terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Showing posts with label kawan makan kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan makan kawan. Show all posts

Wednesday, February 18, 2015

no title

Assalamualaikum..




hai. update entry untuk kesekian kalinya. hahaha.. tetibe terajin pulak nak update. update sempena nak raya. kihkih.. raya sangat kan.. mesti ramai yang balik kampung. nasib baik kampung saya dekat² je. takde nak tempuh jem sangat. minggu ni ade date ngan seseorang. ehem ehem.




em, selalu kalau saya update mesti ada something wrong. memang betul pun. bengang campur geram. nak kira marah, memang marah jugak lah. terkilan pun ada jugak. ini semua gara-gara ada orang curi hasil kerja saya. penat tau buat semua semua tu pastu orang lain ambik and then buat macam harta dia. pastu join competition, pastu menang. pastu langsung takde say thank you ke, bagi penghargaan ke kat saya. yang saya usaha macam² ni tak dapat pape ke?? makan hasil sorang² je nampakkk.. teruk betul perangai manusia macam orang tu. 





photographer ambik gambar daun je pun kena bayar tau. ini kan pulak gambar kawen, gambar kucing, gambar orang. ni contohhh.. yang kau nak terasa kenapeeeee.. penat tau saya buat semua tu.. kena guna banyak skill and idea.. kalau orang ambik untuk kepentingan diri sendiri memang melampaulah.. memang saya tak halalkan lah orang yang buat tu. dia ambik pun tak mintak permission saya. ini kan pulak nak bagi penghargaan kat saya. serius macam huhhh.. *tak mau mencarut kat sini*





saya tunggu jugak lah kata² dari dia sampai sekarang. tapi hampeh je. buang masa je nak mintak penghargaan dari manusia camtu. budak kecik pun pandai say thank you tau. takkan lah orang umur dah tua pun tak reti² lagi nak say thank you ke, minta izin ke, kan?? tau² je dah menang sebab guna hasil kerja saya. pfftttt.. tak malu.




saya tau orang yang saya maksudkan tu mesti ada baca entry ni. kalau dia betul² berhati perut, mesti dia akan contact saya. kalau tak, memang orang tu manusia yang takde hati perut n kejam. very rude! ego sangat kan?? okey fine.




dah lah. malas nak cerita panjang. bukan dapat penghargaan pun. it's okey. takpe. biarlah dia buat. selfish sangat kan. tak pe. tapi saya tetap akan ingat sampai mati n tak halalkan ape yang dia buat tu.




tata.


Tuesday, December 10, 2013

tak tahu buat kerja

Assalamualaikum..




nak tau story tak?? pasal orang yang dulu kutuk saya and lastly bila terkena kat diri sendiri baru tau ape yang saya rasa. nak gelakkan, rasa jahat pulak nanti. baik senyap je. heee..




dulu.. aku yang dulu bukanlah yang sekarang.. eh eh ternyanyi pulak. hiks. bila saya tengah buat sesuatu kerja, pastu ada orang kacau saya buat kerja, mesti saya bengang. yelah, kite tengah busy, time tu lah orang nak mintak itu ini padahal benda simple je boleh carik sendiri. dalam hati terdetik jugak kata² "kalau malas tu cakap je lah malas.." tak pun "kalau tak tahu buat cakap je lah tak tahu.." bukan nak tunjuk yang diri saya ni pandai ke ape tapi kalau benda yang sendiri pun tahu buat, takkanlah nak mintak orang lain buatkan jugak. alahai. orang lain pun ade kerja jugak.. kerja orang lain tu lagi banyak dari kerja kamu. tauuuuuuuuuuu??




pastu saya ade jugak lepaskan geram kat seseorang pasal hal tu. dia pun ade jugak kutuk². alah, dah name pun 'kawan' kan.. dia setuju je la ape yang saya kate tu.. konon nak tunjuk yang dia tu kawan mithali. pastu bila ktorang dah tak rapat atas sebab² tertentu, mulalah dia nak jual nama saya yang kononnya saya kutuk² orang tu, kutuk² orang ni, padahal sebelumnya dia pun lebih kurang sama je macam saya. dia lagi banyak kutuk. takpelah. nak burukkan nama saya tu terpulanglah. seburuk² nama saya pun Alhamdulillah ada jugak orang yang masih nak percaya saya. dan saya tak lari pergi mana² pun. saya terus kerja situ sampai.. em sampai bile ntah.




then tadi saya gatal² stalk laman sosial dia, dan saya ternampak dia bebel² pasal bos dia suruh dia buat itu ini. dan dia kate dia tak suka bos dia. siap kutuk kate bos dia tak tahu guna komputer. ape yang dia kate pasal saya semua terkena balik kat dia. rasanye lagi teruk kot. kikiki.. tu lah. lain kali jangan kate orang lain yang bukan². lastly bila dah terkena kat diri sendiri, haaaa.. ambiklah. rasakan sendiri. baru tau kan ape yang orang lain rasa.




haih. tak tau nak kata ape dah. nak kata padan muka nanti kata saya ni jahat. papepun, terima je lah dugaan tu dengan sabar dan tabah. hiks. okey tu je nak gosip hari ni. tata..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...