terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Tuesday, October 16, 2012

MUFFIN COKLAT

masa majlis tunang adik saya aritu saya ada buat muffin coklat.. sebenarnya bukan pernah dan tak tahu buat pun, tapi mengada² gatal tangan nak buat. entah sedap ke tak rasa muffin tu tak tahulah kan sebab lidah orang lain²..:p




okey, saya letak sini bahan² dan cara² nak buat muffin coklat. kalau ada terkurang dan tetibe korang buat tak jadi tu maaf ye. hehehh..



Bahan A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/4 cawan serbuk koko
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil soda bikarbonate
  • 3 sudu teh nescafe
  • sedikit garam

Bahan B
  • 2 cawan gula kastor
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair (atau susu segar)
  • 3 biji telur
  • 1-2 sb oren / blackcurrant Sunquick

Bahan C
  • 3/4 cawan air panas
Cara-Cara:-
  • Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi.
  • Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
  • Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.
** Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata. 
** Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 150 C selama 15 minit




haaa camnilah ghope muffin tu.. :p


saya ni kedekut sikit sebab tu tabur hiasan tu sikit je. hahaha.. actually nak jimat, sebab saya beli menatang tu sikit je.. so nak budget² bagi cukup. kalau nak nampak cantik dan sedap, tabur banyak² pastu letak coklat cip sekali. :)




actually, saya nak simpan muffin tu dalam plastik je tapi macam tak cantik pulak.. dan takut hancur. so saya tukar plan isi dalam bekas dadih tu. dulu masa buat dadih, saya pernah carik bekas ni kat Tesco tapi tak pernah jumpa bekas yang kecik. kalau ada pun yang besar je. pastu saya ajak cik abang pergi pasaraya ANK dekat Meru, dekat dengan rumah mak, nasib baik ada.  :)

 

nak cerita pasal mini muffin pan kat bawah ni..



kat Econsave harga pan ni RM13.90 je.. tapi kat Tesco RM16.90.. mahalllll.. aritu beli 1 je kat Econsave pastu rasa macam lambat siap so pergi Tesco nak beli lagi 1 sebab kebetulan nak beli barang lain. sekali tengok harga RM16.90. mak aihhhh.. tapi.. tapi.. tapi.. terpaksa ambik jugak sebab dah malas nak singgah². menghabiskan minyak kereta je kan.. (--")




baik shopping kat Econsave je lagi murah. tetibe rasa menyesal. @_@"





#notakecik : arini kursus. best!! :)


5 comments:

Siti Salha Rosman said...

Bestnya. Saya selalu buat yang ready made je, cuma tambah air. Hehe.

Cik Mashi said...

kak.. meru tu area meru kapar ke klang?? sbb nk gk beli bks muffin tu nti utk wed.. :D
salam kenal dri cik mashi ye.. :)

✿....rossa alina....✿ said...

salha : awak dah pandai buat kek..xpe..ni baru nak try buat guna cara yg remeh..hahahaha..

mashi : meru kat klang..lebih kurang je tu sbb kedai tu kat jalan limau..n xsure dia jual banyak ke x tp sy suka beli kat kedai tu..hehehehe.. :)

Siti Salha Rosman said...

Hehe, tapi cam best je buat sendiri. Nak try jugak la. Sekali adun ni dapat berapa biji kak?

✿....rossa alina....✿ said...

salha : not sure la sbb ikut brape banyak isi..tapi akak buat ade dalam 60 biji camtu la..hehehehe..