terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Showing posts with label blogger picisan. Show all posts
Showing posts with label blogger picisan. Show all posts

Tuesday, September 10, 2013

stop following blog uols

Assalamualaikum..





cucuk-cucuk bintangggg [ayat kak ain. miss you sis :')].. bos takdeeee.. yahuuuuuuuuu.. bukan bos tak datang tapi dorang semua kursus. hikhik. okey inilah masanya saya nak update blog. curik masa sikit sebab kerja tengah takde ni. bulan depan kompem menimbun. T_T




mula² sekali saya nak minta maaf andaikata saya unfollow blog uols yang tengah baca blog ni. bukan taknak follow tapi.............. banyak sebab. antaranya:

blog berat

blog dah cantik, tapi lambat nak bukak. kalau pergi berak pun sempat. iyeee.. kalau blog berat sangat pun tak boleh. nanti follower lari. tajuk dah best tapi nak baca kena bercinta dulu. salah satu sebab blog jadi berat, banyak sangat widget. kalau boleh kan tak payahlah letak banyak² widget, buat semak mata je sebenarnya. blog simple je pun okey ape. :) lagi satu file image besar sangat. sekarang dah banyak cara nak kecikkan file gambar. Google je.





lagu kuat sangat

ada certain blogger suka letak lagu. dulu saya pun suka letak jugak. bajet syok sendiri kan. konon orang pun suka lagu tu. HAHAHAHAHA.. tapi saya dah buang dah sebab saya dah terkena kat blog orang lain. dah lah blog berat pastu nak tunggu lama. sementara nak tunggu, saya bukak blog orang lain pulak. tengah khusyuk baca blog orang tetibe keluar lagu kuat. kalau lagu sedap takpe ni lagu K-Pop. alahaaaaaaaaaaaaiiii.. nak gugur jantung. terkejut woi. kalau time tu saya tengah minum memang dah tersembur air. tak payahlah letak lagu. senang. dahlah saya jenis suka dengar radio online. bila baca blog orang yang jenis ada lagu tu saya jadi pening sebab tak tau nak dengar lagu mana. daripada syok nak baca terus jadi stress. (--")





permission denied

yang ni paling menyampah. kalau nak private blog, baik bagitau awal². takdelah beriye orang lain nak baca. bila saya bukak blog, dan² tu keluar camni:


memang saya terus unfollow blog camni. melainkan dia adalah orang yang saya kenal, saya akan tanya kenapa dia private. kalau untuk sementara je saya takdelah unfollow. yelah, maybe dia ada masalah peribadi sampai kena private blog. kaaaannnn?? saya pun pernah private kejap. tapi macam rugi pulak kalau private. nanti pageview menurun. HAAAAAHAHAHAHA..





tak update langsung

saya tau memang tak semua ada masa update blog. saya pun kadang² tak update. malas punya pasal. tapi kalau yang sampai 2-3 tahun tak update tu ape cerita?? alamak.. ke memang dah taknak update?? kalau memang tak update, saya unfollow. sorry. saya buat camtu sebab saya suka baca blog. kalau baca blog tapi tahun 2011 punya tak bestlah camtu kan.. mestilah setiap orang ada cerita baru even dia sakit perut nak pergi berak pun boleh dibuat cerita kat blog. eh?? hahaha pun bolehhhhhhhhhh.. :p





senang cerita update je lah blog korang tu wei.. saya tak suka baca blog sendiri. sebab tu kalau ada typo saya biar je. lantaklah situ. faham² sendiri je lah. okey, selamat mengupdate blog. tata. :)

Friday, June 7, 2013

update belog di kala kebosanan itu sangat ohsem!!

Assalamualaikum semua..




ada yang dah tidur ke?? rilek brader.. malam masih muda.. kuikuikui.. dah pukul 11, muda kejadahnye?? okey, saya update belog lagi hari ni sebab saya tengah bosan. cik abang pergi main futsal. dan saya update belog lah ape laaaggggiii.. hihihi..




sambil update belog, sambil tangan menggaru kaki sebab nyamuk banyak!! eee tensen betul!! nyamuk halus pulak tu. kalau nyamuk beso tu boleh lagi nampak. ni tak nampak langsung. tau² dah gatal. T_T




eh, entry ni macam takde menda je nak story. tapi, bosan pulak kalau tak story. hehehehe.. gosip nak tak?? eh eh kalau pasal gosip laju je ek?? dah macam minah kepoh la pulak nak gosip² bagai. boleh ganti kiah propa tak?? keh keh keh..




actually saya tak faham dengan certain orang yang selalu perasan saya ni ikut dan buat ape yang dia buat. ehhhh.. no.. no.. rasanya saya tak de pun nak tiru² orang ni. semua saya buat sendiri.. euhh gelimat mat mat. asyik nak perasannnnnnnnn je kejenye. pelik.




kalau pasal blog ni, semua saya carik dan buat sendiri. just google and then try buat. kalau error, cuba lagi sampai dapat. bukan macam sesetengah orang tu. perasan sangat saya tiru dia. oh pleaseeee.. dia tak ingat kot dulu² dia jugak yang tanya saya macam² pasal blog.. camne nak tambah itu, camne nak tambah ini. pastu pasal benda remeh je mula lah nak tuduh saya tiru?? eee tak tahu malu betullah. shame on you!! kesian pulak dengan orang yang camni. yelah yelah. nak sangat kan kata saya tiru.. takpe, amek je lah.. tapi nak tengok jugak blog dia tu. menarik sangat ke sampai nak kata saya tiru?? tengok sikit??




eh, tak payahlah tengok. buang masa pulak. bukan ade yang menarik pun. saya punya blog pun memang blog syok sendiri. tapi dia punya lagi syok sendiri. HAHAHAHAHAHA.. eh eh terketawa pulak. nak nangis sebenarnya ni.. sedih. sedih sangat² sebab ada jugak orang yang nak bandingkan ape yang dia buat tu dengan saya punya. yelah, kesian, kannn.. dia nak dapat namalah tu. iskk iskk.. sedih. *srooottt srooottt.. [lap hingus]





kalau orang lain boleh hentam saya kat blog, jangan ingat saya tak boleh nak hentam balik. jangan ingat selama ni saya diam, saya tak tahu ape yang orang buat kat belakang saya. saya percaya pada ALLAH, dan yakin ALLAH akan bantu saya.




cukup-cukuplah perasan ye. sebelum mengeluarkan pape statement, fikir dulu. jangan nanti termakan dengan kata² sendiri.




tata.

Wednesday, June 2, 2010

kempen delete simbol Israel di PC anda!!!!


semalam aku blogwalking..
then pagi tadi aku dapat email pulak..
semua cerita pasal ni..

tanpa kita sedar selama ini terdapat lambang yahudi di
dalam komputer yang kita gunakan setiap hari...

jika anda memasang perisian Microsoft Office,
sila rujuk beberapa lokasi file dibawah dan DELETE! 

Lokasi : C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\ CAGCAT10
Nama Fail : J0285926.WMF
Gambarnya:


Israel SUCK!


Lokasi : C:\ProgramFiles\ Microsoft Office\CLIPART\ PUB60COR
Nama Fail : J0212299.wmf
Gambarnya:


Israel SUCK!


Lokasi : C:\ProgramFiles\ Microsoft Office\CLIPART\ PUB60COR
Nama Fail : J0216600.WMF
Gambarnya:


Israel SUCK!


Lokasi : C:\ProgramFiles\ Microsoft Office\CLIPART\ PUB60COR
Nama Fail : J0228823.WMF
Gambarnya:


Israel SUCK!


Berikut adalah gambar-gambarnya yang MESTI DIBUANG TERUS dari PC anda!

Yeah! Israel is SUCK!!!


kalau kau orang ada fesbuk,
mungkin kau orang mahu menggunakan imej ini 
sebagai profile kau orang juga?


Freedom Flotilla!
P/S :: kalau guna window 7
Lokasi : C:\ProgramFiles( x86)\Microsoft Office\CLIPART\ PUB60COR

 entry ini adalah hasil copy paste dari SINI
aku dah delete...
kau orang bila lagi???

i HATE israel LAKNATULLAH!!!!!!!!!!!


atas nilai2 kemanusiaan
dan demi mempertahankan agama ISLAM
aku sokong kempen yang dibuat oleh kau 
wahai farid ensem..
aku sokong 100%!!

kurang ajar betul israel..
pegi JAHANAM!!!!!!
hisyhhh...
aku geram betul lah ngan ape yang dia orang buat tu..
dia orang tu memang tak layak di gelar manusia..
tak layak duduk kat bumi ALLAH..
sanggup membunuh manusia yang tak berdosa..
bunuh kanak-kanak.....
bunuh wanita......
aku sedih........
kasihan mereka...
macamne kalau aku kat sane...
nak sembunyikan diri pun tak tahu kat mane..
nak lari,
tak sempat lari dah kene tembak agaknya..

rasa macam nak mengalir je air mata ni..
teringat kat mak...abah...kakak..abang..adik2..kawan2..
kat sini kita hidup senang..
dapat makan sedap2..
kita dapat tinggal dalam rumah yang selesa..
pakaian yang bersih..
entah dia orang yang kat Palestin tu dapat makan ke tak..
rumah??pakaian??
orang yang nak bantu pun kene serang..
sampai ke bantuan kat sana tu..
aku tak reti nak marah2..
tapi kali ni memang aku sangat MARAH!!!!
mintak2 lah diaorang tu kene bala!!!!

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM, 
Ya Allah sebagaimana Engkau pernah menghantar burung² ababil 
untuk menghancurkan tentera bergajah musrikin,
maka kami memohon padaMu Ya Allah,
turunknlah bantuan mu kali ini kpd org² Islam di palestin,
hancurkanlah rejim zionis. 
Amin Ya Robbal Alamin...

sama2 lah kita berdoa..
sesungguhnya hanya doa yang mampu kita kirimkan..
semoga mereka (rakyat Palestin) semakin tabah mengahadapinya..
AMIN.....

nota kecik :
 tiada ganjaran akan di berikan
Hanya kesungguhan dan keikhlasan anda 
mampu kami ucapkan dengan terima kasih!!!



~APA GUNANYA FOLLOWER BERJUTA
TAPI TAK BOLEH NAK TOLONG KEMPEN BLOGGER PICISAN INI???~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...