terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

✿cayang2 rosalina✿

Showing posts with label exam BITK. Show all posts
Showing posts with label exam BITK. Show all posts

Wednesday, July 31, 2013

KEPUTUSAN BITK.. dag dig dug!!

Assalamualaikum..




mak aih lamanya tak update blog. hagagagaga.. malas punya pasal. lagipun bulan puasa ni nak buat baik sikit, so takde nak gosip² sangat. saya khusyuk buat kerja je [ayat poyo]. kerja untuk hari ni dah siap. tak dapat nak buat banyak² sebab hari ni close account. sambung esok je lah buat kerja.. jadinya, saya curik masa jap update blog. kikiki..




cerita pasal kerja, kenapa certain people suka buat kerja last minit ye?? kenapa suka kumpul banyak² pastu baru nak bagi?? alahai. ingat uolls je ke yang nak raya?? kami pun nak raya jugak. (--") ade ke patut bagi banyak² time nak cuti raya ni. kalau bagi pagi semalam sempatlah saya lepaskan sikit. ni bagi petang memang tak sempatlah nak buat petang semalam. nak semak lagi satu hal. haih..




bukan nak mengeluh pasal kerja. kat saya memanglah nampak sikit. tapi kat orang atas yang nak peraku tu nanti jadi banyak.. sempat ke nak semak?? haiyaa.. please, considerlah sikit ye. nak duit cepat aje ek?? tapi bagi lambat². camne nak tolong??










....








jap, tadi tu luahan ke ape?? tetibe nak stress² pulak pe kejadahnye kan?? sepatutnya kenalah happy hari ni.. kan dah masyuuuuuuuuuuuuuukkkkkkkkkkkkkkkkkk.. dapat bantuan kewangan hari raya tu. yiiihaaa.. Alhamdulillah.. tu satu, lagi satu saya dah...............................................................















































LULUS EXAM BITK!! 





yahuuuuuuuuuuuuuuuu.. macam tak percaya je dapat lulus exam sebab rasanya saya jawab gitu² n banyak jawapan yang tak yakin. hihihi.. :p tapi, Alhamdulillahlah lulus jugak.. maybe ini dinamakan rezeki.. amin.. :)


tak sia²lah saya study siang malam, bincang dengan Fiza n Akmam.. dorang pun lulus jugak.. kami berTIGA dah LULUS!! :) berkat doa cik abang jugak ni. hehehehe.. lagi satu, tak sia²lah SESAT masa nak pergi dan balik exam. kihkihkih.. lawak pulak bila ingat balik.





tak fahamlah jalan kat Putrajaya, nak carik tempat exam sampai sesat².. nasib baik memang gerak awal. kalau tak mesti lambat sampai. :p time balik exam tu jumpa Fiza n Akmam kat 1 tempat, sebab nak balik sama². dorang dapat 1 tempat exam, kat UPM Serdang. saya je yang kena campak kat Putrajaya.. pastu suruh Fiza drive depan. punyalah confident dia main drive je. pastu tetibe dia berhenti kat stesen minyak. rupanya dia kata tak tau jalan balik opis. (--") sabo jelah minah ni. :p saya pun bukan tau jalan. terpaksalah saya main redah je. dorang pun follow saya dari belakang. nasib baik sampai jugak kat opis. :p




....





Alhamdulillah rezeki bulan Ramadhan.. bersyukur sangat². esok result interview N27 pulak. haaaaaaaa yang tu saya memang tak yakin akan dapat. malas nak berharap sebab saya tau memang takkan dapat pun jawatan tu. hew hew..





kejapnye Ramadhan nak habis. T_T





eh, tak tau nak buat ending ape. kbai.

Friday, June 7, 2013

haaaarapannnnnnnnn.. harapan menjadi laaaaaaaaayuuuuu.. T_T

Assalamualaikum..




Jumaat sudahhhhh.. ingatkan hari ni hari Sabtu. sebab jalan lengang habisss.. hew hew. seronok pulak drive pagi tadi. ramai yang cuti kot?? cuti sekali ngan anak². kan?? pandai tak saya teka?? kehkehkeh..dah memang time cuti sekolah, mak bapaknye pun nak ikut cuti jugak.. tu biasa.. :)





selesai sudah saya punya dua perkara yang saya bagitau aritu. lega. memang sangat² lega. rasa macam baru lepas berak. eh ni nape mesti kena kaitkan dengan berak?? LOL!! *tetibe* em, pasal exam tu saya tawakkal je. tapi macam tak lulus sebab rasa macam banyak salah. HAHAHAHAHAHAHA.. nak buat camne?? dah nama pun exam. bukan kite boleh expect soalan ape yang keluar. ye dak?? doa² je lah lulus. tu je lah yang mampu.. berserah. :)





pasal interview tu saya memang yakin sangat² tak dapat. huhu.. orang yang interview tu macam kerek je. tau tak maksud kerek tu camne?? rasa menyampah pulak bila ingat balik muka orang tu. (--") siap cakap saya tak buat persediaan. hakikatnye, saya tak cukup tidur sebab nak baca macam². banyak jugaklah saya baca. tapi, semua takde kena tanya pun. *stress* tapi, saya tak dapat nak betah balik ape yang dia cakap tu.





saya kena soal pasal 1Malaysia. saya dah jawab dah. tapi maybe saya jawab sikit je kot. dia nak suruh saya berceramah kat depan dia agaknye baru dia puas hati. pastu dia cakap, "tu je??" saya jawab je lah, "tu je lah yang saya tahu" boleh pulak dia cakap "takkanlah tu je?? awak ni, INTAN kan tempat berceramah.. malulah orang INTAN kalau dapat tau." dalam hati saya memang membara jugaklah. saya ni buat claim penceramah je, bukan bagi ceramah. duduk kewangan pun buat kerja senyap, tekan² kalkulator. bukannye bagi ceramah pastu bebel² depan pc & kalkulator. nak je cakap camtu depan dia tapi nanti dia kata saya rude pulak. (--") ke nak saya nyanyi lagu Sayang sambil buat gaya macam Bobo?? LOL!!





pastu dia tanya pasal kerja pulak. bila saya jawab saya cuma buat claim untuk penceramah n claim bil telefon, dia boleh cakap "tu je?? sikitnya kerja awak?? rileksnya awak kat sana.." amboi kemain dia cakap camtu kan?? dia tak tau ke penceramah ni ramai?? ai, kate tau INTAN tempat orang bagi ceramah.. takkanlah tak tau berapa banyak orang yang bagi ceramah?? 1 hari pun boleh sampai 20 claim. belum masuk yang kena kuiri, tak cukup itu, tak cukup ini, dah kene call orang mintak ape yang tak cukup. orang yang tak buat kerja tu senang je cakap "rileks". pehhhhhhhhhhhhhh.. meh datang sini tolong saya buat claim. boleh?? :)





pasni malaslah nak interview kat Putrajaya. dah lah datang jauh². pastu interviewer layan camtu pulak. waste my time. baik tak payah datang lagi bagus. kalau taknak bagi saya kerja tu, cakap je lah taknak bagi. boleh pulak cakap saya tak buat persediaan. tak patut betul. cakap dengan nada yang annoying pulak tu. dengan orang lelaki boleh pulak bergelak² kat dalam bilik tu sampai luar boleh dengar.. dengan perempuan takde pulak. ergghhh!!





maghah ni maghah..





sorry. saya bukan nak buruk²kan interviewer. tapi kalau dah camtulah cara orang interview, memang tak patutlah kan. kita sama² manusia. faham tak maksud saya?? (--")





haihhh.. keluar dari bilik interview terus spoil mood. sampai sekarang masih tak puas hati dengan interview semalam. rasa macam nak interview balik je. tapi taknak dengan orang yang sama. nak orang lain. tapi, dah tak boleh. T_T











...











..









.










sebelum masuk bilik temuduga semalam, borak²lah ngan akak² yang datang interview jugak. dorang ni kerja swasta. tak pernah masuk bangunan kerajaan. so, semalam first time dorang masuk. nak² pulak masuk JPM kan, yang kena siap amek² gambar kat security tu. akak tu complainlah, staff kat security tu takde budibahasa. alkisahnya camni, kalau nak masuk JPM, kena tinggalkan i/c ngan lesen. pastu kena amek gambar pulak. akak tu tak faham ape yang staff security tu cakap. then akak tu buatlah muka tak faham. pastu tetibe kena marah. staff security tu suruh berdiri belakang garisan kuning. akak tu pun ikut je lah ape orang tu suruh.. dengan muka tak puas hati, akak tu cakap kat saya, "camni ke orang yang kerja kerajaan??" pehhhhhhh.. sentap jugaklah rasa kat hati saya ni haaaa.. tapi nak buat camne kan?? kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..





tata.

Monday, June 3, 2013

nervous dan nervous

Assalamualaikum..




fuhhhhhhhhhhhh.. terkedu dan terkelu. otak tengah jammed!! apakah ini?? apakah?? apakahhhhh kahhh kahhhh?? mesti korang tak faham kan?? hehehe.. mula² dah fuh fuh bagai. kalau nak tau tu namanya melepaskan lelah nervous. kikiki..




actually saya tengah nervous untuk dua perkara. yang first, exam BITK. yang second, interview Penolong Pegawai Tadbir N27. tau tak tarikh untuk dua² tu dekat?? exam BITK 05.06.2013.. interview pulak 06.06.2013. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. mane tak nervous??!! bukan setakat nervous, stress pun ade sekali ni sebab tak tau nak study yang mana satu dulu. dah macam masa zaman² study dulu. takut² nanti last² dua² tak terbaca, dua² tak study. haaa camne tu??





interview pun kena study banyak wei. nanti kena tanye macam², pengsan jugak nak jawab ape nanti kannnn. uwaaa.. risau. mintak²lah dapat interviewer yang tak tanye soalan pelik². [HOPE]





sekarang ni asal nak makan je mesti rasa nak makan laju² je. tau² nasik kat pinggan dah habis. kalau buat kerja nak laju² je, tau² dah siap. nak berak punnnnn.. errr.. takpe. nak tidur pun rasa macam taknak tidur sebab asyik fikir je dua benda tu. makkkk!!T_T




eh, jap. BITK tu exam untuk orang yang buat kerja kewangan je. bukan exam kat sekolah ke, kat U ke, kat V ke, kat W ke. pape je lah. ha tengok dah melalut ni. nampak tak saya tengah nervous?? nampak tak?? nampak tak?? (--")





korang doakanlah saya LULUS exam BITK tu ek.. boleh tambah 40 hengget. walaupun sikit tapi RM40 tu amat bermakna tau. boleh buat beli makanan jugak pe. kehkehkeh.. pastu doakan saya dapat Penolong Pegawai Tadbir tu. sape yang taknak kan?? kot² rezeki saya. lepaslah jugak buat bayar hutang PTPTN setiap bulan. amin.. :)





okey, saya akan cuba tenangkan hati dan fikiran walau hakikatnya tak boleh.(--")





tata.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...