terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Showing posts with label bebel. Show all posts
Showing posts with label bebel. Show all posts

Sunday, March 5, 2017

jiwa kacau

Assalamualaikum..





hai. sekarang pukul 1.18 am. ya, dah tengah malam. tadi punyalah mengantuk sampai pejam² mata masa cakap kat fon. pastu tetibe tak boleh nak tido. semua gara² tangan gatal meng-google yang bukan². pastu mulalah jiwa ni kacau. pastu baru perasan, i tengah cemburu. dan² tu pulak nak cemburu². adehhh.. rasa nak tampo diri sendiri. tapi nanti sakit. LOL!





ya. i cemburu. padahal semua tu kisah silam dia je. perlu ke i cemburu?? kan?? ni semua syaitooonnnn lah yang berbisik². i pun satu, pergi main google² pastu terjumpa sesuatu, pastu terbaca, pastu jadi sakit hati, pastu cemburu. huwaaaaaaaaaaa.. ape nak jadi ngan i niiii.. T_T . makin nak dekat tarikh, makin cepat cemburu. dah lah ntah ape² yang di carik kat google tu. kalau google pasal hantaran ke, contoh gubahan ke, tak pe jugak. eh, ni ape tetibe masuk cite pasal hantaran plak?? haihh..





macam hari tu. tetibe je gaduh sebab benda kecik. kahkah.. weii mengarut sangat i cemburu sebab dia keluar jumpa kawan lelaki. pastu i tak percaya then dia siap snap gambar kawan dia. HAHAHAHA.. adehhh.. first time i jadi camni. biol ke hapeee.. dia dah bagi gambar kawan dia pun i still tak percaya, i cakap kat dia yang dia tipu. pastu gaduh gaduh dan gaduh and lastly dia diam. hmm.. lalu i pun tidur bertemankan airmata. kahkahhh!! tapi esok paginya i carik dia jugak. pastu mintak maaf sebab overthinking sangat. hew heww.. tak bolehlah gaduh lama² ni. nanti rindu. :p





over nye iolsssssssssssss.. kan?? nak cemburu tak bertempat. kuikuii.. tapi entahlah. since i kenal dia, then makin hari makin kenal, bila dia kata nak jumpa orang, even kawan lelaki pun i macam cemburu. macam ke?? memang kot.. kahkahh.. giloo.. dia bukan gay pun. choiii!! i hope NOT!! HAHAHA!! tapi kan, betul ke kalau cemburu ni tandanya sayang?? betul ke?? ke tak betul?? ehh, jap. nape i tanya soalan sayang² pulak ni?? dah memang sayang kan?? kikikiii.. sayang keee?? [malunya nak taip perkataan tu :p] #tutupmukalajulaju





sebenarnya nak cerita banyak² pasal dia kat blog ni. tapi segan lahhhhh.. hihi.. nanti²lah ekk.. tunggu dah jadi halal baru cite. halal?? cia cia ciaaa.. :p . insyaallah.. hm, part camne ktorang boleh rapat pun i tak story lagi. nanti² lah ekkk..




okeylah. mata dah mengantuk. mulut ni pun dari tadi asyik menguap je. nak suruh tidur lah ni. huhu.. nanti kalau i free i update lagi. goodnight!! :)





XOXO


Thursday, February 23, 2017

tak tahu nak letak tajuk apa :p

Assalamualaikum..




hai. tetibe jadi menggila nak update entry lagi. kuikui.. hari ni balik lambat sebab nak tengok orang main bola. sekarang tengok orang main bola je lah. lagi syok. takde serabut kepala. cuma stress je sebab tak gol. :p . takpelah i support ape yang boipren i suka. tak lama lagi nak jadi husband jugak. opss!! kahkah!! tetibe rasa gerun bila sebut perkataan husband. tetibe je rasa seram. tetibe je rasa nak pengsan. tetibe jari i menggigil². tetibe je kan. tetibe sangat ni. HAHA.. [poyo].





actually, i takut. takut orang berkata². takut orang mengata. takut nak ke "alam" itu. takutttt.. sangat² takutt.. kalau boleh taknaklah cepat² ni. tapi entahlah. camne ntah hati ni boleh terbukak untuk dia itteewwwww.. :p yelah, tetibe dah ada orang yang nak kat i, siapalah i ni untuk menidakkan takdir dari-NYA?? i pun rapat je lah dengan dia. sebelum ni pun just kawan biasa sama macam kawan dengan orang lain. pastu tup tup jadi makin rapat. pastu dia amek berat pasal i. pastu eh eh eh ehhhhh dia ajak kawen. wakakakakakakakkakzzmsbnfrwehyfoqwejpmxm.. blerghhhhh.. [geli]





sorrylah kalau uols menyampah bila baca apa yang i post kat atas tu. tu adalah ayat yang i taip petang semalam sebelum balik kerja. i baca sendiri pun i geli. inikan pulak kalau uols yang baca. kompem muntah. bukan setakat muntah hijo. kuning coklat oren, ayam yang uols makan tadi pun keluar balik.. :p tu baru baca yang kat atas. belum baca yang kat bawah lagi. hm, ni baru nak sambung menaip. semalam tak sempat nak habiskan apa yang nak update sebab dah takde orang kat opis. i seram hokehhhhh..





okey sambung. nak cite pasal ape tadi ekk?? lupa. jap nak scroll. oh, okey. pasal dia yang kononnya boipren i tu. eh, bukan kononlah. memang boipren. eh, bukan boipren, bakal suami. HAHAHAHAHAHAHAHAHA.. gediknyeewwwww.. [dush!]. sebenarnya i pun tak tahu lah kenapa i boleh nak terima dia. kenal pun kejap je. tetibe je nak kawen. macam tak percaya je kannnn.. tapi, Allah dah tentukan jodoh i dengan dia, camne?? doakan je lah yang baik². yang penting dia pandai jaga i n takde amek kesempatan kat i.





i ingat lagi masa mula² dia call. dia ni memang suka bergayut kat telefon rupanya. selagi tak panas telefon tu, selagi tak sakit telinga, haaa selagi tu dia bercakaapppp je dalam telefon tu. dia kata dia boleh dapat call free sebab tu rajin call. i pun layankan je lahhh.. kalau tak, malas jugak i nak layan dia punya call tuuu. tetibe je dia rajin sangat nak ajak borak dah kenapeeeeeeeeeeeeee kannnn?? tapi sebab kesian, layan je lah. kuikuiii. lepas dah borak borak bebel bebel, ada satu part tu dia kate dia nak makan kuih. tu pun nak bagitahu, kannn?? nak makan, makan je lah. pastu dia baca Bismillah. haaaaaaaaaaaaaaaa tetibe je hati i cair. HAHHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.. geli pulak nak taip perkataan ittewww.. tapi memang betul pun. tak pernah i jumpa lelaki yang baca Bismillah bila nak makan. :p .





lepas tu makin rapat, sampailah sekarang. ktorang takde special date pun. tau² je dia ajak kawen. KAHKAHH!! tak payahlah nak date² bagai. bukan penting pun. ingat tarikh nikah je lah. HAHAHAHHAHAHAHAHA.. ehh apesal banyak sangat gelak ni. bengong dah i ni. :p sebenarnya yang suruh kawen cepat tu family dia. i terkejuttt hokehhhhh.. tetibe je suruh kawen. dah lah baru kenal. pastu i tanya dia, "kenapa cepat sangat??" dia cakap, "benda baik buat ape lambat²??" hmm.. okey, i terdiam. i pun ikut je lah. sebab family dia dah suruh, i pun tak boleh nak kata ape.. maybe dah tertulis dia memang jodoh i kot?? dia cakap, sementara tengah ada duit untuk kawen, baik dia kawen. hew hew.. pape je lahhh.. yang penting family dah restu. :p





mula² rasa macam taknak je kawen. yelah, sebab cepat sangat weii.. nanti mesti akan ade yang berkata². tak percaya, tengoklah nanti. tapi, mulut orang kan?? camne nak tutup?? biar je lah ternganga. :p i harap sangat pilihan i tak salah. i taknak benda lepas jadi balik. macam yang i bagitahu tadi, i takut. i selalu tanya dia, "takpe ke pilih saya??" dia cakap, "saya pun bukan sempurna sangat. yang penting saya dah sayang awak."  huhuu.. tapi, betul ke sayangggg?? tapi tengok apa yang dia sanggup buat tu, nampaklah yang dia betul² sayang kat i. hmm.. ehhhhhhhhhhhhh.. ni ape tetibe cite pasal saiyanggg² niiiii?? HAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.. sila jangan muntah hokehhhh.. 





dahlah. daripada i bebel cerita ntah ape² tu kan, baik i stop. kang ada pulak yang buat muka menyampah kat sini. setiap kali baca, muntah. setiap kali tengok blog, muntah. jangan sampai ada yang setiap kali tengok i, muntah. tu melampau sangatlah tuuu.. kannn?? HAHA. i pun bukan pandai nak sweet² tahap kencing manis ni. biasa² jeee.. tapi kalau nak suruh i makan tu i on je. bagi je lah makan ape² kompem i tak tolak. tapi janganlah bagi batu. nanti i baling batu tu kat uols kang. [garang tak??]. tetibe cite pasal makan dah kenape?? takde kaitan pun.





okeylah. dah malas nak taip banyak². i pun dah nak muntah tengok tulisan banyak² ni. lain kali i update cerita lain. tu pun kalau ada cerita lainlah. kuikuii.. kbai.




XOXO



Monday, February 13, 2017

terpaksa update. zzzz..

Assalamualaikum..





first of all, i nak bagitahu ni dulu. emmm.. maybe ni bebelan terpanjang kott.. ehh, rasenya mana² yang i post memang akan jadi panjang kalau i dah post kat blog ni. lol. pelik ekk tetibe gambar kambing. kesian kambing. tak pasal² kena jadi model jap. :p






okey. sebenarnya i cuma nak cakap terima kasih sebab ada jugak yang nak amek berat pasal i. terima kasih sangat² tau. i terharu. :') . tapi, kalau ada yang kutuk belakang tu, takpelah kot. hew hew.. yelahh.. i faham. maybe tu memang rutin harian dia. btw, terima kasih lagi sekali tau. yelahh.. kadang² i rasa down, kadang² macam tergedikkkk pun ade jugak. kadang² terbuat orang naik menyampahhhhh pun hadeeeeee.. kannn?? tapi, it's okey lahh kott.. at least, i takde nak jadi fake. tapi kalau still ada jugak yang nak ngate i, terpulang. siapalah i ni untuk menghalang hati dan perasaan orang dan juga mulut orang dari mengeluarkan kata yang sia² ittewww.. ehhh tetibe rasa macam retisss sanggattttt!! kahkahh!! wekkk..





em, i nak mintak maaf jugak ni.. yelahh.. kot la i terpost benda atau cerita yang mengarut². sorry again kalau menyampah meluat nak muntah hijau coklat oren semua tu lah. biasalah, orang kurang kasih sayang memang jadi camni perangainya. lol. sekarang je baru nak rasa dihargai. so, faham² je lah ekkk.. bagi chance lah kat i ni haaa.. :p





haaa, untuk sape² yang rasa nak buat part time jadi penyampai kat orang sana tu, dipersilakanlah yeee.. dah malas nak halang. lantak kau lah sana. maybe boleh dapat rumah sebijik kot kalau jadi penyampai tu. tak pun dapat jajan. ehhh takpeeee.. i okey jeee.. bagitahu je lah dia.. tak pun, tanya je lah elok² kat dia tu haaa.. tapi, tak payahlah nak bersusah payah screenshot gambar² yang i post kat fb ngan ig then bagitahu kat orang sana. motifffff??






disebabkan orang tu, tetibe i kena perli macam². dah kenape pulakkk nak perli² i. bukan ada apa² lagi pun.. takkan lah i nak kawen pun tak boleh?? habis tu?? nak suruh i mereput sorang²?? camtu?? kang cerita kat sini nanti kata i bukak aib pulak. aritu pun dah terkena. kata i ni burukkan kat blog. tahu pulak sentap. kalau i ni jahat, i dah cerita macam² kat blog ni. tu pun dah kira bertapis tau. yang i ni dimalukan depan family n kawan² tu tak kira pulak ehh?? pfftttt!! pape je lah. malas nak ingat. buat sakit hati je.




ya, memang. memang i jenis yang suka share cerita. suka share ape yang i rasa. sebelum ni i cuma share yang happy² je sampai orang tak tahu ape yang dah jadi. orang tak tahu apa yang tersirat kat hati i ni. bila i reveal gambar ehem ehem i tu, kecoh pulak dahhhh.. sekarang ni, biar. biarkan semua tahu. sebab, kalau tak share kena ngate. share pun kena ngate jugak. camne tu?? so, sama je kan?? mulut orang kan.. nak kena bagi tahi baru senyap. :p





tak. i tak salahkan sape² pun. benda dah nak jadi. tapi, salah ke apa yang i buat ni?? salah ke?? salah ke i nak cari kebahagiaan i sendiri?? salah ke i nak happy?? salah ke i nak isikan hati i yang kosong ni?? hmm.. bukan, i bukan nak harta benda pun. i cuma nak dihargai je. bukan dibiarkan hidup sorang² seolah² i takde siapa². cukuplah semua tu. cukup. sekarang, biarkan i happy. okey?? [geli pulak buat statement camni] 





ya. i dah happy. memang i happy dengan apa yang i pilih. dan i takkan menyesal. i yakin dengan ketentuan Allah. Insyaallah.. mudah²an semua berjalan dengan lancar. doakan i ye?? em, ikutkan hati i, i memang nak senyap je. taknak bukak cerita ape². sebab i fikir i pernah hidup dengan dia. tu je. tapi bila kena ungkit macam², i jadi geram. sangat² geramm.. yang bagi nasihat macam² kat i tu, terima kasih sangat² tau. tapi, hidup kita tak sama. ya, berbeza sangat. jangan samakan apa yang dah jadi kat i ni dengan life uols. memang tak sama dan takkan sama. haihhhh..





okey. mata dah mengantuk. sebelum mengarut lagi panjang, better i stop sini dulu. dah lah letak gambar kambing. pape ntah ekkk.. takde kena mengena langsung. :p takpelah, saje nak bagi kambing ni femes. jauh ni i snap gambar kambing. dari obersiii hokehhh.. nuuuu kat Tak Bai, Thailand. pandai kambing ni posing.





dah lahh.. melalut ape pulak cite pasal kambing. sebelum ada yang muntah darah baik i stop. ehh tadi kata nak stop tapi tak stop² jugak. lol. yeeee... dahh dahh dahhhhh.. selamat malam. kbai.





XOXO

Wednesday, November 24, 2010

beb!!aku bukan patunglah..!!

bila aku terasa ngan someone,mula lah jari ni nak menaip something kat belog ni..ni bukan suka-suka je nak mengata ke..nak mengumpat ke..nak memaki ke..nak memerli ke..tapi aku cuma nak luahkan perasaan aku kat sini je k..so,kepada sape-sape yang terasa tu aku minta maaf awal-awal...

entah kenape semalam aku asyik nak tacing ngan orang je..huhu..orang cakap sikit,mulalah nak tacing..hehh..ciwek tol aku ni..kalau aku terasa ngan orang kan,aku mesti takkan cakap ngan orang tu..tapi kadang-kadang aku nak cover-cover,aku tegur gitu-gitu je..takut orang kate aku sombong plak kan..

kadang-kadang kan,aku rasa orang selalu pilih kasih..macam tak suka je ngan aku..nape mesti rasa camtu ye??rasa macam disisihkan pun ada gak..aku selalu cuba nak bersangka baik dengan orang tapi kadang-kadang orang tu sendiri yang buat aku jadi bersangka buruk dengan dia..kadang-kadang kan,aku tak suka dengan sikap segelintir orang..aku tau..orang pun tak suka aku gak..takpe..aku terima kalau orang tak suka aku..bak kate Scorpion,"what you give,you get back.."

aku bukan manusia yang ada 10 tangan..tak dapat nak puaskan hati semua orang..bukan aku sengaja taknak tolong or bagi kerjasama..tapi,paham2lah..tangan aku ada dua je..oke..

pastu..jangan tengok aku ni senyum-senyum,gelak-gelak tapi takde perasaan..kalau nak tegur tu beragaklah..aku rasa kalau aku tegur orang,takdelah sampai nak malukan depan semua orang..jangan ingat aku patung..jangan ingat aku ni takde perasaan..jangan pulak semua kesalahan nak letak kat aku..yelah..kadang-kadang aku rasa macam aku je yang dipersalahkan..asyik aku je..takkan sampai aku dah mampos pun nak salahkan aku jugak??

aku paling tak suka orang yang suka berkira..cubalah jadi orang yang ikhlas..kalau asyik nak berkira je,baik jangan buat kalau tak ikhlas..pastu asyik nak merungut je..eee..tak baik merungut tau..kalau tak suka buat,janganlah tunjuk sangat tak suka tu..huhu..aku pun kadang-kadang ade gak merungut..tapi diam-diam je sudahlah..hihihi..

haa..lagi satu..aku tak suka orang tengking-tengking aku..serius!!terus hilang rasa hormat aku kat orang tu..apa hak nak tengking-tengking??kalau marah kat orang lain,jangan lepaskan kat orang lain pulak..mak ngan abah aku takde pulak buat kat aku camtu..kat sekolah ada belajar tengking-tengking ke??rasanya takde kot..yang ada rasanya ADAB KETIKA BERCAKAP..aku rasa ada belajar dulu..tak kisah la kan..tapi ALLAH dah anugerahkan akal fikiran,boleh tahu la mana yang baik dan mana yang buruk..kan??

lagi satu..kalau tak tahu pape cerita..janganlah suka-suka je nak tuduh-tuduh..kalau jadi fitnah,kan dah dapat dosa??haaiihh..sebelum cakap,baik siasat dulu apa punca sebenar..kan??jangan pandai-pandai buat kesimpulan sendiri..jangan pandai-pandai buat spekulasi sendiri..tak baik tau..kalau kita kat tempat orang yang kena tuduh tu,camne??kita kena sedar..kita pun bukan sempurna sangat..


isyhh aku kata ni bukan nak tunjuk aku ni bagus..cuma sekadar nak bagi peringatan je..ni pun untuk peringatan bagi diri aku sendiri jugak..senang cite,tak salah kalau kita saling ingat-mengingatkan..betul tak??


oppss..macam dah panjang plak entry ni..err..sape-sape yang terasa tu..aku minta maaf lagi sekali..bukan niat nak buat kau orang terasa..cuma sekadar meluahkan isi hati je..sorry again k..okeyla,bye! 


-end-

p/s : kau orang paham ke entry ni??huhu.. T_T


notakecik : cik abang kata dia suka baca blog aku..heee..  MySpace

Friday, October 8, 2010

ape mende ni??

walaweyy..da lame aku tak hapdet belog..hukhuk..da dekat2 nak bersawang da ni..hahahaha..naseb bek labah2 takde..kalo tak kompem dah beranak pinak..errr..labah2 beranak ke??

actually ade banyak mende yang aku nak story tapi bila aku bukak je menatang ni,mesti ade je keje yang kene buat..time2 idea tengah banyak,ade je yang menghalang..sangat geram la..hehehehe..kadang2 aku ikut mood je nak hapdet..lantak la situ..

hope sape2 yang baca ni tak bosan la ngan aku punye blog neyh..sebab cerita ntah pape..hahahaha..eceehhh..macam ramai je yang nak baca blog aku ni kan??huhuhu..tak kesah la..janji cik abang aku baca..kan sayang kan??kakakakaka..euuhh..geli..sayang2 plak..hehehe..

kejap2..ape aku nak cite ni sebenarnye??ape motif aku update belog ni pun aku tak tau..hahaha..dah2..berhenti bebel..sambung tempat lain..bye!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...