terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Showing posts with label opis. Show all posts
Showing posts with label opis. Show all posts

Monday, February 23, 2015

[MENTERNAK LEMAK] sushi king

Assalamualaikum..





hai. nothing. just nak bagitau sebenarnya saya first time makan kat Shushi King. hikhik. serius ni. saya tak tipu. masa sampai tu macam batak² sikit lah. nasib baik masuk situ dengan opismate. kalau saya sorang² memang saya keluar balik. yelah, tak tau nak order camne. dah masuk baru tau. kena main touch touch and pilih kat tab yang disediakan kat tempat duduk tu. itu pun kakak opis yang orderkan. saya tukang makan je. :p

ini gambar yang saya snap. gambar masa makanan belum sampai. bila da sampai terus tak ingat nak snap. nampak sangat kebulor.

ini kakak opis yang snap n edit. dia rajin sikit snap² gambar makanan. saya tukang pinjam gambar je. :p sorry kak erin sebab ambik gambar pastu tepek kat sini. tak marah kannn?? sebab dah bagitau ni gambar dari kak erin. bukan saya. LOL!! 




banyak makanan tak?? padahal kami cuma 3 orang je. saya, kak erin, ngan nora. haha. tu pun kenyang gila. rasa macam nak meletop je perut. ada jugak yang tak habis sebab dah terlampau kenyang. kalau main sumbat je tak pasal² muntah balik kat situ pulak. erghh.. terima kasih kak erin sebab belanja makan. asyik belanja makan je. saya pulak yang naik segan ni. hew hew.. terima kasih lagi sekali.. pape pun semoga kak erin dimurahkan rezeki.. amin.. :)




lepas makan sushi, nora pulak belanja aiskrim BR [takde gambar]. aaaaaaaaa.. terharu sangat bila ada orang belanja ni. pape pun terima kasih sangat ye korang sebab belanja. hihi..




okey tu je nak story. sebenarnya ni cerita throwback. baru nak up kat sini. hikhik dah. jom balik. tata. hati² memandu. ♥




-love-

Tuesday, December 10, 2013

tak tahu buat kerja

Assalamualaikum..




nak tau story tak?? pasal orang yang dulu kutuk saya and lastly bila terkena kat diri sendiri baru tau ape yang saya rasa. nak gelakkan, rasa jahat pulak nanti. baik senyap je. heee..




dulu.. aku yang dulu bukanlah yang sekarang.. eh eh ternyanyi pulak. hiks. bila saya tengah buat sesuatu kerja, pastu ada orang kacau saya buat kerja, mesti saya bengang. yelah, kite tengah busy, time tu lah orang nak mintak itu ini padahal benda simple je boleh carik sendiri. dalam hati terdetik jugak kata² "kalau malas tu cakap je lah malas.." tak pun "kalau tak tahu buat cakap je lah tak tahu.." bukan nak tunjuk yang diri saya ni pandai ke ape tapi kalau benda yang sendiri pun tahu buat, takkanlah nak mintak orang lain buatkan jugak. alahai. orang lain pun ade kerja jugak.. kerja orang lain tu lagi banyak dari kerja kamu. tauuuuuuuuuuu??




pastu saya ade jugak lepaskan geram kat seseorang pasal hal tu. dia pun ade jugak kutuk². alah, dah name pun 'kawan' kan.. dia setuju je la ape yang saya kate tu.. konon nak tunjuk yang dia tu kawan mithali. pastu bila ktorang dah tak rapat atas sebab² tertentu, mulalah dia nak jual nama saya yang kononnya saya kutuk² orang tu, kutuk² orang ni, padahal sebelumnya dia pun lebih kurang sama je macam saya. dia lagi banyak kutuk. takpelah. nak burukkan nama saya tu terpulanglah. seburuk² nama saya pun Alhamdulillah ada jugak orang yang masih nak percaya saya. dan saya tak lari pergi mana² pun. saya terus kerja situ sampai.. em sampai bile ntah.




then tadi saya gatal² stalk laman sosial dia, dan saya ternampak dia bebel² pasal bos dia suruh dia buat itu ini. dan dia kate dia tak suka bos dia. siap kutuk kate bos dia tak tahu guna komputer. ape yang dia kate pasal saya semua terkena balik kat dia. rasanye lagi teruk kot. kikiki.. tu lah. lain kali jangan kate orang lain yang bukan². lastly bila dah terkena kat diri sendiri, haaaa.. ambiklah. rasakan sendiri. baru tau kan ape yang orang lain rasa.




haih. tak tau nak kata ape dah. nak kata padan muka nanti kata saya ni jahat. papepun, terima je lah dugaan tu dengan sabar dan tabah. hiks. okey tu je nak gosip hari ni. tata..


Tuesday, September 3, 2013

rasa macam nak sepak orang

Assalamualaikum..




okey, bosan sebab rehat tapi tak keluar pergi mana². tapi nak keluar pun malas. camne?? hikhik. asyik malas je lah saya ni kan. malas malas malas. member opis dah ajak keluar tadi tapi malas nak follow. hehe. kat luar hujan pulak. kalau tidur ni syok jugak. tapi nak tidur pun malas jugak. camne?? HAHAHA..




gila ke ape semua malas. nasib baik buat kerja tak malas. eh saya rajin tau. kalau saya malas buat kerja mesti ada kerja yang tak buat. semua dah buat dah. nak bukti?? nahhhhhhhhhhhhhhh..


bersih dan kemas je meja saya kan?? eh eh jangan nak tengok sampai bawah² meja. lempang kang. wayar tu memang serabut. kalau kat rumah je saya rajin kemas. kat opis?? MALASSSSSSSSSSS!! :p




sebenarnya saya tengah sakit gusi ni. sakit sampai rasa macam nak sepak orang. sape nak kena sepak meh sini!! gigi bongsu baru nak tumbuh, sebab tu sakit. menderita sekejap. sobs. ade ke patut abang opis suruh tumbuk² tempat yang sakit tu. nanti orang ingat kena dera. :p takpelah. bukan selalu pun dapat sakit camni. jap lagi gigi dah tumbuh semua baru okey la kan?? tu pun entah bila nak okeynye. T_T





eh dah pukul 2 ni. nanti bos menjelingggggggggg je tengok saya bukak blog. kikiki.. ampun bos. :p dahlah. lain kali sambung.

ni muka tengah menahan sakit gusi. rasa macam nak lempang tak?? :p

tata.

Wednesday, July 10, 2013

pindah opis #3 - opis baru

Assalamualaikum..




woooiii bosannya hari ni. meh update blog lagi. hehe.. aritu update cerita pasal pindah opis kan. ni nak sambung cerita pasal opis lagi, opis baru. tempat baru. mula² je bau kedai bila masuk opis ni. lama² hilang bau kedai tu. tak syok.. hahaha..

inilah work station saya. :)



:)

berhabuk meja. makcik cleaner cuma lap depan je. (--")
cermin mesti kena ada. :p

cop pun nak enterprem gak. :p

ni nak cerita pasal opis ke, pasal work station ni?? hahahaha saya pun tak paham. ahhh layankan je lah ye. rajin pulak saya nak amek gambar opis ni kan. tak kuasa mak!! hope bila dah kat opis baru ni, semangat untuk bekerja tu makin berkobar². insyaAllah.. :)




bersepahnyalah meja saya ni. sape rajin?? tolong kemaskan boleh?? har har har..  banyaknya warna pink kan?? tahun ni saya dah addict sangat² dengan pink. kihkihkih.. asal nampak pink rasa berbunga² je mata ngan hati ni haaaa.. kalau boleh nak beli semua yang warna pink. heeee..




okey, dah masuk waktu zohor. jom solat. :)


Wednesday, June 26, 2013

pindah opis #2 - selamat tinggal opis lama T_T

Assalamualaikum..




tetibe rasa sebak pulak tinggalkan opis lama. sebab kat situlah saya belajar buat kewangan. dan saya kenal dengan kawan² saya. tapi semuanya dah tinggal kenangan.. sekarang dah kena pindah opis. em, memang opis baru lebih besar tapi meja kecik. boleh?? hehe.. [tak bersyukur betul aku ni] akak opis pun cakap meja kecik. haaa.. bukan saya je yang cakap tau. heeee.. sebab akak yang cakap tu buat kerja gaji. memang memerlukan ruang yang saaaaaaaaaaaaaangat besar. sedangkan meja kat opis lama pun sampai melimpah² fail, ini kan pulak meja kat opis baru. camne ntah rupa meja tu nanti. agaknya meja pun dah tak nampak langsung. :p





meja tak nampak okey lagi. jangan dengan akak² tu sekali tenggelam dengan fail. hihihihihi.. saya rasa setakat ni okey lagi kot. sedang membiasakan diri dengan tempat baru. harap² saya akan terus selesa dengan tempat baru ni. lepas ni saya dah tak boleh nak online sangat sebab bukak pintu je terus nampak pc saya. hagagagagagagaga.. dangerous!! :p semalam saya baru perasan kat lengan saya ada lebam. bila masa ntah muncul lebam tu. (--")

 
selamat tinggal sayang. akan ku kenang kamu dalam blog ini. :'(

keadaan opis lepas dah angkut barang.. KOSONG.

lepak² kejap ambik barang yang tertinggal.

tata cermin ajaib. terima kasih sebab selalu bagi peluang kepada saya untuk nampak lebih kemas. eh, opis baru takde cermin ke?? nak cerminnnnnnnnnnnnnn.. T_T

tempat duduk CC. i'll miss this area. tempat saya menimba ilmu dengan CC Hamzah.

okey, last. snap lagi gambar tempat duduk yang bakal ditinggalkan.

opis baru?? ha, tu lain kalilah cerita. gambar pun tak amek lagi. har har har. tunggu je lah ye. :)




#notakecik : mengantuk. tapi bantal kat dalam kereta. lupa nak bawak naik opis. @_@

Friday, June 21, 2013

pindah opis #1

Assalamualaikum..




Alhamdulillah kita masih lagi bernafas sampai saat ni. dah jumpa Jumaat semula. dan harini kena kemas² opis sebab nak kena pindah opis baru.. lepas ni unit kewangan dah tak berpecah.. senanglah orang nak berurusan nanti. tak payah nak penat² kejap² kena naik atas, kejap² kena turun bawah.

tulisan sapelah tu. buruk bebeno. (--")


penutup kotak pun bolehlah. :p

dah clear.. tinggal nak angkut je. :)

ni baru kena kemas barang peribadi. belum kemas 1 unit. hew hew.. takpelah. slow². bukan jauh sangat pun opis baru tu. kat tingkat bawah je.. hehehe.. ahad kena datang sebab nak kemas² kat opis baru pulak. minggu depan dah kena duduk opis baru. :)



tetibe ada karipap. nak?? dah kena ngap dengan saya pun. :p sebenarnya ni karipap pagi tadi. baru makan untuk tengahari sebab pagi tadi ada buat jamuan sikit sempena budak praktikal kat sini nak habis buat praktikal.. :)


ni la budak ngengada yang nak habis praktikal. berminat?? sila hubungi nombor............................................. tak tau. hahahahaha.. jangan marah ye edan. :p




cerita lain pasal opis baru tunggu dah pindah baru cerita. tunggu je lah next entry. tak pun next next next entry. kalau ada kerajinan. sanggup tunggu?? tu pun kalau nak baca. sobs T_T




dah. tata.

Wednesday, February 13, 2013

monday blues

Assalamualaikum..




hai, salam Isnin. mesti arini ramai yang malaaaassss je nak bangun pagi untuk pergi kerja kan?? tu kalau yang kerja. kalau yang cuti, mesti sambung tidur. ish ish ish. tak semenggah. please, jangan tidur balik. pergilah kemas² rumah tu ke.. basuh baju ke.. sapu lantai ke.. cepat cepat!! hahaha.. ayat orang dengki kena kerja.




yeee.. saya tauuu.. hari ni bukan Isnin. saje je buat Isnin sebab rasa macam hari ni hari Isnin. malas dia sama macam Isnin. bhahahaha.. kan kan kannnn?? eleh, kalau dah malas tu ngaku je lah. nak salahkan Isnin pulak. kesian Isnin. kikiki.. :p




bos kat atas ni cuti panjang. yeayyy cucuk cucuk bintang. nak joget gangnam pun bolehhh.. keh keh.. tapi susah jugak kalau bos cuti. takde bos nak peraku baucer. alamatnye kena turun bawah, mintak bos bawah yang buat. malasnyehhh.. (--")




putih putih melati.. merah merah delima.. eh eh tetibe nak nyanyi lagu tu. ahh nampak sangat tengah bosan. dah lah. nak buat kerja sikit. bosan jugak ngadap mende ni je. hihihi.. 




tata.




#notakecik : nasib baik kerja 3 hari je. yiiiihaaa.. :p

Wednesday, May 2, 2012

ahli baru

ada orang baru datang opisssss..ganti opismate yang dapat tukar..tapi dia dah keje lame dahhhh..cuma bertukar ke sini je..




lelaki.




okey,dia dah berkeluarga.




and....




macam giant!!




kuikuikui..syhhh...jangan report kat dia tau!! :D




dia tinggi,pastu suara besar..sebab tu aku cakap macam giant.




aku harap dia seorang pekerja yang berdedakasi.. :)




okey,aku boleh cuti kawen lame sikit..hihihihihihihihihihihihihihihi.. ;p




#notakecik : kak dila ni suke no gelakkan orang..kekekekeke.. :D

Thursday, April 12, 2012

kalau lunch kat dalam opis,kene buat kerja

hai readers!!




takde motif pun entry ni..cuma nak luahkan sesuatu..erk??sesuatu??jeng jeng jeng..




kat opis aku ni,kalau tengah lunch,lagi² lunch dalam opis,mesti dalam masa yang sama kena buat kerja..aiyoo..buat dua kerja dalam satu masa..cube bayangkan berapa banyak tangan yang kena ada..




DUSH!!




tangan cuma ada dua!!yess..tangan yang dua ni lah yang kena buat semua tu..mane nak pegang pen,mane nak taip keyboard,mane nak tekan kalkulator,mane nak pegang sudu..risau jugak suap makanan guna pen..errkkk~ @^#^%@




tapi,bukan selalu pun camtu..biasenye time banyak kerja je..kalau dah siap semua kerja,waahhh bersihnye meja aku..kuikuikui..sampaikan orang ingat aku ni takde kerja..




haishh malaslah nak cite kerja aku..yang penting,aku tau kerja aku dah siap..tadaa~~




eh!!ape ni??ape ni??aku dah melencong ke laut da ni..dah..dah..aku nak makan!!megi aku dah kembangggggg..selamat makan!!




#notakecik : megi je yang mampu.. T_T


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...