terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Monday, March 28, 2011

buang air besar tepi highway (",)

kau orang pernah tak,pagi2 perut kau orang meragam??memang sakit giler perut kau orang,sampai kau orang guling2..sampai kau orang rase nak tendang2 pintu..sampai kau orang rase nak gigit2 orang sebelah kau..waahhh!!dahsyat ek kau orang??kihkihkih..

huee..tu lah yang aku rase pagi tadi mase on the way nak pergi kerja..aku dah macam cacing je dalam kereta tadi..tu lah penangan sakit perut pagi tadi..

khonon2 nak mintak MC je tapi nanti kang bos cakap aku ni asyik cuti je pulak..minggu lepas aku dah cuti hari isnin..tak kan lah minggu ni nak cuti jugak ek??hishh..tak mo ah..so,tawakkal je la dalam kereta tu..

bayangkan dalam keadaan sakit perut tu,aku kena menghadapi jalan yang sangat jammed selama setengah jam??awww..rase nak terberry kat situ jugak!!!tak tahan beb!!dah hujung2 dah..tapi aku tahan2 je..haishhh...perit jugak nak tahan2 berry ni..uwaaa..nak menangis kat situ jugak..

beb,kalau berry keras takpe..ni tercirit beb..bayangkan mase tuuuu...eeeuuuhhh..stop!!jangan bayangkan..nanti kau orang muntah pulokkk...

memang mase tu aku dah tak tahan gila..aku terus stop kereta,berhenti tepi jalan,terus berry kat situ..lantak ape orang nak kate..bukan ade orang nampak pun..sebab aku tipu..sape suruh percaya..wakakaka..

ade gila aku nak berry kat  highway yang jammed tu wei..bikin malu sajaaaa...dalam sakit2 tu aku terus tahan..aku ingat nak terus sampai tempat kerja tapi kena tahan dalam 10 minit pulak..ohhh!!aku tak sanggup..lagi pulak dah hujung2 ni..pehh!!kang terberry dalam kereta pulak..wekkk!!!busuk ar kereta aku nanti..cesss..

terpaksa lah aku stop jap kat PETRONAS..punyalah aku pusing nak cari toilet..walawehhh..mase tu memang tak pandang kiri kanan..aku jalan pun dah terbongkok2 menahan dari terberry mase jalan..eeuuhhh...

"cepatlah..cepatlah..mane pulak toilet ni.." memang aku sumpah seranah mase tu..takde signboard toilet pun kat situ..tu yang kena pusing..hishhh!!padahal dekat je kot dari tempat aku parking kereta..bengkek je hati aku..nasib baik toilet kosong..boleh lah aku melepaskan hajat dengan senang hati..pehhh!!memang lega giler beb!kahkahkah..

tapi lepas dah buang pun aku still rasa sakit lagi..tapi takde lah seteruk mase sebelum buang..mak aih..memang seksa mase tu..

lepas tu aku boleh rileks2 pulak..padahal aku dah lambat masuk kerja..kahkahkah..lantak lah sane..yang penting aku datang kerja..bukan ponteng pun..lagipun aku lambat sebab sakit perut..bukan gedik2 nak datang lambat..

sampai opis je,member sebelah siap cakap "rossa,kenapa muka macam muka penat??" actually aku dah bagitau dia yang aku lambat masuk sebab sakit perut.. "yeke??macam muka penat ke??hihihi.." dia tak tahu aku punyalah bertungkus lumus meneran..kahkahkah..

dah,aku nak buat kerja..jangan muntah2 ye lepas baca entry ni..nanti kalau aku rasa nak terberry,aku bagitau..kahkahkahkah..okebai!

-end-

*berry : bahasa sopan untuk berak ;p 

*nota kecik : lepas berry,rasa lapar pulaaakkkk..cepat2lah pukul 1..nak makaaannnnn!!! T_T

Wednesday, March 23, 2011

pagi semalam langgar meow.... T_T

semalam??kenape nak cerita pasal semalam??ah,aku nak cite jugak!!semalam aku langgar meoww..wuwuwu...nak nangissss... T_T

story beginning..dah lah semalam bangun lambat..err..lambat ke?ahhh...lambat 5minit pun kira lambat la tu..haishhh...pastu sempat lagi tapau sambal kerang sebelum kuar rumah..aku tak tahu sape yang masak sambal tu sama ada mak aku atau abah aku yang masak,tapi yang pasti memang sedap gile babassss...kerang tu ibu cik abang bagi..aicehh!! [lempang jugak minah ni kang melencong tempat lain pulak..okey sambung..]

selalu kalau aku bukak pintu grill rumah,mesti anak2 meoww yang dua ekor tu akan meluru masuk lalu celah2 kaki sampai buat aku melatah..haihh..babap jugak meoww2 ni kang..tapi yang peliknya pagi semalam meoww2 tu takde pun..mane ntah meoww2 tu..membuta lagi kot..yela..hujan lah katakan..membuta sampai taik mata banyak melekat kat mata..

ahhh..ape aku heran,aku gerak je la pergi kerja..takkan aku nak pergi pusss pusss cari meoww2 tu pulak kan..masa dah kat dalam kereta tu aku dah rasa tak sedap hati..lepas baca doa banyak2 insyaALLAH takde pape la kot..gerak je la pergi kerja..

ngeengggg...ngengggg...bunyik kereta yang aku drive..err..bunyik kereta camtu ke??oke abaikan..yess.aku dah dapat lintas kereta kau..muaaahahaha..konon lah bangga kan sebab dapat melintas jalan sebelum kereta dari arah kiri sampai..*batak! 

sedang khusyuk aku mendrivekan kereta,tibe2..GEDEGANGGGGG!!GUDUNNGGG!!GUDUNNNGGGG!! [wahh dasyatnye bunyik!] makkkk!!astaghfirullahalazim,aku langgar meoww..serius aku dah cuak giler..rasa macam langgar orang je wei..uwaaaa...kenapa aku langgar meooowww... T_T

memang tangan aku shaky  giler wei..dah berjurai2 air mata aku semalam tau..uwaaa..meoww sape lah yang aku langgar tu..kesiannye..sorry meoww..aku tak sengaja..tu la..sape suruh tibe2 je melintas jalan..takkan lah tak nampak kereta aku??elok je ade kereta depan aku ngan belakang aku haaa...nape kereta aku jugak yang ko nak pergi?? T_T

aku tak dapat nak stop kereta sebab masa tu gerimis..lagipun gelap lagi,pukul 6.50 pagi..kalau aku keluar,aku nak parking katne pulak??aku pun dah rasa serba salah nak berhenti ke tak..last2 aku buat keputusan,aku teruskan perjalanan..aku takut kalau aku berhenti,aku akan menangis2 dan tak dapat nak pergi kerja..

meooww...sorry ye..jangan dendam dengan aku tau..wuwuwu..sorry sangat2.. T_T

balik kerja terus aku peluk2 meoww2 aku kat rumah..mintak2lah meoww2 tu tak mati dengan cara camtu..caaayang meoww cangat2.. :)

*notakecik : jangan salahkan aku atas pemergian "orang" lain.. T_T

Wednesday, March 16, 2011

Ular mati patuk wanita??hahaha..

"hahahaha.."aku dengar opismate aku yang dok sebelah aku ni tergelak2 sopan..aku dah pelik dah..apesal plak dia gelak2??musykil aku..

"kenape gelak??"

"cuba rossa tengok ni.." sambil tunjuk something kat pc..

rupanya2 nak tunjuk berita kat Kosmo Online..ular mati patuk wanita..macam pelik je bunyiknye kan??ular boleh mati patuk wanita??biasanya manusia yang mati sebab kena patuk ular..kenapa??tak percaya??haaa..meh aku bagi kau orang baca..


TEL AVIV - Seekor ular mati selepas ia menggigit payu dara seorang model wanita di Israel, lapor sebuah akhbar semalam.

Hasil bedah siasat yang dilakukan selepas itu mendapati reptilia tersebut mati akibat keracunan silikon.

Sebelum ini model wanita berkenaan, Orit Fox, menjalani pembedahan membesarkan payu dara dengan memasukkan payu dara silikon ke dalam badannya.

Insiden tersebut berlaku di sini baru-baru ini, apabila Fox diarah memegang ular itu dalam satu sesi fotografi. - Agensi 





hihihihi..lawak je..amboi2..gatai btol ular tu kan..tengok..kan dah mati..haishh..

yang model tu pun seksi sangat..agaknye ular tu terkejut kot tengok model tu punye "tut" besau sangattt!!kahkah..

okey dah..jangan gelak2 lagi..pegi sambung buat keje..

tata..

-end-

credit to HERE

*notakecik : bestnye kalau ada banyak duit kan?? $_$

Tuesday, March 15, 2011

gas reaktor nuklear meletup!!

sepertimana yang kau orang baca kat SINI..itu hanya sekadar rumors..tapi bagi aku,baik kita buat sebagai langkah berjaga2..sebab,hujan sekarang ni dah tak bersih..sedangkan makcik aku selalu pesan.."kalau hujan turun,tunggu 5-10 minit baru lah boleh redah hujan.." so,pikir2kanlah....

11 cedera gas reaktor nuklear meletup

FUKUSHIMA: Gas hidrogen di reaktor nombor tiga loji nuklear Fukushima Daiichi meletup pagi semalam, menyebabkan 11 cedera, tetapi tidak membocorkan radiasi seperti dibimbangi pelbagai pihak.

Insiden pada jam 11.01 pagi di loji nuklear yang terletak 240 kilometer (km) di utara Tokyo itu, berlaku dua hari selepas letupan hidrogen di reaktor nombor satu di loji sama yang rosak selepas Jepun dilanda gempa bumi mega dan tsunami besar Jumaat lalu.

“Kami berpendapat kemungkinan kebocoran radiasi berada pada tahap rendah,” kata Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano pada sidang akhbar mengenai perkembangan terbaru di loji berusia 40 tahun itu.

Tokyo Electric Power Co. (TEPCO), pengendali loji berkenaan, dalam kenyataan berasingan berkata, tujuh pekerjanya dan empat anggota tentera di loji itu cedera dan dihantar ke hospital.

Berikutan itu, syarikat itu mengarahkan semua pekerja berlindung dalam bangunan pentadbiran selepas letupan, tetapi paras radiasi didapati rendah pada 20 micro sievert sejam pada 11.44 pagi.

Letupan itu berlaku selepas TEPCO mengemukakan laporan kepada kerajaan semalam bahawa tahap radiasi di loji terbabit meningkat di atas paras dibenarkan dan tekanan dalam bekas kalis radiasi reaktor nombor tiga juga sudah meningkat.

Loji Fukushima itu ditutup sejak gempa bumi melanda timur laut dan timur Jepun minggu lalu tetapi beberapa sistem penyejukan reaktornya gagal berfungsi.

TEPCO sebelum ini mengepam air laut ke dalam reaktor, yang menyebabkan peningkatan tahap radiasi dan tekanan.

Perdana Menteri, Naoto Kan berkata, pihak terbabit berusaha keras menghentikan kemusnahan di loji nuklear itu daripada terus merebak.

Kelmarin pihak berkuasa mengesahkan tiga reaktor nuklear di utara Tokyo berisiko menjadi terlalu panas dan mencetuskan kebimbangan kebocoran radiasi.

Jurutera bertungkus lumus menyejukkan teras reaktor yang musnah itu. Jika mereka gagal, bekas kalis radiasi di bahagian induk akan cair atau meletup, membebaskan bahan radiasi di udara.

Berikutan krisis nuklear itu, negara ketiga ekonomi terbesar dunia itu berhadapan dengan insiden terputusnya bekalan elektrik dan syarikat pengangkutan awam di Tokyo turut terhenti akibat tiada bekalan berkenaan.

Badan penyiar NHK memetik pegawai polis berkata, lebih 10,000 rakyat dikhuatiri mati di sepanjang pantai yang turut memusnahkan pekan di sekitarnya.

“Saya mahu percaya masih ada yang selamat,” kata Masaru Kudo, tentera yang dihantar ke Rikuzentakata.

Kyodo berkata, 80,000 orang sudah dipindahkan dari 20 kilometer di sekitar loji nuklear itu menyertai 450,000 lagi penduduk dipindahkan dari kawasan gempa bumi dan tsunami di timur laut Pulau Honshu itu.

Hampir 2 juta penduduk tiada bekalan elektrik pada masa sama cuaca terlalu sejuk di utara manakala kira-kira 1.4 juta penduduk tidak mempunyai air bersih. – Reuters 

INFO: KESAN RADIASI NUKLEAR KEPADA MANUSIA

Pendedahan radiasi berukuran 100 Rems akan merosakkan sistem peredaran darah menyebabkan sel limfosit darah akan berkurangan. Simptom awal selesema.

Pendedahan kepada radiasi berukuran 200 Rems ke atas menyebabkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang mengakibatkan mual, muntah dan cirit-birit. Pada kekuatan ini, radiasi boleh menyebabkan kerosakan saluran peranakan.

Radiasi nuklear berukuran 1,000 hingga 5,000 Rems mengakibatkan kerosakan kepada pembuluh darah dan boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi dan kematian.

Pendedahan langsung kepada radiasi berukuran lebih 5,000 Rems akan menyebabkan sel otak rosak, selain membunuh sel saraf dan merosakkan pembuluh darah dalam jantung.

Dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif boleh merosakkan sebahagian atau seluruh bahagian kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

Menurut data kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukkan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan berdepan risiko jangka panjang seperti leukemia dan barah limfoma.


 


huisyhh..dahsyat sungguh!!bersyukurlah kita yang duduk kat Malaysia ni..semoga kita sentiasa dilindungi oleh-Nya..AMIN..

credit to HERE

Monday, March 14, 2011

just forward message..

aku dapat message kat FB..aku rasa kau orang pun dapat jugak..so,be carefull k..
"A nuclear power plant in Fukumi, Japan exploded at 4:30 AM today. If it rains tomorrow or later, don't go outside. If you are outside, be sure that you have rain protectors. It's acid rain. Don't let it touch you. You may burn your skin, lose your hair or have cancer. Please pass, stay safe and remind everyone you know.."
*notakecik : nasib baik aku naik kereta..huhuhu..sekarang musim hujan..hmm..semoga ALLAH lindungi kita..AMIN.. 

Friday, March 4, 2011

Di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita..

ohh!!aku bukan alim ulamak yang bijak berkata2..aku sekadar berkongsi tentang apa yang aku rasa boleh dikongsi..hmm..okey,aku nak share yang ni..ape pendapat kau orang?? :)




Pengkebumian jenazah dalam Islam adalah tatacara terakhir selepas mayat dimandikan, dikapankan dan disolahkan..
Yang hendak di utarakan ini pasal musibah kematian pelajar2 kita di luar negara khususnya di US, hatta ada juga ibubapa pelajar sendiri yang meninggal di sini tatkala mereka datang untuk meraikan commencement kejayaan anak2 mereka, ditakdirkan Allah meninggal di Amerika..
Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain, misalan kampungnya. Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, hatta sebelum diterbangkan, mayat itu akan tersimpan berhari2 di rumah mayat [mortuary]. Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat..

Berbalik cerita di US ini. Kita menyiksa mayat sebenarnya. Kita nak ambilnya untuk di kebumikan di Malaysia kononnya kasih kita padanya..

Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal [US lah!]. Itulah kasih sebenarnya, hatta mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal.

Sudahlah semasa hidup banyak melakukan maksiat, hatta pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah..

Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah..

Orang Melayu selalunya bersifat sentimental tidak kena tempat. Mengapakah mesti kita bawa dia [mayat] pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya. Jika dia milik Allah dan kini dia telah dipanggil oleh Allah, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah..


Bila nak bawa balik ke Malaysia, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, iaitu, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan, katakanlah dari Nebraska ke Los Angeles, maka mayat itu akan disedut segala cecair dalamannya. 

Peraturan penerbangan Amerika [dia kafir mana dia tahu!] ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering [kononnya on medical ground]. Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat..

Tidakkah ini suatu siksaan pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu di kebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang. Adakah kita anggap mayat itu barang angkutan?

Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh2 kerana Allah S.W.T, kerana jika si mayat itu dikebumikan di US bukan sahaja belanja penerbangan beribu kita selamat, malah yang lebih penting mayat itu akan segera dikebumikan di US dan dia tidak perlu disedut apa2..


Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya ada waris2 yang berkata, "Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini di Amerika..?!" Kita kena faham, kemuliaan mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam kubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya..


Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung.. Kalau nak syarah lebih2 perkara2 seperti ini kepada ahli2 waris disaat2 mereka sugul dan sedih itu terasa serba salah juga, maka di saat beginilah mungkin boleh kita utarakan. 

Orang kita kalau pasal nak mati di Mekah, bukan main berazam lagi. Memang tidak salah, tetapi kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2 Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, Insya'Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah..

Orang Islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah S.W.T dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, Insya'Allah..

Marilah kita sama2 ambil iktibar..

Wallahua'lam bissawwab..



*notakecik : renung-renungkan..

Tuesday, March 1, 2011

dari DIA kita datang..kepada DIA kita kembali..

tanggal 24 Februari 2011 bersamaan hari Khamis malam Jumaat,ayahanda kepada cik abang aku telah kembali ke Rahmatullah..

sedih..memang sangat sedih..even arwah bukan ayah aku,tapi,aku tetap sedih..tersangat2 sedih..aku follow cik abang aku balik kampung dia sebab arwah dikebumikan kat kampung sana..

semoga cik abang dan keluarga tabah menghadapi ujian ni..semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..AMIN..AL-FATIHAH..

notakecik : sebak hati..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...