hai gaisss.. ni kite nak share pasal pantang-larang masyarakat Melayu semasa hamil untuk panduan bersama okeyy.. :)
****
Masyarakat Melayu memang kaya dengan pantang larang dalam segala hal, termasuk juga pantang larang yang melibatkan wanita hamil. Anda pasti biasa mendengar orang tua berkata sekiranya ibu yang sedang hamil mengidam sesuatu namun tidak mendapatnya, bayinya nanti akan menjejes air liur. Ada pantang larang yang boleh diterima akal, namun banyak juga yang membuat anda tertanya-tanya di manakah logiknya.
Apakah pantang yang paling biasa?
Kenan dimaksudkan sebagai keganjilan tertentu pada gerak geri atau kelakuan, misalnya. Manakala badi merupakan kesan buruk yang dialami seseorang, antaranya kerana mendekati mayat, bangkai atau sesuatu yang dianggap keramat.
Rohani Isa, seorang surirumah di Klang, memberitahu semasa hamil anak pertama, suaminya cukup gemar memancing. Jadi, katanya, apabila bayinya dilahirkan cacat, ada yang mengaitkan anaknya itu terkenan badi ikan. “Orang kata anak saya terkenan badi ikan, antaranya kerana anak saya yang tidak boleh berjalan mahu pun bercakap itu, hanya jadi hidup apabila melihat cahaya. Perlakuannya tidak ubah seperti ikan yang mengejar di air apabila melihat umpan yang bercahaya,” katanya.
Fauziah Bachik, seorang bidan dan pengamal tradisi Melayu berkata, memang banyak pantang larang orang Melayu membabitkan binatang yang terpakai bagi kedua-dua suami isteri. Bukan saja isteri kena berhati-hati supaya jangan terkejut melihat sesuatu, suami juga sama. Ini kerana, orang dulu-dulu percaya bahawa binatang ada semangatnya.
Oleh kerana itu, wanita hamil mahu pun suami atau keluarga terdekat tidak boleh menganiaya binatang, sama ada dengan membunuh, memukul malahan mencabar atau menghina. Binatang yang dikatakan kuat badinya, seperti beruk, anjing, kucing dan ular.
Terkejut apabila terserempak atau melihat sesuatu
Wanita hamil juga biasanya disuruh:
- menjaga emosi dan jangan menyimpan niat tidak elok atau berprasangka buruk sepanjang kehamilan.
- jangan derhaka kepada suaminya kerana akan berdepan kesukaran ketika mahu melahirkan.
- minum air kelapa pada bulan-bulan terakhir kehamilan supaya bayi berkeadaan bersih ketika dilahirkan.
- melihat benda-benda yang elok dan cantik supaya bayi juga berkeadaan elok dan cantik dari segi rupa dan peradaban.
- banyak berjalan dan melakukan senaman ringan, dan elakkan bermalas-malasan sahaja.
- Jangan potong ketam, takut anak menjadi cacat.
- Jangan sampai terpukul atau terserempak ular, takut tali pusat anak terbelit.
- Jangan menjerat burung, mengikat tali, takut susah ketika anak hendak dilahirkan, dikhuatiri terbelit tali pusat.
- Jangan mengail, menyiang ikan, menyembelih, mengasari atau membunuh binatang, takut anak jadi sumbing atau cacat anggota lainnya, atau kelihatan seperti haiwan yang dianiaya.
- Jangan makan sambal berlebihan, takut kepala janin botak.
- Jangan mengetuk paku di dinding, duduk di atas akar kayu atau makan makanan berakar seperti pegaga, takut terlekat uri pada rahim.
- Jangan makan durian berlebihan, takut kepala anak akan berbisul setiap kali musim durian.
- Jangan menyusup bawah penyidai, takut anak cacat.
- Jangan lihat gerhana, takut anak bermata juling atau ada tanda hitam.
- Jangan tidur tengah hari atau menanam pokok pisang, takut anak lahir berkepala besar.
- Jangan diikat mati benang atau tali, menjahit atau pun menganyam, takut anak terbelit tali pusat.
- Jangan duduk di muka pintu atau tangga, takut susah melahirkan termasuk kemungkinan berlaku tumpah darah yang boleh mendatangkan maut.
- Jangan makan makanan tajam seperti nenas atau tapai, takut keguguran.
- Jangan minum kopi, kelak bayi berkulit gelap.
- Jangan melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak akan tertutup seperti kucing sedang tidur.
Banyaknya pantang, ikut atau tidak?
Fauziah berpendapat, pantang larang orang dulu-dulu seeloknya jangan ditolak bulat-bulat. "Tidak salah untuk kita mengambil tahu mengenai pantang larang semasa hamil kerana seaneh mana pun ia kedengaran, mungkin ada manfaatnya,” katanya.
Namun, terpulanglah kepada anda sama ada hendak mengikuti pantang-larang tersebut ataupun tidak. Apa yang penting ialah anda mengambil kira aspek kesihatan dan keselamatan.
Contohnya, jika anda dilarang memakan sesuatu makanan, adakah anda tidak akan mendapat sesetengah nutrien penting yang diperlukan oleh badan anda ataupun bayi dalam kandungan? Atau, bolehkah makanan yang dilarang itu digantikan dengan makanan lain yang membekalkan nutrien yang sama?
Jika anda mesti memakan sesetengah benda pula, pastikan ianya selamat dimakan. Jika anda tidak pasti, periksalah dengan doktor anda terlebih dahulu.
sumber : https://www.babycenter.com.my/a25019657/pantang-larang-masyarakat-melayu-semasa-hamil#ixzz52KWfXwyI
No comments:
Post a Comment