! *tetibe* em, pasal exam tu saya tawakkal je. tapi macam tak lulus sebab rasa macam banyak salah. HAHAHAHAHAHAHA.. nak buat camne?? dah nama pun exam. bukan kite boleh expect soalan ape yang keluar. ye dak?? doa² je lah lulus. tu je lah yang mampu.. berserah. :)





pasal interview tu saya memang yakin sangat² tak dapat. huhu.. orang yang interview tu macam kerek je. tau tak maksud kerek tu camne?? rasa menyampah pulak bila ingat balik muka orang tu. (--") siap cakap saya tak buat persediaan. hakikatnye, saya tak cukup tidur sebab nak baca macam². banyak jugaklah saya baca. tapi, semua takde kena tanya pun. *stress* tapi, saya tak dapat nak betah balik ape yang dia cakap tu.





saya kena soal pasal 1Malaysia. saya dah jawab dah. tapi maybe saya jawab sikit je kot. dia nak suruh saya berceramah kat depan dia agaknye baru dia puas hati. pastu dia cakap, "tu je??" saya jawab je lah, "tu je lah yang saya tahu" boleh pulak dia cakap "takkanlah tu je?? awak ni, INTAN kan tempat berceramah.. malulah orang INTAN kalau dapat tau." dalam hati saya memang membara jugaklah. saya ni buat claim penceramah je, bukan bagi ceramah. duduk kewangan pun buat kerja senyap, tekan² kalkulator. bukannye bagi ceramah pastu bebel² depan pc & kalkulator. nak je cakap camtu depan dia tapi nanti dia kata saya rude pulak. (--") ke nak saya nyanyi lagu Sayang sambil buat gaya macam Bobo?? LOL!!





pastu dia tanya pasal kerja pulak. bila saya jawab saya cuma buat claim untuk penceramah n claim bil telefon, dia boleh cakap "tu je?? sikitnya kerja awak?? rileksnya awak kat sana.." amboi kemain dia cakap camtu kan?? dia tak tau ke penceramah ni ramai?? ai, kate tau INTAN tempat orang bagi ceramah.. takkanlah tak tau berapa banyak orang yang bagi ceramah?? 1 hari pun boleh sampai 20 claim. belum masuk yang kena kuiri, tak cukup itu, tak cukup ini, dah kene call orang mintak ape yang tak cukup. orang yang tak buat kerja tu senang je cakap "rileks". pehhhhhhhhhhhhhh.. meh datang sini tolong saya buat claim. boleh?? :)





pasni malaslah nak interview kat Putrajaya. dah lah datang jauh². pastu interviewer layan camtu pulak. waste my time. baik tak payah datang lagi bagus. kalau taknak bagi saya kerja tu, cakap je lah taknak bagi. boleh pulak cakap saya tak buat persediaan. tak patut betul. cakap dengan nada yang annoying pulak tu. dengan orang lelaki boleh pulak bergelak² kat dalam bilik tu sampai luar boleh dengar.. dengan perempuan takde pulak. ergghhh!!





maghah ni maghah..





sorry. saya bukan nak buruk²kan interviewer. tapi kalau dah camtulah cara orang interview, memang tak patutlah kan. kita sama² manusia. faham tak maksud saya?? (--")





haihhh.. keluar dari bilik interview terus spoil mood. sampai sekarang masih tak puas hati dengan interview semalam. rasa macam nak interview balik je. tapi taknak dengan orang yang sama. nak orang lain. tapi, dah tak boleh. T_T











...











..









.










sebelum masuk bilik temuduga semalam, borak²lah ngan akak² yang datang interview jugak. dorang ni kerja swasta. tak pernah masuk bangunan kerajaan. so, semalam first time dorang masuk. nak² pulak masuk JPM kan, yang kena siap amek² gambar kat security tu. akak tu complainlah, staff kat security tu takde budibahasa. alkisahnya camni, kalau nak masuk JPM, kena tinggalkan i/c ngan lesen. pastu kena amek gambar pulak. akak tu tak faham ape yang staff security tu cakap. then akak tu buatlah muka tak faham. pastu tetibe kena marah. staff security tu suruh berdiri belakang garisan kuning. akak tu pun ikut je lah ape orang tu suruh.. dengan muka tak puas hati, akak tu cakap kat saya, "camni ke orang yang kerja kerajaan??" pehhhhhhh.. sentap jugaklah rasa kat hati saya ni haaaa.. tapi nak buat camne kan?? kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..





tata.

Wednesday, June 6, 2012

adegan tembak menembak di dalam dewan peperiksaan

sangat dasyat adegan tembak menembak dalam dewan peperiksaan tadi..ye!!memang sangat dasyat. T_T




oh!!ni bukan adegan tembak menmbak guna pistol dan sewaktu dengannya tu tapi adegan untuk jawab exam..untuk Pembantu Tadbir yang buat kerja² kewangan kena amek exam BITK ni ha..kalau lulus,dapatlah tambah duit RM40 henggetttt tuuuuuu..





tapi aku dapat rasa yang aku kena amek lagi sekali tahun depan sebab aku jawab main belasah je hahahahahahhahahaha..soalan berkenaan kerja tapi tak dapat jawab jugak. aiyoooo..itu menunjukkan even aku kerja 3tahun tapi aku belum expert lagi..eh??macam kenal je ayat ni. :p




takpelah,kalau tak lulus tu memang bukan rezeki akulah kan..it's okey..sebab aku pun memang tak study..hihihi..




dah lepas exam,kena balik opis jugak sebab ade audit..kenalah standby ape² yang patut..nanti kalo tak balik opis kang,bos kate aku ni tak bertanggungjawab puleeekkkkk..




eh,best ape dok kat opis ni ha..boleh online,tengok movie,main fb,semua boleh!!kannnnnn??HAHAHAHAHAHA..




dah lah,aku mengantuk,nak tidur satttt..tata~




#notakecik : sakit kepala @_@

Tuesday, June 5, 2012

beg bau cat

oh demm beg aku bau cat..tadi pagi takde kuat sangat bau cat tu tapi ni nak dekat balik boleh plak makin kuat..erghhh..pening kepala.




beg simpan dalam laci,memang takde bau pun kalau simpan dalam laci kan.tapi bila bukak laci ya ampuuuuuuuuuuuunnnn rasa macam nak pitam pun ade..aiyoo.. T_T




esok aku taknak bawak beg ni lah.tak pasal pasal pengsan pulak mase exam esok..eh,esok aku ade exam BITK tau!!kene study..okey okey aku nak study..




study lah sangggggggggggattt!! *tangan didada mata ke atas*




bai.




#notakecik : nak study ape ni?? (--")

Sunday, August 8, 2010

objektif ke subjektif??fenin..fenin..haaihh... =_=""

aku konpius la..
cuak pun ade gak nih..
exam untuk selasa nanti tu..
ojektif ke subjektif??
uwaaaa....
someone..
please help me....

aku rasa aku dengar
abang opis aku cakap subjektif..
kene isi2 tempat kosong..
pastu akak opis aku cakap objektif plak..
adeehhh...
mane satu ye??

aaahhhh..
lantak lah..
objektif ke..
subjektif ke..
still kene amek exam jugak..

uwaaa...
aku tak ready pape lagi ni..
poyo je kate nak pegi membizikan diri malam tadi..
padahal..
baru bukak 2 page dah tido..
sedar2 dah pagi!!!!
memang giler betol la aku ni..
memang otak dah tepu
nak baca mende2 tu semua..

hohoho..
pe nak jadi ngan aku ni..
malas giler nak baca..
tak payah baca la..
aku memang takde mood pun nak bukak buku..
issyhhh..
mane boleh tak baca la..
adeeehhh..
takpe2..
aku akan cuba semampu aku..

errr...
sekali lagi 
khas ditujukan kepada encik pemeriksa..
bagi saye lulus tau..
kali ni saye bagi hadiah best!!
saye belanje gula2 getah..
boleh buat senaman muka..
nanti bertambah ensem muka encik..
huhuhu..

okey..bye!!!
chaiyok chaiyok rossa!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...