terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Showing posts with label dekorasi. Show all posts
Showing posts with label dekorasi. Show all posts

Thursday, July 24, 2014

[DEKORASI] dapur in progress 5

Assalamualaikum..




okey, kali ni baru ada kesempatan nak update entry. cadangnya nak buat semalam tapi semalam busy sangat sebab tetibe ada keje jatuh dari langit. dapat bayangkan kerja yang jatuh dari langit tu tak? ditambah pulak dengan sakit hati ni haaa.. nak cerita, tapi tu lain kalilah saya cerita yee. entry ni nak cerita pasal dekorasi je. :p




sebelum tu, tengok gambar² kat entry INI dulu. kalau tak tengok, camne nak tau perkembangan terbaru. kan? tu pun kalau korang nak tengok. taknak tengok ye takpeeee.. tak paksa pun.




okey, meh nak belanja gambar sepanjang progress dapur kali ni. pasang tiles!! amboi kenmaen ko kan alin, nak tiles² bagaaaiii.. mihmihmih.. abah saya yang pasangkan. nak upah orang lain pasang memang kami tak mampu.. ni pun rasa serba salah jugak nak mintak abah pasangkan. nasib baik abah nak tolong jugak. sayang abah lebih lah camni. muehehe..





pasang tiles pun amek masa 3 minggu. almaklumlah abah buat sorang² je. pastu bulan puasa pulaknye. kesian. mesti letih sangat. T_T Alhamdulillah siap jugak pasang tiles kat lantai dapur. haaa lantai dapur je. bawah kabinet tu belum siap sebab saya cadang nak pakai tiles warna hitam. tu pasang lepas raya je lah. asalkan lantai dapur dah siap pasang. selesa sikit nak pijak lantai. hehe.. :p eh eh eh abaikan barang kat bawah tu. lalalalala~






okey, gambar bawah cerita pasal cat pulak. yeee.. penat kooo nak mengecat lagi. dah lama tak main ngan cat ni. saya pun tak tau okey ke tak warna cat tu. saya main pilih je. asalkan cat. lantakkkkkkkk.. lagipun kat dapur je. belasah je lah warna pape je pun.


SEBELUM



SELEPAS



gambar bawah ni, sebelum letak peti ais. nampak tak peti ais kat sebelah tingkap tu? ko dapat bayangkan tak ktorang alihkan peti ais dari situ nak ke tempat yang sekarang??



haaa kat sini [tengok gambar bawah]. dapat bayangkan tak?? dah lah saya je yang alihkan. sakit kaki, sakit tangan, sakit pinggang. adoi doi doi.. nasib baik dapat alihkan jugak. nampak tak yang ktorang ni gagah?? kihkih.. :p




okey, aritu pergi Ikea lepas buka semata² nak beli rak yang kat gambar bawah ni. sempat sangat kannn.. sanggup pecut laju² sebab nak cepat sampai. nasib baik jalan tak jammed n tak ramai orang kat Ikea. dapatlah kami shopping dengan suka hati.. eh, masa shopping kat Ikea, terjumpa ngan cik epal blogger tu. dapatlah borak sekejap. gambar? nan hadooo sebab saya tengah selekeh. kahkah.


 

yelahhh.. mampu pakai rak ni je. mane mampu nak pakai kabinet dapur cantik² macam uols. jangan tengok stok makanan tu. memang sikit je. yang lain letak kat almari kecik sebelah peti ais tu. kalau letak semua makanan kat rak tu kang habis kena makan ngan cik titi. (--")




okey tu je dapat cite pasal dapur. tunggu entry lain jap g. ade nak story pasal dekorasi lagi.. ehhh.. esok kot. ke lepas raya. miaahahaha.. tak payah tunggu lah senang. kalau ada, ada lah. kalau takde, takde lah. :p




tata.



Friday, July 11, 2014

[DEKORASI] dressing table

Assalamualaikum..





okey, baru ada kesempatan nak update pasal dressing table yang tak macam dressing table ni. dressing table ke?? boleh lah kan kalau nak kata dressing table sebab memang macam dressing table jugak pe. kahkah. cerita putar belit tul ko ni alin. lantaklah nak kate mende ni ape. dressing table ke, dressing table ke, dressing table ke.. same jugak sebab memang taip dressing table 3 kali. LOL!!





okey, kat bawah ni gambar sebelum tukar kepada dressing table yang baru. meja tu rendah sangat. kalau nak amek pape kena buat senaman perut. tunduk² amek sikat. pastu amek krim muka. pastu amek bedak. pastu amek eyeliner. pastu amek lipstik. pastu tak kempis² jugak perut ni. makin boncet lemak adeee..





haisshhh.. janganlah tengok barang² yang bersepah tu.. memang buat semak mata pun.. almari kecik yang pink tu sekarang dah takde sebab dah tukar dengan rak. eh, boleh tengok kat SINI.





sebenarnya bukanlah dressing table pun.. cuma beli almari tiga laci ni kat IKEA.. mesti korang tau kan almari ni buat isi ape. ehhh betullah tu, buat isi baju. tapi saya beli buat dressing table. puas sikit nak simpan barang² make up saya tu haaa.. nak kate banyak pun, jap, banyak ke? tapi macam bersepah je. kalau dah bersepah tu maknanye banyaklah kan?? tapi, saya tengok macam sikit je. kihkih..



saya dah kepenatan shopping dari awal pagi sampai petang. pegi IKEA awal sebab taknak jalan jammed. lagi satu senang nak dapat parking. muehehe..


\/


\/


\/


\/


\/


\/


\/


\/


\/


\/


\/





kecalaran, kebalaran. kesekian keterimakasihan. *nangis. sedalam² luka pada almari, dalam juga luka dihatiku. ecehh.. hm, takpelah. redha je. T_T






akhirnya siap jugak. cermin tu pun beli kat IKEA jugak. kalau tak, saya nak beli yang lain, tapi takde pun cermin tuuu.. hm, bolehlah pakai cermin ni. nampak moden gittewww.. hikhik.



okey tu je. tata. :)

[DEKORASI] PROJEK RAYA

Assalamualaikum..




hai.





dapat bagi ni je.



#abaikankotoranyangkelihatanitu


tata.


Monday, July 7, 2014

[DEKORASI] RAK BAWAH TV (MASTER BEDROOM)

Assalamualaikum




haaiii lamenye tak update pasal dekorasi. rasanye entry ni bukan pasal dekorasi sangat pun. cume cite pasal rak je wei. kihkih. almaklumlah baru je shopping kat Ikea minggu lepas dengan adik. puasa² pun larat nak jenjalan dalam tu. mulut je puasa, mata kaki tangan semua tak puasa. daripada nak beli rak, habis macam² yang di ambiknye. nasib baik beli rak jugak even rak yang nak dibeli tu takde. :p




okey nak belanja gambar jap. heee..



nasib baik sambar jugak skru² ikea tu sebab dah kehabisan skru. hehe.. eh eh eh abaikan frame. lupe nak simpan hahahahaha.. :p


tak tau nak taip ape kat gambar ni. (--")


jenuh jugak nak adjust ukuran ni. sampai senget². terpaksa buat lubang lain. nasib baik tak nampak kecacatan kat dinding bila dah pasang rak tu. :D


ukur pakai ni pun boleh senget. menda tu tak centre pun. patutlah semua barang kat umah ni senget² je. hihihihi.. LOL!!


baru lepas tebuk, kena sumbat getah tu pulak. barulah skru tu melekat kat dinding n rak tu. kalau tak pasang getah, memang tak melekatlah nanti.


dah boleh pasang skru.. drill drill drill.. hehehe..


dah siaaapppppppppp!! senang sikit nak cas handphone, boleh letak handphone kat situ. selalu handphone kat atas lantai je n selalu saya terpijak. kesian handphone. kalau handphone tu fleksibel mesti nampak bentuk tapak kaki saya. T_T. saya selit wayar tu camtu. nasib baik boleh. wayar Astro berselerak. malas nak kemaskan. lalalalalala~~





okey tu je. tata. :p

Wednesday, February 26, 2014

[DEKORASI] rak bilik mandi

Assalamualaikum..




hai. lame tak buat entry pasal dekorasi. ni baru nak buat sebab tengah bosan. :p jom update blog. :)




sebenarnya nak cerita something pasal kabinet cermin yang saya pernah beli kat ikea tapi takde gambar pulak nak tunjuk. so cerita je lah ye? hikhik. ni saya letak gambar yang ada kat entry sebelum² ni.



saya ade beli kabinet cermin ni, memang dah siap pasang pun. bila dah pasang kat bilik mandi mak aihhh gedabaknye.. penuh bilik mandi. habislah terkena air. kalau dah kate terkena air, faham² je lah ape yang jadi. kembang oooiiii.. frust!





pastu kami pun pergi kedai yang kami pernah beli sinki dulu, eh jap, saya takde cerita kat sini kot. saya pun tak ambik gambar kedai tu sebab dorang tampal notis tak boleh amek gambar. hiiii..




rak kaca tu lah yang kami beli sekali dengan tempat shower gel n syampu. kalau letak shower gel n syampu dalam tu senang. kalau tekan² kat botol nanti takut rak kaca tu makin ke bawah pulak. kalau dah rak tu je yang ada mestilah nak letak botol shower gel n syampu kat rak tu kan? 





tinggi betul rak cermin tu kan? nak pasang kat tiles tu tapi tak ngam pulak. nak lubangkan tiles rasa sayang. nanti cacat tiles. haha.. :p




okey tu je. tata.

Thursday, January 30, 2014

[DEKORASI] tagging²

Assalamualaikum..





hai uols. hari ni bosan sangat sangat sangat sangat sebab tu rasa nak update blog. hari ni close account so kerja dah siap pagi² lagi. pastu petang dah tak tahu nak buat ape dah. esok cutiiiii.. yahuuuuu.. em em emmm nak pergi mana ye? takkan duduk rumah je kan? bosanlah.





entry ni nak story pasal tagging². mengada sangat kan nak buat tagging². kat rumah sendiri je kottt.. hiiii.. sebenarnya masa saya buat tagging² ni untuk buat kat pantry opis saya. saje main print² kat rumah. nampak macam comellah pulak. amek je lah yang saya print tu tagging kat rumah sendiri. hahahaha.. untuk opis print lain. :p




sebelum tagging..









lepas tagging..





kat rumah saya takde milo. tapi saya print untuk milo pulak. hahahaha.. membazir je. takpelah simpan dulu. manelah tau nanti beli milo pulak kan? tinggal tagging je lah nanti. :)





saya tagging ni pun sebab saya risau tertukar amek tepung. almaklumlah ade dua jenis tepung kat dapur saya tu. tepung jagung dengan tepung gandum. sampaikan saya kena sorok tepung jagung tu kat rak lain. bila dah tagging camni takdelah risau lagi. alang² tu saya tagging semua sekali yang ada. :)





uols punye dapur camne pulak? ada buat tagging² macam saya tak?? :)





okey tu je nak cite. tata. selamat bercuti. :)





**UPDATE: disebabkan ramai yang bertanya kat mana saya dapat template tu, korang boleh download kat SINI.. selamat bertagging!! :)

Tuesday, November 26, 2013

tempat simpan tudung #DIY

Assalamualaikum..




hai hai haiiii.. rindu kat iolls tak?? mesti rindu rinduan kan?? lame gilos iolls tak hapdet belog tau. catat rekod jugak kot bulan paling sikit hapdet belog. aum aumm.. petang ni rajin sikit nak update entry.. daripada tercongok tak buat pape, meh update entry satu. hikhik..





entry sebelum ni belanja satu gambar je. haaa entry ni nak belanja banyak banyak gambar. eh macam banyak sangat kan padahal berape kerat je. :p saya nak share tempat simpan tudung. sebelum ni saya memang lipat kat almari tapi macam susah je nak amek bila nak pakai [sorry takde gambar]. alah lebih kurang camni..

shawl
 
pastu saya gantung tudung ikat hujung kat hanger macam kat bawah ni.

serabutttt

saya simpan inner pulak kat dalam bekas ni. beli kat DAISO.


inne


pastu kan bila tengok lama² rasa macam "pening arrr!!" serabut mata iolls.. kalau korang tengok pun rasa macam nak crop je gambar ni kan?? boleh ke?? boleh ke?? :p then saya pun google² sampailah dapat cara nak simpan tudung dengan kemas.. ape lagi, so saya pun mulakan proses men 'DIY' kotak tempat simpan tudung.. nak beli macam rugi je. jadi, ape kate kite DIY je.. jimat pun jimattttt.. hehehe..



saya buat sendiri kotak tu.. percaya tak?? percaya tak?? bila dah siap baru ingat nak snap gambar. lalalala.. korang carik je lah cara nak buat kotak ye.. alah korangkan pandai buat kotak.. heee.. :p


saya letak salotap kat setiap tempat nak balut kotak tu sebab taknak bagi nampak gelembung. lupa nak beli double tape. pakai ni pun bolehlahhhhhhhh.. (--")





mula² balut bahagian ni dulu..








.











.











.















.













ehhh tetibe dah siap.. HAHAHAHAHAHAHAHA.. lupelah nak snap gambar. jangan marah ye.. kalau korang nak tengok cara² nak buat camtu, try tengok kat SINI. saya punya cara bungkusan lain.. better korang ikut macam yang entry tu. saya punya tak cantikkk.. hew hew..





pastu saya try letak kotak ni kat satu bahagian dalam almari baju. memang ngam² je sebab saya dah ukur. pastu kan, bila tengok lama² rasa macam pelik..  sebab bahagian atas nampak kosong.





pastu saya transformkan jadi camni pulak. saya letak kat bahagian baju gantung².. kebetulan memang dah ada box gantung tu so saya letak buat simpan shawl ngan tudung awning. saya memang tak suka pakai tudung awning. dulu ngengada nak beli sebab tengok orang pakai macam cantekkkkkkkk je. bila saya pakai nampak macam orang tua. wakakaka.. so saya simpan je lah kat situ. habis cite. :p




okey tu je cerita untuk petang ni. saya nak balik dahhhh.. tetibe dah takde idea nak taip ape. hahahaha.. okebai.


Tuesday, November 12, 2013

[DEKORASI] kemas stor

Assalamualaikum..




hai, saya datang lagi!! sorry lama sangat tak ngadap blog ni. busy wei. ni tengah tak busy, bolehlah update blog kejap. nak update kat rumah internet takde pulak. nak topup pun kena pikir sejuta kali sebab duit dah nak surut. T_T




okey nak cerita pasal stor. kan saya pernah cerita saya beli rak kat IKEA kan?? nasib baik ngam² je wei.. kalau tak muat kang nak letak mane rak tu pun tak tau. nak letak dapur kang nanti semak pulak dapur tu haaa.. barang yang ada sekarang pun tak tau nak letak mana dah. ni kan pulak nak letak rak lagi. (--")




bila dah sumbat barang² kat dalam stor nampak macam sikit je barangnya. bila dah keluarkan ya ampun banyak banget sihhhh.. penat keluar masuk stor sebab nak keluarkan barang. sampai sakit² kepala saya sebab asyik terhantuk kat pintu stor. @_*




kat dalam kotak dapur gas tu ade isi tau. saya simpan dapur gas yang masa mula² beli time nak masuk rumah. jangan ingat saya suka² je nak simpan kotak besar gedabak camtu. buat penuh stor je. kuikuikui.. dapur gas tu saya bagi adik saya. kebetulan dia belum beli lagi, baik bagi je kat dia. elok lagi. saya beli lain sebab nak buat table top aritu. :p



kat rak tu saya belom kemas lagi. masih letak lagi barang ntah pape. hikhik. serabut pulak mata nengoknye haaa..


itulah ghope keadaan dalam stor lepas dikemas. sebenarnya masih memerlukan satu lagi rak sebab macam rimas pulak tengok barang² letak camtu je. nampak serabut.



rak ni saya letak barang kecik² je. nak letak barang yang besar² muat ke?? kang nanti roboh. :p oh saya ada letak barang sikit dalam box plastik. tapi tak amek pulak gambarnye. dah selamat bersemadi belakang almari pink tu haaa.. kalau rajin, scroll gambar atas ye. hihi. dalam box plastik tu saya sumbat barang². banyak no wayar kerja² wiring dulu. sumbat je dalam tu haaa habis cerita.




dah tu je lah cerita pasal stor. nanti kalau ada cerita lagi saya update. tapi tunggu saya rajin lah ye?? hehe..  malas nak taip dah ni. kbai.


Thursday, October 17, 2013

[DEKORASI] malas nak kemas stor

Assalamualaikum..




silalah percaya dengan kenyataan tersebut bahawasanya saya memang tengah malas nak mengemas stor. alah stor yang kat bawah tangga tu. kalau korang tengok pun mesti nak pengsan banyak² kali kat dalam tu. hew hew.. ada tak yang nak offer diri jadi bibik stor?? eh eh eh eh eh.. bibik stor pun boleh.


nampak tak?? contoh seperti di atas. sebenarnya bukan contoh. tu lah ghope sebenar keadaan dalam stor. HAHA.. sila pengsan sekarang. camne nak kemas ni wei?? alahai.


bahagian tu nampak lapang sebab drawer dah dikeluarkan. alah drawer plastik tu haaa.. lupe nak amek gambar sebelum. kikiki.. memang tengah mengemas pun masa ni. pastu stop kejap sebab nak solat. pastu tergendala terus. malas. haha.. rasa macam nak sumbat semua barang tu dalam box tapi belum beli box lagi. sebab tu tergendala semua proses mengemas stor. :p





saya dah beli rak kat IKEA untuk sumbat dalam stor ni. nasib baik ngam² je. tapi lupe pulak nak amek gambar. hikhik. nanti²lah saya amek. tunggu dah siap kemas sumua. ngeee.. saya nak sumbat semua barang² tu dalam box macam ni.. [tengok gambar bawah]


beli kat Giant. nak beli yang besar mak oooiii mahal. rasa macam nak terkeluar bijik mata tengok harganya. dah lah bawak duit sikit. nasib baik yang ni tengah offer. RM16... brape ntah. tak ingat. RM16.90 kot. :p barang yang atas box tu tak payah tengok. tak penting. heee..




nanti bila dah siap kemas saya cerita yeee.. sekarang tengah malas. balik kerja sampai rumah pukul 7 mane sempat nak mengemas semua. penat penat penattttttt.. tunggu sabtu ahad je lah. (--")




tata.

Sunday, September 1, 2013

[DEKORASI] storage

Assalamualaikum..




disebabkan hari ni hari Ahad, makanya saya nak update blog. ada kena mengena ke?? kikiki.. okey, memang takde kena mengena. update sebab dah tak tahu nak buat apa. nak pergi wedding kawan pun kejap lagilah pergi. InsyaAALAH..




sebenarnya dah lama nak buat entry pasal ni tapi asyik tak terbuat je sebab gambar semua kat pc rumah. nak transfer² kat pendrive pun malas. hahahaha.. semualah malas. bila ntah nak rajin. :p




disebabkan ruang dalam bilik warna biru tu macam kosong je n takde tempat nak menyimpan barang, so kami decide nak letak rak dalam bilik ni. ecewah macam banyak je barangnya. hihi. sekurang-kurangnya kalau ada rak ni nampaklah kemas sikit. takdelah bersepah je barang² tu semua. takkan semua nak sumbat dalam laci?? nak cari lagi payah.




jadinya, kami pergilah ke IKEA sebab nak cari rak. dah situ je yang murah. kan?? hikhik.. murah n berkualiti. yeke berkualiti?? saya pun tak tahu. kekekeke.. ingatkan nak beli rak yang warna coklat tu. alah yang ada corak kayu tu..


tapi nampak macam biasa sangat then kami pun jalan jalan jalan lagi sampailah kami nampak rak yang macamni. harga pun lagi murah.


nasib baik ada so terus decide ambik yang camni. yang ni brand BESEBO. tapi rasanya dah tak jual sebab saya search balik kat website IKEA dah takde dah. patutlah masa kami beli tu dorang letak harga murah. memang rezeki kamilah kot.



barang² tu saya main letak je. nak beli box tak beli² lagi. nantilah ada masa pergi IKEA lagi, kami nak beli box pulak sebab rak ni terbuka sangat. :p


bakul ni saya beli kat AEON je. konon² nak letak majalah kat ruang tamu. tapi bila dah letak kat ruang tamu jadi perangkap habuk pulak. stress wei. hari² kemas pun still ada habuk. maybe sebab lubang bawah pintu tu besar sangat kot. nampak sangat suruh saya kemas rumah hari²(--") eh, abaikan barang² yang bersepah dalam bakul tu. HAHAHAHAHAHA..




disebabkan saya ni kadang² menjahit,  so saya carik tempat untuk simpan semua barang² jahitan tu. nasib baik ada kat DAISO. jenuh jugak nak mencari bekas camtu. nasib baik jumpa. tu pun dah 3 DAISO saya pergi. rupanya ada kat Setia City Mall je. nasib baik dekat. berbaloilah jugak pergi SCM tu. :p




oh, barang² jahitan tu pun saya main letak je situ. saya cadang nak letak dalam box jugak. hm. tengoklah nanti camne. :)


bekas stationary tu saya beli kat DIY je. daripada letak pen bersepah², baik letak dalam bekas camni. senang nak cari pen. sebelum ni nak carik pen pun susah. sampai cari² dalam laci pun tak jumpa jugak. dah ada bekas ni senanglah sebab dah tau mana nak cari pen, gam, pisau, gunting semua. :)




saya suka main game puzzle. sebab tu sanggup beli. yang lama² punya mane ntah. dah banyak hilang kot. ni je yang selamat simpan sebab angkut sekali masa pindah sini. :p



cadangnya kami beli rak ni pun sebab nak simpan Al-Quran. sebelum ni saya simpan dalam wardrobe je. disebabkan baju semakin banyak, dah takde space nak simpan. that's why kami beli rak. dalam masa yang sama bilik ni pun jadi tempat untuk solat, lagi senanglah saya nak capai Al-Quran tu. :)




magazine box tu saya beli kat IKEA jugak. brand KASSET. em, saya tak sempat nak kemas. tengoklah tu ntah pape yang saya sumbat kat dalam tu. wakakaka.. -jangan tiru aksi ini- saya beli pun bersebab jugak tau. bukan saje² je nak beli. kan saya selalu pergi kursus, n setiap kali pergi kursus mesti dapat note. so, saya ingat nak sumbat note² saya dalam magazine box tapi saya tengok macam banyaklah pulak notes saya tu. alahai.


okey gambar yang ni takde motif. saja nak letak jugak. kikikiki.. baru perasan jam tu senget. :p




okey tu je yang saya nak share pasal storage. setakat ni lah. nanti kalau ada perubahan pape saya share. btw, terima kasih sebab baca blog saya. tata. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...