terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Thursday, September 12, 2013

sekali sekala

Assalamualaikum..





sebelum saya mula, saya nak minta maaf awal² andaikata ada yang terasa dengan entry ni. ini sekadar luahan hati saya yang kecil, luahan dari diri saya yang hina ini. mungkin bukan saya sorang yang rasa. dan saya tau ada jugak yang rasa macam apa yang saya rasa.





pernah tak korang buat pape, punyalah bertungkus-lumus buat sampai berlecak ketiak tapi takde pun yang nampak ape yang korang buat tu. kawan² sekeliling memang nampak tapi "orang lain"?? hope korang faham apa maksud "orang lain" tu. "orang lain" tu suruh buat macam², means mengharapkan kita sentiasa. kalau kita takde, dia susah. bila kita dah buat semua tapi tiada penghargaan ape pun. agak² korang terkilan tak??





"orang lain" tu cuma nampak kita sekecil zarah. macam kita ni hina sangat. macam kita ni tak wujud. pandang pun taknak. tapi bila sesuatu terjadi, "orang lain" tu akan mencari kita. nak ikutkan kejam, memang langsung taknak buat, memang langsung taknak tolong ape yang "orang lain" tu mintak. tapi diri ini bukanlah sekejam itu. takpelah, anggap je lah ia pertolongan. kita tolong, kita yang untung. kita dapat pahala. penghargaan?? hmm.. takde. takpelah. penghargaan dari manusia takde, tapi penghargaan dari ALLAH mungkin ada. InsyaALLAH.





bila kita buat sesuatu, dia anggap kita tak buat apa². yang selonggok tu pun dia tak nampak. yang dia nampak cuma sampah. yang dia nampak semua salah. habis tu yang bertungkus-lumus selama ni SIAPA?? nak bersuara, tapi rasa diri kita tak layak bersuara. yelah. kita ni cuma kuman. mungkin bila tiba masa kita dah takde, baru "orang lain" tu rasa kewujudan kita. takpe, SABAR.





ucap TERIMA KASIH tak susah kan?? belanja makan ke.. pun tak salah kan?? sekali sekala. bukan selalu. memang tak mengharap. tapi, apa salahnya?? SEKALI SEKALA. tak rugi pun.




takpelah. ALLAH ada. ALLAH faham situasi kita. hope kita akan terus bersabar.




-nukilan petang-

No comments: