terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Monday, August 12, 2013

[DEKORASI] dapur in progress 4

Assalamualaikum..



wahhhhhhhhh banyaknya update entry hari niiiiiiiiiiiiiii.. tu lah, dah lama tak update, sekali update, hamekau. baca je lah sampai bernanah mata. okey, entry ni nak update pasal progress dapur. dah masuk 4 episod dah ni. ecewah nak episod bagai. ape ingat ni cerita Setia Hujung Nyawa?? eh, cite tu dah habis, takde kena mengena.





bersempena nak raya haritu, abah berusaha jugak siapkan dapur. even bukan 100%, tapi dapatlah jugak ghope dapur tu camne.. so kalau korang tengok gambar nanti jangan tercekik kuih raya pulak sebab terkejut tengok dapur saya yang yang yang. em, tak tau nak describe camne. tengok je lah camne rupa dapur saya tu.

sinki yang bakal dicabut nyawanya
keadaan lantai sebelum disimen. masih berpasir. :p

oh abah!! (T_T)

dua hari sebelum raya abah usaha jugak untuk menyimen lantai dapur tu. Alhamdulillah, siap jugak simen. tiles?? tu nanti²lah. tunggu ada budget. banyak nak guna budget ni wei. buat dapur pun nak habis dekat RM2k. kena kumpul lagi ni.






ni lah keadaan dapur lepas dah dikemas. kemas ke camni?? hahahaha.. kabinet belum ada. ye barangnya bersepah². tikus pun rajin masuk sebab pintu dapur belum ada. eeeee sakit pulakkkk hati kite.




cat?? tu projek lainlah.. haaaa yang tu kena tunggulah. sementara ni undercoat dulu. sebab tu lah kat dinding ada yang dah cat n ada yang tak dicat. belum finishing lagi ni. yang takde cat tu nak letak tiles. abah ni seorang yang teliti. sebab tu nak siapkan dapur pun ambil masa yang lama. kalau tak buat betul², nanti takut tercabut balik. sementara belum pasang tiles kat lantai, kami pasangkan tikar getah je. takpelah. asalkan boleh dipijak. lagipun, lantai tu masih simen kasar. abah cakap, kalau nak pasang tiles tak boleh simen halus nanti tak melekat.




meja makan tu kami letak kat dapur sebab saya rasa macam ruang dapur tu besar. nasib baik muat. kalau nak biar kat ruang tengah memang tak muat sebab ada peti ais. tapi tak taulah nanti camne kot² kami berubah fikiran nak letak meja makan tu kat ruang tengah balik ke kan?? :p




dapur ni belum 100% siap. jangan pulak korang nak kutuk². taulah dapur korang cantik. emmm.. [tetibe nak sentap]  tu je kot cerita pasal dapur. kalau nak tengok gambar dapur saya sebelum jadi yang macam sekarang ni boleh tengok kat SINI, SINI, dan SINI. nampak sangat perbezaannya. kan??




okey, selamat berkongsi. :)


No comments: