terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Showing posts with label blogging. Show all posts
Showing posts with label blogging. Show all posts

Tuesday, September 10, 2013

stop following blog uols

Assalamualaikum..





cucuk-cucuk bintangggg [ayat kak ain. miss you sis :')].. bos takdeeee.. yahuuuuuuuuu.. bukan bos tak datang tapi dorang semua kursus. hikhik. okey inilah masanya saya nak update blog. curik masa sikit sebab kerja tengah takde ni. bulan depan kompem menimbun. T_T




mula² sekali saya nak minta maaf andaikata saya unfollow blog uols yang tengah baca blog ni. bukan taknak follow tapi.............. banyak sebab. antaranya:

blog berat

blog dah cantik, tapi lambat nak bukak. kalau pergi berak pun sempat. iyeee.. kalau blog berat sangat pun tak boleh. nanti follower lari. tajuk dah best tapi nak baca kena bercinta dulu. salah satu sebab blog jadi berat, banyak sangat widget. kalau boleh kan tak payahlah letak banyak² widget, buat semak mata je sebenarnya. blog simple je pun okey ape. :) lagi satu file image besar sangat. sekarang dah banyak cara nak kecikkan file gambar. Google je.





lagu kuat sangat

ada certain blogger suka letak lagu. dulu saya pun suka letak jugak. bajet syok sendiri kan. konon orang pun suka lagu tu. HAHAHAHAHA.. tapi saya dah buang dah sebab saya dah terkena kat blog orang lain. dah lah blog berat pastu nak tunggu lama. sementara nak tunggu, saya bukak blog orang lain pulak. tengah khusyuk baca blog orang tetibe keluar lagu kuat. kalau lagu sedap takpe ni lagu K-Pop. alahaaaaaaaaaaaaiiii.. nak gugur jantung. terkejut woi. kalau time tu saya tengah minum memang dah tersembur air. tak payahlah letak lagu. senang. dahlah saya jenis suka dengar radio online. bila baca blog orang yang jenis ada lagu tu saya jadi pening sebab tak tau nak dengar lagu mana. daripada syok nak baca terus jadi stress. (--")





permission denied

yang ni paling menyampah. kalau nak private blog, baik bagitau awal². takdelah beriye orang lain nak baca. bila saya bukak blog, dan² tu keluar camni:


memang saya terus unfollow blog camni. melainkan dia adalah orang yang saya kenal, saya akan tanya kenapa dia private. kalau untuk sementara je saya takdelah unfollow. yelah, maybe dia ada masalah peribadi sampai kena private blog. kaaaannnn?? saya pun pernah private kejap. tapi macam rugi pulak kalau private. nanti pageview menurun. HAAAAAHAHAHAHA..





tak update langsung

saya tau memang tak semua ada masa update blog. saya pun kadang² tak update. malas punya pasal. tapi kalau yang sampai 2-3 tahun tak update tu ape cerita?? alamak.. ke memang dah taknak update?? kalau memang tak update, saya unfollow. sorry. saya buat camtu sebab saya suka baca blog. kalau baca blog tapi tahun 2011 punya tak bestlah camtu kan.. mestilah setiap orang ada cerita baru even dia sakit perut nak pergi berak pun boleh dibuat cerita kat blog. eh?? hahaha pun bolehhhhhhhhhh.. :p





senang cerita update je lah blog korang tu wei.. saya tak suka baca blog sendiri. sebab tu kalau ada typo saya biar je. lantaklah situ. faham² sendiri je lah. okey, selamat mengupdate blog. tata. :)

Monday, June 10, 2013

lembab sangat!! (--")

Assalamualaikum..




baru je ingat nak update blog malam tadi tapi tak dapat sebab internet takde connection.. dah banyak kali restart pun still tak boleh.. nak kata tak bayar bil, saya dah bayar dah aritu. ke memang celcom tengah problem malam tadi?? T_T





punyelah berkobar² nak update pasal progress dapur. last² tak dapat nak update. nak update kat opis macam tak syok pulak. lagipun gambar dah tranfer kat pc rumah. alahai. sudahnya, tak dapatlah nak update. (--")




nanti balik nak update lah. kalau biar lama² nanti basi pulak cerita tu. kihkihkih.. tu pun kalau internet okey. kalau tak okey jugak kenalah tunggu sampai okey. okey tak?? entah bilalah nak okeynye. kang tak pasal² terus tak terupdate. muehehehe.. :p




dah, tak boleh lama². nanti kena jeling ngan bos. hihihihihihihihiihihi.. tata.

Thursday, May 23, 2013

background blog

Assalamualaikum



hai, salam khamis. kerja dah siap. so, jom update blog. hehehe.. tapi tak tau nak update ape. nak cerita pasal background blog boleh ke?? macam bosan pulak cerita pasal blog ni. hahahaha.. yelah, dah blog sendiri kan, sukehati kite lah nak letak ape pun. ha, blog korang, suka hati koranglah nak buat ape. asalkan dapat baca tulisan sudehhhhhhhh..





saya pilih je background yang memang dah SEDIA ADA dalam BLOGGER ni haaaaaaaaaa.. malas nak carik². kalau carik kang takut berat pulak jadinya. so, amek je lah background dari sini je. tu pun ade yang kata saya tiru background dia. kahkahkah.. sumpah lawak.





kalau taknak bagi orang sama background dengan kau punya, baik kau pergi carik background sendirilah woi!! ek elehhhhhhhhhh.. ek elehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. kecohh.. ade ke orang yang sama background dengan saya?? sep sikit!! kite geng. sape yang kata saya tiru tu pergi main jauh². takmo kawan. sape suruh perasan. bluerkkkkkk!!





background sama ke, tak sama ke, asalkan owner blog lain, jalan cerita lain, cara tulisan lain, semua lain. kalau blog korang best, saya akan follow. tapi kalau blog yangggggggggg.. em, maaflah. saya malas nak baca blog yang banyak sangat tulisan pastu tulisan kecik². pastu bahasa yang susah nak difahami macam ade tulisan kecik beso kecik beso. mata saya pun kecik beso kecik beso je tengok tanda pangkah warna merah kat atas tu. it's okey kalau blog pasal personal.





pehhhhhhh saya ni berkata-kata macam blogger femes je. femes?? kahkahkah.. TIDAK MUNGKIN!!!!!!!!!!!!!!!!!! berangan lebihlah kau ni alin. (--") kalau cik epal tu ye lah femes. :p




dah!! berhenti mengarut. tata.


Saturday, April 13, 2013

siap jugak akhirnya :)

Assalamualaikum




fuuhhhhh lega dah siap tukar banyak benda kat blog yang tak tahu nak kata warna pink ke purple. amek masa jugak nak buat semua ni. sakit mata saya asyik ngadap screen pc je. rasanya tu je kot yang nak kena tukar. background, width, cursor, gambar, pastu ada ubah² sikit kat saiz gambar. okey, saya puas hati dengan hasil yang sekarang. tu bagi pandangan saya. pandangan orang yang tatap blog ni tak tahulah camne. ntah² bosan. hahahaha..




bukan senang nak tengok saya rajin edit² blog ni. bila dah rajin, semua nak ditukar. pastu gatal tangan pergi tukar template, pastu habis semua ntah kemana. hilang. nasib baik saya pernah save kod html untuk blog. kalau tak, memang jenuh lah nak cari n ingat satu².




tak biasalah dengan template baru. kalau sebelum ni kena tick expand widget pastu baru tekan CTRL+F. kalau yang baru ni macam pelik je. mula² saya tak tahu camne nak carik guna CTRL+F sebab bila saya tekan CTRL+F je mesti tak keluar result. rupanya kena klik kat dalam box html tu dulu baru boleh CTRL+F. yang mula² tu keluar kat bawah, memanglah tak jumpa sebab dia cuma cari kat luar kotak je. bila dah klik kat dalam kotak html barulah keluar box search tu kat atas dia je. ceh. buat penat je saya scroll n cari satu². (--")




korang rasa blog ni okey ke tak?? kalau tak okey, saya nak tukar lain pulak. tu pun kalau rajinlah. hahahaha..




tata.




#notakecik : sakit hati betul ngan Celcom ni.

mekap blog

Assalamualaikum..




hai semua. dah bangun ke belum ni. ke tunggu matahari tegak baru bangun?? amboi kemain bangun tidur lambat. mentang²lah cuti.. pagi tadi solat subuh ke tak?? haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. :p eh, saya tau semua yang baca blog ni rajin solat kan?? Alhamdulillah.. :)





saya tengah nak mekap blog saya ni. bukan blog pasal mekap tau. ni pasal nak tukar background, template semua tu ha.. bosanlah dengan yang lama. nak buat pembaharuan sikit. tu pun kalau ada yang baru. rasanya macam takde je. background je la yang baru. hahaha.. tu pun tak tau cantik ke tak. saya tengok macam pelik je. tetibe ada botol susu. watsdet??





nak tukar header blog, nak tambah sikit² lagi. ape tu sikit²?? :p ade benda yang saya suka kat template lama tapi hilang pulak kat yang baru ni. ingatkan dia bawak sekali. adoiiii.. nak buat balik, dah lupa camne. pastu google², jumpa. tapi tu untuk yang lama punya. sekarang ni html untuk blogger dah lain je saya tengok. pening.. peningggggggggg.. tak faham.. stress pulak kite.





dahlah. nanti kang kalau bebel kat sini banyak² tak terbuat pulak mekap² untuk blog ni. kan dah buang masa je nanti. huhuuu.. okey, tata.





#notakecik : lembab betul internet ni. grr..

Thursday, February 14, 2013

bermula dari bawah...........again.

Assalamualaikum




salam Khamis. semoga kita menempuh Khamis ni dengan penuh kesyukuran dan ketabahan. InsyaAllah. eh dah macam nak berucap pulak. hihi.. sape yang selalu baca blog saya mesti pelik sebab tetibe je tak boleh bukak blog saya. saya tengok followers pun ade berkurang. hihihi..




it's okey kalau followers berkurang. maybe sebab mereka tak dapat nak bukak link blog lama tu. huahua.. then mereka pun stop following my blog. and ade jugak saya block some people dari follow my blog. mereka tu tak membantu pun. ibarat macam parasit. kerjanya nak caci maki saya. macam takde kerja lain. (--")




dulu link blog saya lain jugak. saya tukar sebab nama link blog tak best. hehehe.. alah, kisah lame. link blog pun nak gabung² ngan orang tu. sebab tu tukar nama link blog. kali ni saya tukar link blog sebab taknak kumpulan tu tahu pasal blog saya. tapi kalau tahu jugak, hmmmm no komen. sebab tu saya nak mintak tolong sangat² kat korang yang kenal ngan kumpulan tu, please!! JANGAN bagitahu nama link blog saya yang baru ni. kalau korang sayang saya as your friend, sila bantu. terima kasih. :)




saya pelik, kenapa some people yang saya kenal cakap saya ni hacker. waduh waduh waduhhh.. seriously, saya tak pandai nak hack account orang. hacker?? NOT. but stalker, YES!! hahahaha.. i like to stalk people. but certain people je lah. semua orang boleh jadi stalker. yes!! we can. selagi kita guna internet ni, selagi tu perasaan ingin tahu jadi makin menebal untuk tahu pasal seseorang.




tapi takdelah sampai nak meroyan sorang² pastu update kat blog/fb/twitter, cakap orang tu gila, orang tu sakit jiwa. apa ittewww?? saya rasa orang yang cakap camtu kat orang lain tu yang gila dan sakit jiwa. kesian kan?? semoga hati mereka tenang. hihihi.. biarlah dorang nak jadi gila ke, sakit jiwa ke, yang kita tau kita memang tak kacau dia langsung. orang yang gila ngan sakit jiwa je yang terase tetibe, perasan sendiri. (--")




sebelum ni kalau taip pape je pasal dekorasi kat Google mesti keluar nama blog saya. tapi sekarang dah takde lagi. tapi saya tak kisah. maybe saya kena bermula dari bawah macam mula² buat blog dulu tu.. hihihi.. lagipun, saya bukan nak jadi blogger tegar pun. just suka² je berblogging sambil share pape ngan u olls. memang tak ramai yang komen kat blog tapi saya tau ada yang baca blog ni. thanks korang. :)




.




.




.




.




.




tetibe tak tau nak taip ape dah. tata.




#notakecik : jangan cari masalah kalau takde masalah. :)

Saturday, December 29, 2012

teringin

Assalamualaikum..



salam Sabtu semua. saya baru lepas kemas rumah. sebelum nak masak untuk makan tengahari, nak update blog dulu. hihihi. boleh pulak ekkk?? :p takpe, cik abang tak kisah.. XD



pernah tak korang teringin nak buat something yang korang nak sangat buat pastu tak jadi nak buat. em, saya teringin nak tukar address blog ni. banyak kali dah nak tukar. tapi tak jadi nak tukar. mesti terus cancel. 




kenapa nak tukar blog address?? sebab taknak bagi certain orang baca blog ni. kenapa?? sebab nanti dia terasa dengan semua entry² saya. pastu bila pikir² balik, kenapa mereka nak terasa sedangkan saya tak mention nama dorang, means, dorang tak perlu nak malu ke, nak terase ke, or whatever. 

 

and then saya sedar, saya tak perlu lari bila saya tahu semua entry yang saya post ni adalah sejujur²nya tentang hati, perasaan n perbuatan saya. saya tak perlu nak pura² baik or nak mintak simpati dekat orang. readers just read the entry, bukan boleh tolong pun, kan?? so, what's the point they said that saya mintak simpati?? hmm.. 
 


certain people just saw me secara luaran, then dorang boleh kata saya yang buruk². eh, it's okeylah. anggap jelah mereka tak kenal saya secara dalaman. cuma yang kenal je yang tahu saya ni macamne. 



ada certain orang yang suka sangat kutuk, bahan, mengata orang, tapi bila dia pulak yang terkena, dia rasa bengang. tu sangat unfair, that's right?? kenapa dia buat orang boleh, tapi orang nak buat dia tak boleh?? pelik dengan manusia yang camni. 



haaa.. kalau saya, bila orang buat saya, saya balas balik. ya, saya suka buat balik ape yang orang buat kat saya. tapi, certain perkara je lah. kalau orang dah tuduh saya hack² account fb orang tu memang dah melampau lah kan. kalau saya ni hacker, dah lame saya hack fb semua kawan² saya. cakap tu jangan ikut sedap mulut je. fikir dulu sebelum cakap. 




saya dah taknak tukar blog address ni sebab ni satu²nya blog yang saya ada. malas nak buat blog banyak² sebab saya bukan jenis yang rajin nak update blog. hew hew hew. eh, saya boleh tau lah ada orang yang tengok blog saya. bhahahaha.. 





dah pukul 11, nak siap² pergi masak. tapi, nak masak ape ekkk?? hmm.. okey, ni je dulu. nanti sambung lagi. tata.




#notakecik : Sabtu yang membosankan

Monday, May 24, 2010

harap maaf..

pengumuman..
http://emo.huhiho.com

pemilik blog ini akan menghilangkan diri

selama 4 hari..

iaitu dari 24-27 Mei 2010

sebab..

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

aku kena pegi kursus!!!!!

uwaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!
http://emo.huhiho.com

tak suka!!!!!!!!!!!!!!

so,kau orang jangan rindu aku sangat ye..

tunggu aku balik tau..

tunggu tau..

hukhuk..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...