terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Tuesday, December 26, 2017

Makanan sihat untuk trimester pertama :)

Assalamualaikum..




hai.. kat sini nak share makanan sihat untuk ibu² hamil yang baru masuk trimester pertama. sharing is caring.. untuk panduan bersama juga.. :)

****


Pada fasa awal kehamilan, anda mungkin mendapati sukar untuk makan dengan baik kerana mabuk hamil. Berikut adalah beberapa idea makanan yang sihat untuk trimester pertama anda. 






Dalam trimester pertama anda (4 minggu hingga 13 minggu), anda memerlukan semua vitamin dari diet yang sihat dan pelbagai, terutamanya folat, beta karotena dan vitamin A yang amat penting untuk perkembangan bayi anda pada peringkat awal ini. 

Jika mabuk hamil membuatkan masa makan sukar ditangani, makanan-makanan di persembahan slaid ini adalah sumber baik dan lazat nutrien-nutrien tersebut.







Sup bayam, brokoli atau kacang pis

Sayur-sayuran hijau seperti bayam, brokoli, kacang pis dan kubis kerinting adalah kaya dengan folat. Bungkuskan sup sayur ke tempat kerja

Cuba guna herba dan rempah segar atau jus lemon untuk menambah perisa tanpa garam dan pilih kiub rebusan rendah garam. Jika anda membeli sup, pilih yang rendah garam. 

Asid folik tambahan yang anda ambil dan makanan yang kaya dengan folat yang anda makan membantu untuk mencegah kecacatan tiub neural seperti spina bifida dalam bayi anda.




Salad ubi bit

Untuk mendapatkan lebih folat dan zat besi, tambahkan parutan ubi bit mentah atau kepingan ubi bit yang dimasak kepada daun bayam kecil atau salad Rom. Tambahkan sedikit kuah salad, jika anda suka. 

Zat besi membantu anda untuk membuat sel-sel darah merah bagi bayi dalam kandungan.




Salad kacang

Satu snek mudah-alih yang kaya dengan folat, zat besi dan serat. Cuba sediakan salad ini dengan kacang pinto, kacang lima, kacang borlotti, kacang mata hitam dan kacang buncis, dan tambah jagung dan cili kembung untuk beta karotena dan untuk membezakan tekstur. Tambah kuah salad pilihan sendiri. 

Badan anda sendiri akan mengubahkan beta karotena kepada vitamin A. Vitamin A adalah penting untuk perkembangan organ-organ bayi anda dan juga sistem-sistem peredaran darah, pernafasan dan saraf. Ia juga membantu anda untuk melawan jangkitan.



Sayur-sayuran hijau dan kuah celup

Kukus asparagus atau brokoli dan celup dengan dadih, bawang putih dan herba, atau hummus. Ia satu snek yang kaya dengan folat dan juga mengandungi zat besi.




Salad nasi beras perang

Nasi beras perang penuh dengan folat, serat dan zat besi. Tambah lobak merah dan cili kembung untuk menambahkan beta karotena, dan tambah juga sedikit minyak zaitun atau kuah salad.

Atau tukar kepada beras perang bila tiba masa makan; ia lebih berkhasiat daripada beras putih.




Jenis-jenis tembikai

Cuba kepingan-kepingan tembikai susu, galia atau tembikai wangi untuk mendapatkan folat dan beta karotena. Basuh kulitnya, potong berkeping-keping dan simpan dalam peti sejuk.




Limau

Limau, jus limau tulen, oren Jepun (satsuma), limau tangerine atau clementine merupakan snek yang menyegarkan, dan mengandungi folat dan beta karotena.




Bran bijirin diperkaya

Bijirin bran diperkaya mengandungi asid folik dan zat besi, dan merupakan snek yang mudah disimpan di dalam almari. Makan dengan beberapa kepingan pisang untuk folat dan kemanisan semula jadi serta serat.




Roti bakar dengan ekstrak yis

Simpan sebuku roti mil penuh dalam penyejuk beku. Selepas membakar roti, sapukan sediki marjerin untuk vitamin A dan sedikit ekstrak yis untuk asid folik tambahan.




Keju pada roti bakar

Pada sekeping roti bakar mil penuh, tambahkan keju cheddar atau mozzarella yang dicairkan, atau cuba keju kotej atau krim. Produk tenusu adalah sumber baik vitamin A. 

Hati adalah dilarang untuk wanita hamil kerana ia mengandungi tahap retinol bentuk vitamin A yang terlalu tinggi. Mentega, keju, telur dan ikan berminyak mengandungi jumlah yang lebih rendah dan merupakan sebahagian penting diet anda.




Telur rebus keras

Telur mengandungi vitamin A dan folat, dan merupakan sumber baik zat besi. 

Rebus selama kira-kira tujuh atau lapan minit, biar sejuk dan simpan di dalam peti sejuk untuk tidak lebih daripada dua hingga tiga hari.



Telur dadar atau frittata

Masak telur sehingga ia benar-benar masak jika anda membuat frittata. Tambah bayam, asparagus, kubis daun atau brokoli yang dikukus dan dicincang. Sayur-sayuran ini kaya dengan folat.



Buah-buahan berwarna oren

Untuk makanan snek, pilih buah pic, aprikot dan betik yang telah masak, atau tambahkannya pada semangkuk bijirin, untuk beta karotenanya. Buah-buahan ini juga mengandungi folat. 

Potong and bungkus ke dalam bekas untuk mempermudahkan anda membawa buah-buahan ini ke tempat kerja.




Cili kembung dan lobak merah mentah

Cili kembung dan lobak merah penuh dengan beta karotena. Potongkan berbentuk cota dan simpan dalam bekas bertutup di dalam peti sejuk, sedia untuk dicelup ke dalam kuah-kuah seperti guacamole avokado, yang mengandungi folat. Atau tambah lobak merah parut dan hirisan nipis cili kembung pada sandwic hummus.




"Smoothie" buah-buahan

"Smoothie" atau susu kocak yang dibuat dengan mangga atau pic masak dan susu separa skim atau dadih rendah lemak tanpa gula adalah cara yang lazat dan mudah untuk mendapatkan beta karotena dan Vitamin A.




Sup labu, labu parang atau lobak merah

Sayur-sayuran berwarna oren adalah kaya dengan beta karotena. Masak sup keledek, labu parang (juga dikenali sebagai labu merah atau labu ambun), labu atau lobak merah. Tuang ke dalam termos, sedia untuk dibawa ke tempat kerja. Tambah kuaci (dari biji bunga matahari atau labu) untuk folat, zat besi dan asid lemak omega-3 yang lebih. 

Lemak omega-3 adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak dan mata bayi anda.




Kubis bunga dengan sos keju

Kubis bunga adalah sayur yang kaya dengan folat, dan keju menambah vitamin A kepada makanan snek yang lazat ini. Gunakan susu separa skim dan keju separuh lemak untuk sos, jika anda suka.

Atau tambah kubis bunga pada kari sayur-sayuran, nasi pilau dan sup sayur-sayuran.




Pencuci mulut enak

Kek lobak merah buatan sendiri mengandungi vitamin A daripada lobak, vitamin E daripada minyak dan kacang walnut, serta serat yang penting. Ia merupakan pencuci mulut yang lazat dan menyeronokkan.

Sumber : https://www.babycenter.com.my/l25009603/makanan-sihat-untuk-trimester-pertama-anda-foto


Pantang larang masyarakat Melayu semasa hamil :)

Assalamualaikum..




hai gaisss.. ni kite nak share pasal pantang-larang masyarakat Melayu semasa hamil untuk panduan bersama okeyy.. :)


****

Masyarakat Melayu memang kaya dengan pantang larang dalam segala hal, termasuk juga pantang larang yang melibatkan wanita hamil. Anda pasti biasa mendengar orang tua berkata sekiranya ibu yang sedang hamil mengidam sesuatu namun tidak mendapatnya, bayinya nanti akan menjejes air liur. Ada pantang larang yang boleh diterima akal, namun banyak juga yang membuat anda tertanya-tanya di manakah logiknya.







Apakah pantang yang paling biasa?





Binatang: badi dan kenan


Kenan dimaksudkan sebagai keganjilan tertentu pada gerak geri atau kelakuan, misalnya. Manakala badi merupakan kesan buruk yang dialami seseorang, antaranya kerana mendekati mayat, bangkai atau sesuatu yang dianggap keramat. 

Rohani Isa, seorang surirumah di Klang, memberitahu semasa hamil anak pertama, suaminya cukup gemar memancing. Jadi, katanya, apabila bayinya dilahirkan cacat, ada yang mengaitkan anaknya itu terkenan badi ikan. “Orang kata anak saya terkenan badi ikan, antaranya kerana anak saya yang tidak boleh berjalan mahu pun bercakap itu, hanya jadi hidup apabila melihat cahaya. Perlakuannya tidak ubah seperti ikan yang mengejar di air apabila melihat umpan yang bercahaya,” katanya. 

Fauziah Bachik, seorang bidan dan pengamal tradisi Melayu berkata, memang banyak pantang larang orang Melayu membabitkan binatang yang terpakai bagi kedua-dua suami isteri. Bukan saja isteri kena berhati-hati supaya jangan terkejut melihat sesuatu, suami juga sama. Ini kerana, orang dulu-dulu percaya bahawa binatang ada semangatnya. 

Oleh kerana itu, wanita hamil mahu pun suami atau keluarga terdekat tidak boleh menganiaya binatang, sama ada dengan membunuh, memukul malahan mencabar atau menghina. Binatang yang dikatakan kuat badinya, seperti beruk, anjing, kucing dan ular. 






Terkejut apabila terserempak atau melihat sesuatu



Menurut Fauziah, salah satu daripada perkara yang tidak boleh dipandang ringan oleh ibu hamil ialah memastikan mereka tidak terkejut apabila terserempak atau melihat sesuatu, misalnya binatang atau keadaan fizikal seseorang. “Jika terkejut, jangan memaki hamun atau menghina. Sabar dan sebut, ‘kus semangat awang dayang.’ Itu petua yang diberikan orang dulu-dulu yang mungkin merujuk ungkapan pada bayi lelaki atau perempuan. Ia seolah-olah melindungi kandungan kita daripada terkejut dan menerima musibah,” katanya. “Bagi saya, seeloknya disertai bacaan selawat serta mintalah perlindungan daripada Tuhan.” 





Wanita hamil juga biasanya disuruh:


  • menjaga emosi dan jangan menyimpan niat tidak elok atau berprasangka buruk sepanjang kehamilan.
  • jangan derhaka kepada suaminya kerana akan berdepan kesukaran ketika mahu melahirkan.
  • minum air kelapa pada bulan-bulan terakhir kehamilan supaya bayi berkeadaan bersih ketika dilahirkan.
  • melihat benda-benda yang elok dan cantik supaya bayi juga berkeadaan elok dan cantik dari segi rupa dan peradaban.
  • banyak berjalan dan melakukan senaman ringan, dan elakkan bermalas-malasan sahaja.




Ibu-ibu hamil juga melaporkan yang mereka pernah disuruh orang tua:

  • Jangan potong ketam, takut anak menjadi cacat.
  • Jangan sampai terpukul atau terserempak ular, takut tali pusat anak terbelit.
  • Jangan menjerat burung, mengikat tali, takut susah ketika anak hendak dilahirkan, dikhuatiri terbelit tali pusat.
  • Jangan mengail, menyiang ikan, menyembelih, mengasari atau membunuh binatang, takut anak jadi sumbing atau cacat anggota lainnya, atau kelihatan seperti haiwan yang dianiaya.
  • Jangan makan sambal berlebihan, takut kepala janin botak.
  • Jangan mengetuk paku di dinding, duduk di atas akar kayu atau makan makanan berakar seperti pegaga, takut terlekat uri pada rahim.
  • Jangan makan durian berlebihan, takut kepala anak akan berbisul setiap kali musim durian.
  • Jangan menyusup bawah penyidai, takut anak cacat.
  • Jangan lihat gerhana, takut anak bermata juling atau ada tanda hitam.
  • Jangan tidur tengah hari atau menanam pokok pisang, takut anak lahir berkepala besar.
  • Jangan diikat mati benang atau tali, menjahit atau pun menganyam, takut anak terbelit tali pusat.
  • Jangan duduk di muka pintu atau tangga, takut susah melahirkan termasuk kemungkinan berlaku tumpah darah yang boleh mendatangkan maut.
  • Jangan makan makanan tajam seperti nenas atau tapai, takut keguguran.
  • Jangan minum kopi, kelak bayi berkulit gelap.
  • Jangan melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak akan tertutup seperti kucing sedang tidur.



Banyaknya pantang, ikut atau tidak?


Fauziah berpendapat, pantang larang orang dulu-dulu seeloknya jangan ditolak bulat-bulat. "Tidak salah untuk kita mengambil tahu mengenai pantang larang semasa hamil kerana seaneh mana pun ia kedengaran, mungkin ada manfaatnya,” katanya.





Namun, terpulanglah kepada anda sama ada hendak mengikuti pantang-larang tersebut ataupun tidak. Apa yang penting ialah anda mengambil kira aspek kesihatan dan keselamatan. 





Contohnya, jika anda dilarang memakan sesuatu makanan, adakah anda tidak akan mendapat sesetengah nutrien penting yang diperlukan oleh badan anda ataupun bayi dalam kandungan? Atau, bolehkah makanan yang dilarang itu digantikan dengan makanan lain yang membekalkan nutrien yang sama?





Jika anda mesti memakan sesetengah benda pula, pastikan ianya selamat dimakan. Jika anda tidak pasti, periksalah dengan doktor anda terlebih dahulu.




sumber : https://www.babycenter.com.my/a25019657/pantang-larang-masyarakat-melayu-semasa-hamil#ixzz52KWfXwyI

Friday, December 22, 2017

#akubukankakiclaim

Assalamualaikum..




hai korang.. Salam Jumaat. korang buat ape teww.. aku takde buat ape pun.. dah akhir tahun ni, kerja pun tak banyak. ada kerja nak buat tapi takde lah banyak sangat macam yang selalu tu. biasa² je. aku kat sini kena jaga report. tiap² bulan memang akan ada. so, memang akan ada kerja. mustahil takde kerja. so, jangan cakap aku curik tulang pulak eh. tampo kang. hahaa.. gurau je.. :p





sebenarnya, malas nak buat entry ni. sebab suami aku pun suruh aku biarkan je. mula² ade jugak up status kat fb. tapi suami aku cakap, kalau ade masalah, tak payah up kat fb. tapi entahlah. aku ni kan kuat bebel. nak bercerita jugak. hahaa.. kalau aku cite kat blog takpe kot. sebab takde yang tahu pun pasal blog ni. cuma certain orang je yang tahu. [sorry ye b. sayang tak leh nak pendam sorang². kena cite kat sini jugak. nak cite kat b, memang tak boleh. sebab hal ni takde kena mengena dengan b. ] hew hew..





aku peratiii je perangai orang² ni. batak followers. macam desperate pun iye. hahaa.. [tetibe] . aku tengok dorang ni makin lama macam makin melampau pun iye jugak. yelah, tahu lah memang aku yang salah pun. sebab aku delete ig dorang. aku pun dah mintak maaf. ape lagi ntah yang dorang nak. perangai tak matang memang camtu lah kot ekk.. nak meraih perhatian. kihkih.. memang bagus pun ig kena delete. biar dorang usaha sendiri. jap, padan muka dulu. HAHA.. yelah, aku dah suruh delete gambar n video, tapi dorang degil. aku geram, aku delete terus. kapokk.. tapi dorang still tak hilang meroyan lagi. kesian kan?? pastu tak habis² nak up status mention #claim . ek eleh.. kalau bukan sebab aku yang up kan ig tu, takde nye nak ade followers beribu camtu. followers pun ramai kawan² aku. tu pun still lagi tak tahu malu bajet macam dorang yang up sendiri. kalau betul up sendiri, jumlah followers tu lagi ramai dari jumlah following. masalahnya, yang komen kat gambar or video ig pun takde, lagi nak perasan femes. yekk.. lagi kesian.. hahahaha..





baru kena delete ig, dia punya kecoh tu macam Al-Quran yang hilang. setakat followers tu, kalau betul² femes, kejap je dah jadi beriban². ke nak berjuta?? tamak betul. alahai.. setakat up status nak kondem² aku, pastu meraih simpati orang lain, ajak orang lain kutuk aku, baik tak payah. buat tambah dosa je. dosa sendiri pun tak tertanggung, lagi ko nak tambah dosa ajak orang buat jahat. haihhh.. tunjukkanlah sikap yang baik kalau nak ramai followers. ni belum pape dah tunjuk negatif. pape ntah. followers tu akan datang sendiri. lagipun kan, yang follow tu memang betul² follow ke?? LOL!!





ni lagi sorang. yang pompuan tu. alahaii.. ape ntah masalah dia. malas betul aku nak layan orang camni. dah lah kuat perasan. tak habis² laaaahhhh nak buat hashtag aku-bukan-kaki-claim kat setiap komen dia tu. ingat orang suka?? menyampah n meluatsss weii.. hahahh!! lagipun, dia takde kena mengena pun dalam hal ni. suke sangat masuk campur. dah gila agaknye. gila glemer. hahahaa.. nak glemer ngan band tu baik tak payah. bukan best pun. bajet femes je lebih. HAHA!! kalau nak buat aku jeles ke, ape ke, buat lah.. tapi aku tak jeles pun sebab aku yang tinggalkan ex aku tu. memang tak de nak patah² balik kat dia pun. lagipun aku dah kawen. dah bahagia pun bersama suami tercinta. ape motif nak buat aku sakit hati plak ekk?? memang sah gila. LOL!!





sedih aku dengan life orang² yang takde life ni. kalau sehari tak mention pasal aku memang tak boleh ek?? korang memang hari² suka cerita pasal aku ke?? tak bosan ke?? dah takde benda lain nak buat lettewww.. sedddeeeyyyyyyyy.. hihi.. sorry. aku sedang menikmati bahagia yang makin memuncak. takde masa nak layan benda² buang masa ni. lepas ni korang nak tonggang terbalik ke, nak meroyan ke, nak malukan aku ke, lantak korang. tapi nanti jangan menyesal kalau ape yang korang buat tu, berpatah balik kat korang. pergi meroyan jauh². tak payah nak libatkan aku lagi. tapi, kalau nak bagi aku pahala banyak² kat aku boleh je.. kihkihh..





dah lah. lepas ni aku dah malas nak cerita pasal korang. aku dah move on dah. tapi disebabkan korang yang tak move on, asyik nak kutuk aku je, terpaksalah aku back up diri sendiri. tapi aku takde pun nak meraih simpati orang lain, nak mintak orang lain kutuk² korang. aku bukan jahat macam korang. #matakeatas. ni aku still boleh lagi nak diamkan. tapi kalau korang makin melampau, aku akan buat report polis. jangan cabar aku. kbai.




#aku-tahu-ada-antara-diaorang-yang-baca-blog-aku-ni
#siapa-yang-meroyan-dulu
#siapa-makan-cili-dia-rasa-pedas
#kesian-dengan-orang-yang-takde-life-sendiri
#sila-berubah
#sila-move-on

Friday, December 15, 2017

RUTIN

Assalamualaikum..





hai gaissss.. sorry kalau lambat update. sebenarnya ade je cerita nak update. cuma tu lah, baru taip kejap, ade benda lain pulak yang kena buat. biasalah, dah kawen ni kan, kenalah layan suami. kena masakkan untuk dia, hidangkan makanan, gosokkan baju. pastu kena kemas rumah. selalu kalau suami ada kat rumah, jarang kemas rumah sebab dia akan ajak pergi jalan².. hehehh.. tak pun pergi cuci mata. kadang² pergi tengok wayang. macam²lah. sementara masih berdua ni, buatlah mana yang boleh. nanti dah bertiga, kena banyak layan anak pulak. takpe, i loooooiiikkeeee.. :) eh ehh.. jangan ingat aku tak kemas rumah pulak. aku kemas taaauuuu. tapi selalu time dia dah pergi kerja baru buat. baru senang hati nak buat pape. kalau tak, nanti ade je yang tak kena. haha..



bila dah malam, layan wayang jap. tapi wayang kat rumah je lah. haha.. Astro ade, tengok je lah cite pape. kalau takde cite best, tengoklah mana² yang dah record tu. kalau dah suka cite tu, tengok berjuta kali pun aku tak kisah.





mesti korang pelik kan sebab aku jarang upload gambar masak². entahlah. bila dah kawen ni, nak upload macam² pun dah jarang. dah malas. boleh dikira kat ig tu. nak upload kat blog memang takkk lah kan?? cite dah basi kottt.. lagipun suami aku ni bukan jenis bagi chance nak amek gambar makanan. hahaa.. takdelah. gurau je. dia okey je. cuma aku je yang tak nak. sebab dah kebulur. mane sempat nak snap² gambar. baik makan terus. :p




lagi ape ntah yang aku buat kat rumah. sebenarnya, aku pun tak tahu aku buat ape. hahahahaa.. asalkan rumah aku nampak kemas sudahlah. selesa macam dok kat hotel. wahhh gittewww.. tinggi nawww angan² nak buat macam hotel. hahahhh.. kat kepala otak ni macam² dah aku fikir nak deko rumah camne. harap menjadi lah. kang jadi hangat² taik ayam je. lol!!





okeylah. aku nak sambung usha website Ikea jap. manelah tahu ade yang tertambah kat checklist shopping. hahahahahahahahahahaaaa.. kbai.


Wednesday, December 13, 2017

[HOME SWEET HOME] MY NEW CHECKLIST

Assalamualaikum..





hai gaisss.. morningggg.. happy Wednesday.. hari ni aku rajin sikit nak update blog sebab tengah takde kerja. ampun bos. curik tulang jap. hew hew.. takpe, nanti ganti buat kerja lebih sikit seikhlas hati. ecewahh.. :p tapi memang selalu aku buat kerja lebih pun. kadang² buat kerja time rehat. kadang² lepas habis kerja. pastu tak payahlah claim OT. barulah berkat gaji yang dapat tu. Insyaallah.. berkat atau tak, semua tu kerja Allah. kita doa² je semoga Allah bagi keberkatan kat usaha kite k. positifnye mak hari ni. hihi..





hari ni aku dapat semangat baru sikit. emm.. bolehlah.. daripada takde kann.. sikit pun takpe. dapat nasihat yang baik² dari orang yang baik². so, baik dekatkan diri dengan orang yang baik² dan positif. okey?? kalau rasa orang tu ade negative vibes, cubalah jauhkan diri dari orang tersebut. :) tak payah pening² nak ingat dan fikir orang tu. nanti hati sendiri yang sakit. aku cuba jugak ni nak bersihkan hati dari bersangka buruk kat orang. tu yang aku kadang² husnuzon je. Insyaallah.. :)





intro je sampai dua perenggan. haha.. sebenarnya nak cerita pasal checklist rumah. almaklumlah, sekarang kan dah pindah rumah.. so semangat nak mendeko rumah tu berkobar² even tu cuma rumah sewa je. orang kata, rumah tu syurga kita. so, kalau nak syurga kita cantik, kita kenalah hias cantik². yang nak duduk pun kita jugak. kan?? kalau tetamu datang pun selesa. tak kisahlah rumah tu rumah sewa atau rumah sendiri. kalau rumah sendiri, kira bonuslah tu sebab memang kita akan duduk situ lama. kalau rumah sewa ni, selagi ade peluang duduk rumah tu, kita hias bagi cantik sampai puas. kot lah tuan rumah tengok rumah kita kemas dan cantik je, so nanti dia bagi duduk lama sikit. haha.. :p





macam biasa checklist untuk barang² rumah, IKEA. tu je yang best. haha.. entah. memang suka barang² IKEA. tapi ade jugak beli kat kedai perabot lain. bukanlah semua beli kat IKEA tu.. kena tengok budget jugak. hehehh.. macam aku, untuk sofa ngan set bilik tidur aku beli kat kedai perabot. sofa tu boleh dapat 3+2+1 seater kalau nak banding dengan sofa IKEA, dan set bilik tidur tu lagi murah kot kalau sekali ngan tilam. kautim lah ngan tokey kedai. mintak kurang. hihi..




barang² kat checklist tu, just checklist je.. belinye belum tentu lagi. haha.. nampak tak kebanyakannya warna putih. aku memang suka putih.. cantiklah. nanti rumah nampak luas dan bersih. lagi satu, kalau berhabuk, tak nampak sangat. ya, betul. kalau warna hitam, lagi nampak habuk. tu orang kat kedai perabot yang bagitahu. kalau dia tipu, maknanya aku pun tipu lah. eh, bukan, aku pun tertipu sekali. kuikuii.. tapi berdasarkan pengalaman, memang betul pun. perabot putih memang tak nampak berhabuk sangat. tapi korang janganlah jadi malas nak bersihkan rumah plak ehh.. aku pijak² kaki tu kang. jangan nak malas²..





tetibe rasa tak sabarnye nak shoppinggggg.. hehehhh.. tapi benda pertama kena buat, cat rumah. sepatutnyalah kannn. masalahnya, dah masuk barang baru ingat nak mengecat camne ni. hahahahaha.. takpelah. cat je lah mana yang mampu je. tapi tu pun kalau rajin. kuikuii.. tapi aku suka cat² rumah. best. :p bila dah siap mengecat tu rasa dia cuma Allah je yang tahu. satu kepuasan yang tak boleh nak digambarkan camne. hahaa.. poyonye. macamlah rajin nak mengecat. kikiki..





kat kepala otak ni dah terbayang dah camne keadaan rumah lepas dah ade semua barang tu. waahh gittchewww.. berangaaaannnnn je kerjanye aku ni. beli pun tak tahu bila dah berangan dulu. haha.. takpelah, korang doakanlah aku cepat kumpul duit. kalau korang doakan aku, nanti aku doakan korang balik. tak salah doakan yang baik² kan.. Insyaallah.. :)





okeylah. aku nak sambung cuci mata kat website IKEA. kot lah ade barang baru yang lagi cantik kan?? ke sama je?? kuikuii.. jomlah shopping kat IKEA. kite deko rumah sama². jumpa lagi, bye.. :)




XOXO



Wednesday, December 6, 2017

what you give, you get back :)

Assalamualaikum..




hai gaisss.. lama sudah diriku ini tidak bersiaran kat blog sendiri.. sebab malas nak taip panjang².. hahaha.. tak lah. tak malas pun.. aku kan suka bebel panjang².. cuma busy je uii.. lagi² ni dah nak tutup akaun, memang busy sangat ler.. pastu pening nak layan kerenah orang yang nak claim. dah kata tak boleh, nak jugak. eh ehhh degil ye.. cubit nak?? hehehe.. :p





sebenarnya tujuan entry ni di create sebab nak... err tak tahu nak kata ape. sebab orang tu still jugak mengata bukan² even just sipi² je. actually, memang aku tak tahu pun post ditujukan untuk siapa. aku sendiri pun tak terasa dengan post dia tu. sebab memang dah malas nak ambik tahu. tapi entah. bila aku dapat tahu orang tu bercerita pasal aku, even tak mention, sape yang tak terase?? kan?? betul tak?? cuma aku terfikir², kenapa dia post camtu?? sedangkan semua yang dia post tu, memang ada kat diri dia sendiri. dia pernah kutuk aku punye kening. kutuk aku punye muncung. kutuk aku hati hitam. entah. korang boleh baca sendiri ape yang dia kata pasal aku kat entry yang lepas². aku tak marah. cuma sedih dengan orang camtu. yelah, dia sibuk sangat nak cari kesalahan orang lain tapi tak sedar kesalahan diri sendiri. bila orang lain kutuk dia, tahu pulak dia marah?? hmm..




percaya je kat qada n qadar.. Allah duga kita mungkin sebab kita ada buat dosa kat orang lain. :)



komen ni dari post yang kawan orang tu share.. :p berbalas² komen dengan kawan tu macam ade gosip pasal aku je. :)

aku tak tahu dia tujukan komen² tu kat sape. aku just ignore je. cuma aku hairan, bila ntah nak berubah. aritu bising² bila orang lain kutuk dia. ni elok je dia cakap bukan².. huhuu.. tapi part dia cakap tempias yang busuk tu memang dia tujukan kat aku. nampak sangat lah.. yelah, sape lagi kan?? tapi, aku cuma nak bagitahu ni.. aku dah kenal ex aku tu dekat 9 tahun. dia baru je kenal ngan ex aku tu tak sampai setahun. so, sape yang lebih tahu pasal ex aku ekk?? aku taknak burukkan kat sape². memang ex aku tu baik. baik sangat sampai aku pun cair siap beli semua barang dalam rumah tu. tu pun aku tak ambik semua masa aku pindah. kalau ikutkan hasutan syaitan, memang aku bagi kosong terus kat rumah tu, biar dia beli sendiri semuanya. tapi aku ni cepat kesian kat orang. entahlah.. haiihhh.. time tengah sesak² pun boleh lagi tolong adik beradik dia. hmm.. takpelah. kalau aku cite lebih² nanti kata aku ni mengungkit. biar je lah Allah yang balas semua. selama ni Allah lah yang banyak bantu aku jadi kuat [sebelum jumpa suami tersayang aku teww] :)






okey tu je nak story. sorrylah ye kalau bosan ngan cerita mereka² tu.. aku pun taknak cerita lagi tapi entah. bila nak ignore, ade je yang dia kutuk². takpelah. pasni tak cerita dah kott.. kot lah. hehe.. sebab orang tu belum bayar hutang. :p





kbai. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...