terima kasih sudi singgah.....buat susah-susah jeeeeeee....teeehehehehe..

mintak tolong klik, nak buat rumah. terima kasih.. :)

✿cayang2 rosalina✿

Tuesday, September 25, 2012

[DEKORASI] TV dan Astro

hai!! saya lagiii.. hahahahaha.. jangan marah.. :p saya tengah bosan ni. dah alang² tengah takde kerja kan, so saya updatelah blog.. :p



sekarang ni asyik nak buat entry pasal rumah je. almaklumlah baru nak hidup berdua kan. saya tau, cik abang pun mesti tengah pikir pasal rumah jugak. hikhik. 



entry ni nak cerita pasal TV. LCD je yang mampu.. nak beli LED macam lagi mahal pulak. pastu ramai yang cakap LED cepat rosak TAPI kualiti bagus. saya bukan taknak amek yang berkualiti tapi saya risau je nanti dah ada anak, takut budak kecik ni ketuk² skrin TV je. contoh dah ada depan mata, anak kakak saya tu haaa.. hahaha sorry kakak, terpaksa amek contoh kat anak ko..




bersepah??hmm abaikan.


ohh kabinet TV tu pun baru beli. hm beli kat kedai perabot biasa je. tak mampu nak beli kat IKEA. ececece.. harga kabinet tu dalam RM290.00. tu pun harga promosi. kenapa beli yang kecik?? sebab nak terus bawak balik. tak payah nak susah²kan orang kedai untuk hantar satu barang je.




percaya tak kami bawak kabinet tu naik kereta kelisa je?? haaaa.. silalah percaya ye.. memang itulah hakikatnya. lagipun, ruang tamu rumah tu kecik je. so, tak perlulah beli yang besar². lagipun nak isi ape kalau beli besar².. buat penat je nanti nak kemas². hikhik.




Astro dah okey semalam. lega sikit hati boleh tengok Adam dan Hawa. heee.. piring Astro tu cik abang dah cabut siap² malam kelmarin. dia cabut sendiri weh!! sepatutnya, kena call Astro dulu sebelum nak buat pape. nak pindah rumah pun kena call Astro sebab biarkan mereka yang buat kerja. kita tak payah susah² nak bukak sendiri. tapi..............kami tak taaauuuuuuuuuuu.. so cik abang pun bukaklah sendiri.. (--")




dia bukak, dan pasang sendiri!! huhhh saya sangat kagum dengan cik abang. dia begitu gigih nak pasang Astro tu ha.. tapi apakandaya, bila dah pasang sendiri, tak hidup pulak. T_T tu yang terus call Astro mintak dia check ape² yang patut. semalam petang orang Astro baru datang check.




rupanya piring tu tak centre dengan point yang sepatutnya. orang Astro tu ada bagitau petua kalau² piring Astro tu kene kacau ngan monyet ke, teralih ke, kene ribut ke, manelah tau kan. orang tu cakap, "batang panjang yang pegang piring tu kena lurus, hujung kepala kat piring menghala ke arah kiblat, pukul 12, pastu dongakkan piring tu pada tanda 70 1/2 darjah [boleh tengok kat bawah piring] pastu pusingkan piring ke arah pukul 11 perlahan-lahan sambil tengok kat TV ada siaran tak..hati² kat pemancar kecik yang dekat piring tu ada kaca, takut pecah.." pastu orang Astro tu pesan, "kalau salah pasang, kena caj RM100.00, untuk allignment RM50.00"




faham ke tak tu ape yang saya taip?? saya pun tak faham sebab tu cik abang yang bagitau. HAHAHAHAHA..




okey. tu je. tata~




#notakecik : ramainya yang tegur saya dah gemokkkkkkkk.. eh, takpelah. tak kisah. gemok comel takpe. :)

2 comments:

shafiqabdshukor said...

bawak almari naik kelisa je.. x caya!!! hehehehe

✿....rossa alina....✿ said...

plisssss tolonglah percaya.. :p