terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Tuesday, February 22, 2011

aku dah join faceblog..kau orang dah??



aku ingatkan menatang ape la faceblog ni..hahaha..kalau kau orang nak tau jugak,sila baca di SINI ye??

okey,tak boleh nak bebel panjang2..bos dah jeling2 tu..ngaahahaha..

tata..

*notakecik : sekarang ni semua tak boleh buat.. =_="

Tuesday, February 15, 2011

dulu maki,sekarang sayang

kalau dulu,kau pernah bermaki-makian dan berazam taknak amek tahu pasal orang tu..senang cerita,memang nak bermusuh lah..

tapi apakandaya..akhirnya kau tumpas!!sekarang,kau bersayang-sayangan dengan orang tu..ke kau dah berangkat2 [abang angkat??kakak angkat??adik angkat??] dengan orang tu??oppss!!

kemana2 je asyik dengan orang tu..berkongsi cerita dengan orang tu..bergelak ketawa..wahwahwah...ligat sungguh kamu..

teruskan dengan kegiatan kau..aku sekadar pemerhati dari jauh..dan saaaaaaangat jauh!!aku pasti,kewujudan aku membuatkan kau dan orang tu sakit mata..

aku dah tak kisah ape yang kau dan orang tu nak buat..mungkin ada 'perbincangan' yang kau dan orang tu buat kat belakang aku..yaaaa...aku tau..dari jelingan sudut sembilanplohdarjah tu aku dapat tau..tapi........hade aku kesah???

takpelah..mungkin kau dah serasi bersama dengan orang tu..aku ni sekadar di pinggiran..hanya dicari bila diperlukan..masa aku untuk mendengar luahan ketidakpuashatian kau sudah habis..sudah tiba masa aku mengundurkan diri..

perlu ke hipokrit dalam hidup??kalau tak suka tu,buat biasa2 je sudaaaahhhh...jangan nak maki-maki..nanti jadi sayang pulak..

okey,sekian..

*notakecik : aku suka giler bab2 memerli orang ni..eh??terase ke??ade aku kesah??ngaahahaha..i will respect people who respect me..

Monday, February 14, 2011

akibat beromen-romen..dapat balasan!!

weyh!tajuk tu agak menyeramkan..ngaaahahaha..aku ada story baekkkk punya..mesti kau orang cepat2 je klik nak baca story ni kan?

niat aku bukan nak mengaibkan sape2..err..actually,mende ni takde kaitan dengah orang lain la..ni antara aku,cik abang aku dan dotdotdot.....

bermula lah alkisaaaahhhhh....tayyyiiiibbbbb....

ahad bersamaan 13 Februari 2011, jalan2 dengan cik abang melepaskan tension pastu ada temankan cik abang pegi beli barang2 sikit..selalu memang cik abang je yang shopping..aku selalu shopping ngan adik2 aku kot??hahaha..poyo!padahal kalau aku shopping ngan cik abang,nanti cik abang yang kena bawak barang..kuikuikui..

okey,bukan nak cerita pasal tu..lepas siap beli barang,cik abang bawak pergi Tanjung Harapan..ahh..Tanjung Harapan pun boleh laaa..asalkan ada tempat yang sesuai untuk aku dengan cik abang nak beromen-romen..

errr..eskiusmeeeeeeee...kau orang jangan fikir bukan2 pulak..ni bukan beromen macam manusia2 yang kene tangkap dengan pegawai JAIS tu oke..beromen = ber"romance" lerr..ala2 nak romantik2 gituuuu...kihkihkih..

sedang asyik cik abang berjiwang2an ngan aku..dan sedang asyik kita orang bincang pasal mase depan [konon2 jeeee]..tiba2..aku rasa ada air jatuh kat kepala aku..

"awak,air ape nii??nampak tak kat kepala saya??" 

"air??mane ade pape??"

aku dah pelik.."panas2 macamni,takkan lah boleh ada hujan turun??lagipun,duduk bawah pokok..air hujan ke??bau pun semacam jeee??" aku ngomel sendiri..

cik abang terus pandang atas..

"eee..anak buruk kencing atas kepala awak..tu ada anak burung kat atas pokok!!kahkahkahkah.."

berdekah2 cik abang gelak..kuang asam punya cik abang..gelak2kan aku ye..kalau gelak slow takpe jugak..kuat kot dia gelak..nasib baik takde orang nampak..mentang2 la bukan dia yang kena!!ciss!!

anak burung ni pun satu..ingat kepala aku ni tempat buang najis kau keee??nasib baik anak burung..bau dia tak de la kuat mana pun..haiyaaa...baru nak beromen2 ngan cik abang...dah spoil kan keadaan..grrr...

dengan pantas aku terus bangun pergi ke kereta,amik tisu..lap2 banyak kali,tonyoh2 kepala aku tu dengan tisu..eeuuuhhh...nasib baik bukan taik burung..kalau taik burung,kompem aku nak sular burung tu kat situ jugak!!

hehh..nasib baik kita orang datang situ waktu siang..kalau waktu malam,alamatnye,kompem seluruh badan kena taik burung..sebab malam2 lah burung2 tu melepak kat pokok2 tu..hisyyhhh!!najisss!!

tu lah..kalau tak panas terik,takde lah kita orang berteduh bawah pokok tu..tapi,dah terpaksa..nasib baik kena memang time kita orang nak balik..ke burung tu memang nak halau kita orang??ngaaahahaha..

pengajaran kat sini,jangan beromen2 bawah pokok..BAHAYA!!oke,sekian..

-end-

*notakecik : terngiang2 lagu ni.."boleh pandang-pandang..jangan pegang-pegang..duduk renggang-renggang..bertambah sayang.."

Friday, February 11, 2011

Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011.

untuk kesekian kalinya aku telah di tag untuk join contest Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011..tenkiu kak Ayushida sebab tag saye..hihihi..contest ni adalah anjuran 2dayblogger..

Pencarian Blog Tercantik 2011
tarikh tutup penyertaan : 28 Februari 2011

haa..sempat lagi kalau kau orang nak join..tapi,untuk join contest ni,ada syarat2nye tau..bukan sikit..banyak la jugak..

aku punya blog ni tak cantik..so,aku suggest kau orang untuk join contest ni k..nape aku cakap blog aku tak cantik??hahahaha..memang pun..

pastu ada kriteria2 yang diperlukan untuk join contest ni..macam kat SINI..aku punye blog takde kriteria langsung kot??kihkihkih..

aku tau blog kau orang cantik..kan??kan??kan??pastu ikut syarat2 penganjur..kan??kan??kan??sebab tu aku mintak kau orang join..ngaaahahaha..

orait,kene tag 3 orang plaksss..aku nak tag mis twit..

okey,kalau nak tahu lebih lanjut lagi,just pergi kat SINI..k,good luck n tata.. :)


*notakecik : rajin pulak aku nak join2 contest ni..bukan menang pun..hihihi..

Wednesday, February 9, 2011

CUEPACS MAHU KERAJAAN WUJUDKAN GAJI MINIMUM BAGI PENJAWAT AWAM

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Cuepacs Isnin meminta kerajaan menetapkan gaji minimum bagi penjawat awam supaya mereka dapat menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata pada masa ini, gaji yang diterima penjawat awam terutamanya kumpulan sokongan, masih lagi berada di bawah garis kemiskinan RM720 sebulan.

"Contohnya bagi Gred 1 hingga Gred 16 dalam Kumpulan Sokongan II, permulaan gaji RM647, bawah paras gaji kemiskinan. Sekarang paling tidak mesti RM850 atau RM920, dan ini tak termasuk elaun, hanya gaji pokok.

"Kakitangan kerajaan sekarang ni, kalau ikut betul-betul gaji, memang belum sampai gaji minimum. Tapi disebabkan tambah elaun, maka sampai (paras gaji minimum)," katanya kepada pemberita selepas Bengkel Pemantapan Disiplin dan Integriti Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia di sini, Isnin.

Beliau berkata gaji yang rendah boleh mengakibatkan produktiviti pekerja terjejas terutamanya apabila mereka melakukan pekerjaan sambilan.

Justeru, Omar berkata kerajaan perlu menyemak semula gaji minimum bagi penjawat awam dan menyelaraskannya dengan sektor swasta untuk mengelakkan perkara melibatkan disiplin pekerja itu berlarutan.

Kali terakhir kerajaan membuat semakan gaji ialah pada Mei 2007.

Omar juga berharap Makmal Gaji Minimum yang akan berlangsung esok dapat mencari rumusan terbaik masalah gaji yang rendah di kalangan penjawat awam.

Makmal tiga hari itu yang akan berlangsung pada 8, 11 dan 14 Feb di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dijangka dapat mencapai kata sepakat berhubung cadangan penetapan gaji minimum sebanyak RM900 sebulan.

Mengenai isu Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang akan dimansuhkan Jun depan, Omar berkata bahagian kompetensi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini sedang mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi mencari bentuk penilaian baru yang sesuai berbanding konsep peperiksaan dalam PTK.

-- BERNAMA 

p/s : hasil penculikan dari SINI

 *******

aku setuju je kalau gaji minimum naik jadi RM900..sebab aku selalu mintak mak abah aku duit bila dah sesak2..sepatutnye aku yang bagi dia orang duit..ni dah terbalik pulak..haihh..tapi,jangan lah untuk gred 1 - 16 je..mane aci..huhuhu.. :(

semua penjawat awam memang senang je nak buat loan..tapi bila dah lulus loan,kene bayar plak..bila dah bayar,tolak itu ini,dah tinggal sikit..waduh2..boleh bikin serabut...huhuhu..

nak diikutkan,ramai jugak penjawat awam yang senasib dengan aku..maksudnye yang tinggal jauh daripada tempat kerja..alahaaai...dah la nak mintak tukar susah..pindah rumah??kirim salam la..aku rasa kalau duduk kampung tu lagi aman kot kalau nak banding duduk bandar..sekurang2nye aku dekat ngan family..boleh tengok hari2..kalau duduk bandar nak tengok ape??asyik2 tengok batu..kanan batu,kiri batu,depan batu,belakang batu..kalau duduk kampung,banyak jugak pokok..heee...tambah2 pulak,cost living kat bandar lagi mahal kot??ohhh tidakkk!!!

haisyh..disebabkan aku pilih untuk tinggal dengan family dan berulang-alik dari KLANG-KL,aku terpaksa lalu tol..walawehhh..belum minyak lagi..sebab tu belum akhir bulan,dah habis duit gaji aku..uwaaaa...

tol = RM5.40 (sehari) x hari bekerja.. [seb bek la gomen ni banyak cuti]
minyak = RM50.00 x 5 hari.. [tu baru kira untuk 5hari je..belum sabtu ahad..round sane,round sini..huhuhu..]

alasan ke semua ni??ohh!!bukan!!nape tak naik motor??hahahaha..malas nak cerita lagi..baca je la kat SINI

aku memang harap gaji naik..sebab barang2 semua dah naik harga..kalau semua nak naik so,gaji pun kene lah naik jugak kan??hmm..so,ape kate kau orang pulak??heee..

janganlah disebabkan pasal gaji naik ke,tak naik ke,masing2 nak gaduh2 ye..tak syok ar camni..hihihi..

okey,tak tau nak bebel ape lagi..tata..


-end-


*notakecik : aku rasa kain aku dah sendat..ohh!!adakah itu tandanya aku sudah gumukkkss??hahaha.. :p

Monday, February 7, 2011

minggu yang penat!

waaaaaa...serius minggu ni adalah minggu yang memenatkan..walawehhh..orang lain raya cina dok rilek2 je kat umah kot??err..ye ke rilek kat umah..ahhh..kau orang tu buat tahi bijih je..muahahaha..

ape kene ngan aku ni buang tebiat pepagi buta ni update blog..kan??padahal esok isnin..ek eleh..ape ade hal..esok aku cutiiiiiiii!!!! HARHARHAR...jangan jeles ye..aku nak balas dendam..sebab aritu akak2 ngan kawan2 kat opis tu dah cuti lame..aku pun nak cuti jugak..hihihi..

takpe la..aku suka cuti time orang tak cuti..ngaaahahahaha..sebab kedai semua bukak mase ni..kalau cuti mase aritu pun,susah..kedai banyak tutup..hahaha..sungguh bijak kepala otak ku ini..kihkihkih..

sok nak tido puas2 la..hihihi..boleh ke nak tido je manjang??kalau nak kene sebat ngan mak aku,cubelah kalau berani kan??kompem takde nyenyak tido aku..sepanjang mase je kena gegar pintu..hahaha..lagi2 abah aku tu..suke gegar pintu aku..seb bek tak roboh..

aritu cuti raya cina yang pertama,sempat pulak pergi jalan2 ngan cik abang kat TELUK KEMANG..hahaha..balik hari tuuu..memang letih yang amat!!pergi,aku yang drive..balik,aku drive sekerat jalan,pastu tak larat, mintak cik abang drive pulak..hehehehe..

ohh!!kat sana aku takde snap gambar k..sebab barang berharga simpan siap2..yela,pergi pun berdua je kan??kalau pape jadi ke,ade yang hilang ke,haaa..naya je..baik cegah sebelum terkena..hihihi..

balik je dari teluk kemang tu,terus kedebammmm tido krooihh kroihh atas katil yang empuk..wahhh!!sampai tak hengat dunia aku tido..tapi sebelum tido,dah mandi dulu k..takkan la tak mandi kan??tak pasal2 kang tetiba sok pagi badan aku jadi ikan duyung..ngaahahahaha..

haaa...tu baru teluk kemang..belum lagi kenduri kawen kawan aku..pastu kawan aku tunang pulak..ni mase hari sabtu tu la..kalau tak,lepas tu nak pergi umah cousin aku..tapi aku memang tak larat giler dah so aku surrender awal2..mak aku dah bebel2 dah kat aku tapi apakandaya..badan aku tak larat sangat!sorry mak..sebab tak follow aritu..huhuhu..

pastu siang tadi pergi anta adik aku yang lelaki tu balik UPM..seb bek adik aku,nani yang drive..kalau aku yang drive kompem masuk kebun..balik tu aku tak boleh tahan,aku bantai tido dalam kereta..hahahaha..padan muka kau nani,termangu sorang2..kahkahkah..

okey,disebabkan tido yang sekejap tu,aku jadi tak boleh tido pulak malam ni..haihh..epe ke hey nye la sampai tak boleh tido..padahal kejap je kot aku tido??entah..kepala dah biol kot??lantak la situ..yang penting aku tak gila k..

err..tetibe aku dengar bunyik something kat luar rumah..ohh!!kucing gaduh rupenye..syuuhh!!syuuhh!!g gaduh jauh2 lah..apesal aku rase lain macam ni weh??hagagaga..aku rasa,better aku try tido sekarang kan??eee..seram la pulak sorang2 je belum tido..isyh..okeylah,tata u olls..zzz...kroih..kroih..

-end-

*notakecik : entry ni memang takde gambar..malas aku nak upload..hahahaha...bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...