terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Friday, August 30, 2013

hutang

Assalamualaikum..




macam biasa, tengah bosan. bile ntah tak bosannya. asyik bosan je memanjang. kikikiki.. nak keluar tapi takde transport. ye la cik abang kan hantar saya pergi kerja. saya dah malas nak meredah jem kalau naik kereta. membazir masa dan duit. heee.. bukan ke berjimat cermat tu perkara baik?? :p




yelah, saya sedar saya bukanlah kaya sangat. hidup sederhana je dan sekadar yang mampu. kalau ikutkan keinginan, memang selera saya ni tinggi tapi saya kena berpijak di bumi yang nyata. takkan nak jadi orang tak sedar diri pulak?? gaji pun bukan banyak. cukuplah untuk menampung semua. Alhamdulillah..




ingat ye, kalau rasa diri tak mampu nak beli sesuatu barang, baik jangan cari penyakit. bukan tak boleh, tapi perlu ke barang tu?? nanti beli kang tak diguna. kalau beli sekadar nak menunjuk je baik tak payah. heyyy tak perlulah semua tu. jangan sebab nak menunjuk kat orang lain, korang sanggup buat loan banyak² untuk kepuasan diri sendiri. at last korang kena tanggung hutang banyak². untuk masa akan datang korang nak bagi family makan apa?? pernah terfikir tak?? sekarang memang senang. akan datang camne pulak??





personal loan. bukan tak boleh nak ambil. tapi kena fikir loan tu untuk apa. jangan buat loan semata² untuk beli barang yang bukan kekal. contoh : handphone. handphone tu kan cepat rosak. alahai. membazir je wei. kalau buat personal loan untuk beli kereta cash, takpe kot. tapi kalau dah buat personal loan pastu hutang kereta lagi bulan² tak ke rasa membebankan?? kalau bulan² tu sikit n korang mampu nak bayar, takpe. kalau personal loan bulan² bayar banyak pastu loan kereta pun banyak sampai habis gaji memang korang carik penyakit. gaji sebulan pun cepat habis ada hati nak ambik personal loan ke?? alamakkkk.. camne korang manage kewangan ni?? tapi kalau boleh, elakkanlah personal loan tu. :)





PTPTN. dah habis bayar ke belum?? saya belum. hihihihihihhi.. sebab tulah termasuk dalam wishlist saya. saya berkira² jugak ni bilalah nak habis bayar PTPTN. dah lah selalu skip. :p dengar cerita ada yang taknak bayar sebab interest tinggi. tinggi ke?? amboi, kereta sebulan RM600 - RM1000 boleh bayar takkan PTPTN sebulan RM100 ++ tak boleh nak bayar?? alahai alahai. nampak tak yang korang tengah berkira?? baik bayar wei. sebab semua tu dah masuk dalam perjanjian masa korang mula² nak amek loan PTPTN tu. ke dulu korang main sign je?? (--")





rumah sekarang ni mahal kan?? saya tengok banyak betul rumah baru tapi kosong je. takde yang nak beli sebab kena beli atas orang. bukan beli masa rumah tu baru naik tiang. setahu saya kalau rumah tu baru nak buat murah sikit kalau nak bandingkan rumah yang dah siap. saya pun rasa nak beli rumah tapi saya rasa baik saya duduk rumah yang mak mentua saya bagi tu je, means rumah yang saya duduk sekarang. tunggulah nanti kereta dah habis bayar, barulah fikir pasal rumah. rumah tu aset wei.. daripada beli kereta mahal² baik beli rumah. hihihi..





bil. disamping korang nak buat semua yang kat atas tadi, korang terfikir tak bil² korang?? bulan² pun kena bayar jugak tau. kalau tak bayar elektrik, apa guna ada rumah?? kan?? hikhik. senang cerita, sebelum buat pape, korang kiralah segala mak nenek hutang piutang korang tu dulu barulah beli pape yang korang nak beli. jangan main beli je sampai kereta tak berbayar at last kena tarik. haaaa tak ke lagi carik penyakit??





nak cerita pasal kereta, rumah, motor, bil semua tu memang takkan gabis. banyak nak kena fikir. kalau nak beli rumah nanti nak kene fikir kos baiki, kos mengecat, beli sofa, meja makan, dapur masak. haaa makanan kat dapur pun nak kena fikir jugak. takkan nak bagi family makan habuk kayu?? kan?? senang cerita, janganlah nampak rumah tu sebijik je. kena fikirkan yang dalam²nya sekali. tu yang saya bagitau tadi, sebelum beli sesuatu kena kira segala mak nenek hutang piutang. kalau ada lebih, baru boleh beli. jangan suka sangat carik penyakit pastu menyusahkan orang lain.





lagi satu, jangan suka sangat pinjam duit orang. kalau nak pinjam sebab terdesak sangat tu terpulanglah. tapi janganlah biasakan diri meminjam. pastu buat dek je taknak bayar. orang camni memang kena campak dari bangunan tingkat 500. kadang² orang yang kena pinjam tu segan nak mintak, so, korang kenalah ingat sendiri. jangan nak buat² lupa pulak. nanti orang dah tak percaya kat korang, pastu korang memang betul² dah terdesak, habislah korang dah tak boleh nak pinjam. padan muka.




dah. sampai sini je dulu. lain kali sambung. penat tau taip dari rehat sampai nak dekat balik ni haaa.. penat perah ayat. kahkahkah. okey, selamat berhutang, eh bukan. selamat "manage" kewangan. :)


No comments: