terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Monday, February 23, 2015

[MENTERNAK LEMAK] sushi king

Assalamualaikum..





hai. nothing. just nak bagitau sebenarnya saya first time makan kat Shushi King. hikhik. serius ni. saya tak tipu. masa sampai tu macam batak² sikit lah. nasib baik masuk situ dengan opismate. kalau saya sorang² memang saya keluar balik. yelah, tak tau nak order camne. dah masuk baru tau. kena main touch touch and pilih kat tab yang disediakan kat tempat duduk tu. itu pun kakak opis yang orderkan. saya tukang makan je. :p

ini gambar yang saya snap. gambar masa makanan belum sampai. bila da sampai terus tak ingat nak snap. nampak sangat kebulor.

ini kakak opis yang snap n edit. dia rajin sikit snap² gambar makanan. saya tukang pinjam gambar je. :p sorry kak erin sebab ambik gambar pastu tepek kat sini. tak marah kannn?? sebab dah bagitau ni gambar dari kak erin. bukan saya. LOL!! 




banyak makanan tak?? padahal kami cuma 3 orang je. saya, kak erin, ngan nora. haha. tu pun kenyang gila. rasa macam nak meletop je perut. ada jugak yang tak habis sebab dah terlampau kenyang. kalau main sumbat je tak pasal² muntah balik kat situ pulak. erghh.. terima kasih kak erin sebab belanja makan. asyik belanja makan je. saya pulak yang naik segan ni. hew hew.. terima kasih lagi sekali.. pape pun semoga kak erin dimurahkan rezeki.. amin.. :)




lepas makan sushi, nora pulak belanja aiskrim BR [takde gambar]. aaaaaaaaa.. terharu sangat bila ada orang belanja ni. pape pun terima kasih sangat ye korang sebab belanja. hihi..




okey tu je nak story. sebenarnya ni cerita throwback. baru nak up kat sini. hikhik dah. jom balik. tata. hati² memandu. ♥




-love-

Wednesday, February 18, 2015

no title

Assalamualaikum..




hai. update entry untuk kesekian kalinya. hahaha.. tetibe terajin pulak nak update. update sempena nak raya. kihkih.. raya sangat kan.. mesti ramai yang balik kampung. nasib baik kampung saya dekat² je. takde nak tempuh jem sangat. minggu ni ade date ngan seseorang. ehem ehem.




em, selalu kalau saya update mesti ada something wrong. memang betul pun. bengang campur geram. nak kira marah, memang marah jugak lah. terkilan pun ada jugak. ini semua gara-gara ada orang curi hasil kerja saya. penat tau buat semua semua tu pastu orang lain ambik and then buat macam harta dia. pastu join competition, pastu menang. pastu langsung takde say thank you ke, bagi penghargaan ke kat saya. yang saya usaha macam² ni tak dapat pape ke?? makan hasil sorang² je nampakkk.. teruk betul perangai manusia macam orang tu. 





photographer ambik gambar daun je pun kena bayar tau. ini kan pulak gambar kawen, gambar kucing, gambar orang. ni contohhh.. yang kau nak terasa kenapeeeee.. penat tau saya buat semua tu.. kena guna banyak skill and idea.. kalau orang ambik untuk kepentingan diri sendiri memang melampaulah.. memang saya tak halalkan lah orang yang buat tu. dia ambik pun tak mintak permission saya. ini kan pulak nak bagi penghargaan kat saya. serius macam huhhh.. *tak mau mencarut kat sini*





saya tunggu jugak lah kata² dari dia sampai sekarang. tapi hampeh je. buang masa je nak mintak penghargaan dari manusia camtu. budak kecik pun pandai say thank you tau. takkan lah orang umur dah tua pun tak reti² lagi nak say thank you ke, minta izin ke, kan?? tau² je dah menang sebab guna hasil kerja saya. pfftttt.. tak malu.




saya tau orang yang saya maksudkan tu mesti ada baca entry ni. kalau dia betul² berhati perut, mesti dia akan contact saya. kalau tak, memang orang tu manusia yang takde hati perut n kejam. very rude! ego sangat kan?? okey fine.




dah lah. malas nak cerita panjang. bukan dapat penghargaan pun. it's okey. takpe. biarlah dia buat. selfish sangat kan. tak pe. tapi saya tetap akan ingat sampai mati n tak halalkan ape yang dia buat tu.




tata.


Thursday, February 12, 2015

.

Assalamualaikum..




fuhhhhhh [tiup habuk sambil mulut muncung] lame betul tak update blog ni. lama² dah malas nak update sebab dah tak tahu nak story ape. hahahaha.. eh, sebenarnya banyak je. cuma selalu update kat instagram. rajin sangat bergambar kan, ye update kat instagram. kalau kat blog ni kena taip banyak² baru best kan? tapi tuan punya tanah kedaung ni pemalas gila nak menaip. jadinye, blog ni pun dah berhabuk dah. nasib baik masih ada hati lagi nak bukak blog. kalau tak, em, memang malas nak bukak. rasa macam nak tutup je. tapi, sayang pulak ngan Nuffnang. nanti dia taknak bagi income dah. hikhik. padahal bukan banyak income pun. lol! :p





nak story ape kat entry ni pun tak tau nak story ape. asal update je, mesti update benda yang sama. "tak tau nak update ape" tapi update jugak benda bukan² asalkan jadi 1 entry. waahahaha.. (--")





okey, back to my story. eh, jap. story pe mende nye. blom start pape lagi. >.<  sebenarnya saya pelik tengok seseorang. bukan nak mengutuk tapi sebab benda jadi kat diri sendiri kan, sebab tu nak story kat sini. kalau jadi kat orang lain buat ape nak cerita. buang masa je uolssssss.. okey, saya nak tanya ni. pernah tak korang jumpa orang yang suka sangat lepas tangan??  saya jumpa ramai orang dah. asal ade pape je mesti dia lepas tangan. dia pk dia punye hal je. orang lain punya hal dia tak pk. macam orang lain takde hal nak kena settle kot. senang cite dia ni selfish lah. tapi bagi saya, tak baik lah buat camtu.. nape taknak tolong menolong.. janganlah lepas tangan je. ape salahnya tolong, kann.. mane tau lepas ni kite pulak yang tolong dia.. ni takde, asyik kite je yang tolong dia. bila part dia, dia lepas tangan. hm.. nak kata sakit hati tu takdelah sakit hati sangat pun.. cuma terkilan je lah. menyampah pun ada. hahahahahaha..





[alamak. bos nampak aku bukak blog. kantoi aku ada blog. hai bos!]





lagi satu. saya rasa macam ada orang yang tak suka dengan apa yang saya buat. serius ni. tapi takpelah. dia suka ke, tak suka ke, asalkan saya dah takde nak benci² orang dah. jap. benci dengan menyampah tu lain ke sama ek?? lol! it's okey kalau saya buat pape je dia nak dengki itu ini. macam tak boleh nak lawan ape yang dia ada. nak sangat cantik tu ambiklah. saya pun bukan cantik sangat even saya suka tengok orang cantik². sekarang pun saya pergi mana² dah takde nak mekap² dah. kalau rajin je saya pakai mekap tu. mekap kat rumah pun dah expired dah. tinggal tunggu masa untuk dibuang je. kadang² bila nampak riak muka orang camtu tu rasa macam kesian. yelah. muka dah cantik tapi perangai tu tak serupa macam muka yang cantik tu. harap sangat orang tu berubah jadi baik secantik muka yang dianugerahkan.





em.





okey tu je. nanti² sambung stroty lagi. dah malas nak taip banyak² sebab dah takde idea nak menaip. idea tu dah hilang sebab dah pukul 2. lol! tata..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...