terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Showing posts with label perodua kelisa. Show all posts
Showing posts with label perodua kelisa. Show all posts

Tuesday, February 26, 2013

i'll miss u my baby kelly.. sob sob.. T_T

Assalamualaikum..




dah selasa!! dah selasa!! semalam saya cuti sebab ada urusan rasmi untuk diri sendiri. hihi.. sebab tu tak update blog. nak update blog kat rumah, broadband tak terbayar. kihkih.. boleh pulak terlupa nak bayar. alahai. sudahnya, tak dapatlah nak online. hmm.. online kat tab or handphone je lah gamaknyeeee.. [pejam mata angguk-angguk]




saya cuti semalam untuk urusan lain tapi dapat lain pulak. kuikui.. takpelah.. asalkan tak sia² cuti. sebenarnya saya punya kelisa a.k.a baby kelly [wahh nama nak gah] telah selamat terjual di kedai kereta. sedih sangat nak berpisah dengan kelisa tu. dah macam² buat kat kereta tu. uwaaa.. sedihhhhhhhhhh.. sob sob.. T_T




tak terniat pun nak jual. memang berat hati sebab dah terlalu sayangggggggggggg sangat sangat sangat. tapi keadaan memaksa. sebelum ni habis nak dekat RM2k untuk semua. aircond, enjin, accessories, rasanya bukan 2k tu tapi dekat 3k jugaklah. biaselah kereta dah lama kan, sebab tu kena banyak nak tukar. ingatkan lepas tu dah okey. pastu lama² tengok kat parking still ada leaking. alahai. terus bawak pergi bengkel, tanya berapa kos. pomen kereta tu cakap dalam RM400.. duit lagi?? tu baru suruh check je. nanti kang dia bukak² lain, ade lagi yang rosak pulak. tak sanggup den. sakit wei kalau tiap² bulan kena spend duit semata² untuk repair kereta. T_T





pastu tanya cik abang, "kalau nak tukar kereta okey tak??" cik abang pun ON je. dan² tu jugak kami pusing² carik kereta yang berkenan di hati. saya pilih kereta second hand jugak. saya tak beli baru sebab bulan² tetap akan mahal. hew hew. lagipun kalau kereta second hand, memang dah siap modified. kena pandai carik. kalau kereta baru nampak standard. puas kami pusing. cik abang pun jadi pemerhati. Alhamdulillah, akhirnya jumpa jugak kereta yang berkenan di hati. nampak masih baru lagi. dalam pun masih wangi macam kereta baru. maybe owner sebelumnya pandai jaga. :) cik abang suka sebab dah siap ada sport rim. yes, itu paling penting. :)






tak kisahlah kereta baru ke, second hand ke, yang penting bulan²  saya mampu bayar.. jangan nanti ikat perut sebab nak bergaya. kan?? betul tak?? :) mungkin rezeki saya dapat kereta tu sekarang, mane tau rezeki saya lain kali terus angkat BMW. wahhhhh!! cita-citaku bila ntah nak tercapai. :p





tetibe rindu pulak kat kelisa. T_T





baby, i miss u so much!! :'(

first time bawak kereta yang baru ni kekok sikit. nak brek pun dari jauh dah brek. HAHAHAHAHA.. serammmmmmmmmm.. dah macam orang baru dapat lesen naik kereta. rasa tak biasa. hihi.. tapi ni baru lagi kan memanglah tak biasa. nanti lama² maybe biasa.. :) harap² kereta yang ni takde problem lagi² kat enjin. tu ibarat jantung kepada kereta. kalau rosak, kita jugak susah.. (--")




bersyukur padaMU Ya ALLAH kerana permudahkan segala urusan kami dalam pembelian kereta yang sekarang ni. 2minggu je dah settle semua. ALHAMDULILLAH.. :) harap lepas ni ada rezeki lain pulak. heee.. tamak la pulak. heip heip!! 




tata.




#notakecik : mood : HAPPY + SEDIH (--")

Monday, December 31, 2012

kunci kereta hilang!!

Assalamualaikum..



apa yang korang rasa bila kunci kereta yang korang sayang sangat² tu tetibe hilang?? kunci kereta tu penting jugak kan, selain dari kereta tu sendiri. nak² pulak korang beli dengan hasil titik peluh korang sendiri.




pengalaman saya sendiri. kunci kereta boleh hilang masa nak beli makanan time rehat. yup!! hilang.. tapi bagi saya kunci tu bukan hilang tau. tapi, kena curi. kenapa saya kata kena curi?? sebab,saya perasan ada orang ambik kunci tu. camne semua ni boleh jadi?? ha, nak cerita lah ni.





waktu tu, rehat. saya nak pergi bank kejap nak deposit duit kat sorang akak ni sebab saya beli barang dengan dia. saya ditemani opismate saya, fiza. ingatkan nak pergi bank in je kat bank tu. so, kami pergi je lah kat area² tempat kerja. malas nak pergi tempat jauh². so, Hartamaslah tempat yang dituju.



lepas bank in duit, kami terus keluar bank. masa tu kunci kereta saya masih ada lagi kat tangan. then, kami singgah beli buah. kebetulan pakcik yang selalu jual nasi tu tak berniaga. tapi, kami memang taknak beli nasi pun. :p so, just beli buah je lah. dan mase tu, kunci still kat tangan.




mase tu kami dah nak gerak pergi kereta. tapi entah kenapa, kami tergerak nak pergi beli makanan kat Burger King situ. mula² memang kami taknak. tapi syaitan jenis ape ntah hasut kami pergi Burger King jugak. even tak lapar sangat pun masa tu.




mula² kami pergi kat kaunter 1, nak order burger set. pastu kami tengah pilih² lagi nak makan set yang mana. mase tu cashier tu pun pergilah buat kerja lain. pastu, masa kami nak order, cashier kat kaunter 2 pulak ada, then kami pun order kat cashier kaunter 2 sebab cashier kaunter 1 macam busy je. tapi saya still berdiri kat kaunter 1. masa nak bayar tu, saya letak semua barang² yang saya pegang, saya letak atas kaunter, betul² depan saya.




masa saya berdiri kat kaunter 1, ada sorang customer nak order pulak. then, saya beralih lah ke kanan sikit, barang² saya pun saya alihkan jugak. dan, kunci kereta still atas kaunter. mase tu lah saya terfikir nak ambik kunci kereta saya, sebab saya nak masukkan dalam plastik yang ada buah, dan masa tu jugak saya dengar bunyik kunci.




waktu saya dengar bunyik kunci tu, saya nampak bayangan tangan orang ambik something atas kaunter. bila saya nak ambik kunci, saya tengok kunci dah takdeeeeeeeeeee.. waktu tu baru saya sedar kunci kereta saya sudah hilanggggggggggg!! uwaaaaaaaaaaaa.. T_T




betapa cuaknya saya masa tu. memang rasa nak nangis sangat². sampai ke luar Burger King saya carik tapi tak jumpa. dah tanya cashier, dia cakap tak nampak. saya yakin sangat² memang ada orang ambik kunci kereta saya. saya nak kejar orang yang saya syak tu pun, bila saya toleh belakang, orang tu dah takdeeeeeeeeeeee.. uwaaaa.. T_T




saya risau kereta saya akan hilang, kot² nanti orang yang curik kunci tu curik kereta saya pulak. waktu² genting camtu, sebarang kebarangkalian mungkin akan berlaku. pastu saya mintak tolong fiza tunggu kat kereta saya, sebab saya nak masuk dalam Burger King balik. saya pesan kat cashier, kalau ade sape² bagi kunci kat dorang, mintak dorang contact saya. 




saya terus bagitau cik abang, mintak dia bawakkan kunci spare yang kat rumah family saya. saya bagitau abah saya, kunci kereta hilang. bagitau bos, terpaksa masuk opis lambat. burger yang baru beli tu, terus takde selera nak ditelan. hilang nafsu makan. T_T




kesian dengan cik abang sebab terpaksa datang dari jauh semata² nak bagi kunci spare.. dah lah kena ambik kunci tu kat rumah family saya. nasib baik dekat je. kalau jauh tak tahu nak buat camne. bila cik abang dah sampai, saya bukak pintu tu terus bunyik alarm. woo woo.. ramai yang pandang. ingat saya nak curik kereta kot?? (--")



pastu try start kereta guna kunci spare dengan eksaiteddddnyeeeeeeeeee.. tapi tapi tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii tak boleh start jugakkkkkkkkkkkkkk!! T_T saya terus tanya abah saya, dia cakap kena tekan button bawah stering. saya dah pelik,button?? bawah stering?? mane adeeeeee.. wayar² yang tidak dikenali adelahhh.. hukhuk.. rasa begitu naifnya saya tentang kereta. saya mintak cik abang tunggu sampai kereta boleh start. nasib baik dia tak kisah. [touching]




ramai jugaklah yang saya tanya. tapi yang bagi respons cuma berapa kerat je. si Farid a.k.a Mofasad tu pun saya ada tanya jugak. dia pun cakap pasal button. waduh waduhhh.. manelah ade kokkkk.. pastu cik abang tanya adik dia, adik dia bagitau, button tu ada kat bawah tempat simpan barang, kat seat sebelah pemandu tu. button warna merah.. comel je button tu. then, cik abang try tekan button tu, dan dia mintak saya start kereta. dengan lafaz Bismillah, saya pun start.. yeaaahhhhhhhhhhh!! akhirnya!! nasib baik boleh..




masa tu memang lega sangat² sebab kereta dah boleh start. kalau tak, memang nangislah kat situ. nak panggil towing pun bukan ade duit banyak nak bayar. call Perodua PJ pun bukan membantu. langsung tak berangkat telefon tu. hampeh betul. teruk betul servis. dah lah tengah urgent!! grrr..




keesokan harinya, saya mintak cik abang temankan saya pergi Perodua Meru kejap sebab nak tanya pasal kunci + alarm. orang Perodua tu cakap, kunci tu boleh je kalau nak buat kat luar, alarm tu pun boleh. pastu saya tanya dia, kalau buat kat Perodua berapa kos semua?? dia cakap around RM800++. GULP!! gila mahaaaaaallll!! ish, takmo lah buat kunci. pastu saya tanya kalau reset alarm berapa?? dia cakap RM44.30 je. ha, okeylah tu kan. asalkan alarm yang lama dah tak boleh guna, takpe.


pastu saya fikir balik, kalau tak tukar kunci, kalau jadi camni lagi, camne?? lagilah tak boleh bukak terus kereta saya tu kang. pastu saya ajaklah cik abang try tanya kat kedai eksesori kereta pasal kunci kereta ni. then tauke kedai cakap, kalau 1 set, around RM300 je. kebetulan kunci pintu sebelah pemandu tu dah kena umpil. sape punye kerja ntah nak umpil² kunci. nasib baik takde benda hilang. (--") so, saya ON jelah tukar kunci tu. nak survey kat kedai lain dah malas. lagipun, dah biasa beli barang kat kedai tu.




ingatkan kejap je pasang kunci, rupanye lame. aduh!! baru ingat nak half day. tapi tak sempat, terpaksa ambik cuti. nasib baik cuti ngam² tinggal sehari. yang buat jadi lama tu sebab orang kedai tu pergi ambik stok kunci. jenuh kami tunggu kat kedai tu. bosan wei. nasib baik bawak tab. kalau tak, lagilah bosan. (--")




bila dah siap pasang, dapat kunci, alaaa.. tak best... kunci tak cantik.. T_T rindunye kat kunci tuuuuu.. nak buat camne kan, nak murah, dapatlah kunci cikai² je. kalau nak original, kenalah buat kat Perodua. sob sob..


ni lah dia kunci baru [yang tengah] kunci gear je saya still guna. huhuuu.. kunci baru takde lambang Perodua. tak syioooooookkkkkkkkkkkkkkkk.. T_T


selamat tinggal kunci lama.. i will miss you.. terima kasih sebab banyak berjasa dengan saya.. :') yang besar tu kunci starter, yang lagi 3 tu kunci bontot belakang, ngan 2 kunci pintu depan. kunci spare tinggal 1 je. nak duplicate, bahaya pulak. kot² lah kan kalau orang tu dapat carik kereta saya pastu dia bukak kereta, laaaaaaaaaaaaaagi bahaya. (--")





jahat kan sape yang ambik kunci kereta saya tu. eee.. menyusahkan orang lain je. mesti dia bajet saya tinggalkan kereta, pastu nanti saya call towinglah tu. sebab tetibe je ada lori towing merayap² kat situ. hmmm musykil gak ni.





ada sorang member saya mintak saya pergi Burger King tu balik, suruh mintak permission tengok cctv. tapi, nape ntah saya tak tergerak hati nak pergi. ahhh!! boikot Burger King. menyesal pergi sana. T_T



pape pun, benda dah jadi kan. saya redha je. anggap je lah tu dugaan buat saya. maybe ada hikmah benda tu jadi kat saya. kalau tak pergi Burger King tu pun, maybe kunci tu akan hilang dengan cara lain pulak. Allah dah tetapkan benda ni nak jadi, maka, jadilah dia.. Kun Fayakun. 




waaaaaaahhhh nape panjang sangat entry niiiiiiiiiiii.. kompem takde sape yang nak baca. bhahahaha.. dah lah cerita merepek² je yang banyak. (--") okeylah. jari jemari dah penat menaip. tahun depan jumpa lagi. hihihihi.. macam lame je bila sebut tahun depan. LOL!!




tata.




#notakecik : belum pukul 12.00 am dah dengar bunyik mercun. @_@

Friday, August 10, 2012

kereta sakit kena bawak pergi klinik T_T

Assalamualaikum.


ye,lamenye aku menyepi..empat hari pun dikira lame ke?? (--") bolehlah..eh,penjawat awam dapat bonus ek semalam?? *buat² lupa


aku dapat bonus pun bukan dapat merasa bonus tu sebab kena simpan untuk bayar "ubat²" untuk kereta aku tu haaaaaaaaaa..haddooyyyyy~takpelah.dugaan nak raya kot..ke ada yang kate ni dugaan sebab aku banyak buat dosa??eh,terase ke??hakhak. *kelip² mata



biaselah kan kereta second memang camtu.. tapi, orang tu tak patut kena marah sebab aku yang pilih kereta tu. hikhik. cuma tu lah..kereta tu meragam pulak..asap putih berkepul² keluar dari bontot dia. banyak pulak tu.



aritu dah hantar repair orang kedai cakap problem kat........................ntah.aku lupe ape name menatang tu. oil valve??pe jadah ntah. dia cakap kalau jadi lagi mintak hantar kedai balik sebab takut ade problem lain..hmm memang puunnnnnnnnnnnnn..



tak tau lah kali ni problem ape pulak. semalam baru hantar kat kedai tu. so tak taulah dorang nak godek² ape pulak kali ni. mintak² duit tak banyak keluar kali ni. *pening



tak kisahlah dorang nak buat ape kat kereta tu yang penting, kena siap sebelum raya. camne nak merayap kalau takde kereta??takkan nak naik moto??iskk T_T



harap² pasni dah takde problem lah kat kereta tu. mane nak cekau duit lagi ni??orang yang pinjam duit aku pun tak pulang²kan lagi..banyak betul alasan bila mintak duit *emosional



ape aku merapu ni??tetibe pasal hutang pulak..ntah papelah aku ni. okeylah. selamat menjalani ibadah puasa ye.



tata~



#notakecik : tak sabar!!hihihihihihi~

Friday, December 2, 2011

kene pasang seat belt belakanggggg..

haaaaiii semuaaaa...


kereta aku kena pasang seat belt belakangggg sebab masa aku beli kereta tu memang takde seat belt..biaselah kan kalau dah kereta second hand ni banyak yang tak complete..terpaksalah buat sendiri semuanya..


semalam mintak cik abang pergi tanyakan kat Perodua Bukit Raja pasal appointment untuk pasang seat belt belakang sebab yang kat Meru dah tak amek servis tu..dorang suruh buat kat Perodua Bukit Raja..bila cik abang tanya kat Perodua Bukit Raja tu,dorang cakap situ dah full..maaakkkk aaaiiihhhhhh..


ramai betul yang servis kereta yeee??hueee..sampai full!!nasib baiklah cutomer service kat Perodua tu baik hati bagitau kat mane yang masih kosong..so,cik abang bagitau aku suruh call Perodua Subang Jaya plak..


aku terus call sebab takut full jugak..nasib baik ade kosong..alahaaiiii jauhhhnyeee nak pergi..tulahhh sape suruh tangguh²,kan dah kene pergi jauh²!! [marah diri sendiri]


takpelah,asalkan aku dapat pasang sealt belt belakang tu..daripada kene saman kaaaannnn..tak pasal² terbang duit aku nanti..so,appointement ngan Perodua 10 Disember..huhhh kene take note ni..takut terlupe plak..aku ni cepat lupa..kikikiki..


okey,dah masuk dalam reminder BB..pasni kalau lupa jugak memang kene ketuk kepala ngan cik abang aku..hew hew hew..


dah rehat,tapi malas nak makan..korang makan ape tu??selamat menternak lemak yeee..papai~


#notakecik : nak settle hal kawen cepat²!! ( _ _!!)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...