terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Showing posts with label gaji minimum penjawat awam. Show all posts
Showing posts with label gaji minimum penjawat awam. Show all posts

Friday, June 24, 2011

dah penat mengeluh+merungut..

actually aku bukanlah nak merungut ke ape..tapi......memang macam merungut pun ade gak..hahahaha..pe aku nak cakap ni weiiii??

okey,sebenarnye,dah lame aku terpikirkan mende ni..cuma tadi aku dah terluahkan kat aku punya status FB..so,tak pe kot aku reveal kat sini pulak..hahahaha..

sepanjang pemerhatian aku,kat sektor kerajaan ni,kebanyakan pekerjanya memang asal dari tempat yang jauh²..asal dari tempat lain,tapi tempat kerja kena campak ke tempat lain..yang jenis tak kisah dan suka merantau tu takpe gak..kalau jenis yang macam aku ni??haisshhhh..NO WAY!!hahahahaha..

aku bukan ape..dari sekolah menengah kot,aku tinggal kat asrama..pastu,kat UiTM pun kena campak kat Segamat..kompem² lah aku kena tinggal kat hostel!hubungan aku dengan family pun tak rapat..lepas aku dah habis belajar,baru la aku ade mase dengan family..kalau tak,hareemmmmmmmmmm..

sekarang,aku kerja kat KL,ulang alik dari Meru,Klang tiap² hari..jauh woooo..membazir duit dan tenaga!!!wuwuwu..ramai yang tanya aku "kenapa tak duduk kuarters keee..or rumah sewa dekat² sini...??" nak aje aku tampa laju laju sape yang tanye soalan camtu..

dalam hati aku memang maki habis la kalau ade yang tanye soalan camtu..aku memang menyampahhhh!!ape kau ingat aku ni nak sangat ke jauh² ngan family akuuuuu??cukuplah mase aku dah dihabiskan dengan duduk kat luar nuuuunnn jauh dengan family mase study dulu..haihh!! ~_~"

ehh..ehh..aku taknak cerita pasal diri aku laaaaaa!!grrr..

oke..oke..sambung citer..aku terpikir la..tak tau la ape yang aku pikirkan ni satu pendapat yang bodoh ke hapeeee..aku cuma bagi pendapat jeeee..kihkihkih..

kenapa government taknak buat rombakan pekerja??maksud aku,bagi pekerja yang tinggal jauh² macam aku ni,kerja dekat tempat yang dekat sikit dengan rumah..

aku tengok,ade je yang tinggal kat area KL,tapi kerja kat Shah Alam/Klang..yang tinggal kat Shah Alam/Klang kene kerja kat KL pulak..pe jadahnyeeee??apesal tak buat rombakan jeee??

bukan ke kalau buat camtu dapat jimatkan kos perjalanan??pastu,dapat kurangkan kemalangan jalan raya??selain tu,boleh kurangkan kesesakan lalulintas??so,nanti takde lah yang merungut tak cukup gaji..takde lah yang merungut mengantuk mase dalam perjalanannn..takdelah yang merungut datang kerja lambattttttttttt..macam aku ni..hahahahaha..

gaji aku ngam² je nak buat pergi kerja ngan bayar hutang..nak beli barang² untuk diri sendiri langsung hampehhhhhhhhh..baju nak pergi kerja pun,pakai baju buruk je..tu pun nasib baiklah mase study dulu rajin jugak beli baju kurung..ni pun dah lusuh dahhhh.. T_T

alahaaaaaiiii..orang lain kerja dapat gaji senyum sampai telinga,aku ni dapat gaji cuma buat bayar hutang..wuwuwu..camne nak ade simpanan kalau tiap² kali gaji je habisssssssss?? T_T

kan best kalau ade elaun TOL ngan MINYAK untuk pekerja yang tinggal jauh² macam aku ni..ni takdeeee..harapkan elaun bantuan sara hidup??alahaaaaaaaiiii..memang xcukup laaaa.. T_T

ishhh aku bukan taknak jadi manusia yang tak bersyukur..tapi,ape salahnye kalau pekerja macam aku ni tak dibebani masalah macam yang aku tengah alami sekarangggg??

kadang² aku menangis sendiri bila pikirkan pasal ni..aku teringin jugak nak belikan mak abah aku macam²,tapi selalu tak kesampaian..bila la hajat aku nak tercapaaaaiii??? *nanges T_T

aku pun dah penat mengeluh pasal ni..aku dah bagi surat mintak tukar,tapi takde jawapan pape lagi..kedekut sangat nak bagi tukar.. T_T

dah lah!!aku malas nak sakitkan kepala aku nak pikir pasal ni..susah nak cakap ngan orang yang pentingkan diri sendiri..nak suruh jadi pekerja yang berdedikasi,tapi,kebajikan pekerja tak nak jaga.. *jangan ade yang saman aku sudahhhhhhh..

aku dah ngantuk,selamat malam..tata~

-end-

# notakecik : ni pendapat dan luahan dari aku,takde niat nak aibkan or sakitkan hati mana² pihak..sesungguhnya yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t, dan yang buruk tu dari diri aku sendiri.. T_T

Wednesday, February 9, 2011

CUEPACS MAHU KERAJAAN WUJUDKAN GAJI MINIMUM BAGI PENJAWAT AWAM

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Cuepacs Isnin meminta kerajaan menetapkan gaji minimum bagi penjawat awam supaya mereka dapat menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata pada masa ini, gaji yang diterima penjawat awam terutamanya kumpulan sokongan, masih lagi berada di bawah garis kemiskinan RM720 sebulan.

"Contohnya bagi Gred 1 hingga Gred 16 dalam Kumpulan Sokongan II, permulaan gaji RM647, bawah paras gaji kemiskinan. Sekarang paling tidak mesti RM850 atau RM920, dan ini tak termasuk elaun, hanya gaji pokok.

"Kakitangan kerajaan sekarang ni, kalau ikut betul-betul gaji, memang belum sampai gaji minimum. Tapi disebabkan tambah elaun, maka sampai (paras gaji minimum)," katanya kepada pemberita selepas Bengkel Pemantapan Disiplin dan Integriti Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia di sini, Isnin.

Beliau berkata gaji yang rendah boleh mengakibatkan produktiviti pekerja terjejas terutamanya apabila mereka melakukan pekerjaan sambilan.

Justeru, Omar berkata kerajaan perlu menyemak semula gaji minimum bagi penjawat awam dan menyelaraskannya dengan sektor swasta untuk mengelakkan perkara melibatkan disiplin pekerja itu berlarutan.

Kali terakhir kerajaan membuat semakan gaji ialah pada Mei 2007.

Omar juga berharap Makmal Gaji Minimum yang akan berlangsung esok dapat mencari rumusan terbaik masalah gaji yang rendah di kalangan penjawat awam.

Makmal tiga hari itu yang akan berlangsung pada 8, 11 dan 14 Feb di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dijangka dapat mencapai kata sepakat berhubung cadangan penetapan gaji minimum sebanyak RM900 sebulan.

Mengenai isu Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang akan dimansuhkan Jun depan, Omar berkata bahagian kompetensi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini sedang mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi mencari bentuk penilaian baru yang sesuai berbanding konsep peperiksaan dalam PTK.

-- BERNAMA 

p/s : hasil penculikan dari SINI

 *******

aku setuju je kalau gaji minimum naik jadi RM900..sebab aku selalu mintak mak abah aku duit bila dah sesak2..sepatutnye aku yang bagi dia orang duit..ni dah terbalik pulak..haihh..tapi,jangan lah untuk gred 1 - 16 je..mane aci..huhuhu.. :(

semua penjawat awam memang senang je nak buat loan..tapi bila dah lulus loan,kene bayar plak..bila dah bayar,tolak itu ini,dah tinggal sikit..waduh2..boleh bikin serabut...huhuhu..

nak diikutkan,ramai jugak penjawat awam yang senasib dengan aku..maksudnye yang tinggal jauh daripada tempat kerja..alahaaai...dah la nak mintak tukar susah..pindah rumah??kirim salam la..aku rasa kalau duduk kampung tu lagi aman kot kalau nak banding duduk bandar..sekurang2nye aku dekat ngan family..boleh tengok hari2..kalau duduk bandar nak tengok ape??asyik2 tengok batu..kanan batu,kiri batu,depan batu,belakang batu..kalau duduk kampung,banyak jugak pokok..heee...tambah2 pulak,cost living kat bandar lagi mahal kot??ohhh tidakkk!!!

haisyh..disebabkan aku pilih untuk tinggal dengan family dan berulang-alik dari KLANG-KL,aku terpaksa lalu tol..walawehhh..belum minyak lagi..sebab tu belum akhir bulan,dah habis duit gaji aku..uwaaaa...

tol = RM5.40 (sehari) x hari bekerja.. [seb bek la gomen ni banyak cuti]
minyak = RM50.00 x 5 hari.. [tu baru kira untuk 5hari je..belum sabtu ahad..round sane,round sini..huhuhu..]

alasan ke semua ni??ohh!!bukan!!nape tak naik motor??hahahaha..malas nak cerita lagi..baca je la kat SINI

aku memang harap gaji naik..sebab barang2 semua dah naik harga..kalau semua nak naik so,gaji pun kene lah naik jugak kan??hmm..so,ape kate kau orang pulak??heee..

janganlah disebabkan pasal gaji naik ke,tak naik ke,masing2 nak gaduh2 ye..tak syok ar camni..hihihi..

okey,tak tau nak bebel ape lagi..tata..


-end-


*notakecik : aku rasa kain aku dah sendat..ohh!!adakah itu tandanya aku sudah gumukkkss??hahaha.. :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...