terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Sunday, January 15, 2017

alkisah di kedai dobi

Assalamualaikum..





hai. selamat hari Ahad. hari ni i cuma duduk rumah je. sebab................... emm takde sebab. sebab takde plan nak pergi mana² pun. kuikui.. tapi tu pagi tadi lah. ingat macam nak membuta je kat rumah. tapi tetibe ade orang call ajak keluar. so plan pun bertukar. hihi..





sebenarnya nak cerita pasal kejadian semalam. masa kat kedai dobi. actually semua yang jadi tu pun punca dari i. sebab i memang tak tahu pun baju² yang ada dalam dua² washing machine tu adalah owner yang sama. sebab i nampak bakul di letak disetiap machine tu. so, i pun keluarkan je la baju² dari machine then masukkan dalam bakul yang ada tu. masalahnya, bakul tak muat. i pun tekan² baju tu sampai tak jatuh dari bakul. i dah letak elok² dah.





then turn i pulak masukkan baju² i dalam machine. masa i tengah masukkan baju² i tu, tetibe je owner tu [perempuan] datang sound, "letak elok² tak boleh ke??" dengan nada yang sangat annoying. ergghhh.. rasa macam nak bagi penampar pun ade jugak. untung² ktorang dah tolong keluarkan. sebab masa tu ramai yang nak mendobi. dia plak pergi merayap ntah mana. sampai² terus sergah macam tu. manelahhh kawan i ni tak naik angin?? adab pun takde. cakap elok² tak boleh ke??




suami dia cakap dia letak bakul kat tengah² machine. i nampak dengan mata i sendiri. kawan i pun ada sekali masa tu. mana ada letak tengah². tapi tak tahulah kalau ada yang tolong alihkan, kan?? tapi, perlu ke nak sergah orang sampai camtu?? boleh kan cakap elok².. bukan ktorang letak atas lantai pun.. haihh..





okey, nak dijadikan cerita, berlaku perang mulut dalam kedai dobi tu. fuhh fuhh.. i serammm hokehhhhh.. first time i nampak kawan i naik hantu. [tutup mata] mana tak nya, perempuan tu yang biadab. cakap terima kasih pun takde. sampai i sendiri pun tak tahu nak leraikan camne. dorang laki bini yang bersuara, i cuma terkedu, then kawan i yang protect i. hew hew..





tetibe teringat, masa i tengah busy masukkan baju² dalam machine, i terdengar sikit la dorang bertekak, kawan i tanya kat lelaki tu, "perempuan ni siapa?? isteri ke??" lelaki tu cakap, "a ah, isteri, kalau bukan kenapa?? nak pukul?? nak belasah??" kawan i terus sound, "kalau isteri tolong ajar sikit adab." terdiam terus lelaki tu. kalau i yang kena camtu, memang malu lahhh.. huuu..




yang banyak mulut masa tu pun perempuan tu. memang kurang ajar betul. masa i halang kawan i tu, i ada cakap kat dorang, "dah dahh.. ni bukan salah dia, salah saya, okey?? saya tak tahu dua² tu korang punya sebab bakul betul² depan machine. kalau main masuk je nanti tetibe orang lain punya, dah jadi satu hal lain." then perempuan tu menjawab, "haa, awak la yang kena ajar dia ni." uihhh.. dia cakap depan i, memang rasa nak bagi penampar je. nasib baik saya tahan. kalau tak, mesti dah jadi adegan tarik² rambut.




perempuan tu lagi menjawab menjawab menjawab, kawan i lagi lah tinggikan suara. sampai keluar kata² yang tak sedap didengar kat perempuan tu. terus terdiam perempuan tu. dah malu letteww.. sebab ramai orang. lepas machine dah start tu i ajak kawan i masuk dalam kereta. memang betul² marah. i cuma diam je. taknak simbah minyak. biarkan sampai dia cool down.




memang teruk jugak lah semalam. nasib baik ada orang lain yang tolong leraikan. then ade sorg abang kat kedai dobi tu pun cakap ngan kawan i, "biarkan je lah perempuan tu. orang takde adab memang camtu." tapi cakap slow je lah. memang ramai saksi masa tu. tetibe je dorg datang terjah terus sound² camtu. memang takde adab. 




pastu masa dalam kereta, i bagitau kat kawan i, semua tu salah i sebab i yang tak tahu dua² tu dorang punya. tapi kawan i cakap, tu lain cerita, yang dia jadi marah tu sebab perempuan tu takde adab. mulut kurang ajar. lelaki tu pun diam je. maybe dia pun takut bini. i cuma berhuhuhuhu je lah mendengar bebelan dari dia.




lepas dia dah cool down, dia dah okey dah. masa dah siap basuh baju tu, kawan i masuk sorg² sebab i nak charge fon dalam kereta. and dorang masih ada lagi dalam kedai dobi tu. pastu kawan i buat tak tahu je. sebab dorang pun buat tak tahu jugak. kawan i cakap, kalau dorang pandang masa dia masuk, kompem jadi gaduh balik. hew hew..




tu lah, disebabkan orang takde adab camtu, memang kena ajar sikit lah kan.. kena pulak ngan orang macam kawan i. actually dia bukanlah seorang yang panas baran. cuma dia tak boleh kalau ada orang yang cabar dia. nasib baik tak kena penampar je tu. lain kali cakap tu elok² lah sikit. ni cakap macam cakap ngan adik beradik sendiri. kat rumah tu cakap ngan suami pun camtu jugak ke?? adab pun ntah ke mana. teruknya perangai. dari situ dah nampak dah perangai sendiri. mesti suami dia pun malas nak layan dia. mulut kurang ajar. terima kasih pun takde. kalau tahu kena sound camtu, i tabur je baju² dia kat atas lantai. pffttt!!




okeylah. i nak lipat baju. tak boleh taip panjang². nanti meleret jadi lain pulak. tak tahulah uols faham atau tak jalan cerita ni. kuikui.. just untuk peringatan bersama, JAGALAH ADAB.  jumpa lagi.




XOXO

No comments: