terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

hari ini penentuannye..Malaysia vs Singapore!!

hari ini!!28 Julai 2011..

bersamaan hari Khamis..

penentuan bagi Malaysia vs Singapore!!

bagi perlawanan kelayakan  Piala Dunia 2014!!

MALAYSIA!! MALAYSIA!! MALAYSIA!!

semoga ada keajaiban berlaku untuk pasukan HARIMAU MALAYA!!



jom ramai² penuhkan stadium Bukit Jalil,yang kat rumah,sokong dari rumah pun boleh kannnnn??

GO MALAYSIA!!

GO HARIMAU MALAYA!! 

^_^

#notakecik : tetibe jadi eksaited sangat!!sampai sanggup mintak cutiiiii!!!!hahahahahaha.semangat ni la yang kita mauuuuu...kihkihkih..

Wednesday, July 27, 2011

nak tiket bola..nak tiket bola.. T_T

hueee dasyat betul aku ni..entah hantu bola mane entah yang merasuk aku jadi fanatik kat bola..maybe sejak ade ASTRO kat rumah kot..hahahaha..

malam tadi aku mimpi pasal tiket bola dah habis!!!uwalaaa..boleh sampai mimpi tuuuuuu...dasat takkkkkkkkkk??tapi memang betul² dah habis kannn??aku dengar kabo dah habissss..betul ke weiii??

seb bek la dalam dunia nyata ni aku sempat mintak tolong kat kawan aku..dia sendiri yang offer nak belikan sebenarnye..aku je gedik² jual mahal nak beli sendiri..kahkahkah..tapi,last² mintak pertolongan dia jugak..lantak lah..kene gelak pun kene la..asalkan aku dapat tikettt!!

ehh..kau orang ade baca berita tak??pasal player Singapore tu..blagak betul kan??tak kisah la berita mana² pun,semua nak blagak..ishhh..ambooooiiii...jangan over eksaited sangat tau..kite tunggu je la esok!!

pape pun,just doakan yang terbaik untuk Harimau Malaya!!

okey,tata..

#notakecik : aku dah kene perli dahhhhh...cik abang aku pelik tengok aku yang tiba² semangat nak tengok bola..hahaha whateveeerrrr...bai!!

Tuesday, March 15, 2011

gas reaktor nuklear meletup!!

sepertimana yang kau orang baca kat SINI..itu hanya sekadar rumors..tapi bagi aku,baik kita buat sebagai langkah berjaga2..sebab,hujan sekarang ni dah tak bersih..sedangkan makcik aku selalu pesan.."kalau hujan turun,tunggu 5-10 minit baru lah boleh redah hujan.." so,pikir2kanlah....

11 cedera gas reaktor nuklear meletup

FUKUSHIMA: Gas hidrogen di reaktor nombor tiga loji nuklear Fukushima Daiichi meletup pagi semalam, menyebabkan 11 cedera, tetapi tidak membocorkan radiasi seperti dibimbangi pelbagai pihak.

Insiden pada jam 11.01 pagi di loji nuklear yang terletak 240 kilometer (km) di utara Tokyo itu, berlaku dua hari selepas letupan hidrogen di reaktor nombor satu di loji sama yang rosak selepas Jepun dilanda gempa bumi mega dan tsunami besar Jumaat lalu.

“Kami berpendapat kemungkinan kebocoran radiasi berada pada tahap rendah,” kata Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano pada sidang akhbar mengenai perkembangan terbaru di loji berusia 40 tahun itu.

Tokyo Electric Power Co. (TEPCO), pengendali loji berkenaan, dalam kenyataan berasingan berkata, tujuh pekerjanya dan empat anggota tentera di loji itu cedera dan dihantar ke hospital.

Berikutan itu, syarikat itu mengarahkan semua pekerja berlindung dalam bangunan pentadbiran selepas letupan, tetapi paras radiasi didapati rendah pada 20 micro sievert sejam pada 11.44 pagi.

Letupan itu berlaku selepas TEPCO mengemukakan laporan kepada kerajaan semalam bahawa tahap radiasi di loji terbabit meningkat di atas paras dibenarkan dan tekanan dalam bekas kalis radiasi reaktor nombor tiga juga sudah meningkat.

Loji Fukushima itu ditutup sejak gempa bumi melanda timur laut dan timur Jepun minggu lalu tetapi beberapa sistem penyejukan reaktornya gagal berfungsi.

TEPCO sebelum ini mengepam air laut ke dalam reaktor, yang menyebabkan peningkatan tahap radiasi dan tekanan.

Perdana Menteri, Naoto Kan berkata, pihak terbabit berusaha keras menghentikan kemusnahan di loji nuklear itu daripada terus merebak.

Kelmarin pihak berkuasa mengesahkan tiga reaktor nuklear di utara Tokyo berisiko menjadi terlalu panas dan mencetuskan kebimbangan kebocoran radiasi.

Jurutera bertungkus lumus menyejukkan teras reaktor yang musnah itu. Jika mereka gagal, bekas kalis radiasi di bahagian induk akan cair atau meletup, membebaskan bahan radiasi di udara.

Berikutan krisis nuklear itu, negara ketiga ekonomi terbesar dunia itu berhadapan dengan insiden terputusnya bekalan elektrik dan syarikat pengangkutan awam di Tokyo turut terhenti akibat tiada bekalan berkenaan.

Badan penyiar NHK memetik pegawai polis berkata, lebih 10,000 rakyat dikhuatiri mati di sepanjang pantai yang turut memusnahkan pekan di sekitarnya.

“Saya mahu percaya masih ada yang selamat,” kata Masaru Kudo, tentera yang dihantar ke Rikuzentakata.

Kyodo berkata, 80,000 orang sudah dipindahkan dari 20 kilometer di sekitar loji nuklear itu menyertai 450,000 lagi penduduk dipindahkan dari kawasan gempa bumi dan tsunami di timur laut Pulau Honshu itu.

Hampir 2 juta penduduk tiada bekalan elektrik pada masa sama cuaca terlalu sejuk di utara manakala kira-kira 1.4 juta penduduk tidak mempunyai air bersih. – Reuters 

INFO: KESAN RADIASI NUKLEAR KEPADA MANUSIA

Pendedahan radiasi berukuran 100 Rems akan merosakkan sistem peredaran darah menyebabkan sel limfosit darah akan berkurangan. Simptom awal selesema.

Pendedahan kepada radiasi berukuran 200 Rems ke atas menyebabkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang mengakibatkan mual, muntah dan cirit-birit. Pada kekuatan ini, radiasi boleh menyebabkan kerosakan saluran peranakan.

Radiasi nuklear berukuran 1,000 hingga 5,000 Rems mengakibatkan kerosakan kepada pembuluh darah dan boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi dan kematian.

Pendedahan langsung kepada radiasi berukuran lebih 5,000 Rems akan menyebabkan sel otak rosak, selain membunuh sel saraf dan merosakkan pembuluh darah dalam jantung.

Dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif boleh merosakkan sebahagian atau seluruh bahagian kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

Menurut data kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukkan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan berdepan risiko jangka panjang seperti leukemia dan barah limfoma.


 


huisyhh..dahsyat sungguh!!bersyukurlah kita yang duduk kat Malaysia ni..semoga kita sentiasa dilindungi oleh-Nya..AMIN..

credit to HERE

Sunday, December 26, 2010

kenapa nak gaduh pasal LAGU NEGARAKU, TERANG BULAN?

waaahhhh!!!haku tak pernah buat isu panas camni weh..kene fikir banyak2 kali nak post ke tak..actually aku bukan nak buat kau orang panas hati ke ape..aku cuma nak kau orang berfikir,dan apa tindakan yang kau orang nak buat..ahh..aku taknak bebel panjang..meh tengok video..


wuuhuuu...amacam??marah??bengang??panas hati??rileksss...jangan cepat melatah k..rakyat Malaysia semua baik hati kan..semua penyabar..lepas aku tengok video ni,aku try cari lagu TERANG  BULAN pulak..meh aku tepek video lagu ni..


hmmm..dah dengar??sama ke??ehh??ehh??sayang-sayangku..jangan marah-marah dulu..tak ensem,tak lawa la nanti..kita tengok video,mesti kita just tengok je kan??rileks dulu..

haaa..baca yang kat SINI dan SINI..so??apa pendapat kau orang??

lepas aku tengok video-video ni,aku baca komen-komen orang yang jadi penghujah terhebat kat video-video tu..macam-macam komen aku tengok..semua nak jadi hebat kan??manusia..kalau dah diselubungi perasaan marah,mesti rasa berapi je hati tu..syaitan pulak,lagilah nak menghasut-hasut..lagilah suka kan??

kat wikipedia tu pulak,aku tak tahu nak kata ape lah kan..dah tu sumber yang selalu orang baca..

rileks kawan-kawan..sana maki sini,sini maki sana,ape yang dapat??dapat dosa je tau..haaaa...mesti ada yang cakap, [eleh minah ni,cakap je lebih!!] kihkihkih..aku tak kisah kau orang nak kata apa..aku terima..hahaha..

apa-apa pun,janganlah cepat melatah..kita duduk kat mukabumi ni,cuma sementara..ye,aku tahu,kau orang nak pertahankan negara kita kan??aku pun camtu jugak..tapi bukan dengan perasaan marah..MARAH ITU SYAITAN PUNYA..mungkin ada cara terbaik yang kita boleh selesaikan..

apa-apa pun,aku sayangkan MALAYSIA sebab aku rasa aman tinggal kat sini..

semoga ALLAH melindungi kita dari anasir-anasir yang jahat..AMIN..... ^_^

dah,taknak bebel panjang-panjang..bye!


*notakecik : cuba jadi manusia yang bersyukur dengan apa yang ada..itu lagi baik daripada TAK ADA APA-APA.. :)

Monday, August 23, 2010

jom kibar bendera.... ^_^

entry yang ni aku nak patriotik..
hehehehe..
tak de mende sangat pun nak update..
sementara tengah free ni..
aku curik masa update blog jap..
muehehehe..

aritu aku kene sound ngan si farid yang konon kacak tu..
cettt!!!
yela2..
aku letak bendera kat blog aku nih..
tapi yang pasti bendera aku lagi kacak dari kau..
hahahaha..

tetibe rasa nak nyanyi plak..
jom nyanyi..

Hormatilah bendera kita
Ia lambang negara
Bersatu padu kita dibawahnya
Hidup berkeluarga

Putih merah biru kuning
Warna bendera kita
Berkibar-kibar megah
Di angkasa
Kemegahan semua

Tegakkan bendera kita

jom..jom..
kibar bendera..
aku ada bendera..
kau orang ada bendera tak??
ni la bendera aku..
kacak kan??  MySpace


muehehehe..
tak sedar diri btol..
padahal culik bendera Abang Ben Ashaari..
hahahaha..
tapi da mintak permission oke..
aku ni penculik yang baik hati..
heee..

pape pun..
dah nak dekat dah tarikh 31 Ogos tu..
jom la kibar ramai2..
aku tengok macam tak meriah je sekarang..
maybe terlalu banyak isu dan kes kat Malaysia ni kot.. 
tu yang macam takde semangat je nak sambut merdeka..
haaihhh...
pe ni..mane semangat kau orang pergi???

aku ingat dulu2 masa kat sekolah..
ni cite kat sekolah rendah..
rajin betul buat competition..
semangat kemerdekaan tu 
dah diserap masa kat sekolah lagi..
aku ni suka menyanyi..
ape lagi..
aku join la pertandingan nyanyi lagu2 kemerdekaan..
tapi dalam group la..
kalau aku nyanyi sorang2
kompem aku pengsan dulu 
sebelum keluarkan perkataan yang pertama..
dulu kan aku pemalu orangnya..
hahahahaha..
MySpace



memang mase tu semangat giler..
even tak menang,
sekurang2nye aku ada jugak join kan..
hehehe..
saje wat kalah tu..
sebab kelas aku join last minit..
hakhak..
(alasan boleh terima pakai tak??)

aku tak tahu la sekarang ni camne kan..
ada lagi ke buat competition camtu??
dah lama tinggalkan sekolah..
so aku tak tau la..
hehehe..

pape je la..
yang penting..
aku nak seru semua kawan2 ku yang comel2..
yang ensem2..
yang cantik2..
yang kiut miut..
yang macho2..
yang..yang..errr...pape jela..
jom la kita kibarkan Jalur Gemilang yeeee..
heee...

jom..jom..
kibar ramai2..
dalam blog pun boleh jugak pe..
kalau join contest banyak2 boleh..
takkan nak kibar Jalur Gemilang pun tak boleh kan..
hehehe..
aku dah letak..
kau orang bile nak letak??

notakecik : dari dulu lagi nak join kontinjen 
untuk Kemerdekaan tapi tak pernah dapat..hmmm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...