terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Tuesday, July 26, 2011

bersangka baik.. ^_^

apa sebab kita putus asa??padahal matahari masih tetap terbit di timur!!

mengapa kita mengeluh,mengapa mata hati kita lemah??padahal bumi masih mengeluarkan tanaman!!

hidupkan cita² dan jangan putus asa!!

baikkan sangka,besarkan cita²,gembirakan hati,hadapi alam,itulah kelaziman laki² di medan perjuangan.

alam ini diserahkan ke tangan kita,asalkan jangan kita hasad,dengki,haloba,tamak,khianat dan berdendam.

kalau bukan persangkaan yang baik,dan bukan pula manusia menyerah kepada aturan yang direntangkan itu,rosaklah bumi dan binasalah peraturan hidup.

baik sangka kepada manusia,kepada tuhan,menghilangkan kesumat.

kerana baik sangka,kita beroleh tenteram dalm hidup,dan hilangkan zalim manusia.

dia kekal,kerana baik sangka,banyak yang selesai dan tidak ada rancangan yang terbengkalai!!

hidup pun damai,orang yang sengsara tertolong,terpujuk tangis orang yang kecewa,terbimbing tangan orang yang jatuh.

itulah sifat yang menjadi kepala daripada segala sifat baik dalam diri Bani Adam.

maka barangsiapa yang hendak sederhana tawakkallah kepada Tuhan,hidupkan cita² dalam diri dan baikkan sangka kepada sesama manusia.

(Hal 167)

(Hamka, H. Abd Malik K.A 1999, Falsafah Hidup, Singapura, Pustaka Nasional Pte. Ltd.)


***********


fikir²kan dan selamat bersangka baik.. ^_^


#notakecik : dah habis waktu rehat baru terasa lapaaaaaaarrrrrrrrrrrr.. T_T
 

4 comments:

cik tikah said...

think +ve adalah perkara baik. hehe...

Encik Psychopath said...

always positive :)

azila said...

dengan bersangka baik hidup kt akan lebih tenang dan aman..
p/s:tang rasa lapar lps abis time lunch hour tuuuuu...mmg mencabar,sbb xtau nak g godek makanan katner:)

Hannah said...

good article indeed.


p/s; isi hati seseorang mungkin juga boleh diterjemahkan melalui air mukanya.. Kalau selalu baik sangka, air muka pun nampak tenang...

Sekadar pendapat. ;)