dah selasa!! dah selasa!! semalam saya cuti sebab ada urusan rasmi untuk diri sendiri. hihi.. sebab tu tak update blog. nak update blog kat rumah, broadband tak terbayar. kihkih.. boleh pulak terlupa nak bayar. alahai. sudahnya, tak dapatlah nak online. hmm.. online kat tab or handphone je lah gamaknyeeee.. [pejam mata angguk-angguk]
saya cuti semalam untuk urusan lain tapi dapat lain pulak. kuikui.. takpelah.. asalkan tak sia² cuti. sebenarnya saya punya kelisa a.k.a baby kelly [wahh nama nak gah] telah selamat terjual di kedai kereta. sedih sangat nak berpisah dengan kelisa tu. dah macam² buat kat kereta tu. uwaaa.. sedihhhhhhhhhh.. sob sob.. T_T
tak terniat pun nak jual. memang berat hati sebab dah terlalu sayangggggggggggg sangat sangat sangat. tapi keadaan memaksa. sebelum ni habis nak dekat RM2k untuk semua. aircond, enjin, accessories, rasanya bukan 2k tu tapi dekat 3k jugaklah. biaselah kereta dah lama kan, sebab tu kena banyak nak tukar. ingatkan lepas tu dah okey. pastu lama² tengok kat parking still ada leaking. alahai. terus bawak pergi bengkel, tanya berapa kos. pomen kereta tu cakap dalam RM400.. duit lagi?? tu baru suruh check je. nanti kang dia bukak² lain, ade lagi yang rosak pulak. tak sanggup den. sakit wei kalau tiap² bulan kena spend duit semata² untuk repair kereta. T_T
pastu tanya cik abang, "kalau nak tukar kereta okey tak??" cik abang pun ON je. dan² tu jugak kami pusing² carik kereta yang berkenan di hati. saya pilih kereta second hand jugak. saya tak beli baru sebab bulan² tetap akan mahal. hew hew. lagipun kalau kereta second hand, memang dah siap modified. kena pandai carik. kalau kereta baru nampak standard. puas kami pusing. cik abang pun jadi pemerhati. Alhamdulillah, akhirnya jumpa jugak kereta yang berkenan di hati. nampak masih baru lagi. dalam pun masih wangi macam kereta baru. maybe owner sebelumnya pandai jaga. :) cik abang suka sebab dah siap ada sport rim. yes, itu paling penting. :)
tak kisahlah kereta baru ke, second hand ke, yang penting bulan² saya mampu bayar.. jangan nanti ikat perut sebab nak bergaya. kan?? betul tak?? :) mungkin rezeki saya dapat kereta tu sekarang, mane tau rezeki saya lain kali terus angkat BMW. wahhhhh!! cita-citaku bila ntah nak tercapai. :p
tetibe rindu pulak kat kelisa. T_T
baby, i miss u so much!! :'( |
first time bawak kereta yang baru ni kekok sikit. nak brek pun dari jauh dah brek. HAHAHAHAHA.. serammmmmmmmmm.. dah macam orang baru dapat lesen naik kereta. rasa tak biasa. hihi.. tapi ni baru lagi kan memanglah tak biasa. nanti lama² maybe biasa.. :) harap² kereta yang ni takde problem lagi² kat enjin. tu ibarat jantung kepada kereta. kalau rosak, kita jugak susah.. (--")
bersyukur padaMU Ya ALLAH kerana permudahkan segala urusan kami dalam pembelian kereta yang sekarang ni. 2minggu je dah settle semua. ALHAMDULILLAH.. :) harap lepas ni ada rezeki lain pulak. heee.. tamak la pulak. heip heip!!
tata.
#notakecik : mood : HAPPY + SEDIH (--")
No comments:
Post a Comment