Assalamualaikum..
disebabkan hari ni hari Ahad, makanya saya nak update blog. ada kena mengena ke?? kikiki.. okey, memang takde kena mengena. update sebab dah tak tahu nak buat apa. nak pergi wedding kawan pun kejap lagilah pergi. InsyaAALAH..
sebenarnya dah lama nak buat entry pasal ni tapi asyik tak terbuat je sebab gambar semua kat pc rumah. nak transfer² kat pendrive pun malas. hahahaha.. semualah malas. bila ntah nak rajin. :p
disebabkan ruang dalam bilik warna biru tu macam kosong je n takde tempat nak menyimpan barang, so kami decide nak letak rak dalam bilik ni. ecewah macam banyak je barangnya. hihi. sekurang-kurangnya kalau ada rak ni nampaklah kemas sikit. takdelah bersepah je barang² tu semua. takkan semua nak sumbat dalam laci?? nak cari lagi payah.
jadinya, kami pergilah ke IKEA sebab nak cari rak. dah situ je yang murah. kan?? hikhik.. murah n berkualiti. yeke berkualiti?? saya pun tak tahu. kekekeke.. ingatkan nak beli rak yang warna coklat tu. alah yang ada corak kayu tu..
tapi nampak macam biasa sangat then kami pun jalan jalan jalan lagi sampailah kami nampak rak yang macamni. harga pun lagi murah.
nasib baik ada so terus decide ambik yang camni. yang ni brand BESEBO. tapi rasanya dah tak jual sebab saya search balik kat website IKEA dah takde dah. patutlah masa kami beli tu dorang letak harga murah. memang rezeki kamilah kot.
barang² tu saya main letak je. nak beli box tak beli² lagi. nantilah ada masa pergi IKEA lagi, kami nak beli box pulak sebab rak ni terbuka sangat. :p
bakul ni saya beli kat AEON je. konon² nak letak majalah kat ruang tamu. tapi bila dah letak kat ruang tamu jadi perangkap habuk pulak. stress wei. hari² kemas pun still ada habuk. maybe sebab lubang bawah pintu tu besar sangat kot. nampak sangat suruh saya kemas rumah hari²(--") eh, abaikan barang² yang bersepah dalam bakul tu. HAHAHAHAHAHA..
disebabkan saya ni kadang² menjahit, so saya carik tempat untuk simpan semua barang² jahitan tu. nasib baik ada kat DAISO. jenuh jugak nak mencari bekas camtu. nasib baik jumpa. tu pun dah 3 DAISO saya pergi. rupanya ada kat Setia City Mall je. nasib baik dekat. berbaloilah jugak pergi SCM tu. :p
oh, barang² jahitan tu pun saya main letak je situ. saya cadang nak letak dalam box jugak. hm. tengoklah nanti camne. :)
bekas stationary tu saya beli kat DIY je. daripada letak pen bersepah², baik letak dalam bekas camni. senang nak cari pen. sebelum ni nak carik pen pun susah. sampai cari² dalam laci pun tak jumpa jugak. dah ada bekas ni senanglah sebab dah tau mana nak cari pen, gam, pisau, gunting semua. :)
saya suka main game puzzle. sebab tu sanggup beli. yang lama² punya mane ntah. dah banyak hilang kot. ni je yang selamat simpan sebab angkut sekali masa pindah sini. :p
cadangnya kami beli rak ni pun sebab nak simpan Al-Quran. sebelum ni saya simpan dalam wardrobe je. disebabkan baju semakin banyak, dah takde space nak simpan. that's why kami beli rak. dalam masa yang sama bilik ni pun jadi tempat untuk solat, lagi senanglah saya nak capai Al-Quran tu. :)
magazine box tu saya beli kat IKEA jugak. brand KASSET. em, saya tak sempat nak kemas. tengoklah tu ntah pape yang saya sumbat kat dalam tu. wakakaka.. -jangan tiru aksi ini- saya beli pun bersebab jugak tau. bukan saje² je nak beli. kan saya selalu pergi kursus, n setiap kali pergi kursus mesti dapat note. so, saya ingat nak sumbat note² saya dalam magazine box tapi saya tengok macam banyaklah pulak notes saya tu. alahai.
okey gambar yang ni takde motif. saja nak letak jugak. kikikiki.. baru perasan jam tu senget. :p
okey tu je yang saya nak share pasal storage. setakat ni lah. nanti kalau ada perubahan pape saya share. btw, terima kasih sebab baca blog saya. tata. :)
No comments:
Post a Comment